Angah – Di Dalam Dunia Kegelapan

ANGAH – DI DALAM DUNIA KEGELAPAN
Written by Cik Sri Pagi

Entah kenapa sejak beberapa hari ini, badan angah semakin lesu. Dan dihari ini, angah cuma mampu terbaring sahaja. Tetapi begitulah angah. Walaupun cuma terbaring, fb nya dilayari juga. Apa boleh buat lagi, kerana angah sememangnya sudah diketahui oleh keluarganya sebagai seorang anak yang kahaq dan sedikit gila-gila.

Menggeleng sahaja kepala Mak Tok melihat angah dan phone ditangannya yang sememangnya berpisah tiada itu. Tetapi angah punya prinsipnya sendiri. Daripada dia melayan kesakitan ditubuhnya yang entah bila akan terhenti itu. Adalah lebih baik dia menulis sahaja di fb. Sekurang kurangnya ia dapat melupakan angah buat seketika kepada kesakitan berbisa yang menjalar diseluruh tubuhnya.

Ya.. angah memang tidak pernah sihat tubuhnya. Melainkan beberapa ketika cuma, bilamana sembuhnya angah dari sihir yang lalu, dan sebelum datangnya sihir yang baru.

Diantara waktu waktu ini, sememangnya angah terasa bahagia. Walaupun kini angah tidak punya apa lagi. Tetapi sudah cukup untuk angah merasa bahagia, bilamana tiada kesakitan yang menjalar ditubuhnya. Seperti selalu. Diwaktu yang lalu.

Angah tahu.. lesunya tubuh angah adalah angkara beberapa minggu yang lalu. Angah ingat lagi, waktu itu jarum jam mula menghampiri angka tiga pagi. Tiba-tiba angah yang sememangnya sukar tidur diwaktu malam, mula rasa tidak sedap hati. Seolah-olah ada geruh yang sedang didalam perjalanan menuju kearahnya. Angah buka mata. Angah lihat ke kiri. Angah lihat ke kanan. Namun tiada apa yang kelihatan. Angah pejam mata kembali. Angah fokus kepada deria rasa yang keenam. Ya.. sememangnya ada sesuatu yang sedang menuju ke arahnya.

Angah mula isbatkan hatinya kepada ALLAH. Angah menanti dengan penuh sabar dan juga debar. Apa pula kali ini. Dulu semasa angah dituju dengan sihir perut katak, memang jelas sekali angah terlihat satu lintasan hitam menjunam tepat kearah perutnya sehingga terhoyong hayang tubuh angah diatas katil. Selepas itulah perut angah mula menjadi seperti perut perempuan yang sedang mengandung. Bertahun angah menderita. Alhamdulillah didua Ramadhan yang lalu, Sihir perut katak itu berjaya disembuhkan.

Kini ia kembali lagi. Cuma kali ini angah tidak terlihat apa-apa. Jadi angah berharap agar sesuatu yang sedang bergerak menuju ke arahnya, hanya sekadar ingin melintasi tempat baringnya. Bukan pula menjadikan diri angah sebagai maksud dan matlamatnya. Namun sayangnya harapan tinggal harapan. Bilamana sesuatu yang dirasai kehadiran mereka dari jauh itu, terus membungkus tubuh angah sebaik sahaja mereka tiba.

ALLAH.. hanya itu yang mampu angah ucapkan. Bilamana angah merasakan seluruh tubuhnya bagaikan didalam gulungan angin puting beliung. Terasa begitu rengsanya tubuh angah, seolah olah sedang diproses antara isi dan kulitnya. Dan itulah yang angah rasakan sehingga sekarang. Cuma diwaktu itu kesakitannya tidak terperi. Ingin sekali angah melaung untuk memanggil mak tok dan tok ayah. Namun sayangnya angah tiada terdaya. Menyebabkan didalam penuh kesengsaraan itu, angah akhirnya mula membacakan ayat kursi tanpa henti.

Setelah beberapa lama angah bertarung nyawa dengan ayat kursi, akhirnya angah mula melaungkan azan. Berkali azan dilaungkan tanpa henti, sehingga akhirnya angah dapat rasakan yang gulungan puting beliung itu mula pecah dan tidak lama kemudian beransur ansur hilang. Namun angah tetap laungkan azan, sehingga angah benar benar pasti bahawa mereka benar-benar pergi.

Sebaik sahaja angah menamatkan laungan azannya, terus berjuraian airmatanya. Ya… mereka pergi. Tetapi kesakitan yang diberi, mula tersemadi didalam diri. Sekali lagi. Seperti diwaktu yang lalu. Walau tidak sehebat tadi. Namun kesakitannya bukan ringan jua.

