Amukan Pak Icam

Hai geng Fs..Aku ni peminat tegar Fs..dok baca cerita hangpa ja,rasa nak cerita pengalaman sendiri pulak..Aku Rose (bukan nama sebenaq)..aku ni oang johor tapi stay perak sbb arwah opah aku sakit..kena jaga dia jadi kene duduk perak..nanti aku cerita pasal opah aku yang membela ni ok..tapi ni pasal mula2 kisah misteri dalam hidup aku jadi..

Masa aku berumur 9 tahun,aku stay umah mak usu aku kat felda lawin selatan,Gerik..stay seminggu je masa tu cuti sekolah..Felda weyhh tahu je lah kan..masa tu tengah panas cerita orang selalu berselisih kereta accord yang usang gila tepi rumah arwah pak icam lalu tak de orang bawak danpocong pak icam ganggu org kampung..aku takde la rasa apa..

Kebetulan,mak usu aku ni jual burger..sampai 4 pagi baru tutup..Malam tu aku ,adik su,dgn 5 orang kawan aku ada dapat jemputan bacaan yaasiin kat sebelah rumah arwah pak icam tu..nak pergi sana kena lalu rumah arwah pak icam dan lalu sebelah kereta ‘berhantu’ tu..masa tu aku jalan kaki dgn adik su,dan 3 orang lagi kawan2 aku..jalan macam biasa la..pastu nak tunggu lagi 2 org tu,kami melepak sambil sandar kat kereta tu..hahaha masa tu aku rasa meremang tapi aku pikir awal lagi ..otak aku dari kecik mak aku dah set hantu datang kul 1 ke atas ja hahaha..selang 15 minit gitu,nampak dari jauh 2 orang kawan tu jalan sambil menyanyi bagai..

Masa tu aku nampak something tengah2 diorang..memang nampak jelas..Diorang jalan kaki tapi something tu macam melompat je..bila dalam jarak 50 meter gitu diorang lalu bawah lampu jalan..Nahhhh!!Pocong elok ikut diorang ..aku punya gelabah sampai nangis meraung..Adik su menangis sampai selokk(menangis tak keluar suara)..agaknya dia pun nampak..bila dah dekat sangat kaku kaki semua..kawan lagi 3 orang tu kaku sambil ayaq mata meleleh ja..maybe semua nampak..

Yang 2 orang tu tegur “awat hangpa teriak?” aku tengok pocong takde..hilang..aku geleng ja..masa nak gerak tu,tangan aku tersentuh something yang sejuk je kat sisi kereta tu..aku pun tak tahu..tapi sejuk dan lembut..aku terkejut tapi buat2 takde apa..kami pun selamat sampai dan balik ke rumah bila segalanya selesai..

Aku ingat abis dah kisah seram aku tu..lepas balik dari baca yaasiin tu,aku dok lepak depan rumah mak usu iaitu kat gerai burger dia..masa tu sepupu aku,mamat,tengah buat burger..aku cerita kat mamat dan kak yan(kakak sepupu aku) pasal apa yang aku dan adik su serta kawan2 nampak tadi..lepas cerita tu,kak yan bukak cerita..memang pocong selalu muncul sejak pak icam meninggal..kata orang kampung,arwah ada membela..

Dalam dengar cerita tu,datang sekumpulan budak lelaki datang melepak sama..semua pakat bukak cerita seram pasal tempat tu..sampai lah tak sedar jam dah pukul 2 pagi..masa kami tengah syok borak,terdengar deruman enjin kereta yang kuat sangat..untuk pengetahuan hangpa,gerai ni betul2 duduk nya tepi jalan..jadi kenderaan lalu kami nampak terang sampai ke dalam kenderaan..masing2 pakat diam..tapi still buat takde apa2..semua tengok sesama sendiri..aku terus kaku..dan tiba-tiba…

Lalu kereta accord usang tadi slow je dgn deruman dia yg kuat sampai boleh pecah gegendang telinga..Mata aku terpaku kat kereta tu..dan streetttt…berhenti betul2 depan kami semua..cahaya lampu gerai yg terang benderang menembusi cermin kereta tu..Allah!memang takde driver weyhh..aku rasa nak lari tapi kaku..menangis aje mampu..dan semua kat situ pakat takut..aku rasa dalam 5 minit je dia statik situ..pastu kereta tu gerak balik menuju jalan ke rumah pak icam..baru masing2 pakat lari lintang pukang balik rumah masing2..tinggal aku,mamat dan kak yan buat ala2 hati kering kemas apa patut then masuk rumah..

