pondok_atap_nipah_by_andywong75-d6avffy

Aku, Zira dan Pondok-Pondok

Salam warga FS yang disayangi. Pertama sekali aku nak ucapkan jutaan terima kasih kepada admin FS yang memilih cerita aku sebelum ni Aku, Nenek dan “Dia” untuk disiarkan.

Pernah tak korang masa kecik-kecik dulu main pondok-pondok? Dari level 1 sampai 10 berapa korang boleh rate kan tahap extreme korang main pondok-pondok tu. Aku rate kan pondok-pondok aku tu pada level 10. Sebab apa? Sebab pondok-pondok yang aku dan kawan-kawan aku buat ni bukanlah pondok-pondok biasa sebabnya kitorang bina dekat atas pokok tinggi, kalau jatuh confirm patah kaki, atau paling teruk, boleh meninggal.

Kisahnya lebih kurang 15 tahun dulu masa aku masih di bangku sekolah rendah. Aku ada kawan nama Zira, Midi, Nana dan Tijah. Kitorang ni bukanlah budak kampong tapi bukan jugak budak bandar. Kitorang budak taman. Masa ni, taman perumahan yang kitorang duduk ni masih baru lagi. Banyak kawasan yang dah ditarah tapi masih tak dibangunkan. Nak dijadikan cerita, belakang rumah aku ni ada tanah lapang yang cukup luas. Kawasan tu agak lama tak dinaikkan rumah sampailah aku habis sekolah menengah. Kawasan tu ada masanya akan ada ramai pengunjung. Ada yang main bola sepak, ada yang main rounders, kalau musim berangin ada yang main layang-layang. Tapi, ada masa jugak kawasan tanah lapang tu langsung takde orang. Dan tragedy yang berlaku kat aku ni berlaku masa orang tak ada ni lah.

Di hujung kawasan lapang ni ada bukit hutan yang masih tinggi pokok-pokok hutannya. Aku pun tak tau lah mana datang idea nak bina pondok atas pokok kat situ. Gigih aku ngan kawan-kawan pergi cari kayu dan papan yang orang dah buang. Zink-zink terpakai konon nak buat atap. Bapak aku pula kerja tukang rumah jadi senang aku nak dapatkan stok paku dan tukul. Buat punya buat, seminggu pun siaplah pondok tu. Atas pokok. Tinggi jugak la. Lebih kurang sama tinggi dengan rumah aku dua tingkat tu. Pondok tu kitorang bina atas pokok yang paling depan dan paling tepi. So, boleh nampak dari tingkap bilik aku dari rumah sana. Tak adalah dalam hutan sangat pun. Aku pun takut kalau dalam hutan sangat.
Main pondok-pondok kitorang ni siap ada masak-masak betul-betul. Adalah kuali, periuk. Tapi, selalu masak megi dengan bakar sosej je. Atas pondok tu la kitorang masak, bukannya kat bawah atas tanah ni. Sebenarnya ni pondok kedua yang dibuat kat sini, ada lagi satu pondok kat dalam hutan sana. Geng-geng sekolah abang aku yang buat. Geng-geng besar lah. Tapi,diorang buat sebab nak buat benda tak elok terutamanya sebab nak ponteng sekolah takpun hidu gam.

Satu petang, aku nampak Zira jalan kaki nak pergi ke pondok tu. Sorang je. Aku panggil lah tapi dia macam tak dengar. Aku kejar dia naik basikal, bila aku dah dekat dengan dia barulah dia toleh pandang aku. Aku tanya di nak pergi pondok ke? Dia angguk, dia cakap dia nak letak bantal. Ada lah dua bijik bantal kecik kat tangan dia masa tu. Tapi, bantal tu dah comot. Aku pun temanlah dia. Kitorang naik sampai atas pondok. Sampai kat atas, aku tengok barang-barang kitorang semua bersepah. Macam ada orang buat khianat. Malas nak fikir lebih, kitorang pun sapu-sapu lah sikit. Hias-hias sikit. Tak lama lepas tu, Midi datang. Bawak megi.

Pondok kitorang ni tak ada dinding. Memang bahaya. Tapi, boleh pula si Zira ni duk acah-acah lepak juntai kaki kat tepi pondok tu. Aku cakap la kat dia hati-hati nanti jatuh. Elok lepas aku habis ayat aku tu, Zira terjun ke bawah. Aku ngan Midi menjerit tengok tindakan gila Zira. Kitorang menjenguk pandang ke bawah nampak Zira tengah sapu-sapu seluar dia ala-ala nak bersihkan kotor. Aku tanya la dia tak apa-apa ke? Dia cakap nasib baik tak apa-apa. Dia marah gila. Siap tanya lagi sape yang tolak. Aku ngan Midi pelik la sebab memang takde orang tolak dia pun. Gila ke apa aku ngan midi nak tolak dia.

Tengah dia duk membebel kat bawah tu, dia masuk ke dalam hutan. Aku tanya la dia nak pergi mana? Dia cakap, dah alang-alang dia kat bawah, dia nak cari la kayu nak buat hidupkan api masak megi yang Midi bawak tu. Aku dan midi ok kan je la. Tapi, tak lama lepas tu, kitorang dengar bunyi jeritan dari dalam hutan tu. Ah sudah! Apa pulak jadi kat Zira ni? Aku ngan midi terus menapak turun. Satu persatu anak tangga pondok tu kitorang pijak cermat tapi laju. “Midi! Tolong! Korang, tolong!!!” suara Zira menjerit lagi, macam menangis, suara dia takut tu sampai serak jadinya. Kitorang dah cuak dah. Takkan dia jumpa harimau pulak? Entah-entah babi hutan?

Bila dah sampai bawah aku ngan midi berlari masuk ke dalam. Tapi, still tak nampak Zira. Budak ni masuk dalam sangat ke? Kitorang jerit panggil nama dia. Dia menyahut lepas tu dengar dia menangis. Lepas tu jerit mintak tolong. Kitorang pun berlari la ke arah suara dia tu. Jauh kitorang masuk dalam, terkejut besar bila kitorang jumpa satu pondok kecik yang cukup buruk cukup usang kat tengah-tengah hutan tu. Dengar la suara Zira sedang menangis kat dalam. Midi dah mula marah, apa benda dia buat dalam tu? Kata nak cari kayu api je, yang pergi masuk sampai dalam hutan sangat ni buat apa?

Kitorang terus panggil Zira tapi still tak mendekati pondok usang tu. Tak berganjak dari tempat kitorang berdiri. Pondok tu buruk sangat dan sumpah menyeramkan (masa aku tulis ni, meremang jugak la sekali dua sebab rupa pondok tu masih aku ingat sampai sekarang). Suara Zira menangis makin lama makin perlahan lepas tu terus senyap. Midi panggil Zira tapi Zira dah tak menyahut. Ah sudah, dia pengsan pulak ke kat dalam tu? Aku ngan midi dah kecut perut, fikiran kebudakan aku masa tu hanya fikir nak lari balik rumah je. Memang betul pun, aku ngan midi lari balik rumah. Nak panggil mak ayah kitorang. Yang mengejutkan kitorang, bila kitorang sampai kat rumah, Zira tengah seronok main Zeropoint dengan Tijah dan Nana. Aku dan Midi terus menangis bila nampak Zira ada kat depan rumah. Tak tau nak cakap menangis sebab takut ke atau sebab selamat ke.

Jadi, siapa Zira yang aku duk teman atas pondok tadi? Siapa yang jatuh..kejap..patut la dia jatuh tadi tak sakit apa-apa. Just sapu-sapu seluar gitu je. Jadi, siapa yang jerit panggil nama aku dan midi tadi? Lepas kejadian tu, aku dan midi demam. Kitorang pun dah tak main pondok-pondok tu kat situ. Geng-geng kawan abang aku yang ada pondok kat area situ jugak pun dah tak ponteng sekolah lepak situ. Dengar cerita diorang pun kena benda sama jugak. Tak dapat aku bayangkan apa bakal berlaku kalau aku dan Midi masuk ke pondok buruk tu nak selamatkan “Zira”.

::Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *