Angin Marah

Assalammualaikum & Salam Sejahtera kepada para pembaca FS  ini merupakan cerita ketiga saya yang saya hantar ke FS. Bagi yang telah membaca kisah pertama saya, saya mengucapkan terima kasih sekali lagi. Cerita kedua saya bertajuk BAYANG HITAM MATA MERAH/ENCIK POCONG belum tersiar saya agak sebab saya juga nanti-nantikan kemunculan namun tiada. Tak mengapa. Saya harap admin akan publish cerita saya yang ketiga ini pula. Minta maaf kalau cerita saya tak seseram mana yang diharapkan.

Ok! Cerita saya yang hendak saya share hari ini adalah di mana saya merupakan pelajar semester empat di ipta bumi kenyalang. Saya tak dapat asrama jadi terpaksa menumpang secara illegal kat bilik salah satu sahabat rapat saya. Kejadian ni terjadi semasa cuti (tak ingat sempena apa). Saya dan sahabat saya, Wani (bukan nama sebenar) stay back kat asrama. Memandangkan roommate Wani, kak Titi balik kampung jadi dia benarkan saya untuk menjajah katilnya hahaha selalunya saya tidur di lantai sahaja.

Selama kami tidur bertiga, kami tak pernah pasang lampu belajar (untuk dijadikan sebagai lampu tidur) sebab saya agak berani kalau ada ramai orang tidur bersama dan tiada juga benda-benda yang menyeramkan terjadi. Sampai lah malam itu, mula-mula kami tak pasang lampu belajar. Wani pujuk saya katanya takda benda yang ditakutkan. Cahaya dari luar juga agak terang. Dan dia pun tak tidur sebab nak dating dengan boyfren dia dalam telefon. Tingkap pun kami tak tutup rapat sebab nak bagi masuk angin malam. Sejukkkkk. Tapi itulah yang pintu masuk ‘benda’ yang hampir merasuk badan saya.

Jadi, saya pun percayakan dia dan masuk tidur. Saya tak pasti dalam jam berapa, suasana asrama betul-betul terasa sunyi. Saya anggap perkara tu biasa memandangkan ramai pelajar yang stay out. Berbekalkan lampu luar, saya meneliti keadaan bilik. Saya tengok Wani dah sedap melayan mimpi. Ada dengkuran kecil kedengaran. Kemudian saya alih mata saya ke arah pintu bilik. Ada cahaya lampu terlihat di bawah pintu.

Tiba-tiba ada bayang hitam di luar bilik seperti orang lalu lalang, kelihatan di bawah pintu. Yang menghairankan saya tiada langsung bunyi tapak kaki atau selipar. Dengan perasaan yang bercampur baur, saya cuba untuk membangunkan Wani dengan memanggil namanya. Tetapi saat terlihat bayang hitam berdiri di hujung katil Wani, saya terus menutup mata. Jantung saya dah berdup dap. Apa lagi macam-macam yang saya baca ketika ini. Yassin pun saya baca tapi tak lengkap sebab ada ayat yang saya tak ingat hahaha.

Supp! Sakitnya belakang saya masa tu cuma Allah yang tahu. Saya rasa perit sangat. Macam cramp pun ada, macam kena cakar pun ada. Saya rasa seperti ada angin yang cuba masuk dari tengkuk saya sebab masa tu tengkuk saya sejuk semacam. Bulu roma pun menegak habis dah macam nak tercabut. Badan saya terus tegang. Lurus jak. Tapi saya tak berhenti dari membaca segala surah. Saya dah menangis dah masa tu. Mana nak menahan rasa sakit, mana nak elak dari tengok bayang hitam. Cuma saya tak dengar apa-apa macam bisikan ke, hilai tawa ke, takda. Cuma bayang hitam yang berdiri statik di hujung katil Wani sahaja yang dijamah oleh pandangan saya.

Pada saat itu, saya dapat rasa kemarahan, kebencian, macam nak mengamuk je lagaknya. Bukan saya yang rasa tetapi entah lah susah saya nak describe perasaan saya malam tu. Macam ada yang mendorong. Mata saya ketika tu dah melilau-lilau melihat bilik dalam keadaan marah, nafas saya dah turun naik dan saya masih nampak bayang hitam tu di tempat yang sama. Saya tak dapat nak describe sebab bayang tu hitam sehitamnya. Cahaya luar pun macam tak cukup nak bagi hint. Saya rasa nak menjerit, nak mengamuk dan macam-macam lagi lah! Saya sebut Allahuakbar berkali-kali sampailah saya berjaya bangun dan keluar dari cengkaman entah apa benda. Mula-mula semasa bertakbir tu saya sebut dalam hati tapi bila dah lepas bangun tu terjerit pula. Nasib Wani tak terbangun masa tu. Dia tersedar saat lampu bilik dah menyala.

Saya terus buka lampu bilik dan bayang hitam tu pun hilang. “Kenapa buka lampu?”, tanya Wani. “Aku takut”, jawab saya. Wani tak banyak cakap dan terus tidur semula. Walaupun dia ada merengus sedikit tapi dia faham keadaan saya. Dan begitulah kami tidur dalam cahaya terang. Saya pula tak cukup tidur sebab hanya tidur-tidur ayam sahaja. Tambahan lagi rasa sakit di belakang saya tu tak hilang. Ambik masa 2 hari jugak saya menahan rasa sakit. Tak berani nak cerita dengan Wani, tapi Wani jenis yang tak cepat percaya benda-benda macam ni walau dah pernah nampak orang histeria depan-depan mata hahaha orang gangster la katakan.

Saya ambik kesempatan ini nak mengucapkan ribuan terima kasih kepada roommate saya dan rakan-rakan saya yang terpaksa menghadapi tidur dalam cahaya terang disebabkan saya tanpa ada rungutan besar. Yang kecil-kecil tu biasa la haha dan sentiasa menyokong saya. Love you, guys!

Saya juga nak mengucapkan terima kasih kepada pembaca FS yang sudi membaca. Segala kekurangan dan kesilapan di penulisan ini akan saya perbetulkan di penulisan akan datang. Sekian, terima kasih.

LailaIsabella

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.