Ampaian Blok E

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca FS. Terima kasih admin FS kalau cerita aku disiarkan. Aku merupakan peminat setia FS. Baca FS sejak habeh form 6. Lepas balik kerja mesti wajib baca cerita dkt FS. Tak kira laa tengah malam pon aku baca. Kesah aku. Dekat rumah aku berani laa.. walaupun ‘dia’ wujud di mana-mana sahaja.

Okeh tuu intro tak rasmi. Nama aku waktu jadi Tarpian depa panggil aku K.E sebab aku dulu ketua Blok Efisien. Tapi aku tak seefisien nama blok. Tak dak pengalaman jadi ketua blok. Hahaha.. aku nak kongsi cerita nak kata seram. Tak seram pon sebab aku bukan jenis yang boleh nampak tapi jenis rasa. Aku alami banyak gangguan waktu aku dok asrama dekat sekolah Teknik di Penang. Hanya ada satu jaa teknik kat penang sebelah pulau bukan blah seberang perai. Jadi sapa tau dia tau laa teknik mana yang aku maksudkan.

Semua blok dekat asrama tuu ada ‘penghuni’ dia masing-masing. Macam dekat blok yg aku duduk. Ada kak senior yg aku rapat dia cerita yang duduk dekat blok aku pasangan. Tempat depa duduk pon kak senior aku cerita. Aku dah agak dah tempat yang dia duduk tuu sebab aku penah ternampak dan rasa. Ada beberapa pokok besaq dekat blok aku. Situ laa tempat depa. Kak senior aku siap cerita lagi ciri-ciri rupa bentuk dia. Part tu aku seram. Aku banyak kena gangguan waktu aku form 4. Waktu form 4 paling banyak sebab dorm yang aku duduk tuu dekat dengan tempat dia.

Bukak pintu dorm nampak teruih tempat dia. Tapi terlindung dengan tangga jadi tak laa nampak sangat. Aku duduk katil kedua tingkat atas dari pintu dorm. Kira nak dekat-dekat hujung jugak laa. Dah laa kak senior yang cerita dekat aku tuu dia katil sebelah aku tingkat atas jugak. Dia dah selalu balik rumah maklumlah rumah dia dekat dengan sekolah tapi dia dok jugak asrama sebab tak sapa nak hantar dia pergi sekolah lagipun dia nak SPM tahun tuu.

Dengan dia saja laa satu-satunya kak senior yang paling aku rapat tapi sampai sekarang aku tak dapat nak cari dia. Terputus hubungan lepas dia habeh SPM. Nombor telepon pon dia tukar. Tuu intro secara umum. Okeh sekarang baru akau nak mula cerita pasal kisah seram aku yang tak seram sebab bukan aku yang nampak aku dapat sense jaa.
Ada satu malam tuu aku orang yang terakhir tidur tuu memang semestinya sebab aku memang suka tidur lewat padahai aku bukan tidur lewat sebab aku ulangkaji tapi aku pon tak ingat aku buat apa. Hahaha. Lama dah tinggal sekolah. Waktu sebelum aku tidur tengah kibas-kibas katil sebab takut ada MR CHARLIE kang tak pasal dia buat tatu dekat badan aku.

Hahah budak asrama kenal sangat dengan MR CHARLIE kan? Ada sorang budak dorm aku dia keluar pergi tandas sorang-sorang. Aku nampak dia aku tanya dia nak pi mana. Dia cakap nak pergi tandas. Aku tanya lagi. Nak aku teman kaa? Dia cakap xpaa dia pi sorang. Waktu dia keluar pergi tandas tuu dalam pukul 12.30 malam kalau aku x silap sebab dah lama sangat aku pon tak berapa nak ingat tapi sampai sekrang aku ingat apa yang berlaku pada malam tuu. Lepas tuu aku tidur laa. Tak lama lepas tuu aku rasa ada benda putih masuk dorm sebab waktu tuu tengah mamai nak terlelap tidur. Lepas tu kawan dorm aku katil sebelah dia dok katil bawah dia bukak lampu. Aku terkejut. Aku terjaga.

