Assalamualaikum warga FS, terima kasih kepada admin jikalau cerita aku ini disiarkan. Yalah, aku bukannya kerap kena ganggu pun & aku tak ada lah istimewa pun. Cerita aku kali ni, tak seram, tak sedih, mungkin lawak sikit je kut? Aku pun tak pasti. Aku mohon maaf awal-awal kalau membosankan.
HARI PERTAMA,
Kisah ini berlaku sewaktu aku masih belajar di UiTM Sri Iskandar pada tahun 2015 semester4 tapi aku ni budak repeaters (haha). Semester kali ini intake baru tak ramai, dan peraturan baru ‘siswi semua wajib duduk dalam’. Dipendekkan cerita, aku di tempatkan dorm Melati 2 yang membelakangkan hutan. Bilik aku tingkat 3, bilik untuk 3 orang tapi duduk seorang (roommate pindah bilik lain) & tingkap menghadap ke hutan (hanya aku seorang saja bilik berpenghuni untuk deretan aku belah kanan; belah kiri ada lah dalam 3 bilik berpenghuni; tandas duduk tengah2 bangunan) .
Semasa aku duduk seorang tu tak de lah aku kena kacau, cuma bergurau senda adalah itu pun hujung semester yang siswa-siswi berkejar siapkan drawing sebelum final. Hari minggu tu, ramai yang stay studio or keluar overnight siapkan project. Aku pula jenis malas nak keluar tengahari terik, aku duduk bertapa dalam bilik lah satu hari. Bangun pun dah lewat, dengan liat nak mandinya dan makan pun malas. Sibuk sangat baca komik dari siapkan drawing.
Tau-tau je dah nak masuk maghrib, baru lah aku bangun nak mandi semua. Habis mandi dengan keadaan yang masih berkemban(tak pasti eja macam mana, maaf) tuala terus aku capai phone baring atas katil sambung baca komik biar pintu bilik terbuka. Kononnya nak angin masuk bagi sejuk bilik, katil aku betul menghadap pembukaan pintu. Memang orang akan nampak katil aku dulu lah kan.
Pada mulanya, aku berpaling arah ruang bilik sambil pegang phone. Tetiba ada kelibatkan budak kecik lelaki pegang binatang or anak patung apa aku tak pasti berdiri dikaki aku depan pintu bilik. Aku tengok budak tu dalam seminit-dua je, budak tu tengok aku dengan muka sedih/rindu/sayu/macam kenal aku. Then aku terus pusing berpaling menghadap dinding pula, biarkan budak tu dikaki aku. Sebab aku ingatkan dia adik bongsu aku (hahaha).
2 jam lepas itu, baru aku tertanya2, siapa budak tu, sebab adik aku yang bongsu tu 1. Dia perempuan, 2. Tak kan dia seorang je naik bilik aku, mana mak aku, 3. Anak patung kegemaran adik aku tu ‘ladybird’ and budak tu pegang binatang lain. 4. Adik aku dekat Kedah, aku kat Perak, 5. Tak kan family aku datang tak bagi tau, mesti mak aku bising nya tengok anak dara bertuala je. Budak mana pula datang visit aku ni? Aku pusing nak siasat dia dah lesap. Sedangkan selama 2 jam aku ignore dia tu, budak tu tengok je aku siap buat macam bilik sendiri lagi. Yang pasti dia main di kawasan kaki aku je, ruang tengah bilik dia tak masuk pun.
Tak kan ada family visit bawa budak kecik tapi biar dia merayau, dah lah aku dalam keadaan bertuala lagi selama 4 jam (7pm-10pm, haha). Bila difikirkan ada family datang visit baru lah aku terhengeh-hengeh nak pakai baju seluar semua. Itu pun ambik masa 2 jam juga lah aku sarung baju semua, sebab dah nak masuk tidur, time untuk tutup pintu bilik.
HARI KEDUA,
Hari isnin kelas penuh, balik bilik pun dah petang. Aku balik terus mandi, pakai baju tidur (kali ni pakai baju terus sebab nak tidur) terus atas katil, lampu bilik semua tak on langsung, drawing bersepah, maghrib langgar. Dalam pukul 9pm aku tersedar, sebab bunyi ada orang ketuk dinding bilik sebelah sedangkan bilik antara kedua belah kiri dan kanan aku tidak berpenghuni. Aku cuba focus kan pendengaran aku, bunyi ada orang ketuk-ketuk dinding, tapi sebab aku penat sangat aku buat bodoh, aku sambung tidur.
Tiba-tiba, bunyi kuat dari bahagian atas katil aku (katil double deck), tersedar terus aku dari lena. Aku berpaling tengok ruang bilik ada lembaga putih kat tengah2. Macam tengah solat pun ada aku tengok. Aku biar je lah fikirkan member aku tumpang solat kut. Aku memang jenis tidur tak kunci pintu, sebab member kerap je tumpang bilik aku untuk solat al-maklumlah duduk seorang barang aku tak banyak.
Aku nak sambung lelapkan mata, bunyi ada orang gerak2 bahagian atas sedangkan atas tu aku letak semua kotak2 barang drawing aku. Tak kan lah ada orang tidur atas tu. Tak lama lepas tu bunyi tu turun kebawah, pastu jalan-jalan dalam bilik macam cari something. Aku memang terus tak boleh tidur fikirkan drawing aku kena pijak. Kenapa lah tak kejut aku, kut ya pun nak cari barang or nak pinjam barang.
Dom… bunyi pintu tutup. Tapi bukan pintu bilik aku, pintu bilik orang lain sebab pintu aku langsung tak terbuka. Aku perhati je pintu tu tunggu dia terbuka, tapi tak de apa-apa jadi. 30 minit aku perhatikan sebab bilik aku. Takde dah bunyi atau pergerakan. Disebabkan aku dah tak boleh tidur, terus bangun switch on lampu, nak buat drawing, tengok keadaan bilik sama seperti mana aku tinggal kan pagi tadi. Aku terus lah buat drawing, sambil-sambil layan drawing ni.
Tetiba aku terfikir, kenapa lah solat dalam keadaan bergelap gitu? Boleh je kut pasang lampu, bukannya aku marah pun, nak solat kut buat apa marah. Kalau betul pun kesiankan aku tidur, at least buka jelah pintu bagi cahaya masuk juga sikit. Ni tak, solat je dalam keadaan gelap gitu, tak takut ke terlanggar meja ke apa2 ke? Pisau jatuh ke apa ke? Tak kan tak tau bilik aku sepah macam mana. Nasib ruang nak solat je tak de sepah tapi dekat dengan meja kut.
HARI KETIGA (HARI TERAKHIR),
Hari ketiga ni hari rabu, hari selasa tu aku tidur studio dengan member buat drawing. Balik dari kelas, aku mandi terus buat drawing tak gerak ke mana-mana, makan pun tidak sebab nak kejar submission. Tapi aku rasa lain macam sikit sejak balik dari kelas, kelibat penghuni tingkat 3 ni tak de. Sunyi je, aku biar je lah mungkin kelas tak habis lagi ke apa ke. Masuk pukul 10pm, tingkat 3 masih sunyi. Ni aku dah pelik, mereka semua ni tak nak balik ke apa?
Contact jiran bilik depan, dia tidur bilik member. Contact member bilik sebelah dia, dia tidur studio lah pula. Roommate dia pula member aku, contact member ni tanya ‘kat mana? Tak reti balik bilik ke? Kalau print kita pergi sekali lah nanti’. Member ni balas, ‘malas lah nak balik bilik, nanti rasa nak tidur. Kenapa?’ Aku cakap je lah kat ‘dorm tak de orang, tetiba lapar, nak ajak makan tadi tapi kau kat luar lah pula, so tak pe lah.’
Member ni gelak je, suruh pergi makan lah apa lah. Pastu tetiba dia orang kata dia orang kat depan tingkap aku, tengok lah, dia orang bawa mcd balik ni. Aku ni balas je lah tak de pun, pastu sambung buat drawing masa tu pukul 12am. Lama sikit lepas tu, tingkap bilik aku kena ketuk. Ketuk dia mula-mula tu, manja-manja je macam orang nak jual burger memalam. Aku buat bodoh je lah, fikirkan angin. Tapi ketukan itu tidak berhenti ya.
Makin lama makin kuat pastu makin padu pula ketukan dia, aku nak buat drawing pun terganggu. Tak berhenti dia ketuk tingkap dari pukul 1am – 3am, macam kena kejar pun ada, minta tolong. Mula-mula tu aku tak layan lah, fikir siswi-siswi ni bergurau salah bilik kawan dia. Tetiba terlintas dalam fikiran aku. Bilik aku ni tingkat 3, macam mana orang nak ketuk tingkap bilik aku. Kalau bersebelahan tangga ada logic juga orang boleh ketuk tingkap aku.
Masalah sekarang ni, bilik aku ketengah lagi. Macam orang nak ketuk? Banyak pula masa orang tu nak cari tangga ketuk bilik aku. Buat apa ketuk bilik aku, tak de function langsung. Baru lah aku terfikir, ni bukan manusia ni, tengok waktu-waktu gini. Memang bukan manusia, tak kan burung nak langgar tingkap aku pula. Apa kebodohnya burung tu nak langgar tingkap aku berejam-jam.
Aku ni dah bengang kena kacau time buat drawing, bising pula tu habis lagu aku pasang pun main m**i hidup m**i (aku tak perasan pula music player aku pun tengah bergurau), terus aku sound
“KAU! KALAU KAU MASUK NAK KACAU AKU, KAU TENGOK LAH AKU SEKSA KAU BUAT DRAWING AKU NI, ESOK SUBMISSION BOLEH PULA KAU NAK BERGURAU DENGAN AKU TIME-TIME MACAM NI. AKU TENGAH TAK CUKUP TANGAN NI, DENGAN LAPTOP HANG LAGI. BAIK KAU, DRAWING AKU & LAPTOP AKU, AKU BAKAR SATGI, DAH LAH ESOK SUBMIT KAT FIRAUN (lecturer, jangan kecam saya, lecturer ni kejam tahap firaun bagi aku and member) KAU BUKAN FAHAM PUN FIRAUN TU KEJAM TAHAP MANA, HABIS DRAWING AKU DIA KOYAK, MARKAH AKU KOSONG, KENA MAKI ALASAN TAK MUNASABAH LANGSUNG KENA KACAU, PUIH!”
Ketukan padu dia makin kencang, cis degil juga benda ni
“KAU BERANI KACAU AKU SEKARANG KAU MASUK LAH, KAU TENGOK AKU PAKSA KAU BUAT DRAWING AKU NI, AKU NAK TIDUR. MASUK LAH, MASUK LAH, MAAAASSSSUUUKKKK LAH(nada puntianak panggil orang)!”
Dia tak nak masuk, tapi masih ketuk tingkap cuma dah kurang padu, bising je. Aku pun tak tau aku tengah gila ke apa boleh pula aku nasihat dia;
“Lain kali, kalau nak kacau orang tu kacau awal-awal or tengah-tengah semester, orang assignment tengah tak banyak waktu tu. Ni kau kacau time nak dekat final, memang kau kena maki balik lah, orang semua berkejar nak siap kan assignment, kau pula ajak bergurau. Silap timing, seriously silap timing. Lagi satu, silap orang, siasat lah dulu orang macam kau nak ajak bergurau. Aku bukan tak nak layan, tapi bukan waktu ni kau patut bergurau, dengan aku tengah tahan kencingnya nak siap kan drawing boleh pula kau nak bazir kan masa aku.”
Pukul 4am, aku baru perasan ketukan tu dah tak de. Baru perasan sebab aku dah nak terkencing sangat. Dah tak boleh tahan, drawing pun tinggal touch sikit-sikit je lagi. Aku buka pintu bilik. Fuh~ nyaman sungguh udara dekat luar. Angin bertiup sepoi-sepoi je buat aku lagi nak terkucil. Aku pergi tandas, tengok tandas no.4 kosong. Lepaskan hajat tu, sambung buat drawing, tak de gangguan dah lepas kejadian tu.
Sekian, Terima Kasih. Harap pembaca tak marah baca ya, maaflah bosan. Aku just kongsi je, sebab aku terima tips dari lecturer aku, benda ni tak kan kacau kita kalau berani lawan.
Kongsi kisah anda: http://fiksyenshasha.com/submit
Follow Whatsapp FS KLIK SINI
2/10
1/10
Ajaib sgt. Kanak-kanak main kt kaki selama 2 jam, tp “tak perasan” tu bukan adik. Berkemban selama 4jam, x salin-salin baju. Pastu tingkap tingkat 3 kena ketuk dari 1pagi smpi 4pagi, langsung xde tindakan. Ni mmg ajaib punya kesabaran ni.
hahaha.. kan ketaklogikanya nampak d situ..imaginasi tahap dewa ni
Yg aku xphm knpe mcm tu perangai..mls2 aku ni xdela.mls mcm ni
Lawak gila kau ni…??
Ni bukan cerita dik. Ini SAMPAH !!
kau pun mcm sampah, SAMPAH!
lol..ko ni penulis crita sampah ni ke? haha
mmg crita ni kelaut la dol nak buat mcm mana.
sampai part adik tu trus aku scroll. nyampah lak tetiba
hahaha..hidop hemoh-hemoh
Hantu pun give up nak usik…lembap sangat pickup..2 jam dia ketuk..baru ko ingat ko duk tingkat 3..haih…..
aq baca cerita kau ni dari mengantuk jadi stress , x paham aq dahlah tunggang langgang … 1/10
Tak teruja pulak ko eah adik dari kedah mai tgok ko kt perak
Ko ni knp dik.solat tunggang langgang.bukak pintu mghrib2.bkemban 4 jam.isya kmne..ko nih nk berani pun jgn cr pnyakit.ni mcm cr pnykit j.pning hakak tgk ko nih. 3/10 akak bg cite ko.hmmm
ttiba je
kmi yang first batch duk ITM sri iskandar 97-99 (skrang dan UITM) mmg kaw2 kena kacau hahaha
Sumpah tak faham cerita die ni. mcm tipu je.