Dan selepas itu lah kesihatan angah semakin merosot kembali. Sedangkan sebelum itu, angah sudah menunjukkan tanda tanda yang dia hampir pulih dari serangan disatu syawal yang lalu. Aidilfitri yang sepatutnya menjadi hari bahagia, tetapi bagi angah ia cuma derita dan airmata. Tetapi nanti sahaja kita ceritakan episod ini ya.. sebab ia bersangkut dengan serangan sebelum itu, yang memerlukan penceritaan yang lebih panjang lagi. In Sya ALLAH.. Jika diizin Tuhan..

Beberapa hari sebelum 25.08.17

Angah mula merasa dirinya semakin aneh. Bila matanya mula melingas memerhati pisau pisau yang tersusun diatas para dapur. Tiba tiba sahaja dia terlihat diruang matanya seolah-olah tangannya menggapai salah satu dari pisau pisau itu dan kemudiannya m******r lehernya sendiri. D***h mula membuak-buak memancut keluar. Lekas-lekas angah beristighfar melihat bayangan diruang matanya. Segera angah menyudahkan suapannya dimeja makan, tanpa sekali pun melihat kearah deretan pisau pisau itu.
Angah tahu… ini kerja mereka lagi. Namun tidak seperti episod duka yang lalu. Bilamana angah membinasakan dirinya sendiri disaat saat kesurupan. Namun tidak dikali ini, tangan angah yang mereka ingin gerakkan supaya mencapai pisau itu dan menamatkan riwayatnya sendiri, tidak mampu mereka kawal lagi. Seperti dahulu. Menyebabkan angah terlalu bersyukur, dan didalam masa yang sama angah mula merasa gementar. Nampaknya dikali ini, sememangnya mereka jelas menyatakan matlamat mereka. Dan hanya kepada ALLAH.. angah berserah diri.

Usai sudah membasuh tangan, angah dipapah Ahmad kedalam biliknya. Ahmad yang sedari tadi telah melihat resah gelisah angah dimeja makan, seperti biasa mula berkhidmat kepada ibunya. Alhamdulillah… sekali lagi angah bersyukur kepada ALLAH.. bilamana Ahmad yang separa autisme selepas keluar dari wad psikiatri dulu, kini mula menunjukkan perkembangan yang positif.

Ya.. seperti dahulu, seperti disaat saatnya Ahmad sebelum dia hilang dari dalam tubuhnya sendiri. Ahmad kini mula kembali berkhidmat kepada ibunya. Walaupun tahap akalnya masih belum pulih seratus peratus. Ahmad si anak teruna harapan keluarga. Tetap menjalankan tugasnya sebagai seorang abang yang sentiasa ingin melindungi saudara saudaranya, walaupun dia kini kurang sempurna.

Ahmad memeluk ibunya erat. Kerana dia tahu, ibunya pasti kan terhumban ke lantai jika dia melonggarkan pelukannya. Dengan penuh kasih, Ahmad membawa ibunya yang sudah pun mula terawang awang tangannya menari nari mengikut irama mantra didalam bahasa aneh, yang meluncur laju dari bibirnya.

Selepas Ahmad membaringkan angah diatas tikar, terus Ahmad berlari ketakutan. Tersenyum sahaja angah melihat tingkahnya Ahmad. Angah tidak salahkan Ahmad. Memang itulah pesanan angah kepada anak anaknya. Jika dia ambang kesurupan, terus angah meminta anak anaknya menjauhkan diri darinya. Kerana angah khuatir, jika angah tertepis atau terapa apakan anaknya, disaat saat dia tidak mampu mengawal tubuhnya sendiri. Itulah yang angah panggil kesurupan.

Mungkin kerana angah selalu mengingati nama Tuhan. Menyebabkan mereka tidak dapat menguasai hati dan minda angah. Ya… mereka cuma dapat jasad, tetapi tidak jiwa angah. Itupun sesekali. Kerana angah sentiasa berjuang untuk mempertahankan diri.
Angah yang sudah pun mula menggeletar tubuhnya disebabkan kesakitan didalam tubuh, mula memfokuskan dirinya membina pertahanan diri, dalam usaha untuk menghentikan bacaan mantra yang sesekali terbit dibibirnya tanpa dapat dikawal.

Dan seperti biasa bila angah tidak tertanggung kesakitan didalam tubuhnya, angah akan terus pengsan tidak sedarkan diri. Dan dikala ini lah kepala angah yang selalu melelong disebabkan tidur yang tidak menentu, akan terasa begitu lega sekali. Walaupun selepas itu kepala angah yang selalu blur disebabkan terlalu lama menanggung sihir, akan bertambah tambah blurnya. Namun angah tetap bersyukur kepada ALLAH S.W.T kerana masih memberi peluang untuk angah melihat anak anaknya.

