Angkara Rumah Kampung Pusaka Yang Usang

Assalamualaikum, buat semua pembaca fs. Sebenarnya aku ni baru je jadi pembaca fs sebab aku baru tahu kewujudan fs ni. Lepas tu, aku pun teringin nak kongsikan tentang perkara mistik yang pernah terjadi kat aku dan aku merasai sendiri pengalaman tu. Aku nak cakap terima kasih kat admin sebab approve cerita aku. Sorry kalau cerita aku ni tak seram aku just nak share pengalaman aku.

Masa aku terkena penyakit gangguan ni masa aku berumur 17 tahun masatu aku baru je 3 tahun menetap di rumah baharu iaitu di Perak. Sebelah rumah baharu aku tu ada satu rumah kampung yang sangat usang. Kalau korang tengok pun korang rasa lain macam je rumah ni. Yelah kalau tengok dengan keadaan bumbung macam nak tercabut, dapur kat belakang rumah memang dah teruk habis lah macam nak runtuh.

Biasalah kalau dah pindah balik kampung ni depan belakang hutan bukan macam kat bandar bangun bukak mata depan belakang ada jiran ada taman. Aku ni dah lah penakut. Nak dijadikan cerita, rumah kampung yang usang tu sebenarnya rumah pusaka rumah peninggalan arwah maklong aku. So semua barang barang yang aku angkut dari rumah lama tu kitaorang decide nak simpan kat dalam rumah usang tu buat macam stor lah kononnya.

Jadi, setiap petang ayah akan suruh aku pergi ke rumah tersebut untuk membuka lampu sebab nanti kalau dah malam memang gelap habis kawasan rumah tu dah lah jalan depan rumah aku tu pun takde lampu jalan sumpah aku cakap memang gelap gelita memang nampak hutan jelah. Yang boleh harapkan lampu jalan kat hujung simpang nak masuk kawasan rumah ni. Oh ya, kat kawasan perumahan ni cuma ada 4 buah rumah je termasuk rumah aku.

Kadang aku dah nak senja barulah aku pergi ke rumah sebelah nak bukak lampu yelah asyik bertangguh je kerjanya. Kalau pergi awal macam dalam pukul 5.45 ke pukul 6 taklah takut sangat. Kadang ayah aku yang pergi bukak lampu kat rumah tu. Ayah pesan tiap kali nak pergi rumah tu jangan lupa baca ayat kursi pastu selawat sekali sebab rumah ni dah lama sangat tinggal tak berpenghuni so pepaham jelah kan siapa yang duduk rumah tu.

Disebabkan aku ni penakut ya rabbi, lepas baca doa apa semua aku terus laju masuk rumah tu tanpa pandang kiri kanan then terus pergi tempat suis and tak lupa jugak kena tutup tingkap. Pastu aku terus lari keluar. Boleh dikatakan tiap hari tugas aku buat benda tu jelah. Hari demi hari, aku rasa pelik bila terpandang tingkap kat sebelah rumah tu dah lah bilik aku ni bebetul sebelah dengan rumah tu haih aku memang berserah jelah kan. Aku rasa macam ada benda yang tengah pandang aku padahal siang lagi kot tapi aku buat buat tak tahu je.

Bila malam je mesti aku susah betul nak tidur sebab apa asal aku nak tidur je aku dengar anjing menyalak kat tingkap bilik aku. Boleh dikatakan tiap malam dia menyalak camtu. Kadang tu aku mesti tetiba je terjaga dalam pukul 3 pagi dan masa tu lah anjing tu start menyalak. Lagi satu yang aku perasan aku jadi semakin panas baran ada je benda aku nak melenting. Lepastu aku selalu sakit gila kepala macam ada batu yang hempap kat kepala aku ni.

Then, bila time nak solat aku rasa berat betul rasa malas. Kat ayah pulak yang aku perasan lutut dia makin hari makin sakit sebab selama ni okay ke takde masalah. Aku ingatkan aku okay lah kan takde sakit apa pun sebab aku abaikan semua gangguan tu aku teruskan jugak solat and ngaji al quran. Ibu decide nak ubatkan ayah dulu, bila tengok keadaan ayah yang merisaukan asal lepas asar nak ke maghrib je mesti ayah tetiba demam berselubung dengan selimut. So kitorang pun hantar ayah berubat kat Shah Alam.

