#Aman- Siapa Yang Follow Aku?

Assalamualaikum rakan-rakan di Fiksyen Shasha. Sebelum itu sebagai orang yang baru nak menulis di page ni aku nak perkenalkan diri dulu, aku Aman. Ok untuk tidak membuang masa, let’s start the story.

Masa aku muda belia dulu, seperti biasa d***h muda ingat nak seronok dan enjoy je. Walaupun kisah ni tidaklah terlalu seram sehingga boleh buat teman mengigau atau paling tidak pun boleh buat banyak like tapi sekurang-kurangnya ia boleh mendatangkan emosi ketakutan pada yang mengalaminya.

Pada waktu kejadian, seingat aku hari Sabtu malam minggu. Aku sudah berjanji dengan beberapa orang kawan aku, Din, Azlan dan Amir nak pergi berlumba motor dengan budak-budak dekat daerah lain. Kalau budak-budak sekarang panggil merempit. Sememangnya itulah aktiviti malam minggu aku kalau tidak ada kerja lebih masa. Selalu memang tak ada pun.

Seperti yang dijanjikan aktiviti merempit sedang berlangsung dengan jayanya dan perlumbaan berlangsung dengan amat sengit sekali. Aktiviti tidak sihat itu berjalan seperti yang diharapkan dan yang paling best seperti biasa, aku kalah dalam perlumbaan.

Selesai aktiviti berlumba dalam pukul tiga pagi, kami buat keputusan untuk pulang ke rumah masing-masing. Lupa nak bagitahu tempat kami berlumba tu dekat kawasan felda. Felda apa? Biarlah rahsia….
Kalau malam jalan dekat kawasan felda aku ni memang sunyi gila. Lampu jalan pun tak ada. Hanya berpandu pada lampu motor sahaja.

Masa balik tu, aku berdua je dengan Din yang lain dah ikut jalan masing-masing. Sebab rumah aku dengan Din ni di block yang sama. Aku bawa motor paling depan, manakala Din follow aku dari belakang.

Disebabkan nak balik rumah, tak adalah aku nak bawa motor laju. Bawa motor pun macam orang bercinta sedangkan aku race motor tadi pun macam orang bercerai. Din bawa motor pun ikut kelajuan motor aku jugaklah. Mungkin sebab mata dah ngantuk, aku dah malas nak layan Din kat belakang. Masing-masing diam je. Alamak! Hujan gerimis turun pulak malam tu. Mujur tak lebat.

Tiba-tiba nak sampai dekat dengan tanah perkuburan tu, aku terpandang satu sosok manusia. Sah! Perempuan! Dengan pengamatan dari jauh, dapatlah aku mengecam dia pakai baju apa. Dia pakai baju kurung putih dan pakai selendang putih. Lewat sahaja aku depan dia rupa-rupanya dia sedang dukung bayi. Aku masih lagi tak nampak muka perempuan tu dan bayinya sebab macam bertutup sikit. Dalam hati aku dah fikir macam-macam. Takkanlah orang. Kalau orang, kenapa pukul tiga pagi? Kenapa dia berjalan berhampiran kubur? Kenapa dia nampak macam menakutkan? Kenapa itu? Kenapa ini? Banyak sangat aku tertanya-tanya. Aku bagi isyarat tangan dekat Din, suruh dia p****g aku. Tapi dia buat tak tahu pulak. Aku bagi lagi isyarat suruh dia bawa motor seiring dengan aku, tapi dia masih lagi buat tak tahu. Tapi bila aku tengok dekat side mirror buat kali kedua, macam aku ternampak ada seseorang sedang menumpang dia dekat belakang.

Ah! Sudah! Biar betul! Ada kain putih melayang-layang ditiup angin dekat tempat duduk belakang Din. Tapi terdetik juga dihati aku malam tu, syukur alhamdulillah dia tak tumpang aku. Jahat betul aku fikir macam tu. Tapi, korang jangan fikir bukan-bukan fasal aku. Cerita tak habis lagi. Sampai sempang block rumah kami, aku tengok dekat side mirror Din sudah masuk keperkarangan rumahnya dan aku pun sampai di rumah dengan selamat. Mujur aku balik tak ditemani malam tu.