Beberapa jam selepas itu..

Hari sudah pun malam. Angah cuma mampu termenung lagi, seperti selalu dia sentiasa memikirkan dirinya. Masihkah ada lagi sinar dalam hidupnya. Sudah terlalu lama dia hidup DIDALAM DUNIA KEGELAPAN. Dia juga seperti insan lain, ingin merasa jika masih ada buat dirinya, akan secebis kebahagiaan.
Akhirnya setelah angah fikir masak-masak, angah tahu dia perlukan bantuan. Memang dia lebih suka bertahan sahaja kebelakangan ini. Kerana ini juga adalah nasihat dari ustaz perawat sendiri. Kata ustaz ” perawat yang sebenar adalah diri pesakit itu sendiri, kerana kami Sang Perawat adalah cuma sebagai pembantu sahaja.’’

Tetapi memandangkan apa yang angah hadapi sekarang ini, merupakan sihir baru yang dia belum pernah mengalaminya dan tidak tahu apakah permainan mereka yang sebenar, jadi angah tetap perlukan Sang Perawat. Sekurang kurangnya angah dapat tahu permainan mereka, itu pun sudah memadai buat angah membina pertahanannya semula.

“Saya tidak tahu dia jin atau manusia, tetapi berhampiran dengan angah sekarang ada seorang tok sami yang sedang mengalunkan mantera.” Lebih kurang begitulah kata Sang Perawat kepada angah. Menyebabkan angah hampir rebah jiwanya disebabkan terlalu terkejut.

“Mereka ingin angah m**i perlahan lahan.”

“Ya.. saya tahu..”

“Angah disihir menggunakan patung yang dibuat dari tanah rumah angah dan juga rambut angah sendiri.”

“Tetapi bagaimana mereka memperolehinya ?”

“Yang itu, saya tidak tahu.”

“Tahu tak siapa yang mengupah tok sami itu ?”

“Yang itu pun saya tidak tahu. Tetapi sihir itu bukan dari satu tempat dan datangnya dari siam. Ia sebuah sihir yang jahat dan kuat.” Lebih kurang beginilah kata kata Sang Perawat kepada angah.
“saya bantu setakat yang terdaya. Tetapi angah perlu kuat dan terus perkuatkan pendinding angah.” Tambah Sang Perawat lagi. Angah pun sebenarnya ingat ingat lupa dialog asalnya. Jadi angah olah saja asalkan sama maksudnya. Harap maaf ya..

Setakat itu sahaja rasanya kalau tak silap angah. Tetapi esoknya memang angah rasa lebih kuat sedikit selepas dirawat semalam. Tetapi beberapa hari selepas itu tubuh angah mula lemah kembali dan adakalanya terketar ketar pula. Angah tahu.. pasti mereka membalas semula. Tak apa lah.., ALLAH ada bersama angah. Namun semakin hari tubuh angah semakin lemah.

25.08.17
Jumaat, selepas ‘isyak.

Semasa angah tengah mengunyah roti krim dengan penuh kelazatan, tiba-tiba sahaja pergerakkan angah terhenti. ‘Depa mai dah.’ Kata angah didalam hati. Angah yang punya hati ketegaq [Degil] terus saja menyuap roti ditangannya kedalam mulut dalam keadaan tangannya tersekat-sekat pergerakkannya. Walaupun ‘mereka’ sudah bersuara sedikit dibibir angah, tetapi angah dengan selambanya menghabiskan kunyahan didalam mulutnya.

Malah dalam keadaan tersekat-sekat mengunyah itu, angah gagahi jua menelan saki baki roti sebelum angah mencapai sebuah botol air disisinya. Sehirup dua angah cicipi air ruqyah itu buat melancarkan perjalanan sisa sisa roti yang tersangkut didalam mulutnya. Apalagi meraunglah suara garau itu, sebaik sahaja air ruqyah meluncur laju didalam kerongkong angah. Apa boleh buat, sememangnya angah hanya mampu meneruskan kehidupan dengan bersulamkan air ruqyah.

Ya… sememangnya sehari dua ini, angah sudah merasa terlalu lemah. Tetapi macam biasa perempuan ketegaq macam angah, peduli apa dia. Kadang-kadang dengan terketar ketar dia main fb. Angah memang jarang log out, sebab dia suka terlupa password. Sebab tu.. la, senang ja dia on sesuka hati. Menambahkan lagi kebencian ‘mereka’ terhadap angah.

“Mamaaattt..! Aku tak nak duduk sini. Tak ada seorang pun yang mahukan aku. Dia ni, bukannya waris keturunan. Sebab tu aku tak mahu. Tetapi tak ada seorang pun anak kamu yang nak terima aku. Kamu kata mereka waris kamu. Tetapi ibu mereka tak kasi anak dia ke aku.”
Terus angah tak dapat mengawal dirinya lagi sebaik sahaja air ruqyah itu menjunam ke dalam ususnya. Bertempiaran lari anak-anak angah, sebaik sahaja mendengar ungkapan ‘waris’ disebutkan. Mereka tahu siapa diantara mereka yang diinginkan sebagai tuan. Dan siapa pula yang diinginkan sebagai korban. Bagaimana mereka tahu? Kerana itu lah yang sering dilaungkan angah, bila dia kesurupan.

Dulu, hanya nama mamat yang dilaungkan. Selama hampir sepuluh tahun angah disihir silih berganti tanpa henti. Ya.. hanya nama mamat dilaung laungkan sebagai tuan mereka. Walaupun semasa dirawat oleh ustaz sang perawat. Namun kata ustaz, makhluk makhluk ini tidak boleh dipercayai. Mungkin mereka sekadar ingin mengadu domba sahaja. Ingin memecah belahkan silaturrahim. Lalu saran ustaz, kita berubat sahaja dan yang selebihnya terserahlah kepada ALLAH.

Ya.. angah terima sahaja sarannya ustaz. Siapa lah angah untuk menidakkan kata-kata ustaz. Lagi pun ustaz sudah tentulah mengajinya tinggi sekali. Sedangkan angah, sekolah pun tidak habis. Tetapi bila datangnya Ratu Sunsilk buat kali kedua dihadapan angah diakhir april yang lalu, dia mula menyebut mengenai adanya sebuah perjanjian yang menuntut korban. Membuatkan angah terkesima kerana sangka angah ia adalah sekadar sihir yang ingin memusnahkan seluruh hidupnya. Dan selepas itulah ungkapan ‘waris’ mula sering dilaungkan.

“Laknat kamu mamat. Kamu letak aku disini, dan kamu pergi begitu sahaja.” ‘Angah’ membebel sendiri lagi sambil bermain main dengan apa sahaja benda yang tercapai ditangannya.

“Kak long..! Tak kesian kat aku ka ? Muhammad… mana Muhammad ? Ahmad aku tak mau. Kamu pun tahu kan Mamat, sebab apa aku tak mau Ahmad jadi tuan aku. Kamu memang jahat Mamat. Jangan ingat aku tak tahu apa yang kamu buat dekat Ahmad. Aku tengok semua. Sebab kamu lah Ahmad jadi begitu.”

“Aku nak Kak Long, tetapi aku tak boleh masuk dalam badan dia. Sebab dia hafal Al-Quran. Aku nak Muhammad pula, tetapi Muhammad pun dah mula hafal Al-Quran. Habis tu.. aku macammana ni Mamaaatttt… .!!!”

Lantang ‘Angah’ menjerit dengan suara garaunya. Tidak berhenti-henti dia membebel kepada Mamat didalam dialek negeri asalnya Mamat. Mengejutkan Mak Tok bila angah berbicara didalam dialek yang sememangnya angah tidak berapa mahir dengannya. Walaupun angah boleh memahami dialek mereka, namun agak sukar untuk angah berbicara dengan fasih.

Seperti biasa bila keadaan mula meruncing seperti ini, lekas lekas Mak Tok mula menelefon Tok Ayah. Dan seperti biasa lagi, Tok Ayah sememangnya sentiasa berada disurau atau masjid. Juga seperti biasa, terpaksalah Tok Ayah bergegas kembali kerumah dengan kadar yang segera.

Angah.. angah.. apa boleh Tok Ayah buat lagi, memandangkan angah adalah satu satunya anak yang merupakan terlebihnya cinta hati Tok Ayah. Itu.. kata Mak Tok la… pada Angah. Kata Mak Tok lagi kepada angah…, anak yang jarang membantah ibu bapa, kalau sekali dia membantah rasanya terlalu menusuk kalbu. Menyebabkan sehingga kini angah menurut sahaja kata kata Tok Ayah dan Mak Tok.

Tetapi baru baru ini, Angah degil juga. Angah buat hal sikit. Tapi sekejap saja. Lepas tu angah taat balik. He.. he..
Tak berani ooo… takut tak cium bau syurga. Tetapi dalam masa yang sama , angah rasa bersalah pada dia yang bernama ‘sahabat’.
Maafkan angah, ya.. ‘sahabat’. Kerana angah tak dapat nak kotakan kata kata angah kepada kamu.

Sesungguhnya benarlah kata Tok Ayah, yang angah perlu sembuh betul betul dari sihir ini. Sebelum angah dapat pergi kemana sahaja dan buat apa yang angah suka. Hari ini bila angah menanggung kembali semua ini, angah akui yang sememangnya orang tua itu lebih dahulu makan garamnya.

Kata Tok Ayah lagi, angah tak sepatutnya susahkan orang lain dengan masaalah angah. Jadi hari ini angah sedar diri, bila airmata berjuraian mengenangkan indahnya hidup ini bukan milik angah. Tetapi angah tetap mengharapkan agar ikatan silaturrahim itu kan terus terjalin selamanya. Maaf ya… maafkanlah angah. Dari jauh, angah pohon ribuan kemaafan.

“Angah..! Nak kemana tu.. ?” Tanya Tok Ayah yang baru sahaja tiba dirumah. Tadi sewaktu Tok Ayah melangkah masuk kedalam rumah, ‘angah’ yang sedang asyik membebel ketidakpuasan hatinya kepada Mamat, tiba tiba sahaja terdiam seribu bahasa. Membolehkan angah menguasai jasadnya semula biarpun kondisinya cuma sekadar 50/50.

Angah yang sedang melangkahkan kakinya kedalam bilik air terhenti seketika. Segera dia berpaling kearah Tok Ayah yang telah menyapanya.

‘ALLAHU.. AKBAR..! Mungkin itu yang terucap dihati Tok Ayah apabila ‘angah’ memandangnya dengan matanya yang membulat. Terbeliak-beliak bagaikan ingin terjojol keluar dari kelopak matanya. Dengan pandangan mata yang berbara, ‘angah’ memandang Tok Ayah dengan penuh kebencian yang bersarang didalam dada. Sempat juga ‘angah’ hadiahkan kerlingan yang tajam menikam kepada Tok Ayah, sebelum dia menutup pintu bilik air.

Didalam bilik air, angah menangis didalam hati. ‘Ya.. ALLAH..! Ampunkanlah aku. Wahai ayah! Maafkanlah aku.’ Kerana sekali lagi, angah tidak dapat mengawal dirinya.

Perlahan angah mengheret kakinya melangkah menuju ke kolah. Memang terlalu berat tubuhnya dirasakan. Kerana mereka dan angah masih 50/50 didalam jasadnya. Dengan hati yang diisbatkan kepada ALLAH.. angah gagahi jua mengambil wudhuk. Alhamdulillah tadi, angah makan roti setelah menyudahkan solat isyak. Jadi angah ingin berehat sahaja selepas itu.

Sebaik sahaja angah selesai mengambil wudhuk. Serta merta tubuhnya dirasakan ringan semula. Alhamdulillah.. angah bersyukur kepada ALLAH S.W.T sekali lagi. Segera angah keluar dari bilik air dan berehat didalam biliknya. Sambil berbaring diatas tikar plastik, angah membelek phonenya seperti biasa.

Sekali lagi seperti selalu sebelum ini, manuskrip angah tertangguh lagi. Entah bila novel sulung angah dapat diterbitkan, angah pun tidak tahu. Memandangkan sudah acapkali ia tertangguh disebabkan angkara permainan iblis ini. Tak apalah. Jika ada rezki angah, adalah. Jika tiada, angah redha sajalah. Angah tulis ja.. lah, di fb angah. Selagi hayat masih ada. In sya ALLAH..

“Angah..! Ok ka.. .?” Sekali lagi Tok Ayah datang menyapa angah, tidak lama selepas angah keluar dari bilik air.

“Cheq ok, ayah.” Jawab angah ringkas.

“Awat cheq jadi balik ?”

“Memang macam ni.. la cheq, ayah. Cuma cheq tak bagitau kat ayah ja. Tapi tak sangka tadi nak teruk pula.”
Jawab angah slumber je. Memang angah selalu sangat berebut jasadnya sendiri dengan ‘mereka’, cuma kali ini saja angah sedikit tewas. Mungkin kerana hati angah yang agak berduka beberapa hari ni, menyebabkan angah tewas dipertandingan kali ini.

“Cheq dah zikir ke..?”

“Dah zikir dah, ayah.”

“Ingat angah, zikir pendinding tu cheq jangan tinggal. Cheq dah baca ayat kursi tujuh ka..? Ka.. cheq lupa lagi ?”