Aku gelarkan ustaz ni ustaz F, abang panggil ustaz ni datang ke rumah pakcik aku. Sebab ayah dah tak tahan sangat sakit lutut dia. Masa ustaz tu dah nak hampir sampai rumah pakcik aku tu tetiba aku rasa nak marah nak tengking. Korang tahu aku rasa apa? Perasaan aku masa tu aku rasa hangin satu badan sebab ustaz tu nak datang berubat ayah. Aku jadi bengang macam seolah aku tak bagi ustaz tu datang nak heal sakit ayah.

Sesampainya ustaz tu kat rumah pakcik aku,abang aku bawak ustaz F masuk bilik untuk tengok keadaan ayah. Masa tu aku kat luar taktaulah aku rasa macam buat apa aku nak masuk macam ada something dalam badan aku ni dia marah kalau aku masuk tengok ayah. Lepas dah setengah jam tu aku pun masuk dalam sebab aku rasa ayah dah habis berubat. Ustaz F ni kata benda dalam badan ayah ni tak semuanya dah keluar sebab tuan ‘benda’ tu dia tak bagi keizinan benda benda ni keluar daripada badan ayah. Aku pun angguk jelah tetiba ibu aku start bukak suara dia kata ustaz boleh tak tolong scan anak saya ni sebab kan lately ni aku panas baran semacam je.

Ustaz F ni pun tengok aku lain macam aku risau dah ada pape ke dalam badan aku ni. Ustaz ni start bacakan ayat ruqyah dia mula dari ibu jari aku. Cara dia berubat ustaz ni guna tasbih je, dia pukul ibu jari aku tu guna tasbih tetiba aku meraung pastu menggilai, menyalak macam anjing dah lah masa tu tengah malam kesian jiran-jiran sebelah mesti dorang takut dengar aku menggilai menjerit bagai. Rupa-rupanya tuan dia tu ada dalam badan aku, ustaz tu suruh aku pandang lutut ayah aku Nampak ada 2 ekor mcm anjing kat lutut kiri dan kanan ayah aku. Macam aku menjelma jadi orang lain kejap kejap kang aku tetiba je mengepak mcm burung nak terbang pastu benda ni perkenalkan diri dia Pontianak. Pastu kang tetiba aku tukar nak melompat macam hantu bungkus. Ustaz tu kata banyak benda yang masuk dalam badan aku ni.

Ustaz ni tanya apa korang buat dalam badan budak ni benda benda tu cakap saja je aku nak singgah ramai-ramai dalam budak ni. Paling scary weh masa tu aku memang dalam keadaan tak sedar sebab bukan aku yang bercakap dalam badan aku tu. Aku sempat toleh jam masa tu tepat jam pukul 3 pagi lama jugak aku berubat sampai ustaz tu kata kita rehat dulu sebab tengok aku penat sangat pucat gila muka aku lepas aku muntah banyak kali ada macam benda hitam lendir keluar dari mulut aku. Banyak jugak yang keluar ustaz kata tu tandanya ada beberapa jin yang dah keluar dan ada 2 3 lagi yang degil. Ustaz ni cuba berunding sama ada jin ni nak masuk Islam ke tak and keluar dari badan aku ni. Nak berunding dengan jin ni memang susah masyaAllah, akhirnya jin ni setuju nak masuk Islam.

Ustaz bawak jin ni which is yang dalam badan aku ni bawak pergi mekah, ustaz bawak jin ni pergi buat tawaf pastu tangan aku pun mula refleks mcm tengah mengepak get ready nak terbang. Sampai part ni terpulang antara korang nak percaya ke tak sebab ini apa yang terjadi kat aku. Lepas habis tawaf tu ustaz tu kata kat jin tu kau teringin tak nak jumpa Rasulullah? Jin tu kata aku nak nak! Aku nak jumpa kekasih Allah. For your information, time ni memang aku tak sedar lansung memang semua tu memang jin tu yang cakap dan bertemu dengan Rasulullah. Buat korang yang tertanya adakah aku Nampak susuk tubuh Rasulullah ataupun wajah dia bahkan suaranya. Tak. Aku tak nampak semua tu dengan mata kasar aku, tapi aku dapat rasa yang aku tengah bersemuka dengan Rasulullah.

Kemudian, ustaz Tanya Rasulullah ada pesan pape ke kat kami ni wahai jin? Jin tu start nangis dan aku dapat rasakan yang aku tengah nangis. Nak tahu apa yang menyebabkan aku rasa sedih sangat? Sebab Rasulullah kata ‘Aku sangat sedih dengan ummat aku yang sekarang banyak membuat kejahilan, syirik dengan Allah semakin banyak membuat perkara yang melanggar larangan Allah”. Semua orang kat sekeliling aku menangis lepas dengar aku menyampaikan kata-kata Rasulullah.

At that time jauh dari sudut aku tu memang aku sedih sangat aku nangis semahu-mahunya. Sampaikan jin Islam tu minta maaf dekat Rasulullah sebab dia masuk dalam badan aku dan menyusahkan aku. Then, aku cakap Rasulullah ingin menyampaikan Assalamualaikum dekat ustaz tu dan dengan semua ummat baginda yang berada menemani aku masatu.

Rasulullah kata lagi “ Aku bersyukur ada para ustaz dan ustazah yang mahir dalam rawatan islam seperti kamu wahai ustaz yang telah berusaha mengubati budak perempuan ini. Sampaikan salam aku kepada ustaz itu” Allahuakbar. Aku tak tahulah nak cakap cemana tapi aku rasa kenangan manis adalah kenangan aku dapat bersemuka dengan baginda walaupun aku tak nampak susuk tubuh, suara dan wajahnya. Lepas habis berbicara dengan baginda, ustaz tu bersuara semula ‘sudah bersemuka dengan Rasulullah?’ jin tu angguk. Aku kira sampai di sini sahaja pertemuan kita, pergilah kau ke bumi mekah tanah suci ini. Kau lepaskan budak perempuan ini, aku mahu kau jadi muslim yang sejati”

Lepas tu aku terus lemah, aku terus rebah kat riba pakcik aku yang duduk sebelah aku ni. Aku rasa memang tak bermaya langsung, ustaz tu sedarkan aku lepas ustaz bagi air kat pakcik aku suruh lapkan air tersebut kat muka aku. Alhamdulillah finally aku dah jadi diri aku sendiri. Ustaz cakap berani ke aku kalau ustaz bukak hijab pandangan aku sebab aku ni ada potensi untuk berubatkan orang. Aku tolak tawaran tu ya Allah aku tak sanggup weh nak tengok biarlah hijab aku ni masih terlindung.

Sampai di sini sahajalah cerita aku. Am sorry to all readers kalau cerita aku ni panjang sangat. Aku nak pesan kat korang semua kalau jumpa rumah kosong ke apa tolonglah jangan masuk sembarangan. Ustaz ni kata dia dah halau ‘benda” tu keluar dari rumah kampung pusaka tu.

Ustaz tu kata kalau nak pendinding yang kuat cara nya adalah solat jangan tinggal, mengaji al–Quran tu yang paling penting sekali. Pada waktu lepas subuh, lepas asar dan lepas maghrib ustaz tu pesan bacalah ayatul kursi dan ayat bismillahillazi la yadhurru ma’asmihi syaiun fil ardhi wala fis sama’ie wa huas sami’un alim sebagai pelindung diri. Sebab pada waktu ni senang sangat ada orang nak hantar benda macam-macam kat kita dan benda tu untuk masuk singgah ke badan kita. Wallahualam.

Sekian. Wassalam.

6 comments

  1. Ya Allah. ‘Aku sangat sedih dengan ummat aku yang sekarang banyak membuat kejahilan, syirik dengan Allah semakin banyak membuat perkara yang melanggar larangan Allah”. menitis air mata baca part ni. kisah yg sgt baik utk dikongsi. sy percaya ni bkn cerita rekaan dan berharap mmg bukan rekaan.

    1. apa yang saya tahu org yang tengah kerasukan ada yg mmg tak sedar langsung..ada jugak yg sedar apa yg berlaku kt diri dia tp masatu badan dia dikawal oleh makhluk halus tu…sbb tu ade separuh org yg kena rasuk blh ingt ape yg berlaku semasa proses rawatan..wallahualam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *