Anak Patung

Hai, assalamualaikum. Aku D. Aku selalu follow kisah-kisah yang ada kat FS ni. Semua best-best belaka. Dan tergerak hati nak share pengalaman aku pula. Kisah aku ni simple je, tak berapa panjang tapi cukup untuk buat kami satu family besar ingat sampai bila-bila.

Kisah ni lebih kurang 15 tahun yang lalu di kampung. Masa tu kecik lagi, budak umur 9 tahun, sepupu-sepapat pun ramai yang umur lebih kurang dekat-dekat dengan aku. Walaupun dah terlalu lama, tapi aku masih ingat macam kisah tu baru semalam jadi. Kisahnya begini, aku ada sorang makcik, aku panggil maksu. Maksu lepas bertunang suka sangat dengan anak patung, kami semua tak tau kenapa. Tak kisah la anak patung tu kecik besar, macam-macam rupa dan bentuk. Semua jenis yang lain-lain dan boleh dikatakan semua anak patung dia menyeramkan.

Satu masalah maksu ni, dia suka kumpul anak patung banyak-banyak tapi tak pernah main atau usik dengan anak patung tu. Katanya nak buat hiasan je. Hiasan pun bukan kat rumah dia, tapi kat kampung rumah arwah atok dan opah aku. Family kami pulak jenis yang akan balik kampung bila ada kenduri je. Kalau balik saja-saja tu jarang sebabnya kat kampung ni takde sesiapa. Arwah atok dan opah aku duduk dengan paklong kat Shah Alam.

Okey, first. Ada satu masa tu, semua balik kampung sebab nak bincang-bincang hal maksu yang dah nak bernikah. Balik pun dua hari je. Kampung ni jenis yang dua tingkat, satu ruang tamu bahagian bawah, satu lagi bahagian atas. Bilik air pulak luas sebab ada kolah besar. Kami yang budak-budak ni memang suka mandi ramai-ramai sebab boleh berenang dalam kolah tu. Tapi pakai baju la. Tengah syok-syok kuak lentang bagai, tetiba salah sorang sepupu nama dia Lin rasa macam ada benda dalam kolah tu. Pijak punya pijak, rasa macam lembik, macam berbulu, bila Lin angkat rupanya dia pijak anak patung.

Macam mana la boleh ada anak patung maksu dalam kolah ni. Semua dah takut. Sebab yang pertama macam mana boleh ada anak patung dalam bilik air, dalam kolah pulak tu. Elok je tenggelam anak patungnya. Yang kedua sebab maksu pernah pesan, jangan sesekali usik anak patung dia, kalau tak malam-malam anak patung tu kacau kami. Budak lagi kan, percaya jela cakap maksu tu. Dah takut punya pasal, menjerit-jerit la dalam bilik air.

Lepas mandi siap pakai baju apa semua, makan ramai-ramai kat ruang tamu bawah. Lauk pauk hidang kat tengah banyak-banyak, arwah atok opah pakcik-pakcik makcik-makcik sepupu sepapat duduk keliling makanan. Tengah sedap makan aku terperasan ada pulak anak patung kat celah Lin. Dan, anak patung tu sebijik macam anak patung yang dia pijak. Kering lagi tu, tak basah macam dalam bilik air tadi. Setahu kami, maksu tak pernah ada anak patung yang sama, semua lain-lain.

Aku pun terus la tunjuk ke arah anak patung tu. Lin menjerit sebab terkejut dan terus campak anak patung tu ke pintu. Semua tengok Lin termasuk maksu. Muka maksu dah lain macam. Maksu ambik anak patung tu dan simpan dalam bilik dia. Esoknya bila semua dah nak balik, kemas-kemas barang ternampak pulak anak patung semalam dalam tong sampah. Sampai sekarang kadang-kadang terfikir tak tau kenapa maksu buang anak patung dia yang satu tu. Lepas je dari kejadian anak patung yang muncul tetiba kat kampung, memang dah takde sesiapa yang balik.

Kedua. Masa ni arwah atok aku nazak sangat. Semua berkumpul kat ruang tamu bawah. Dalam keadaan nazak tu arwah atok tunjuk kat satu anak patung maksu yang kat tepi tangga. Bulu anak patung tu warna putih, besar, mata bulat hitam dan tersenyum je. Tak tau nak cakap anak patung ke atau bapak patung sebab besar. Macam teddy bear besar yang selalu jual kat lovely lace tu. Aku panggil bapak patung jela ok. Tangan arwah atok asyik tunjuk kat bapak patung tu. Bila mak uda tanya kenapa, arwah atok geleng-geleng kepala, pejam mata dan mengucap.

Selang dua hari, lebih kurang pukul 10 pagi arwah atok hembuskan nafasnya yang terakhir di ruang tamu bawah. Ruang tamu bawah ni kecil sikit berbanding ruang tamu atas. Jadi, orang kampung tolong angkat arwah atok bawak ke ruang tamu atas, senang nak solatkan sekali. Masa orang kampung angkat arwah atok dan lalu kat tangga, maksu tengok bapak patung dia toleh ke arwah atok. Terduduk maksu kat situ sebab terkejut. Terus maksu bagitau mak uda.