“Cheq lupa lagilah, ayah.”

“Dah.. cheq baca la ni.. .” Arah Tok Ayah kepada angah.

Segera mulut angah terkumat kamit membaca ayat kursi yang pertama kemudian dihembuskan kesebelah kanan. Sekali baca sekali hembus, bermula kanan,kiri, atas,bawah,depan,belakang dan akhir sekali ayat kursi yang ke tujuh diisyaratkan hembus kedalam kerongkong dengan menelan liur didalam mulut.

“D***h! Aku mahu d***h. Aku lapar. Aku terlalu lapar. Sudah lama aku tidak makan. Aku tak nak roti tuuuu… .”
Suara garau yang berbunyi dari mulut angah, mengejutkan tok ayah yang sedang duduk disamping angah. Angah yang baru sahaja pulih dari kesurupan sebentar tadi, kini kesurupan semula sebaik sahaja angah membuat ayat kursi 7 sebagai pendinding diri.

“Mak tok.. ! Cepat mai lekaih.”
Laung Tok ayah segera. Sedangkan Mak tok baru sahaja beredar dari bilik angah sebentar tadi.

“La.. pasai apa pulak ni, abang? Tadi kan dah elok.” Ujar Mak tok yang terpaksa gostan semula ke bilik angah.

“Ni.. tadi abang suruh dia buat ayat kursi 7, lepas tu terus jadi balik.” Jawab Tok ayah slumber je kepada Mak tok.

“D***h! Aku nak d***h. Aku laparrrr…, aku tak nak roti tu….”
Bentak ‘angah’ sekali lagi, sambil jarinya menuding-nuding kearah sisa roti yang berada tidak jauh dari sisi. Secebis roti yang tersisa didalam bungkusannya dipandang dengan penuh tajam dan sakit hati, oleh ‘mereka’ yang sekali lagi berjaya mengambil alih jasad angah.

‘’Aku nak d***h Kak Long. Beri aku beberapa titis pun jadilah. Aku lapar sangat nii..’’ ‘Angah’ bersuara lagi dengan garau sekali.

Tok Ayah yang memandang keadaan angah sebegitu rupa, segera mendakap erat angah ke dalam pelukannya. Tanpa bertangguh lagi, Tok Ayah melaungkan azan dengan penuh syahdu dicuping telinga angah. Suara azan yang dilaungkan Tok Ayah, kedengaran bagaikan ratapan tangisan dari seorang hamba yang benar-benar mengharapkan bantuan dan belas ehsan dari Tuhannya.

Angah mula membongkokkan tubuhnya bagaikan seorang nenek yang terlalu berusia, sebaik sahaja tubuhnya dilepaskan oleh Tok Ayah. Tok Ayah hanya memandang kerana ingin tahu, apakah pula yang ingin dilakukan ‘angah’ sebaik sahaja azan ditamatkan.

‘’Aku bukannya datang dari neneknya Mamat. Tetapi aku diambil sendiri oleh Mamat. Aku ingin sekali pulang ke siam sana. Tetapi Mamat telah pasakkan aku disini.’’

‘’Ya.. pulanglah kamu ke tempat asal kamu. Kamu sakitkan tinggal disini ?’’ Ujar Mak Tok yang selalu sahaja menjadi jurucakap Tok Ayah.

‘’Ya.. aku sakit tinggal disini. Tetapi aku tidak boleh pulang begitu sahaja. Kerana semua ‘barang’ ada ditangan Mamat.’’

‘’Pedulikanlah Mamat. Kamu pulang sahaja sendiri. Takkan tak boleh balik sendiri ?’’

‘’Tak boleh. Kecuali Mamat yang bawa aku. Mamat itu memang iblis. Menyakitkan hati.Suka sekali buat tahi. Tetapi senang-senang sahaja dia lepaskan diri. Dia memang tunggu masaaaaa….!!!!!’’ Laung ‘nenek’ a.k.a angah meluahkan perasaan ketidakpuasan hatinya terhadap Mamat.

‘’Alaaa.. Mamat tu, bukannya kuat mana pun. ALLAH lagi kuat. Kamu tak nak masuk syurga ka ? Kamu bukan islam kan? Apa kata kamu masuk islam.’’ Dakwah Mak Tok seperti biasa, ditiap kali angah kesurupan.

Tiada jawapan suara dari ‘nenek’. Tetapi ‘nenek’ mula mengangkat tinggi kedua belah tangannya lalu dicantum erat kedua tapak tangannya. Kemudian dia mula menyembah sesuatu dihadapannya berulang kali. Bagaikan penyembah berhala yang sedang menyembah patung berhala tuhan mereka.

Sekali lagi Tok Ayah mendakap erat angah, sebelum dilaungkannya azan syahdu.Dan dengan slumbernya ‘nenek’ kemudiannya duduk dengan penuh angkuh sekali gayanya, bagaikan ingin memberitahu bahawa laungan azan itu tidak memberi kesan apa-apa kepada dirinya.

‘’Dengar sini.’’ Kata ‘nenek’ yang kemudiannya mengemaskan duduknya kembali sebaik sahaja azan ditamatkan. Dilambainya Mak Tok dan Tok Ayah supaya memberi perhatian kepada apa yang ingin dilafazkannya.

‘’Tolonglah bawa Mamat dihadapan aku. Biar aku sendiri yang berbicara dengannya.’’

‘’Tak taulah kat Tok Ayah ni. Abang dengar dak apa yang ‘dia’ cakap ni ?’’ Mak Tok pula yang menyuarakan ketidakpuasan hatinya terhadap Tok Ayah.

‘’Abang dah jumpa dia dah. Tapi dia tak mengaku. Siap bersumpah lagi. Nak buat macammana?’’ Jawab Tok Ayah membela diri.

‘’Huh! Percayalah cakap dia.’’ ‘Nenek’ pula bersuara sambil tersenyum sinis. Dia tu… laknaattt..!!! Jerit ‘nenek’ lagi.. bagaikan dia sememangnya terlalu berdendam dengan Mamat.
‘’Bawa dia jumpa aku. Biar aku cakap dengan dia. Ni.. dia dok lepas diri saja. Letak aku kat sini. Lepas tu dia pergi tinggal aku. Entah tubuh sapa dia letak aku. Kata bini dia. Mana ada. Pembohong. Syaitan, Iblis, Laknatullaaaahhh…’’

ALLAHU AKBAR.. ALLAHU AKBAR…
Sekali lagi azan dilaungkan. Tetapi kali ini tiada henti-henti. Berkali-kali azan diulang lagi dan lagi. Setelah Tok Ayah melihat ‘nenek’ bagaikan tiada tanda ingin berhenti. Berhenti dari menyuarakan api kemarahannya yang menggila, terhadap seorang manusia yang bernama Mamat.

‘’Angah..! Mak Tok memanggil angah setelah dilihatnya tangan angah sedang menuding kearah botol air ruqyah.
Terhenti azan Tok Ayah sebaik sahaja dia mendengar ungkapan Mak Tok. Segera Tok Ayah mengambil botol air itu lantas disua kepada angah.

Angah yang kembali semula menguasai jasadnya, meneguk air ruqyah itu berulang kali. Terlalu perit tekak angah dirasakannya kerana ‘mereka’ sesuka hati sahaja menjerit-jerit sesedap rasa.
Entah apa yang terjadi kepada ‘nenek’ dan sahabat-sahabatnya, angah pun tidak tahu. Apa yang angah tahu, angah hanya ingin jasadnya semula. Biarpun jasad yang angah dapat kembali itu, hanya sebuah jasad yang dipenuhi dengan azab kesakitan dari sihir yang sentiasa dikirimi.

‘’Awat angah ? Depa [anak-anak angah] bising lagi ka ?’’ Tanya Mak Tok kepada angah, sebaik sahaja angah meletakkan botol airnya.

‘’Dah berapa kali mak cakap kat depa jangan dok bising. Depa buat juga.’’ Sambung Mak Tok, yang membebel adalah salah satu dari hobi yang tidak boleh dipisahkan.

Tapi bebelan mak tok sekali pun tidak pernah ada perkataan kesat walaupun sekadar ungkapan ‘bodoh’. Memang rejim hitler mak tok memerintah didalam rumah, salah satunya tiada perkataan kesat yang dibenarkan. Sebab tu.. la.. angah bantai semua dalam penulisan, lepas geram sebab memang bukan mainan bibir.Tapi angah panggil Mamat, iblis je.. sebab geram sangat. Nasib baik Mak Tok buat buat tak dengar je… he.. he..

‘’Dak aiihh.. mak! Bukan sebab depa bising, tapi kat maghrib tadi cheq baru lawan ngan satu lembaga. Hari ni tak tau la pasai apa, Cheq tak larat sangat. Satu hari, cheq asyik tidur ja. Masa kat maghrib tadi mai lembaga putih merangkak atas cheq. Cheq lawan la mak. Cheq tolak kepala dia kuat-kuat dengan tapak tangan sambil baca ayat.
Mak nak tau dak ? Lembaga tu pelik la. Muka dia macam memanjang ja. Badan panjang. Tangan ngan kaki pun panjang-panjang. Tu.. yang cheq tak larat sangat, ni… mak. Baru lepas bertarung. Letih sangat badan cheq, ni… . Tu.. kot yang ‘depa’ boleh kuasai cheq tadi. Cheq memang tak larat sangat mak. Dah berapa hari dah.’’

‘’La.. ni, macammana abang ? Tak mau panggil Mamat mai ka ?’’ Mak Tok beralih kepada Tok Ayah selepas mendengar cerita angah.

‘’Abang dah tanya dia dah. M**i-m**i dia tak mengaku. Dia siap sumpah lagi.’’

‘’Dia sumpah lagu mana, ayah?’’ Tanya angah ingin tahu. Angah Si detective Conan yang sememangnya tidak akan puas hatinya selagi dia tidak tahu duduk perkara yang sebenar-benarnya.

‘’WALLAHI…’’

‘’Tak apa lah abang. Biarlah dia. Kalau dia tak buat, kita juga yang berdosa dok tuduh dia.’’ Kata Mak Tok setelah mendengar jawapan Tok Ayah.

‘’Tapi kalau dia yang buat, biar padan muka dia dimakan sumpah sendiri.’’ Celah angah sambil menahan getaran didada yang sudah tidak mampu ditanggung lagi. Disebabkan tubuhnya terpaksa menanggung segala azab kesakitan yang tidak terperi.

Namun kerana angah punya kepala tiga suku, lalu selagi tubuhnya boleh menahan, dia jalani kehidupan seperti biasa. Bagaikan tiada apa. Tetapi bila dia sudah tidak terdaya untuk menanggung. Maka jadilah dia selalunya cuma bagaikan mayat hidup. Sesekali mannequin. Sesekali haiwan. Kerapkali boneka. Dan cuma sesekali, angah dapat merasa hidup sepertinya insan.

Kepada pengupah sihir dan tukang penyihir, termasuklah khadam khadam sihir. Yang terlibat didalam penyihiran terhadap angah sekeluarga. Disini angah ingin ucapkan kepada kalian…

TIADA LAGI KEMAAFAN YANG MAMPU AKU BERIKAN. SEMOGA KALIAN SEMUANYA BINASA, DIDALAM KEAZABAN YANG MAHA DASYAT DARI TUHAN…

P/S : Kepada sesiapa yang sudi membaca kisah ini, ribuan kemaafan dipohon kerana kejadian diatas memang begitu akhirnya. Dan sehingga hari ini, tiada penamat lagi diatas semua kesengsaraan ini. Doakanlah angah ya… jika sudi..
#KISAHBENAR
#HA.. HA.. HA..
BIAR DIRI SENGSARA
TAKKAN KU BIAR KETAWA INI
MENINGGALKAN KU SENDIRI..
12.50 AM,28.08.17

Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Nurul Hafiza

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 5]

13 thoughts on “Angah – Di Dalam Dunia Kegelapan”

  1. Kalau betul, kesian angah. Doa bnyak2, solat jangan tinggal, alirkan ayat2 suci Al-Quran dalam badan angah eh:)
    Saya doakan angah kembali sihat:)

    Reply
  2. Assalamualaikum puan.. maaf ganggu.. antara hizb dan wirid yg dianjurkan oleh guru kami sebagai pendinding ialah Wirid Sakran dan Hizb Bahr.. Hizb Bahr istiqamah baca setiap lepas subuh (dalam waktu dhuha cmtu) dan selepas asar (bila dah nak hampir maghrib).. baca dgn penuh pengharapan dan penyerahan hanya kepada Allah.. tapi dia ada cara bacaan dia.. mcm wirid sakran juga.. ada cara bacaan dia.. ada dkat tempat tu, kena berhenti dan niatkan..

    Reply
  3. Siapa pengasas blog nie..????ada nombor telefon x..angah nk berkenalan nie.🙂…Ingat..Didunia Selamat..Akhirat kau pasti kena..Kalau Anak Jantan Mari Jumpa depan2….Mak Bapak Bomoh jugak ke?..kena tetap kena…Ingat..Beringat ye..senyum lh dlu
    Puas2..

    Reply
  4. Doa org teriniaya ni tak ada hijab.Yakin dengan kuasa tuhan.Baca Yassin 7 mubin. Solat fardhu buat dengan khusyuk ingat makna dia sekali.Alhamdulillah, Allah pernah banyak kali makbulkan doa saya bila saya dianiaya.Istiqamah, jangan ragu-ragu dengan Allah.Allah pasti akan tolong.

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.