Assalamualaikum dan salam sejahtera diucapkan kepada semua pembaca Fiksyen Shasha. Saya perkenalkan diri sebagai Anonymous. Maaf lah kalau ada yang dah gunakan nama ini, secara spontan saja saya pilih nama ini. Saya sebenarnya nak berkongsi dan juga sekiranya ada yang tahu pegamal perubatan Islam atau tradisional yang boleh saya rujuk berkenaan cerita saya ini, mohon jasa baik untuk kongsikan di ruangan komen. Saya mohon maaf sekiranya ada yang mengatakan cara saya kurang benar atau tidak sepatutnya tetapi ini adalah usaha yang saya mampu lakukan.
Cerita ni saya bahagikan kepada beberapa bahagian kerana ianya masih berlarutan hingga ke hari saya menulis dan menghantar cerita ini kepada Fiksyen Shasha iaitu 10 Julai 2017. Untuk siri ini unsur seram tu kurang kerana ianya berkisar dengan buatan orang tetapi debaran tu ada, Insyaallah. Sekiranya berkesempatan saya akan kongsikan kisah lain juga di sini.
Saya mulakan cerita ini dari awal. Di dalam cerita saya akan gunakan ganti diri “Aku” supaya lebih lancar untuk saya bercerita. Cerita disusun mengikut bulan tetapi situasi yang terjadi tidak lah dalam satu hari saja. Saya rangkumkan hari-hari tersebut supaya mudah untuk dibaca.
Disember 2016
Malam hari lahir ibu, ibu mengadu mengalami rasa sejuk yang teruk di sekitar tapak kaki nya. Ibu ibaratkan seperti kakinya berada dekat dengan ais. Aku rasakan ibu hanya lah sakit biasa, lalu aku bawa ibu ke klinik berdekatan. Tapi doktor tidak dapat mengenal pasti punca sakit ibu. Aku tak puas hati, aku bawa ibu ke beberapa klinik yang lain tetapi keputusan tetap sama. Ujian kesihatan ibu adalah normal jadi aku minta doktor menulis “Reference Letter” untuk aku bawa ibu ke hospital bagi rawatan lanjut. Terus aku ke hospital terdekat dan setelah menjalani ujian menyeluruh, doktor memberitahu ibu mengalami “Urinary Tract Infection” atau Kencing Kotor. Doktor bekalkan ubat dan setelah seminggu Alhamdulillah keadaan ibu semakin baik. Kesian ibu, tak sihat pada hari lahirnya dan hanya betul-betul sihat 2 minggu selepas itu.
Januari 2017
Ibu mula diserang pula dengan rasa panas di kaki. Sebelum ini seperti dekat dengan ais, kali ni katanya seperti dekat dengan unggun api. Panas sehingga ibu tidak dapat tidur malam dan seperti kurang waras jadinya kerana ketidakselesaan di kaki nya. Sekali lagi, aku bawa ibu ke klinik dan sekali lagi tiada masalah yang dikesan pada ibu. Ah, aku mula terfikir. Mungkin bukan berkaitan masalah kesihatan yang biasa ni.
Aku terfikir untuk membawa ibu ke dua pusat rawatan islam yang terkenal juga. Pada hari aku bawa ibu ke Pusat Rawatan 1, adalah dalam 3 hari ibu tidak dapat tidur. Susah nak hubungi pusat rawatan ni, aku main redah je ke sana dengan harapan dapat lah dirawat tetapi mengecewakan ye…… tidak kesampaian untuk dirawat di sana. Beberapa kali juga ke sana tetapi tidak dapat rawatan. Takpe lah, aku cuba Pusat Rawatan 2. Dan aku menyesal ke sana. Sekiranya dikatakan masalah kesihatan biasa aku boleh terima, bila aku bertanya ada potensi ke ibu sakit jenis-jenis yang ghaib ni, aku dipersenda. Dengan maksud mudah dia seperti tidak percaya jin. Oh….. Aku terus rasa nk bangun dan keluar dari situ. Apekah ada orang sebegini…… mengaku pengamal perubatan Islam tapi kewujudan benda dan alam ghaib tak percaya. Ibu pulak gigih mendengar. Akhirnya diberi rawatan urut melancarkan d***h ke kaki dan rawatan lintah untuk sedut d***h kotor. Tidak berkesan ye.
Februari 2017
Atas saranan kawan sekerja ibu, kami ke sebelah Perak berjumpa dengan seorang tukang ubat. Masa ni aku masih separuh-separuh, disebabkan rawatan sebelum ni tak berapa memberangsangkan jadi aku masih tak tahu ibu ni kene sakit ghaib ke atau memang masalah kesihatan nya. Ibu bertahan dengan makan ubat tenang sekali sekala untuk dapatkan tidur yang cukup bila perlu.
Sampai nya ke sana, kami disambut baik oleh Pak Cik CM dan isteri nya. Pak Cik CM merupakan tukang ubat dan isterinya merupakan tukang urut kampong. Selesai bersapa dengan beliau, dia bertanya apa tujuan ke sini. Saya menceritakan perihal ibu dan Pak Cik CM bertanya nama yang sakit itu berbintikan nama ibu nya. Dan Pak Cik CM seperti termenung sebentar sebelum memberitahu ayat yang saya tak jangka dengar tapi tidak saya sangkal iaitu “orang buat ni”. Pendek tapi sentap kejap dengar kerana itu adalah perkara terakhir dalam fikiran saya yang boleh terjadi pada ibu.
—- bersambung —-
Siri kali ini banyak kepada Muqaddimah~~~ Siri 2 akan banyak kisah pergi berubat ke beberapa tempat dan pengalaman di sana.
- hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Follow Whatsapp FS KLIK SINI
ala sambung2 pulak……..drpd merepek mukadimah berjela baik terus cerita je…..
hapelahhh bodoh sangat nak buat bersiri siri ko ni. kalau tak nak cerita xpayah cerita lah.
tulis 2-3 rangkap nk sambung2.
haihh bebal sungguh attention seeker cmni
Dik.. klau nk buat smbugan bagi pnjang pnulisan tu bru org x mrah. Ada ja pnulis lain jnis buat crita bersiri tapi diorg x kena marah sbb diorag tulis panjang. Cuba blajar dri penulisn diorg mcm kucing kelabu, cek edot, suhana dan lain2..
Harap penulis cerita panjang2… sehingga kes berlangsung lebih mudah dan x buat mood hilang nak baca.. mungkin penulis boleh baca cerita penulis2 lain seperti #si celupar# deefen # detektif 09.. sebagai rujukan.. terima kasih..teruskan mengasah bakat anda..??
Woi klo nk bersambung2 xpyh cerita la woi..
Nak menagih fans ke like bkn kt sini..
Ape yg dpt kene kecam
klimaks pun x sampai lg tiba2 dh bersambung.. pendek je baru pun tulisnya..
kdg pelik.. org yg tulis cerita style sambung2 ni sbnrnya nak share pengalaman ke nk cari perhatian ek?
Adeh…jangan macam ni, boleh senak hempedu dibuatnya!! ??♀️
Aku terhibur dengar komen-komen ni, walau aku sedikit kecewa dengan penulis yang xde unsur seram dalam ni, hanya unsur bercerita tentang pengalaman shaja,tapi komen-komen ni yg buat aku terhibur…layan…