Allah Memberi Peluang

Assalamualaikum semua, saya Annie (nama samaran) berumur 18 tahun. Ok, seperti tajuk saya, saya ni takde sixth sense mahupun hijab terbuka. Cuma sekali sekala Allah bagi peluang dekat saya untuk melihat sendiri makhluk yang hidup sekali dengan kita yang kita tak boleh melihat dengan mata kasar.

Ok, first kejadian yang baru waktu saya dalam kelas. Lepas parking motor saya turun ke blok pra-u. Cikgu disiplin saya pernah kata hati-hati dengan makcik apa tah saya dah tak ingat. Dia selalu ada dekat blok pra-u. Saya buat tak hirau. Saya jalan masuk dalam kelas. Letak beg, bawak keluar phone dengan hands free layan lagu. pastu layan drama kat YouTube. Actually saya pakai wifi entah sapa dia tak letak password. Bro thank you bagi wifi free tadi Mintak maaf tak bagitau bila ko bising-bising internet habis, hehe. Dalam pukul 10 pagi macam tu, saya nampak dekat belakang kelas saya tu ada seorang perempuan berbaju putih dan tudung putih. Saya tengok dengan ekor mata saja. Dia macam nak lintas tapi bila saya pusing badan menghadap dia, dia hilang.

Kisah kedua dekat sekolah lama tahun lepas. Saya baru balik dari library. Saya pengawas library so ada kerja sikit. Last-last saya kena balik kelas sorang-sorang. Blok sekolah lama saya jenis bersambung-sambung jadi senang nak jalan tak perlu turun naik tangga kecuali nak ke tingkat bawah. Ok, waktu tengah jalan tu tiba-tiba belakang saya ada orang lari macam dah nak rempuh saya tu. Saya terus pusing belakang. Kosong. Takde orang. Saya senyap. Cepat-cepat angkat kain cabut lari. Susah nak lari dengan pakai kain tak memasal tersungkur depan kelas orang. Buat pengetahuan korang, waktu saya tengah jalan balik ke kelas tu, saya ikut jalan blok makmal kimia, hari tu makmal tu takde orang guna so kosong.

Kisah ketiga saya dengan geng-geng masuk air saya dekat tandas. Saya mulut celupar sikit, hehe. Waktu tu saya ada tuisyen dekat sekolah. Biasa nak dekat spm macam-macam tuisyen ada tapi saya mengaku saya jarang sangat-sangat pergi tusyen, hehe. Ok sambung. Saya, Syira ngan Ija masuk tandas. Asyik gelak-gelak sampai tak ingat dunia. Tiba-tiba Syira suruh masuk tandas nombor 2. Saya ingat dia sengaja nak prank saya sebab saya memang kaki prank. So saya ingat dia nak balas dendam sebab asyik prank dia dengan kurung saya dalam tandas.

Saya hesitate sekejap. Dia cakap, “hang pi lah masuk sat. Aku tak kurung hang aih”. Saya balas , “kalau hang kurung aku, aku cekik hang sampai mati”. Bukan buat betul pun, cakap aje. Aku pergi masuk ada 1 tong sampah. “Hang pi jenguk dalam tong sampah tu ada pa.” Aku kerut dahi , “dia nie betul ke tak,” cakap slow je lah tak pasal sentap nanti takde kuasa nak pujuk. ” Aku pun jenguk lah. “Weh, aku nampak!”, Syira yang asyik betul tudung pusing tengok saya. “Hang nampak pa?”.

“Aku nampak tak dak pa pun. Hang nie betul ka dak? Ka wayar putuih (putus) dah dok suruh jenguk tong sampai bagai” .

“Ti (bukan nama sebenar) nampak ada banyak ulat sampah. Hang tengok ataih (atas).” Aku pun dongak, “Ti nampak ada benda putih tengah merangkak. Rambut merebang macam tak sikat setahun, lidah penuh darah panjang ke dada dia. Kat luaq (luar) pulak ada tengah mencangkung tengah tengok dia.” Ti nie hijab dia terbuka. Sebab tu dia boleh nampak semua benda- benda. Buat pengetahuan korang waktu tu sekolah saya dah lengang. Takde orang. Saya biasa balik paling lewat dengan geng sebab nak menyembang lagi.

So tandas tu dekat blok makmal dan dekat makmal kimia jugak. Sebelah menyebelah aje makmal kimia dengan tandas. So lepas keluar dari tandas kami bertiga berhenti dekat makmal kimia sebab si Ija nie bukak topik histeria. Sembang punya sembang si Syira ajak balik sebab dah lewat and takde orang lansung. On the way nak ke parking motor tu boleh lagi sembang pasal tu. Kami parking motor sebelah kantin. Waktu aku tengah best punya senget motor ala-ala Grand Prix (nasib tak terbalik motor.. hehe) dekat selekoh tajang antara lot parking potor perempuan dengan gelanggang gasing, Syira yang tengah bonceng saya tiba-tiba tepuk bahu saya suruh saya cepat sikit blah dari sekolah.

Saya pelik, haih perempuan nie aku tendang hang turun dari motor baru hang tau Ok aku bawak 60km/j turun bukit. Tak memasal terguling dua-dua orang sakgi. Nak bawak laju lagi pada tu. Lepas keluar tu aku panggil Ija yang naik motor lain datang tepi aku. Syira mula bukak cerita dia

“Weh tadi dekat makmal kimia tingkap belakang aku nampak ada orang tengah tengok kita. Dia pakai baju putih. Rambut panjang. Muka aku tak nampak sebab tingkap tutup. Aku nampak figure badan dia saja sebab just bayang-bayang saja.” Buat pengetahuan korang tempat yang si Syira nie cakap tempat yang sama dengan port kami sembang pasal budak kena histeria tu cuma kami bersembang belah depan pintu. Parking motor aku membelakangkan blok makmal. Harap korang paham ye.

Ok sampai sini ajelah ek. Nanti korang boring pulak. Banyak cerita lain menyusul. Ok Assalamualaikum.

Annie
Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

12 comments

    1. haih kome ni penat budak tu mengarang. tk best takyah la gigih baca sampai habis. bny kcekadak pulak.

  1. Bace citer ni seolah2 akk kena kejar pastu kena tolak mase lari turun bukit…
    Haaaa…
    Nampak tak kekalutannye tu…

    Part seram tu dh ade cume kekalutan tu buat akk rase jatuh berguling lg teruk dr seram tu…

  2. Hey gaiss..at least dia cuba mengarang..so jngnlaa bashh..lbih baik bgi tguran yg baik so maybe dia boleh perbaiki .. nii tak korng bash diaa mcm korng pro gilaa padahal acah…oppss maaf..tq??

  3. BARU NAK SERAM DAH BUKAK CERITA LAIN.. TAK DAN NAK SERAM.. HAHAHA.. PART AKHIR , ADA ORANG TENGOK KAT TINGKAP TU DAH SERAM TETIBA HABIS.. HAHAHAHA

  4. pergh seramm.. aku pn selalu jgk gelak x ingat dunia kalau p tnds dgn kwn sekepala..alhamdulillah x jd pape even blok ada tandas tu asalnya tapak perkuburan zmn jepun dulu (org kata la)

  5. Mcm serabut dik.. Xpalah..next ble d perbaiki lagi.maaf akak xdpt baca smpai habis. Rasa nak juling mataa…

    4/10

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.