ANGKA KERAMAT

Assalamualaikum warga FS. Aku kenalkan nama aku Rara(bukan nama sebenar) Ini merupakan kali pertama aku menulis sesuatu. Maaf andai kata kalau cerita ini agak hambar atau tidak seseram cerita yang lain. Coretan yang ingin aku ceritakan ini merupakan kisah yang aku lalui sendiri.

Adakah kalian sudah membaca cerita nombor 9 yang diceritakan oleh Nr? Nr merupakan saudara yang paling rapat denganku dan kisah yang dilalui oleh qie aku juga mengetahuinya daripada group whatsapp kami. Ambar pemandangan yang dia ambil di tempat itu juga telah aku lihat. Namun itu bukanlah yang ingin aku ceritakan hari ini.

Ceritanya bermula begini.

Kami berlima merupakan kawan baik. Aku, nr, wani, qie dan yen. Kemana ada mereka di situ pasti ada aku dan begitu juga sebaliknya. Beberapa hari lepas kejadian qie diganggu itu kami meneruskan harian kami seperti biasa. Antara kami berlima aku yang paling penakut tetapi aku yang hijab paling tertutup. Walaupun mereka terkena gangguan atau apa pun aku seorang tak rasa apa apa. Dari dulu sampai sekarang. Sekiranya malam itu kawan ku yang lain terkena gangguan seperti penampakan hanya aku seorang sahaja yang tidur dengan lena. Namun benda itu kerap menyerupai aku. Acap kali budak dorm aku semasa aku melanjutkan pelajaran dahulu nampak aku di tandas namun itu bukan aku. Okay cukup melalut. Sambung balik.

Suatu hari, aku, nr dan wani pergi ke pusat karaoke di klang. Tempat ini kami sering pergi hampir setiap minggu. Qie datang lambat sebab dia sedang bekerja. Dah selesai bayar kami masuk ke bilik karoke. Bilik nombor 9 ditingkat dua. Waktu itu kami tak terfikir yang pelik pelik. Masuk je ke bilik karoke itu. Kami dah seronok nak melontarkan suara tapi malangnya satu mikrofon tidak berfungsi so aku dan wanie turun ke bawah untuk memberitahu masalah itu dan meninggalkan nr sendirian. Masih juga tiada apa apa. Kemudian david naik ke bilik tapi yang hairannya mikrofon berfungsi seperti biasa. Aku anggarkan mungkin wayar itu longgar.

Tanpa fikir banyak aku berlalu ke tandas untuk membuang hajat kecil. Seperti yang telah aku nyatakan tadi antara semua aku yang hijab paling tertutup namun disini segalanya bermula. Usai ke tandas aku melihat cermin untuk membetulkan tudung tiba tiba bulu roma aku meremang satu badan dan tiba tiba kedengaran satu suara kuat seperti bunyi angin yang sangat kuat sehingga menakutkan aku. Tanpa banyak cerita aku lari masuk ke bilik karoke.

Tapi lagi sekali mikrofon tidak berfungsi. So aku cakap dengan nr untuk tukar mikrofon di bilik sebelah sahaja. Namun dapat aku lihat ketika masuk ke bilik sebelah nr kelam kabut menukar wayar. Dengan tidak semena mena bulu roma aku meremang kembali. Selesai menukar wayar nr segera meninggalkan bilik. Aku berlari anak sambil jerit “jangan tutup pintu tunggu aku kejap”. Mungkin nr tidak mendengar kataku kerana pintu bilik tertutup dan jantung aku terus berdegup pantas. Peluh ku mula mengalir. Sungguh aku rasa ada yang tidak kena.

Masuk ke bilik kami aku segera memarahi nr kerana meninggalkan aku sendiri. Namun katanya dia tak tutup pintu dia memang menunggu aku. Aku terus mendiamkan diri. Kami meneruskan nyanyian kami seolah olah sedang membuat konsert jelajah. Sedang aku dan nr menunggu giliran untuk menyanyi aku terlihat kelibat sesuatu lalu di pintu dan tersangat laju. Nr terus memandang aku dengan muka terkejut. Aku cuma membalas jangan pandang macamtu. Aku takut. Hampir pukul 11 malam qie sampai dan aku bisik ke telinganya. Takut. Ada hantu. Qie tersenyum sahaja.

Namun dapat aku rasakan kami berempat seperti tidak senang duduk. Sekejap sekejap pandang ke pintu. Tertoleh ke pintu. Aku juga ada menoleh ke arah pintu kerana aku rasa seperti ada yang memandang aku. Habis sahaja karoke kami keluar dari bilik dengan kelam kabut. Keluar je dari pusat karaoke itu nr terus menceritakan apa yang dilalui. Nr memang matanya agak lain dari yang lain. Katanya seperti ada orang lain dalam bilik itu juga. Tidak ku sangka wani dan qie juga merasakan benda yang sama. Tiba tiba aku terfikir, bilik itu bernombor 9. Waktu kami karaoke itu juga dalam anggaran pukul 9 malam. Adakah kerana aku juga melihat gambar yang diberikan qie di tingkat 9 itu aku juga boleh merasakan benda mistik ini? Serta merta bulu roma aku meremang kembali. Saat aku menceritakan kisah ini. Aku merasa seram sejuk.

Benda ini kali pertama terjadi dekat aku. Aku ingatkan kisah seram ini tamat macamtu sahaja tapi aku tak sangka bermula dari hari itu aku sering nampak yang pelik pelik. Kelibat kain putih. Bunyi ketukan di dinding dan bermacam lagi. Tapi yang paling penting aku sering terasa seperti ada yang memandang aku. Namun benda itu terjadi bila aku keluar dari rumah sahaja. Bila aku dirumah aku tidak merasakan apa apa. Nr juga mengatakan sejak hari itu dia tidak dapat tidur dengan lena kerana terkena gangguan. Adakah sikit hari lagi benda itu akan menonjolkan diri pulak? Harap harap tidak.

Maaf andai cerita aku agak bosan tetiba aku hanya ingin berkongsi dengan pengalaman aku. Untuk pengetahuan korang setahun yang lalu ibuku pernah berjumpa dengan seorang ustaz di kampung untuk bertanya tentang diri aku. Kerana aku kerap demam dan pitam.

Ustaz itu mengatakan bahawa badanku ada yang menumpang. Kerana itu aku agak degil. Benda itu juga sudah sebati dalam diri aku. Katanya lagi benda itu juga menjaga aku namun dia cemburu kalau ada yang cuba masuk dalam kehidupanku. Ustaz itu meminta ibuku membawa aku untuk berubat namun aku tidak mengendahkannya. Mungkin kerana itu hijabku tertutup rapat dan kawanku seringkali terlihat benda menyerupai aku. Wallahualam.

RARA

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]

4 thoughts on “ANGKA KERAMAT”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.