seram-25

Aku Penumpang Dirumah Sendiri

Hai FS, sy nak kongsi cerita lagi. Xsyok rasanya bila kita pendam apa yang kita alami seorang diri. Huhuhu ok tajuk hari ni ialah ” Aku Penumpang Dirumah Sendiri” .
Ceritanya bermula tahun lepas masa sy mula menyewa disebuah rumah flat 2tingkat. Sy menyewa rumah tersebut bersama 3org lagi rakan (aina,anis,fiza). So total org dalam rumah tu ada 4org. Rumah kami ada 3bilik, kiranya seorang dpt 1bilik tapi bilik utama besar dan bilik tu dikongsi ber2 iaitu sy n aina. Kami ni kerja ditempat yg sama. Jadi waktu kami dirumah adalah sama. Nak dijadikan cerita, masa mula menyewa rumah tu sangat tenang dan selesa, tiada sebarang gangguan walaupun ada jiran yg bertanya “korang okay ke duduk Kt rumah tu? Pernah terlebih org tak?”  kami hanya mendiamkan diri sebab memang tak faham dgn apa yg dimaksudkan jiran tu.

 
Selepas 2 minggu menyewa, aina dikejutkan dgn kematian ibunya. So dia dicutikan seminggu untk balik ke kg. Sepanjang aina tiada, sy memang tidur bersendirian dibilik yg besar tu. Mulanya memang okay tp selepas 3hari berlalu, malam yg ke 3 sy syok tengok movie Kt laptop dlm bilik seorang diri manakala anis n fiza pergi ngedate. Tiba2 dgar ada org ketuk pintu rumah. Mulanya sy diamkan diri sbb setiap org memiliki kunci rumah sendiri. So sy tak rasa ketukan tu datang dari rumah sy. Lama2 ketukan tu makin kuat dan jelas memang dari pintu rumah sy. Tanpa perasaan takut, sy tengok dari tingkap sebelah pintu untk pastikan itu housemate atau org lain. Rupa2nya aina baru smpai dari kg. Sy terus buka pintu dan bertanya mana kunci rumah kau tapi aina senyap dan terus ke bilik. Sy diam jelah sb fikir dia masih sedih dgn pemergian ibunya.

 

 

Masa tu jam dah tepat pukul 12.30am , anis n fiza pun belum balik lagi memandangkan esok ahad dan cuti. Manakala aina terus baring dikatil tanpa menghiraukan sy. So sy matikan la laptop untuk tidur sbb dah tak tahu nak wtpe. Nk beborak gn aina tp dia sdg berduka. Sy pn tidur la, tiba2 sy dengar ada org menangis. Sayu sangat sy capai hp n tgok jam pukul 2.30am.  Sy cuba suluhkan bilik sbb nk cari mana dtgnya bunyi tu lepastu sy nmpk aina tgah duduk memeluk kaki sambil menangis. Sy bangun pergi kt dia n tanya dia “kau okay x? Kenapa nangis? Kalau ko rindu mak ko, ko sedekahkan al-fatihah. Yg pergi biarkan pergi , kita yg hidup ni kena teruskan hidup” Lepastu aina bersuara “ko yang hidup teruskan jela, aku yg mati pn ko nk kacau” Alangkah terkejutnya sy bila di cakap mcm tu. Sy terdiam n balik ke katil. Sy dah mula fikir mcm dlm filem tu. Huhuhu memang takut tp sy buat2 tak tahu. Lepas tu sy ws anis n fiza suruh balik tp dorang tak on ws. Sy kol pun tak dijawab . Tiba2 aina bersuara, ” ko kenapa gelisah. Tak pyah kol dorang. Aq okay je”
Sy terus berselubung n berdoa mcm2 sampai tertidur. Esoknya pukul 10am bru sy bgun. Huhu cutikan, kena manfaatkan masa tidur. Okay lepastu sy bangun untuk ke tandas, sy tgok aina dh takde kat katil, katil dia pun dah terkemas rapi. Sy fikir dia keluar beli sarapan.

 

Tak lama kemudian, anis n fiza bangun keluar dari bilik dan terus sambung baring kt sofa dpn tv. Sy pn turut serta n bagitahu yg aina dh balik. Anis tanya laa mana aina, Sy ckp dia keluar beli sarapan agaknya. Lepastu jiran kami dtg kerumah. Dia bertanya kenapa rumah bising malam td, dgr org terjerit2 ketawa. Sy diam je sb mlm td cuma ada sy n aina. Lepastu jiran kami bagitahu yang dia nampak ada perempuan duduk depan pintu rumah kami pukul 2.30am. Saya terus ckp itu aina, dia baru balik dari kg sb ibunya meninggal 3hari lepas. Lepas tu kitorg tunggu aina, dari pagi smpai ke malam aina tak balik kerumah . Sy kol pn tak dapat. Hampir jam 10mlm bru dia balik. Saya, anis n fiza tanya mcm2 tp dia langsung tak jwb apa. Dia hanya diam je. Kami jadi hairan sbb aina yg kami kenal ni peramah. Semenjak malam tu, sy selalu dgr aina ngis mendayu2 pukul 2.30am. Asal siang je dia takde. Kami memang taksyak apa-apa sbb dia masih dalam tempoh bercuti. Aina pn asyik menjauhkan diri dari kami.

