#Ana : Pelaris Restoran Siam

Hai para pembaca. Aku Ana. Sudah lama rasanya aku tidak menulis di sini. Aku terdetik untuk berkongsi cerita tentang insiden yang baru sahaja terjadi pada aku dan rakan-rakan beberapa hari yang lalu.
Aku dan rakan-rakan merupakan pelajar ipt. Jadi, kebiasaannya kami akan makan diluar atau beli makanan bungkus sahaja. Tetapi, pada hari kejadian kami bertiga agak teruja untuk makan malam di sebuah restoran masakan Thailand. Restoran tersebut memang popular dalam kalangan pelajar dan penduduk disini kerana masakannya yang sedap dan suasana restorannya yang cukup menarik.

Sebaik sahaja selesai menunaikan solat fardhu maghrib, kami bertiga segera bersiap untuk ke restoran tersebut. Kami hanya berjalan kaki sahaja memandangkan restoran tersebut tidak jauh dari rumah sewa kami. Pada hari kejadian, restoran tersebut tidak penuh seperti biasa. Kami memilih tempat duduk yang berhampiran dengan dinding kerana tempat duduk disitu lebih selesa dan mempunyai privasi.

Setelah selesai memesan makanan, salah seorang daripada kami ajak untuk berselfie. Katanya untuk buat status Whatsapp. Kami berdua layankan sahaja. Aku juga tidak ketinggalan untuk berselfie menggunakan telefon bimbit aku tapi malangnya kamera telefon bimbit aku gagal untuk berfungsi. Tidak lama kemudian makanan yang dipesan akhirnya tiba. Masakannya sedap seperti biasa. Sepanjang dua tahun kami tinggal di kawasan ini, memang masakan restoran inilah yang paling sedap. Kami pulang ke rumah sejurus selepas selesai makan.

Setelah tiba di rumah, aku meminta rakan aku tadi untuk menghantar gambar selfie tadi kepada kami berdua. Aku tidak segera tengok gambar tersebut, sebaliknya aku sibuk membersihkan diri dan menyiapkan assignment. Ketika jam sudah menginjak ke angka 1 pagi, barulah aku terdetik untuk melihat gambar selfie tadi. Bulu roma aku serta-merta meremang sebaik sahaja ternampak suatu susuk yang mengerikan di dalam gambar tersebut.

Untuk pengetahuan, kami bertiga berselfie di meja makan restoran tersebut sambil duduk. Di dalam gambar tersebut, kami terlihat wajah seorang peremuan yang iras rakan aku pada pantulan di meja makan. Meja makan restoran itu berkilat dan memang boleh melihat pantulan wajah dengan jelas. Pada awalnya, aku beranggapan bahawa itu merupakan wajah rakan aku. Tetapi, apabila diperhatikan, wajah di meja tersebut dalam keadaan senyum manakala rakan aku tidak.

Senyumannya cukup menggerikan.
Posisi wajah tersebut juga pelik kerana ia dalam keadaan terbalik seolah-olah kaki di atas dan kepala di bawah dan jelas kelihatan rambutnya yang mengurai ke bawah. Sebaik sahaja tersedar kehadiran entiti tersebut, segera aku memaklumkan pada rakan-rakanku. Entah mengapa, kami bertiga begitu sukar untuk melelapkan mata pada malam itu.
Keesokkan harinya, aku menunjukkan gambar tersebut kepada rakan sekelas. Kemudian, salah seorang dari kami menegur bahawa dalam gambar tersebut dia terlihat wanita tidak bermuka berada betul-betul di sebelah aku. Puas juga aku meneliti dan akhirnya aku nampak seperti apa yang rakan sekelas aku perkatakan. Rakanku juga ada memberitahu bahawa terdapat tangan misteri yang merangkul pergelangan aku dalam gambar tersebut. Jari jemari tangan tersebut runcing manakala kukunya panjang dan berwarna hitam.

Sejak dari pulang makan di restoran tersebut tempoh hari, anggota badan aku selalu sakit-sakit dan lenguh di bahagian kaki dan tangan. Terutama sekali ketika aku duduk diantara dua sujud dalam solat, sakit kaki aku bukan kepalang. Selain itu juga kebelakangan ini aku seringkali bermimpikan bayi.
Aku ada juga bertanya tentang apa yang aku lihat itu pada mereka yang lebih dewasa. Kata mereka, mungkin itu adalah pelaris restoran berkenaan. Samada ianya sahih atau tidak, wallahulam.

-Ana-

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

ANA18

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 4 Average: 4.8]

12 thoughts on “#Ana : Pelaris Restoran Siam”

  1. “mau makan apa abangggggggg”

    gitewww intonasi pelayan di restoren tomyam area umah Diva…

    sedap lagi rendang Azwan Ali tawwww…

    Reply
  2. Mimpi bayi tu mimpi yg mcm mn? Mimpi org bg bayi ke? Mimpi nmpk bayi ke? Mimpi pegang/dakap bayi ke? Mimpi bg bayi minum ke? Atau mcm mana? Kalau mimpi pasal bayi ni, org cakap ada org nk bg saka kt org yg bermimpi tu atau ada saka sdg cari tuan baru.

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.