Aku tengok kawan aku yang pergi tandas sorang-sorang tadi duduk dekat bucu katil sebelah aku. Aku pelik jugak laa. Dah kenapa dengan dia. Lepas tanya dia. Dia mengeram marah. Aku dengan segera lompat dari katil. Aku ni dah laa penakut. Dah dia duduk katil sebelah aku mau aku tak lompat lari p tempat lain. Dah dia disahkan dia ‘kena’ semua satu dorm bangun. Mula-mula pujuk suruh dia keluar sendiri. Ada kak senior dorm aku pergi dorm sebelah panggil ketua blok. Nasib ketua blok tahu sikit-sikit berubat tapi dia tak mampu buat sorang. Dia hanya tahu sikit-sikit saja. Ada beberapa soalan dia ditanya dekat ‘benda’ yang masuk badan kawan aku tuu. Depa tanya dia nama apa.

Dia dok dekat mana. Macam mana dia boleh rasuk kawan aku, dia bagitau nama dia. Aku tak mau sebut tapi aku ingat. Depa tanya lagi dia umur berapa. Asal mana. Banyak jugak depa tanya. Tuu pertama kali aku dengar secara langsung suara orang kena rasuk. Tempat dia duduk dekat kawasan ampaian blok aku dan aku memang tahu ampaian tuu memang tempat dia sebab aku pernah kena sekali waktu pergi ampaian blok aku. Tapi aku bukan kena rasuk cuma aku hampir-hampir tapi Allah lindung aku. Aku bersyukur sangat.

Dia mula-mula tak mau bagitau dia datang dari mana tapi senior aku bagi kertas dengan pensel suruh dia lukis. Dia lukis waktu tuu aku tengok alangkah takut gila waktu tuu. Fobia jugak laa aku dengan ampaian. Seminggu jugaklah aku tak turun pergi sidai baju dekat ampaian sebab takut tak kira laa siang ka malam. Fobia teruk weii.
Lama weii nak suruh dia keluar dari badan kawan aku. Mula-mula kak senior yang aku cakap aku rapat dengan dia yang dia cerita dekat aku pasal dia selalu kena kacau tuu. Dia tahu sikit-sikit pasal nak berubat orang kena rasuk sebab ayah dia seorang ahli perubatan islam. Dia ambik botol air kosong. Dia tekan kan dekat muncung botol tempat minum air tuu. Aku tak tau nak terang macam mana. Dia tekan dekat ibu jari kawan aku yang kena tuu.

Dia megerang kesakitan tapi dia bunyi sikit-sikit jaa sebab dia tak adalah agresif sangat. Dia tak mau keluar jugak. Senior aku baca ayat kursi. Dia ketegaq jugak. Dia tak mau keluar. Lepas tu dia bangun. Dia nak keluar. Jadi semua yang ada dalam dorm. Semua terlibat malam tu nak keluarkan benda tu dari badan kawan aku. Depa tutup pintu kalau terlepas keluar lagi susah. Dia terjun bangunan kang tak pasal-pasal patah kaki. Nasib laa x tinggi sebab dorm aku tingkat 2 jaa. Lepas tutup pintu. Bermulalah sesi rawatan untuk keluarkan benda tuu. Kak senior aku cuba macam-macam dia tetap tak mau keluar. Jadi kak senior aku terpaksa cari bantuan.

Kami tak libatkan warden sebab waktu tuu dah lewat sangat. Jadi kak senior aku dia telefon ayah dia. Ayah dia cuba bantu dari jauh. Waktu tuu tak hirau dah pasal bawa handphone dekat asrama salah. Siap ketua blok ada lagi sebab waktu tu memang dah kecemasan. Fikir nak cepat selesai jaa. Nak bantu kawan aku yang kena tuu. Kak senior aku ikut arahan ayah dia. Apa yang ayah dia suruh buat.a kami ikut saja arahan kak senior aku. Ayah dia suruh kami semua pegang sendi-sendi kawan aku yang kena rasuk tuu.

Sebab benda tuu kan duduk dekat sendi-sendi badan manusia. Sambil pegang dekat sendi-sendi kawan aku tuu sambil tuu baca ayat kursi tanpa henti. Kawan aku mengerang kesakitan. Dia cuba kelupuq untuk lepaskan diri sebab sakit. Tapi tetap tak berkesan. Kak senoir aku buka pembesar suara. Benda tuu dengar suara ayah kak senior aku dia takut. Ayah kak senior aku cakap dekat benda tuu suruh keluar dia tak mau jugak. Lama weii berperang dengan benda tuu. Dari 12.30 sampai pukul 4.00 lebih baru selesai. Akhirnya dia keluar jugak lepas kak senior aku bagi dia minum air. Dia keluar sekali dengan air tuu. Kawan aku tersedak. Lepas tuu dia dah sedar. Kak senior aku suruh dia mengucap.

Tanya nama dia. Dia jawab nama dia. Alhamdulillah dia dah sedar. Aku terlupa nak cerita pasal kak senior aku cakap yang dia cerita ciri-ciri benda tuu. Waktu tengah soal dia awal-awal tuu. Kak senior aku tanya rupa dia. Baju apa dia pakai. Warna baju dia. Lepas tuu ketua blok aku ada tanya dia kaa yang lalu semalam dekat koridor. Aku dengar serius seram. Sebenarnya dia tak kacau orang pon. Dia duduk tempat dia jaa. Lepas selesai tuu serius penat gila. Semua tidur. Esok pagi bangun badan aku memang lenguh gila sampai demam aku dibuatnya sebab penat. Tapi petang tuu kawan satu dorm dengan aku kami panggil dia A’aa.

Dia pergi ampaian pukul 6.30 petang pergi ambik baju. A’aa period waktu tuu. Dia tak sangka benda tuu ikut dia waktu dia pergi ambik baju. A’aa rasa bersalah sebab dia kawan aku tuu kena rasuk.

Tapi kawan aku yang kena rasuk tuu dia memang dah pernah kena rasuk dari sebelum dia masuk sekolah teknik lagi. Sebab dia selalu homesick dengan selalu kena kacau. Kawan aku tuu pindah sekolah waktu nak dekat-dekat hujung tahun tuu jugak. Terima kasih sudi baca cerita yang aku tulis. Dah tak seram sebab aku tak mau terangkan pasal rupa bentuk dia. Sebab menyeramkan. Tuu kisah dekat asrama yang aku duduk waktu aku form 4. Waktu form 5 ada lagi kes.

Tapi waktu ni aku xdakk dekat asrama sebab pergi tuisyen malam dekat sekolah. Dekat sangat sekolah dengan kawasan asrama. Jalan kaki lebih kurang 10 minit sampai sekolah. Maaf lah cerita kau tak seram. Aku berniat hanya untuk berkongsi pengalaman yang aku alami. Aku beranggapan semua yang berlaku ada hikmah disebaliknya. Hanya Allah yang Maha Mengetahui. Sekian, Terima Kasih. Nanti ada masa aku kongsi cherita sepanjang 2 taun aku dok dekat asrama Blok E. Macam-macam penah jadi waktu aku jadi calon ketua blok dengan waktu aku secara rasmi jadi ketua blok.
-KE-

KE

Sila tinggalkan komen yang berkaitan dengan cerita :)

4 Comments on "Ampaian Blok E"

avatar
ain

asrama aku blok A..blok E lelaki.tapi sebelah blok A ni blok B dan 2 dorm tingkat 2 blok B ni tak pakai atas sebab2 yang misteri.2 dorm tu berhadapan dengan dorm aku.dan baru tadi ade benda jadi dekat bilik bagasi sebelah 2 dorm kosong ni.sekarang ni aku dekat asrama.

hantutarp

Budak tarp. Haha aku lama tinggal dah skolah tu. Asrama so far sekali ja kena tindih. Tu pon sbb melawak sakan. Tp lepas tu normal xdak apa. Smpai fly pon buat dek je tgh2 mlm

DediKamenRider

Mula-mula kak senior yang aku cakap aku rapat dengan dia yang dia cerita dekat aku pasal dia selalu kena kacau tuu

Antara part yg pening nak baca. Letak nama samaran utk watak lebih mudah paham. Kipidap

Langsat

spoil la hang cerita…part nk klimaks, seram….tapi hang potong stim, tulis takut nak tulis la, takut nak cerita la…jadi fobia la….details weh details…butiran tu penting,kalau lukisan tu lukis ampaian, tulis la “dia pun melukis dan aku meremang bila tengok ampaian belakang blok yang aku selalu jemur kain tu”..dia gtau nama,tulis ler nama…

wpDiscuz