Esoknya, aku pergi rumah Din. Teruja betul aku nak cerita fasal penampakan malam tadi. Paling best aku nak tahu sangat tentang sesuatu yang menumpang dia malam tadi. Mana tahu dia pun nak cerita diluar jangkaan aku.

“Din, kau tahu tak, aku nampak perempuan dukung anak malam tadi. Kau nampak tak?” Aku tanya sebab teruja nak tahu.

“Perempuan dukung anak? Masa nak pergi ke?” Din buat muka pelik. Buat-buat tanya konon.

“Baliklah! Kan kau follow aku dari belakang lepas kita race tu?” Geram pulak aku.

“Bila masa pulak aku follow kau. Lepas race aku terus ikut Azlan tidur dekat rumah dia. Kan aku dah bagitahu kau sebelum kita race tu. Kau lupa ya?”

Biar betul! Aku ingat-ingat lupa fasal yang Din ada bagitahu tu.

“Ya ke? Kau jangan nak bohonglah..!!” Aku masih tak percaya lagi. Tipu je diakan.

“Ya Allah. Sumpah! Aku tak tipu. Nanti Azlan datang rumah aku petang karang kau tanya sendiri. Lagipun lepas subuh aku baru gerak dari rumah Azlan. Kau nampak tak aku baru lepas mandi ni!” Riak bersungguh Din untuk alu mempercayai kata-katanya.

“Kau buat apa kat rumah Azlan?”

“Kitorang bincang nak keluar dari felda nak cari kerja dekat Selangor. Kau nak ikut?” sempat lagi mamat suci ni pelawa aku.

“Habis tu siapa yang follow aku malam tadi? Rupa dia sebiji macam rupa kau!”

“Manalah aku tau!”

Pendapat korang siapa yang follow aku dari belakang dan siapa perempuan dukung anak tu? Dua penampakan dan gangguan dalam satu malam!

Itu sajalah pengalaman aku pada malam tu. Ada jugak kisah seram lain, tapi itu aku cerita the next part pulak. Pada korang mungkin tak seram, tapi pada aku?
Entahlah…

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Amanjoi

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 3 Average: 4.7]

53 thoughts on “#Aman- Siapa Yang Follow Aku?”

  1. ahhhh rindu nak komen. hello semua welcome back to comment section.
    mana otai komen semua? saya da rindu ni nak baca komen korang semua.

    Reply
  2. Aduhh..rindu nye nk rate setori..huhuhu

    Setori simple & senang paham..cikbambam x rasa seram sgt ngn setori awak ni..tp kalo cikbambam yg kene konfem demam seminggu..heee?..cikbambam bg 6.5/10..next setori plisss..?

    #manasingkong

    Reply
    • untuk ini aku tambah 3.5/10 utk mencapai tahap perfect 10..
      kenapa cikbambam bagi rate ciput je?.. best apa setori ni..

      #Singkongmana haha

      Reply
    • Tq sebab jadi kn cikbambam perfect 10..haha?

      Setori best..tapi bulu roma cikbambam x cukup meremang la..rate setori mengikut tahap meremang bulu roma..hahaha?

      #Yeahhsingkongdahmuncul

      Reply
    • Haha..x jugak..xkan la letak gmbr je nak crk jodoh kan..huhu..Ikut niat masing2..terpulang la nk crk jodoh ke..crk kawan ke..x jdk 1 kesalahan pun kan..heee?

      #janganmarahnaaa
      #cikbambamcakapje

      Reply
  3. Rasanya guardian aka saka@penjaga penulis kot? Dia merupa kwn penulis sebab nak teman penulis balik rumah…hahaha. Siap boleh pontianak tu sekali…hebat

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.