Anak Bapak Setan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera buat semua pembaca fs. nama aku Amy. aku masih lagi student kat luar negara. Aku ada beberapa cerita pasal gangguan yang jadi kat family aku dan aku sendiri. Cerita ni berkronologi. so kalau dah sedia jom start.

1990’s :
Aku tak tau tahun sebetulnya berapa sebab aku tak lahir lagi waktu ni. Mak aku ni janda anak 2. Ayah aku pulak duda anak 1. Dorang ni kahwin sebab kawan yang kenenkan. Time mak aku masih lagi janda, dia ni boleh dikatakan ramai jugak lah peminat even janda anak 2. Ramai la pakcik2 yang dok menggatal sampai mak aku kena sound banyak kali lah dengan isteri2 dorang tu. Bila mak aku dah kawin dengan ayah aku so senyap la mulut tu.

Ingat dah boleh bahagia tapi no! Mak aku kena ganggu teruk. Awal2 baru kawin tu punyalah mak aku benci gila kat ayah aku siap setiap kali maghrib akan bawak parang lah pisau lah nak tetak ayah aku. Nasib iman ayah aku kuat. Bawak ustaz datang rumah tengokkan mak aku. Ustaz tu cakap parah ni sebab dia nak dua2 m**i. Wow! Hebat betul itu orang. Dia pikir dia tuhan ke boleh tentu ajal maut?
Makan tahun jugak mak aku berubat. 4tahun lepas tu aku lahir. Tahun depan tu pulak adik aku. So bahagia la kami sebentar.

2000’s :
Ingat panas sampai ke petang rupanya gerimis mengundangggg. Habis kami anak beranak kena kacau. Tapi yang pelik dia kacau mak aku dengan anak2 perempuan je. Ayah dengan dengan anak2 lelaki dengar pon tak pernah. Hantu betul hantu ni. Mula lah kak yong aku dengar budak nangis. Kak yang aku nampak macam2. adik aku badan dia habis lebam2. Aku ni semua merasa. Dengar, nampak, lebam huhuhu. ayah aku cakap ni tak boleh jadi ni kena berubat. pergi lah jumpa ustaz yang dulu rawat mak aku tu and guess what? orang yang samaaaaa jugak hantar. waduh waduh memang cari gaduh ni dengan aku. pakcik ke makcik ke dua2 aku tendang kang dok buat tak elok kat family aku.
so anak2 ni kejap je dia rawat. mak la lama sikit dalam 2 bulan nak rawat. mak aku lagi lah kena teruk sampai tak boleh tido 6 hari masuk ward tambah air, bagi ubat tido pon tak jalan. kesian dia. tapi Alhamdulillah berkat doa kami anak beranak mak pulih.

2010’s :
mak aku selalu pesan jangan tolak pinangan atau lamaran orang secara kasar. Cakap lembut. hmm tapi aku ni memang jenis garang. takda garang tapi siapa yang tak kenal mesti cop aku sombong teruk haha. so ada lah sorang mamat ni lamar aku. dalam masa yang sama aku tahu dia ni sebenarnya tengah hangat bercinta dengan budak first year u aku. aku namakan dia Aman. Aman ni dia punya tahap gila tu sampai semua orang tak boleh brain budak deanlist ni actually psycopath. eh panjang pulak intro pasal dia. ok berbalik cerita tadi, haa dia ni pakwe orang lah senang citer so aku cakap la taknak bagai dengan nada yang agak kasar. nak tahu dia cakap ape?

“kau jangan cabar aku Amy. kang aku hantar belaan aku kat kau baru ada akal”

dan aku pun cabar dia lagi dengan harapan itu hanyalah dialog. time ni aku tengah praktikal dekat wangsa maju. so duduk lah rumah sewa apartment dengan 3orang kawan aku. kejadian dengan Aman tu aku dah lupakan sebab lepas dia ugut tu serius takde apa2 yang jadi. lama jugak aku bebas tanpa Aman. setahun rasanya sampai aku dah start kerja. aku still kerja kat syarikat yang sama aku praktikal dulu so stay je duduk rumah tu.

malam tu aku dengan housemates (nita dan ja) gila nak makan so keluar lah naik keta pegi cari kedai mamak. so dah kenyang semua otw balik tu Ja diaamm je. aku tanya macam2 satu pun dia tak jawab. haa sudah. dah la dia duduk belakang sorang2. aku stop tepi jalan. bajet2 berani nak tanya Ja. sekali tak sempat aku nak paling belakang dia dah pandang aku baiikkk punya kat cermin atas tu dengan mata tajam. so aku cakap kat Nita tolong call ustaz mana2 yang dia kenal. dah dapat call so terus gerak pergi rumah ustaz tu. dia scan Ja pastu geleng kepala. “ada orang nak kenakan awak ni tapi terkena kawan awak sebab dia lemah.”

haaa sudah sape pulak aiii yang berani main dengan kuasa Allah ni. tapi aku malas nak tanya ustaz so lepas dia pulihkan Ja dengan izin Allah, kami pon balik.

puas aku pikir 2,3 hari sape lah yang buat. tiba2 dapat mesej dari unknown : “ingat aku lagi? kau pikir hebat lah dengan pendinding diri kau tu? kau tunggu lah Amy aku hantar yang lagi hebat.” waktu tu aku tak pikir ape dah selain Aman.

so malam tu nak tido lah macam biasa tetiba rasa orang main kaki lah main rambut lah pastu gelak2 tepi telinga. aku dah seram sejuk. nak bangun tak boleh rasa kena ikat je waktu tu. nasib aku hafal ayat ruqyah. baca dan baca lagi tapi makin lama aku rasa panas. rasa nak cederakan diri sendiri. sumpah waktu tu aku rasa nak pergi dapor ambik pisau tikam diri sendiri. nasib Nita dengan Ja datang sebab dengar aku terjerit-jerit. lepas dorang datang bilik aku tu aku dah tak sedar.
bila dah sedar, aku dekat kampung. yes kampung aku dekat perak.

mula lah Nita cerita. dia kata lepas aku jerit2 tu terus aku jadi tak betul. kejap mengilai kejap nangis kejap gelak. dorang dah kecut dah sebab masing2 tak boleh drive. aku sorang je boleh. so mampu tunggu je abang aku dari semenyih datang. stay je dalam bilik aku sebab takut aku buat benda bukan. sepanjang kat dalam bilik tu, aku asyik sebut nama Aman je. pastu cakap nak m**i. tak nak hidup dah. ulang2 benda yang sama. lepastu aku start agresif. pegi dapor ambik daging yang tak masak aku makan. cakar2 tong sampah cari sisa makanan. Ja dah awal2 lagi masuk dapor sorokkan segala benda tajam. thanks Ja.

tak lama lepastu abang aku sampai. terus bawak aku balik perak. Nita dengan Ja ikut sekali. mulalah sesi soal menyoal dengan makhluk tu.

“kau siapa?”
“……”
“lagi sekali aku tanya, kau siapa?”
“hamba”
“hamba siapa?”
“tuan aku lah.”
“siapa tuan kau?”
“Haruuunnnnn hihihi”

“harun? macam biasa dengar.” ayah aku menyampuk.

“memang lah kau biasa dengar sebab aku lah jugak yang kacau bini kau dulu hahaha”

rupa-rupanya gaissss Aman ni anak si Harun. Harun ni siapa? dia lah yang guna2 kan mak aku dulu. yang nakkan mak aku tapi tak dapat tu. haihhh memang keturunan setan ni bikin d***h aku menggelegak! tak dapat mak anak pon dia nak ambik. lepas dah habis soal2 tu aku pun dah pulih sikit. rehat je kat rumah ambik cuti seminggu. Nita dengan Ja abang aku hantar balik alang2 dia balik Semenyih. seminggu kat kampung ni la mak aku cerita semuaa benda pasal Harun. macam mana dia boleh kenal Harun bagai tu. pasal anak dia Aman, mak aku kata seingat dia, Harun tak pernah kawin. so mungkin Aman anak angkat dia je.

ok sampai sini dulu aku cerita. next post aku cerita pasal siapa Harun dan Aman. dan macam mana gangguan yang aku dapat bila dah kahwin. dan jugak kenapa dia kacau aku sorang je teruk, kakak2 dengan adik aku biasa2 je. sebab kalau aku nak cerita semua kat sini sumpah panjang. kang tak larat pulak nak scroll. see you gaisss bye.

-Amy #sissombong

#sissombong

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 4]

23 thoughts on “Anak Bapak Setan”

  1. Nice story, klau aku jadik abg/ayah kau, xtau la apa jadik kat family anak bapak setan tu, x dapat bapak, si anak aku k***t jari kelinking dia..
    Oppss..!!

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.