 

Pada mlm ke4, sy dgr org menjerit kt dapur. Sy terkejut n terus ke dapur . Sy nampk anis n fiza menangis tunjuk kat arah pintu utama. Terkedu saya bila nmpk aina sedang duduk di lantai smbil makan sesuatu yg menjijikkan. Sy terus kebilik untk tengok katil aina. Yee dia memang tiada dikatil . Kami syak aina kena rasuk, kami baca la mcm2 surah untuk halau benda tu. Lepastu dia terus keluar dari rumah dan berlari ke aras bawah. Kami bertiga jerit2 minta tolong. Lepastu suami jiran sy ckp “biar je dia pergi. Nanti benda ni jadi seperti biasa” anis masih menangis ketakutan. Kami tidur sebilik malam tu tanpa menghiraukan aina sbb terlampau takut. Macam-macam gangguan kami dapat malam tu. Dgr org cakar pintu n tingkap, dgr org nangis menjerit, dengar orang mengilai dan dengar suara seolah-olah orang sedang bergaduh didapur. Kami buntu dan hanya mendiamkan diri sampai azan subuh berkumandang. Baru gangguan tu hilang. Suasana jadi tenang selepas subuh, kami bertiga minta cuti sebab tak sedap bdn. Cuti kami diluluskan. Okay siang tu anis terus tidur sebab demam . Mungkin dia terkejut dgn kejadian mlm td. Manakala saya dan fiza pergi berjumpa dgn jiran untuk bertanya tentang kejadian malam tadi. Jiran hanya bagitahu “akak n abang rasa benda tu dah mula nk tunjukkan diri dia. Baik kamu siasat siapa aina, sebaiknya kamu jangan tegur aina yg dirumah. Buat biasa je.” Kami terkejut n masih tak faham dengan apa yang dimaksudkan.

 

Alhamdulillah waktu siang takda apa2 gangguan, cuma bilik saya bau wangi sangat macam bau bunga kenanga. Saya kemas barang2 yang penting dan tarik tilam masuk ke bilik anis. Kami bertiga tidur sebilik untuk teman anis yg demam . Masuk maghrib je mesti bau bunga tu jadi makin kuat. Kami bertiga akan baca yassin lepas magrib. Bau tu hilang dan aina pula akan balik tepat jam 10mlm. Kami dah tak berani untuk berjumpa dengan dia. Kami duduk sahaja dalam bilik sampai ke subuh dengan pintu terkunci. Malam seterusnya berlaku perkara yang sama seperti sebelum ni. Kami hanya tawakal je. Nasib takde yg kena rasuk, cuma benda tu macam marah dengan kehadiran kami. Dia memberontak di luar bilik kami. Asal siang je gangguan tu hilang dan aina pun tiada dirumah.

 

Pada malam ke-7 , kami tak tahan dengan gangguan tu sbb ada darah yang busuk sangat mengalir masuk ke bilik melalui pintu. Kami takut nak keluar bilik dan ambil keputusan untuk minta bantuan jiran . Sy kol jiran pukul 2am. Akhirnya jiran dtg dgn membawa seorang ustaz. Kami benarkan mereka masuk sbb pintu utama memang kami tak kunci sebab fikir aina takde kunci rumah. Lepastu kami tak tahu apa jiran dan ustaz tu buat kat luar sbb kami bertiga tak dibenarkan keluar dari bilik. Suasana menjadi huru hara. Macam2 kami dgr. Beberapa minit kemudian suami jiran ketuk pintu bilik dan suruh kami keluar secepat yang mungkin. Kami bertiga buka pintu dan siap sedia untuk keluar. Masa nak keluar tu, kami nmpk aina sedang menjilat darah yg mengalir kat lantai. Dia menangis jerit minta bantuan kami, seolah-olah kesakitan. Kami bertiga berlari tanpa menghiraukan dia. Hampir 5 orang yang bantu ustaz di rumah kami. Kami ditumpangkan dirumah jiran sbb masing-masing dah tak berdaya. Lepastu semuanya selesai, ustaz tu dah halau benda tu. Malam tu kami diminta untuk tidur dirumah jiran saja. Siang baru balik ke rumah.

 

Tiba2 siang tu saya dapat panggilan dari aina, dia seolah2-olah marahkn kami. Dia cakap,  “mana kau pergi hah! Aku kol kau, anis n fiza tak dpt2. Asyik diluar kawasan je. Aku kol tempat kerja, ckp korang cuti. Sampai hati bercuti tanpa aku! Hmm aku cuma nk bagitahu yang aku dah tak duduk rumah tu lagi sebab aku nak kena jaga adik-adik dekat kg. Aku pun dah berhenti kerja kat tempat tu 3hari lepas. Ada masa aku datang ambil barang, sekarang aku tak boleh tinggalkan rumah sbb baru habis tahlil untuk mak aku yangg ke 7 hari.”. Saya hanya diam kejap, lepas tu tanya, kenapa hari tu ko balik kul 2.30am . Kenapa tak bagitahu yg ko taknak sewa sini lagi? ” Aina terus cakap

 

“Apa ko merepek ni, aku tak sempat nak balik lagi la. Takkan aku nk tinggal adk2 aku? Dah 7hari aku kt kampung. Takde pergi mana2 pun.”  Saya terkedu dgn kata2nya. Jadi siapa yang balik malam tu? Gangguan ni dari mana? Semuanya menjadi tanda tanya. Kami terus buat keputusan untuk keluar dari rumah tu dan cari rumah lain.

 

Setelah 2hari dari kejadian, aina datang untuk ambil brg2nya. Kami bercerita apa yg terjadi dan kebetulan kami pun sama2 kemas barang untuk pindah. Sampai sekarang kami tak tahu kisah rumah tersebut sbb jiran kami cuma cakap ” benda dah lepas jgn diungkit. Lupakan semuanya supaya kami yg lain terselamat ”

Maaf kalau cerita ni panjang dan tak seram.Terima kasih membaca.

::Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

 

7 comments

  1. “ko yang hidup teruskan jela, aku yg mati pn ko nk kacau”

    ni ayat klw aku yang alami mmg sah aku kluar rumah terus

    Part ni mmg serammmm…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *