Anakku Si Ghost Detector

Assalamualaikum warga FS! Tetibe rasa macam nak contribute je cite kat sini.
Thanks admin for sharing this story. Actually i nak story pasal my daughter.
I called her ‘Ghost Detector’ sebab dia ni selalu sangat nampak momok.

Anna (nama sebenar…haha) ni masa umur dia belum setahun, dia suka bangun pukul 2-3 pagi main sorang2 sengih2 macam ada orang agah dia. Dia selalu pandang keluar tingkap sambil senyum2 gelak2. Ko ghase? seram tak seram? adakalanya kitorang laki bini ada rasa keseraman disitu tapi bila umur dia setahun tu dah kurang la activity dia bangun main malam2.

Ok 1st time kitorang tau dia boleh nampak hantu bila kitorang baru dapat kunci rumah baru. Masa ni dia dah 2 tahun lebih. Time tu bila masuk je dalam rumah tu dia tiba2 merengek mintak dokong. Bila masuk je dia nangis ajak balik. Melalak2 nak keluar dari rumah tu. Stress kitorang dibuatnya. Lepas tu husband pujuk dia turun bawah & kitorang duduk kat pool. Masa kat pool tu kitorang tanya la nape Anna nangis? Anna tak suka ke ada rumah baru. Dia cakap tak nak. Tak suka. Rumah tu ada momok.

I was like…tercengang jap. 1st sebab kitorang tak pernah ajar dia pasal hantu dengan momok ni. 2nd mana dia tau perkataan MOMOK? sape pulak ajar dia perkataan ni. Ok lepas tu kitorang siap tanya la momok tu muka macam mana. Dia buat la muka momok tu…dia cegilkan mata dia pastu jelir lidah dia keluar. Ok!!! then ada pakcik security lalu depan kitorang tanya la nape dia nangis2 tadi. haha kitorang cakap la dia kata rumah dia ada momok.

Pakcik tu senyum je. Dia cakap biasa la budak2 macam ni memang boleh nampak. Lagipun tempat baru so dia cakap biasanya orang yang keje sbg buruh binaan ni kekadang ada yg memakai so lepas abis kontrak dia buang je la benda tu merata-rata. Kira macam nak bagi diorg kuat buat keje la macam tu. 1st time dengat benda ni.

Second time kitorang pergi rumah tu, kali ni masa nak masuk pun dia still reluctant tak nak masuk rumah. Masuk je rumah husband terus azan kat tengah2 rumah sambil i bukak segala pintu dan tingkap (ni my mum yg suruh buat). Lepas azan tetiba Anna gelak. Dia cakap “haha ummi momok tu lari”. I tanya dia lari pegi mana? Dia cakap momok lari laju2 kat situ (arah pintu dapur). Lepas tu dia ok dah tak nangis dah elok turun jalan sendiri dalam rumah tu. Lepas tu dia approve rumah tu dah takde momok lagi.

Since then kitorang perasan kalau pegi mana2 kedai especially kedai makan or perabot, kalau dia tak nak masuk kedai tu maksudnya kedai tu maybe ada pakai pelaris. Kenapa kedai makan & perabot? haha sebab dua kedai tu je yg kitorang perasan yg dia kekadang takut nak masuk. Bila tanya kenapa dia akan cakap tak best or dia akan cakap ada momok. So faham2 sudah. Haha sejak dapat kunci rumah ni kitorang rajin survey kedai perabot so ada a few incident yg Anna ni cakap dia kata kedai tu ada momok.

Ni bila dia 3 tahun, kitorang perasan dia suka cakap sorang2 bila tengah main. At 1st i rasa benda ni normal sebab maybe dia ada imaginary friend ke apa. Bila tanya Anna cakap dengan siapa? Dia cakap dengan kawan la. Mana kawan Anna? Dah pergi. So time tu memang i tak rasa apa2 lagi. Until…

Satu petang i bawak dia jalan2 naik basikal keliling rumah lepas tu bawak dia pergi kolam lobster my dad kat belakang rumah. Lepas dia dah puas main2 ngan lobster tu i ajak dia balik. Masa kat luar pagar kolam tu dia cakap kat i “Ummi nampak tak kawan Anna tu?” i tanya kawan mana? Then dia cakap la kawan dia, lelaki nama dia boy. I tanya mana boy? dia cakap tu sebelah ummi tu. Boy dengan adik dia. I tanya mana? Ni hah boy ni sebelah ummi…dengan confident dia cakap sambil tunjuk boy tu kat mana.
Kat tepi i je kot tapi i tak nampak apa2. Sumpah time tu bulu roma i dah tegak berdiri. Kat depan sikit dari kitorang tu rumah aunty i. Ada la beberapa ekor anjing kat depan tu. Pastu Anna kayuh basikal tu pi kat anjing2 tu then dia cakap “Boy dah balik la ummi ikut dog” ko rasa tak apa aku rasa? Nak nangis dah time tu.

Lepas a few days, balik keje my mom mengadu dengan i. Masa tu nak maghrib. Anna tengah menulis kat bilik my mom atas katil. Tiba2 dia cakap “jangan la kacau…ishhhhh…jangan la” Lepas tu dia buat muka merajuk, masam je sambil peluk tubuh kat atas katil tu. Tiba2 dia cakap “nah…ambik la” sambil baling pensil tu atas katil. My mom tanya Anna cakap ngan sape? Marah sape ni? dia buat muka dengan mulut muncung dia tunjuk kat belakang dia. “ni hah…dia kacau Anna nak tulis” my mom dah seram dah time tu.

So dia layankan je la. My mom cakap “jangan la kacau anna…kan dia dah merajuk tu” sekali anna cakap “nenek jangan la marah dia” ok time tu my mom memang rasa something is not right and cakap kat i memang kena bawak dia ni berubat. Sebab kalau imaginary friend takkan boleh merajuk marah sampai macam tu kan. I pun masuk bilik cakap dengan Anna tanya dia sape buat dia marah. Dia cakap kawan dia. I tanya mana kawan Anna tu meh ummi marah sebab dia kacau Anna tulis.

Dia cakap kawan dia dah keluar ikut dinding. Oh my…i rasa nak nangis dengar statement tu. Orang mana boleh keluar ikut dinding anak oiiiii. I tanya muka kawan Anna macam mana? Dia cakap muka dia putih. I tanya boy ke? dia cakap bukan. Ada sekali tu i tanya dia muka boy macam mana? dia cakap muka boy hensem macam walid. OKKKK!!!!

Lepas tu i terus suruh my mom buat appointment nak jumpa satu ustaz ni. Masa pegi rumah ustaz ni, masuk2 je rumah dia…dia terus mintak my son yang baru 10 bulan. Dia pegang2 and then cakap anak i tu ada gangguan. I cakap la my son ni ok je tak merengek ke apa. Tapi kakak dia ni yang teruk. Dia cakap memang biasa umur budak macam tu ada pendamping. Biasanya sampai umur 5 tahun macam tu diorg memang boleh nampak.

Tapi lepas 5 tahun kalau nampak lagi then memang kena buat something nak tutup kasyaf dia. Bila i tanya pasal my son pulak, dia kata ada benda terlepas kat kawasan kejiranan i tu. Eh! my mom kata patutla time tido dia selalu terperanjat. Ustaz tu just bagi air suruh mandikan anak2 i dengan air tu untuk 3 hari berturut-turut.

Lepas tu Alhamdulillah! sampai sekarang tak dengar lagi Anna tu cakap sorang2! Haha i rasa mesti ada parents yang anak dia serupa macam Anna kan? Hah bawak2 la berubat. Seram kot kalau tetibe diorang merapu pasal “kawan” diorang ni. Ok tu je nak cite. Babai!

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *