Aku Tak Tahu Aku Ada Saka

Terima kasih pada Admin sebab publish citer aku. Aku memang peminat setia Pages ni dan aku pernah berkongsi dua cerita disini.

Kisah aku ni, mungkin tak berapa seram tapi aku suka berkongsi dan lebih kepada meminta pertolongan sebab aku tahu mungkin ada dikalangan pembaca ruangan ini ada mengalami pengalaman yang sama dan tahu cara untuk mengatasinya.

Aku anak tunggal dalam keluarga , mak aku meninggal kira-kira 28 tahun yang lalu dan ayah aku sampai sekarang tak kahwin lain. Aku dah berkeluarga.

Kisah bermula bila aku berpindah dari rumah ayah aku, kira-kira setahun yang lalu. Rumah yang aku sewa dekat je dgn rumah ayah, sbb niat aku mmg tak nak jauh dari ayah. Kalau boleh aku tak nak pun pindah,tapi ayah aku perlukan privacy mungkin sbb aku mmg dari kecik tak duduk dengan dia dan mungkin dia pun segan dengan aku. Tapi sebagai anak aku tetap ingat tanggungjawab aku, lagi pula aku anak tunggal.

Aku menyewa di sebuah taman perumahan. Rumah kos rendah. Aku ni duduk kampung, so mmg area tu satu je taman perumahan yang ada. Tapi sebelum masuk rumah sewa tu sebenarnya da macam-macam halangan jadi. Tuan rumah pun mcm tak bagi aku nak sewa. Tapi aku pujuk juga sebb da tak de pilihan lain. Tuan rumah serahkan kunci, dan suruh aku tengok dulu keadaan rumah.

Petang tu, aku ngan suami pergi la tengok keadaan rumah. Rumah tu mmg nampak suram dari luar. Jiran kiri kanan semua kaum lain, aku x kisah sangat bab tu. Tp ade pokok besar depan rumah, dan aku da rasa lain. Tuan rumah cakap sebelum ini, ada orang lain sewa rumah ni, tapi bila aku masuk keadaan rumah macam da lama sangat tinggal. Rumah ni adae 3 bilik. Suami aku ckp tak pe la, nnt kita da bersih dan basuh insha Allah ok. Bilik First aku jadikan bilik tidur kami sekeluarga, bilik no 2 bilik solat dan no 3 bilik stor.

Aku fikir positif je, sbb itu pilihan yang kami ada buat masa ini. Untuk tempoh setahun kami duduk rumah tu, alhamdulillah anak-anak pun suka. Ramai kawan . Tapi semenjak 3 bulan ini, macam-macam perkara pelik jadi. Anak-anak aku mula takut nak pergi toilet. Kami suami isteri terpaksa teman. Anak aku yang sulung ni, Allah bagi kelebihan boleh nampak dan rasa. Jadi, dia bagi gambaran apa yang dia nampak. Aku percaya, sbb sebelum ini kami pernah bawak dia jumpa ustaz dan memang ustaz ckp itu kelebihan dia. Klu benda yang x menakutkan dia, ok je. Tapi kali ni, dia nampak yg sangat teruk. Sampai dia x boleh nak gambarkan. Aku pesan kat dia suh baca Bismillah walau untuk masuk tandas.

Rupanya suami aku dah lama tahu, tapi dia x nak bgthu aku sbb dia tahu aku ni penakut. Dia kerja tak tentu masa, balik kadang-kadang pagi. Dia tahu pun sbb ada seorang kawan dia datang rumah, kawan dia tu pengamal perubatan. Kawan dia siap tanya suami, macam mana la korang sekeluarga boleh duduk rumah ni sampai setahun. dan kesilapan paling besar sebb aku dan suami masuk rumah ni, x pagar dulu.

Dan kemuncaknya, bila badan aku mula lebam-lebam dan sakit-sakit. Bukan setakat tu, emosi aku turut terganggu. Rumah kami sentiasa panas, hubungan aku suami isteri x baik. Anak-anak pun sama. Aku cepat marah. Aku mimpi bukan-bukan. Kena kejar ular dan last mimpi aku menyusukan baby. Aku google dan cari buku-buku berkaitan, dan jawapannya Aku ada saka. Korang boleh bayangkan tak keadaan aku??? Emosi aku???

Aku pergi berubat , sekarang pun masih dalam rawatan sebenarnya.. Saka aku tu dah sebati dalam diri aku sbb memang dari kecik da diwariskan dan kebetulan aku ni cucu bongsu dari anak yang bongsu sebelah mak aku dan keturunan yang ketujuh. kiranya yang last. sebenarnya aku tak tahu pun aku ada saka, sebb yelah mak aku da lama x dek..adik beradik mak aku pun kebanyakkan da meninggal.

Ustaz tu cakap apa yang ada dlm badan aku, dan gangguan dalam rumah tu menyebabkan aku , anak dan family jadi macam ni. Rumah yang aku duduk tu, da berapa kali pagar. tapi anak aku yang sulung ckp, setiap kali kami pagar ada benda lain yg dtg. Sekarang ni dah mula dengar ade benda alih barang dalam rumah. Anak aku ckp dalam bilik stor tu ada macam-macam benda. Sampai aku terpaksa tutup pintu setiap masa. dan kemungkinan besar sebab jiran-jiran aku ni akan bakar something dan bunyikan loceng masa dia sembahyang…Asap kan makanan JIN, tu sbb susah nak pagar rumah ni..

Saka dalam badan aku da cuba dibuang , dan dengan Keizinan Allah aku dpt tgok mcm mana rupa dia..tapi aku tetap sakit sampai sekarang..Masa aku menaip ni pun aku rasa bahu aku macam menanggung beban yg sgt berat. Ustaz tu ckp, nak buang saka ni bukan mudah dan berperingkat. Aku cuma kesian dengan anak-anak. Aku juga sedang cari rumah lain.
Korang doakan aku cepat sembuh, doakan aku kuat…. Apa yang aku boleh buat masa ini hanya solat, doa dan mohon pada Allah.

::Hantar kisah anda di fiksyenshasha.com/submit

Arissa

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 11 Average: 4.9]

7 thoughts on “Aku Tak Tahu Aku Ada Saka”

  1. Sis pagar rumah tu sebenarnya memanggil jin ( kemungkinan islam ) untuk datang menyinggah. apa yang anak sis lihat adalah benar kerana apabila rumah dipagar maka akan bertandang yang lain. allahuaklam.

    kalau sis tak keberatan sila lah google mengenai ilmu haq In Shaa Allah Sis dapat pulihkan diri. Semoga Allah akan memberikan kesembuhan kepada diri sis dan semua umat islam.

    saya kasi apayang haq sahaja dan mengambil semula yang bathil daripada saya dulu, kini dan selamanya dan juga mengambil yang hak sahaja daripada penulis dan semua pembaca dan memulangkan yang bathil milik penulis dan semua pembaca dulu, kini dan selamanya.

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.