Kisah ini berlaku pada tahun 2009 ketika aku di tingkatan 5. Aku bersekolah dan menetap di asrama di sebuah maktab yang baru sahaja dibuka. Di situ, padang masih lagi bercalit merah, pokok-pokok masih lagi sedang bercambah, dan kelapa sawit bagaikan cendawan yang tumbuh selepas hujan. Jadi, tidak hairan lah kalau terdapat gangguan-gangguan makhluk halus di sana sini. Tetapi, selama aku duduk di asrama, tak pernah lagi lah aku diganggu sehinggalah pada suatu malam ini.
Sejurus sahaja aku balik dari minum malam di dewan makan, macam biasa, aku akan menggosok baju sekolah di satu bilik khas untuk menggosok. Waktu itu aku bersendirian. Selalunya ada teman-teman yang turut serta untuk menggosok baju, tapi bukan untuk malam ini. Suasana di bilik gosok tersebut sunyi dan suram. Adakah aku diganggu di sini? Tidak.
Sejurus selesai menggosok, aku ke tandas untuk mencuci muka dan menggosok gigi. Tandas dan bilik air di asrama perempuan terletak betul-betul di hujung maktab, bersebelahan dengan pokok-pokok kelapa sawit. Gelap dan sunyi. Dengan sepantas kilat, aku membersihkan diri sebab aku ini penakut sikit. Adakah aku diganggu di sini? Tidak.
Sesudah seleai, aku menapak ke dalam ‘cube’ ku yang menempatkan sebanyak 8 orang termasuk diriku. ‘Cube’ di maktab aku berdinding separuh dan tidak menyentuh siling, tidak berpintu dan hanya dipisahkan oleh pintu aras. Lampu harus dipadam selepas 11, kecuali lampu aras. Suasana sangat sunyi lebih-lebih lagi pada malam itu. Semua teman-temanku sudah pun dibuai mimpi, hanya kedengaran suara-suara halus jiran-jiran ‘cube’ sebelah. Aku pun baring bersiap untuk tidur.
Namun, siapa tahu, malam itu adalah malam yang paling menyeramkan dalam hidupku. Tidurku tidak lena, dan asyik terjaga-jaga sahaja. Sedang aku pejamkan mata, aku bagaikan terdengar bunyi mengengsot betul-betul diluar dinding ‘cube’ ku. Aku cuba untuk mengendahkan, tapi mata ini terlalu ringan untuk dipejami. Badanku mulai kaku. Perasaan takut mulai menerpa dalam diriku. Tiba-tiba, bunyi tersebut terhenti. Ia bagaikan berada betul-betul di luar katilku. Jantungku berdegup lebih kencang, namun aku tidak berani membuka mataku. Walaupun mata masih terpejam, aku dapat merasakan yang perlahan-lahan, cahaya dari lampu aras makin malap. Bagaikan sesuatu melindungi cahaya tersebut. Kuenggan membuka mataku, dan berpura-pura tidur. Tetapi, diri ini meronta-ronta untuk melihat. “Mungkin mainan perasaan je,” kataku dalam hati.
Jadi aku memberanikan untuk membuka mataku, walau sesaat. Alangkah terkejutnya aku, kerana kelihatan satu susuk tubuh yang sedang terapung di atasku. Dan susuk tersebut adalah pocong! Ia berkain lusuh, mata terbeliak, begitu hodoh rupanya! Kakinya menyentuh dinding menghadap mukaku, mukanya pula menghadap kakiku. Aku pejamkan semula mataku, dan ingin menjerit, tetapi suaraku bagai tersekat.
Sejurus selepas memejamkan mata, bagaikan sepantas kilat pocong itu menjatuhkan dirinya ke atasku, sambil mengilai-ngilai. Suaranya hodoh dan kuat, umpama suara wanita bercampur lelaki. Waktu dihempap, aku meronta-ronta untuk bangun dan berlari, namun tidak berhasil. Mulutku cuba untuk membaca ayat-ayat Quran, surah Kursi, zikir-zikir, namun hati je yang mampu untuk berkata. Ku cuba untuk melaungkan nama Allah berulang kali. “Allah, Allah, Allah!” Kali ketiga, baru terhasil. Aku terduduk sambil menjerit namaNya.
Dalam masa yang sama, ngilaiannya hilang dibawa angin. Kucelikkan mataku luas-luas, cuba mencari-cari beradaan pocong itu. Di depan, di kiri dan dikanan semua tiada. Aku tercungap-cungap dan sangat takut, tetapi tiada seorang pun yang terjaga dan menyedari situasiku. Aku terdengar sayup-sayup perbualan jiran-jiranku, lalu aku bangun dan berlari keluar ke arah mereka dan terus memeluk salah seorang daripadanya. Perasaan lega dan selamat berganti takut.
Walaupun hanya sesaat melihatnya, bayangnya masihku ingat sampai sekarang. Walaupun kejadian-kejadian gangguan makhluk halus sudah kerap terjadi di mana-mana pun dan kepada siapa-siapa pun, ada sahaja mulut yang mengata. Disebabkan aku seorang sahaja diganggu pada malam itu, aku dituduh mempunyai iman dan semangat yang lemah, dan tidak memperbanyakkan beribadah kepadaNya. Mengarut. Siapa-siapa pun boleh diganggu, yang penting sentiasa yakin pada kekuasaanNya dan takut itu hanya kepada Allah.
Sekian.
Hi.Assalamualaikun.nama aku Bill .umur 23 tahun dan sekarang belajar di sebuah Ipts di Selangor. Sorry kalau cerita aku terlalu panjang and boring. Huhu. Aku nak cerita pengalaman aku waktu aku di tingkatan 2 (2011). Aku tinggal kat sebuah rumah pangsa dan berkongsi bilik dengan kakak.
Oh ya, flat kami ni tak ramai orang yang duduk. Banyak rumah kosong. Kalau ada pun warga asing yang menyewa. Pada waktu malam ketika tidur, pintu bilik tidur memang akan dibuka untuk biar angin masuk. Satu malam masa aku tidur, tiba tiba aku terjaga. Tengok jam dekat phone, pukul 3 tepat. Aku termenung pandang pintu since tak boleh nak tidur balik. Tengah menunggu nak lelap mata balik, tiba-tiba aku nampak orang lalu ke dapur. Laju saja langkahnya.
Aku fikir abang aku sebab dia memang selalu tidur lewat. Tak lama lepastu sekali lagi kelibat benda yang sama lalu ke arah dapur. Pelik! Kalau tadi ke dapur pasti akan patah balik ke ruang tamu. Tapi tak! 3 kali berturut2 kelibat yang sama ke dapur. Jantung memang dah laju gila berdebar aku sempat perhati kelibat tu lepas beberapa kali dia munculkan diri. Berbaju putih lusuh, berambut panjang. Aku takut nak berselubung selimut. Takut kalau ada yang menarik selimut pulak. Aku kejut kakak aku.
Aku cerita apa yang aku nampak. Kitorang beranikan diri sambil pegang raket badminton bukak lampu ruang tamu dan tutup pintu bilik. Kami tak tidur sampai pagi. Lepas kejadian tu, banyak gangguan lain yang datang. Bilik aku semakin panas sampai aku dan kakak pilih untuk tidur diluar. Kadang2 dengar bunyi kabinet dapur dibuka perlahan2 dan dihempas walaupun takde orang kat dapur, bunyi perabot dialihkan dari rumah jiran sebelah(rumah sebelah tak berpenghuni), bunyi guli jatuh dari atas siling walaupun rumah aku paling atas sekali.
Gangguan bukan saja pada waktu malam tapi pada waktu siang juga. Satu hari, ada seorang kawan aku datang sebab nak study sekali. Namanya hafida. Hafida memang berkebolehan melihat makhluk2 halus kerana hijab matanya terbuka sewaktu kecil lagi.
Dia terkejut bila sampai rumah aku. Dia kata rumah aku merupakan laluan makhluk2 tersebut. Aku tak pernah cerita pada hafida pasal rumah aku tapi hafida tahu ada makhluk yg menumpang. Satu dipenjuru bilik aku. Itu punca kenapa bilik aku sangat panas. Satu lagi ‘si gula gula’ jantan diatas kabinet dapur. Satu malam waktu aku nak keluar ke kedai, dalam samar2 lampu koridor aku nampak seperti ada orang tengah merangkak laju kearah aku.
Aku panggil kakak untuk pastikan. Dia juga nampak benda yang sama. Kitorang terus tak jadi keluar. Kunci pintu, duduk dalam bilik. Masing2 takut duk terbayangkan benda tadi merangkak. Disebabkan keluarga hafida mahir bab2 ni, dia bantu kitorang untuk keluarkan makhluk2 ni dan pagar rumah dengan garam kasar dan cuka tapi gangguan masih ada.
Kemuncaknya bila jiran depan rumah aku, kak ina dirasuk. Kak ina macam orang gila dalam rumah. Anak kak ina datang rumah aku minta bantuan. Aku dan mak bergegas bawa kak ina ke rumah seorang ustaz. Lepas kak ina dah okay, ustaz bagitau 2 ekor cik ponti duk menumpang tadi. Minggu lepas tu mak rasa berat dibelakang. Bila pergi jumpa doktor, doktor cakap semuanya okay saja. Mak ajak aku pergi rumah ustaz minta air penawar. Masa kat rumah ustaz, ustaz panggil aku kedepan duduk didepannya. Ustaz cakap dalam badan aku ada yang menumpang.
Aku tak pelik pun. Tanda2 ada makhluk halus berdamping pun hampir semua aku ada cuma aku tak pernah fikir nak berubat sebab aku anggap tu hanya perasaan aku. Usai saja giliran aku. Mak aku pula berubat sebab yang sama. Ada yang menumpang. Aku tak tahu sampai bila nak kena hadap semua ni. Gangguan tak putus2. Sampaikan dah lali kalau sesekali kelibat muncul. Pelbagai usaha dan cara telah kami lakukan untuk mengubati keadaan ni.
Akhir tahun 2012 aku dan keluarga pindah ke tempat lain dan Alhamdulillah lepas tu, takde lagi dah gangguan macam sebelum ni. Banyak lagi nak cte tapi cukup latu. Huhu
- Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Follow Whatsapp FS KLIK SINI
hmm.. i feel you.. kene tindih dengan en.pocong , mmg takut + trauma tidur sorg.. mata dia terbeliak, muka hitam mcm terbakar, kain lusuh ada kesan tanah2 mcm tu.. dia ketawa HAHAHAHAHA masa sy bukak mata nampak dia kt depan muka.. sampai skrg xlupa kejadian tu..
jom baca cerita saya
#Amateur-My guardian
Saya tulis sendiri tau.
Penat tau
Mak Kau Hijau
Best la cite ni !! ??
Bapak ko itam
Aq perati je budak hingusan ni
biar betul…umur masa 2011 14 tahun…tapi masa 2017 da 23 tahun?
part kene tindih tue seram.