Lepas dah selesai kebumikan arwah atok, mak uda ada panggil sorang pakcik ni. Pakcik ni tabur beras keliling rumah sambil mulut terkumat kamit. Aku pun tak tau apa pakcik tu buat, aku dengan sepupu sepapat tengok dan follow je mana dia tabur beras tu. Sampai kat bapak patung tepi tangga, pakcik tu tabur beras tiba-tiba mata bapak patung tu berkelip. Ya Allah, kelam kabut kami lari.

Dah selesai tabur menabur, pakcik tu suruh buang segala anak patung yang ada dalam rumah ni. Tapi lebih elok bakar. Katanya malaikat tak masuk rumah. Tapi yang dia tabur-tabur tu apa benda ek. Hari dah semakin senja. Kami yang budak-budak tengok je pakcik-pakcik makcik-makcik bakar semua anak patung maksu.Waktu maksu campak bapak patung dia, dengar macam ada orang menjerit. Halus dan nyaring.

Sejak dari haritu, maksu atau sesiapa je antara kami tak pernah main dah dengan anak patung. Lepas tu kami satu family besar termasuk pakcik makcik sepupu semua dah selalu balik ke kampung. Paklong sekeluarga tinggal kat situ dan bawa opah tinggal terus kat rumah kampung. Tak bagi rumah kosong tak berpenghuni. Rumah kalau dibiar tinggal lama tanpa ada yang jaga, ada benda lain yang akan menghuni. Alhamdulillah, sampai sekarang rumah kampung dah takde benda-benda tak elok jadi.

Terima kasih sudi baca cerita aku yang tak seberapa ni. If ada support, aku share lagi for the next story. Bye!

D

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 3 Average: 4.3]

17 thoughts on “Anak Patung”

  1. boleh plak anak patung tu main kelip2 mata..,..ni salah satu sebab jangan simpan anak patung ke,tambah2 bear besa2r dlm rumah..silap2, tengah2 malam kau keluar bilik nampak die tengah berjalan kat ruang tamu..he2

    Reply
  2. Sokong 100% . Pernah juga main bapa bear masa umo 10thn . Siap peluk2 tiap malam . Satu malam tu mimpi bear tu bgun pastu peluk sy kuat nau sampai tak ley nafas sampai terjaga dr tido . Jaga je dr tido tu ,terus tak ley gerak satu badan like ada something tidih bdn sy . Tu pengalaman sy dgn patung . Smpai skrg trauma dgn patung .

    Reply
  3. Teringat ada video yg sy tonton (org share kat grup whatsapp). Ramai org prnh rakam anak2 patung (x kiralah yg mcm barbie/bear etc) brgerak, brpusing kepala, brjalan atas katil waktu malam scara tiba2. Sbb tu Rasulullah prnh larang prempuan da akil baligh x boleh main anak patung. Inikan pulak dijadikan hiasan. Tlg betulkan sy jika sy salah.

    Reply
  4. Dulu jiran aku ada barbie, kitaorg budak lg, barbie dy berat bole lipat2 kaki. Barbie mahal la katakan. So kita org yg dlarang ada patung ni mmg cuak ngan barbie jiran ni.. klau main dy ada bawak barbie sekali. Kitaorg ok2 je, xbrani nk tegur ank org kaya tu hihi… lps tu kakak kitaorg ckp “nnt barbie tu tuntut nyawa korg” “Nnt ko tido dy cekik korg.. dy amik roh korg” mcm2 lg dy ckp… bkn dy sj2 nk menakutkn sbb mmg kakak aku pn xsuka barbie sbb dh ditanam sjk kecik xbole ada patung nnt malaikat xmasuk rumah. Ada sekali tu barbie jiran trtinggal kt umah kitaorg.. hahaha kitaorg letak la kt luar rumah. esoknya barbie tu dlm rumah plk. Kitaorg cuak la.. baling keluar kt tanah jauh2 dkt pokok. Jiran cari kitaorg ckp xtau, nk bg balik nnt tkt dy mrh ke, tkt dia bawa lg krumah kitaorg ke.. haha esoknya kmi tgok barbie tu bogel, rambut dy mcm kena tarik2.. awal2 seram tp kwn kitaorg ni choiii lak, dy mention “ni barbie sapa yg ogoii” gelak dlm keseraman haha (walaupun kmi budak tp otak kuning ada jgk hehehe, umur 11 thn) kebetulan bapak aku bakar daun2 kering, apalg… maka terjun bebas la barbie seram tu dlm api.. fuhhh meremang bulu kmi tgok sbb barbie tu mcm gerak2. Besoknya tgok lg…. ehhh xhancur barbie tu. Hitam2 je. Dahhh aku geram aku siram dgn minyak dn bakar, kami saksikan ianya melting..huhuhuuu satisfied.

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.