ANAK BARU SAMPAI???

Assalamu’alaikum dan salam sejahtera. Aku merupakan penggemar kisah-kisah seram dan aku juga aktif menulis dan berkongsi tentang pengalaman-pengalaman seram yang pernah aku sendiri alami. Pada kali ini, aku ingin berkongsi kepada pembaca semua tentang satu kisah yang berlaku di flet pinggiran putera Sri Kembangan Serdang. Sebelum aku meneruskan perkongsian, suka aku ingatkan bahawa ini adalah kisah benar dan dialami oleh aku dan dua orang lagi rakan. Mahu percaya ataupun tidak, itu terpulang kepada masing-masing.

Kisah seram ini berlaku kira-kira pada tiga tahun yang lalu, sekitar bulan mei 2014. Ketika itu, aku mendapat panggilan interview di Putrajaya. Jadi, aku terpaksa menumpang di rumah rakan yang terletak di flet tersebut. Bagi mejelaskan lokasi flet dengan lebih tepat, flet itu terletak di belakang pasar borong Serdang. Mungkin orang-orang yang tinggal di kawasan Sri Kembangan amat mengetahui kawasan yang dinyatakan.

Pada hari tersebut, aku bertolak daripada Johor Bahru dengan menaiki bas pada pukul satu petang. Perjalanan daripada JB ke Kuala Lumpur mengambil masa lebih kurang empat jam setengah sehingga ke lima jam. Kebetulan, pada waktu itu jalan agak sesak dan aku tiba di Kuala Lumpur pada pukul enam petang. Setibanya aku di KL, rakan aku Azim telahpun menunggu bersama isterinya Yaya. Tanpa membuang masa, kami terus bergerak menuju ke sebuah restoran untuk makan. Lapar wey, lima jam duduk dalam bas.

Selepas makan, kami terus gerak untuk balik ke rumah Azim. Jam telah melewati angka 6.50 petang. Senang cerita, dah nak senjalah. Lebih kurang pukul tujuh suku malam, kami tiba di kawasan pasar borong yang dinyatakan. Azim memang suka parking kereta di kawasan tersebut, katanya parking di kawasan flet sangat terhad. Jadi, dari pasar borong tu aku, Azim dan Yaya kena menapaklah untuk sampai ke rumah Azim. Lupa nak beritahu, Yaya ketika itu sedang sarat mengandung tujuh bulan. Mula-mula aku bising jugalah pada Azim sebab suruh Yaya jalan kaki dalam keadaan tersebut. Tapi, Azim kata, mereka dah biasa. Tambah Azim lagi, ada jalan pintas untuk sampai lebih cepat, kalau berdua memang dia tak berani lalu situ, bila bertiga sebab ada aku dia kata no hal.

Laluan pintas yang dimaksudkan Azim adalah melalui belakang pasar borong tersebut. Kawasannya memang gelap sebab tiada lampu walaupun baru senja. Kawasan itu juga sunyi dan tidak kelihatan sesiapa pun yang lalu lalang di situ. Tapi Azim kata okay, aku okay jelah. Jenis aku memang tak takut hantu sebab berdepan dengan makhluk tersebut aku dah biasa sangat. Almaklumlah, budak hostel. Ketika melalui jalan tersebut, kami harus menaiki tangga untuk sampai ke kawasan flet yang di tuju. Kira-kira ada lebih kurang dua puluh anak tangga dan ketika itulah kami diganggu. Sedang aku, Azim dan Yaya mendaki satu persatu anak tangga tersebut, tiba-tiba saja muncul tiga orang makcik tua dan ketiga-tiganya sedang menuruni tangga tersebut.

Rupa ketiga-tiga makcik itu sangat tua, berpakaian serba putih dan bercermin mata besar seperti yang dipakai oleh orang tua-tua zaman enam atau lapan puluhan dulu. Pada awalnya, tiada apa yang mencurigakan tetapi menjadi satu kepelikan bagi aku apabila pergerakan ketiga-tiga makcik itu sangat lambat dan langsung tiada bunyi. Paling tidak, ada bunyilah dia turun tanggakan tapi takda. Jadi, aku mula rasa tidak sedap hati. Azim pula tiba-tiba berkata, “bro, kalau ada tanya apa-apa jangan jawab”. Aku tak faham apa yang cuba dimaksudkan oleh Azim tapi aku saja angguk konon-konon faham. Tiba-tiba ketiga-tiga makcik itu sangat hampir dengan kami dan salah sorang daripada mereka bertanya “anak baru sampai….? Kesian isteri sedang hamil suruh jalan kaki. Jaga isteri tu elok-elok”. Ujar makcik tersebut.

“A’ah, saya baru sampai. Mereka berdua memang tinggal di sini”, balas aku, cuba beramah mesra. Muka Azim dah lain sangat dah time tu, Yaya punya muka tak payah ceritalah. Macam dah takda d***h aku tengok. Lepas aku jawab macam tu, makcik tu diam. Dia jalan seperti biasa, ketiga-tiganya pun melepasi kami dan hilang dari pandangan. Azim dan Yaya lajukan langah, aku yang tadi jalan steady pun tercungap dibuatnya. Setibanya di kawasan perkarangan flet, Azim terus tepuk bahu aku dan berkata. “Babe, kau jawab soalan dia apa hal? Orang orang di sini paling takut tau bila terserempak dengan mereka bertiga.”
“Hmmmm, mana aku tahu. Aku ingatkan mereka orang biasa.”

“Gila kau, waktu-waktu maghrib macam ni orang biasa keluar berjalan macam tu. Dahlah serba putih, pakai cermin mata macam nak pergi menari di pesta-pesta keraian.” Ujar azim lagi.
“Okay, sorry. Tapi jangan risau, aku tahu apa nak buat sekejap lagi.” Balas aku dengan tenang.

Setelah penat berjalan yang kononya dekat je rumah si Azim ni, akhirnya sampai juga. Aku seperti biasa, menyedari sesuatu yang buruk akan berlaku jika tidak bertindak segera terus aku bersihkan diri dan minta kedua-dua rakan aku tu pun buat benda yang sama. Setelah itu, aku buatlah apa yang perlu dan pada malam itu juga rumah Azim didatangi pelesit. Aku buat apa yang dipesan oleh mama dan papa, jika pelesit masuk rumah. Cabut kepala dia. Alhamdulillah. Tiada perkara buruk yang berlaku selepas itu.

Pesan aku, kalau wanita hamil, jangan keluar time maghrib dan time yang tak bersesuaian. Lebih bbaik duduk rumah je. Sekian untuk kali ini, jumpa lagi nanti. Masih banyak pengalaman yang hendak aku kongsikan. Maaf jika kisah ini tidak seram dan terlalu panjang. Maaf juga jika ada ralat pada sesetengah ejaan sebab aku menulis di smartphone dan fungsi autocorrect sangat mengganggu.

robotnaz

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]

10 thoughts on “ANAK BARU SAMPAI???”

  1. Pesen xleh dibawak ke majelis..lambat pikap nyeee..xjadi pape leh la sembang..ce jadi pape kat yaya yg tgh sarat tu xke nyesal..apepon syukur alhamdulillah selamat la hendaknye..

    Ps: sensitip sikit kalo bab wanita hamil ni..huhuhu

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.