Anak aku ke?

Assalamualaikum pembaca FS. Selama ni aku jadi silent reader FS je. Tapi hari ni tergerak hati nak kongsi cerita yang aku alami sendiri. Mungkin pada sesetengah orang cerita ni tak berapa menyeramkan. Tapi apa yang jadi ni buat aku fobia sampai sekarang. Sedikit tentang latar belakang aku. Aku perkenalkan diri sebagai Nurul. Berasal dari selatan tanah air. Menetap di salah satu bandar di belah utara Kuala Lumpur.

Okey ceritanya macam ni. Tahun 2015 aku mendapat anak kedua. Aku panggil nama dia Na. Masa kejadian tu Na baru masuk 4 bulan. Malam tu lepas isyak aku masuk bilik nak tidurkan Na. Anak sulung aku, Hi (3 tahun) dan suami aku masih menonton tv kat ruang tamu. Yang si Hi memang selalu tidur lewat. Niat mula-mula nak tidurkan anak je, tapi aku ikut tertidur sekali. Lebih kurang jam 11.30 malam si Hi masuk bilik (aku tengok jam masa tu). Hi mula buat bising dan mengacau Na tidur. Jadi aku minta suami bawa Hi keluar bilik dulu. Aku suruh suami tutup pintu bilik.

Waktu tu Na mula sedar dan merengek-rengek nak susu. Aku pun menyusukan Na semula. Tiba-tiba aku terasa Hi baring belakang aku (aku mengiring masa tu). Dia bergolek-golek kat betis aku. Aku boleh rasakan badan dia macam mengerekot kat kaki aku. Sebiji macam yang Hi selalu buat bila dia baring belakang aku. Aku pun macam peliklah. Bila masa pulak anak aku ni masuk bilik. Tak dengar pun suara dia. Aku nak toleh ke belakang pun tak boleh. Badan aku macam berat sangat. Aku nak panggil Hi nak suruh dia baring betul-betul. Tapi suara aku tak keluar.

Lepas tu aku rasa macam aku ni bermimpi ke? Seingat aku tadi tengah menyusukan Na. Tapi aku rasa macam separa sedar masa tu. Sebab aku boleh nampak keadaan bilik aku tu macam mana. Aku boleh nampak jam dinding menunjukkan waktu dah pukul 11.45 malam. Aku boleh nampak baju aku yang tergantung belakang pintu bilik. Keadaannya tak macam mimpi. Macam alam nyata. Lampu pun terang benderang. Sebab aku memang tak matikan lampu malam tu. Lepas tu aku dengar suara suami dengan Hi dekat ruang tamu tengah gelak-gelak. Ah sudahhh! Kalau Hi tengah gelak sakan kat luar tu dengan ayahnya siapa pula belakang aku ni? Aku cuba nak panggil suami. Tapi suara aku tersekat kat kerongkong. Aku cuba baca apa-apa ayat quran tapi satu pun tak boleh. Aku cuma mampu sebut “Allahuakbar” berkali-kali.

Aku masih boleh rasa benda tu bergolek-golek kat betis aku. Entah macam mana aku dapat kekuatan nak baca ayat qursi. Aku baca sekuat hati. Sampailah ayat yang terakhir, tiba-tiba aku tersedar, terus terduduk. Masa tu aku berpeluh-peluh. Aku tengok jam kat dinding. Memang betul 11.45 malam macam yang aku nampak dalam mimpi tu. Keadaan bilik yang sama. Aku masih dengar suara suami dan Hi tengah bergelak ketawa kat ruang tamu. Bila aku toleh ke Na, rupa-rupanya dia tak tidur. Dia senyum-senyum bila nampak aku. Aku terus keluar bilik. Aku nampak diorang berdua tengah bergurau depan tv.

Suami pun tengok aku macam pelik. Dia tanya, “kenapa ni?”. Aku diam je. Aku tanya dia tadi Hi ada masuk bilik lagi tak lepas yang dia bawa keluar tu? Suami cakap, “mana ada. Kitorang tengok tv je la”. Aku masuk bilik semula terus dukung Na bawa dia ke ruang tamu. Lepas tu suami aku tanya malam ni nak tidur depan tv ke? Aku terus jawab boleh juga. Tapi aku tak cerita pun dengan suami kejadian tu. Aku sendiri pun tertanya-tanya malam tu aku cuma mimpi ke atau tak. Wallahuallam.

Terima kasih sebab sudi baca kisah yang tak seberapa ni. Lain masa aku ceritakan lagi tentang pengalaman yang lain.

Nurul

Sila tinggalkan komen yang berkaitan dengan cerita :)

3 Comments on "Anak aku ke?"

avatar
liya

sy pon pernh rase bnde yg same kak..tgh nyusukn ank..tp x blh nk pusing..tetbe rase drh menyerbu ke muka..tp mata pejam..bace ayat kursi tp x blh..byk kali cube..bru blh..pas da habis bace bru blh bukak mate..pas tu tdo dlm keadaan lampu terbuka…takut..mse kne tu rase cm ade bnde baring kt sblh..

RAFIQ

ERMMM…

CIK EFFY

Haishhh takut pulak nak menyusu anak lps nie …

wpDiscuz