Aku mandi dan amik wudhu..pastu masuk bilik kak yan..tengok kak yan dan adik su dah membuta sampai berdengkur..kak yan tak mandi dengan baju tu juga tidur..aku bentang toto sebelah adik su then tutup mata..tapi aku tak boleh tidur..hujung kaki aku pulak ada satu tingkap kaca..jernih je kaca tu..kira boleh nampak luar..masa tu aku nak paling ke dinding,mata aku terpandang tingkap..nak terkencing rasa tengok satu lembaga putih berbungkus terpacak je kat tingkap..
yang aku dengar bunyi dengusan kasar seolah suara lelaki..meremang jangan cakap..aku menangis dan cuba mintak tolong kat kakyan..tapi suara tak keluar..aku goyangkan badan adik su,dia sedar..dan dia terpandang jugak tingkap tu..dia punya teriak aduhai tapi kak yan masih tak sedar..tidur m**i betul dia ni..benda tu menolak tingkap pakai kepala dia..masa tu baru aku perasan ianya pocong!aku tersedu-sedu sampai rasa nak pitam..tingkap tu pulak memang selaknya tu rosak tak boleh kunci..kira tolak pakai apa pun akan terbuka la..tingkap yang macam kat kelas tu..

Prakk,terbukak dah..aku tutup mata rapat2..takut nak tengok..yang aku ingat bila aku buka mata balik,keadaan jadi huru hara..pak usu dan mak usu papah aku keluar pi kat ruang tamu..diorang cuma cakap dengar adik su menangis pastu menjerit..diorang masuk tengok tingkap terbukak luas dan pocong pak icam kat luar pandang kami berdua..Astaghfirullah..pak usu usir suruh dia balik ke tempat asal dia..

Pagi tu kami semua tidur kat ruang tamu..dengar bunyi hentakkan kaki kat luar,bunyi orang bagi salam tapi 2 kali je..kali ketiga hanya keluar ‘akum’..bunyi ketukan yang kuat..memang seram yang amat..sampai lah subuh baru berhenti..

Esoknya kecoh satu kampung pasal kereta dan pocong pak icam mengamuk..sebab dia marah kami melepak kat kereta dia pastu 2 orang kawan aku ludah depan dia masa lalu depan dia..wallahualam..sampai sekarang,orang takut nak duduk dekat dgn rumah arwah..lalu pun diorang taknak..sanggup ikut jalan jauh..

Aku dan adik su dihantar balik ke rumah mak abah oleh pak usu dan mak usu..Mak abah bawak kami berubat takut ada yang mengikut..Alhamdulillah tak de apa yang berlaku berkaitan pak icam dah..
Tu je cerita Aku..sorry kalau tak seram tapi bagi aku pengalaman tak dapat aku lupa..thanks admin..

::Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Rose

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 19 Average: 4.8]

16 thoughts on “Amukan Pak Icam”

  1. A new look at the future: Of course I would choose the modern world Tumbler 2010 basketball tournament, which will be put by South Africa it is already enjoying massive interested a result of the continuous qualifications due to common football occasion. One other sporting occurrence, of which also undoubtedly attracts fantastic attention to find out basically effort could be the Olympics 2012 hosted via the ENGLISH associated with London.

    Reply
  2. As the announcing runs, ‘Haters want to hate’. Kings fans recognize a squad with regularly demonstrated judgments is practically nothing, exterior noise is surely an opportunity climb and does not necessarily kill one helps you with how to cope with15462 any specific scenario.

    Reply
    • Benda ni memang saya alami sendiri lah..tak tipu langsung dan sampai sekarang still takut nak pi sana hehe..xkena xtahu bila daa kena rasa sendiri..benda ni wujud cuma kita je antara bertuah atau tak untuk jumpa..wallahualam..

      Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.