Apa Salah Aku Disihir??

Assalammualaikum & salam sejahtera pada semua. Aku tak nak intro panjang-panjang. Cukup sekadar panggil aku #cikma. Ini kisah aku waktu aku masih bersekolah menengah (sekarang dah kawin & dah ada anak pun). Jom kita mula. Dulu sewaktu aku bersekolah menengah aku ni agak ramah orangnya & disukai pelajar lelaki. Oleh tu, korang paham-pahamlah ye time sekolah kalau tak couple tu tak sah bagi student. X terkecuali la aku ni. Couple putus, couple putus. Sampai satu ketika aku couple dengan sorang lelaki lepasan sekolah (means dah bkerja). Kita gelarkan dia En Un la yee.

Ramai kawan-kawan membantah. Katanye lelaki tu perangai tak elok. Aku pekakkn telinga je.
Dalam masa yang sama, aku couple jugak dengan lelaki lain (jahatnye aku masa ni). Ini En. Im. Time ni tiada ape-ape lagi yang jadi. Sehinggalah aku putuskan hubungan dengan En. Un atas desakan keluarga yang tak suke aku berkawan dengan dia. Time ni En. Un pernah berkata pada aku, “kalau aku x dapat ko, takkan ade sesiape yang akan dapat”. Aku anggap benda ni remeh dan dia saje mengugut untuk menakutkan.

Sehinggalah aku naik tingkatan 4, aku berkenalan dengan En. Jo. Macam mane dengan En. Im?? Kitorang still couple, tapi dia bekerja jauh dari aku. Dan En. Jo la yang selalu mengambil berat pasal aku. Tentang pelajaran aku. Sampailah suatu ketika aku berhasrat untuk putus dengan En. Im. Alasannya dia sering curiga & tidak percaya pada aku. Dia sanggup menipu. Memburukkan aku pada keluarga aku sendiri. Dia tuduh aku ni tak setia dengan dia. Padahal time tu memang aku setia m**i dengan dia. Keluarga aku bulat-bulat percaya cakap dia. Sebab tu aku ambik keputusan putus dengan dia. Malam tu memang dia marah betul dengan aku. Macam-macam dia maki aku.

Hari berlalu hari, berganti bulan. En. Jo setia menunggu aku. Akhirnya kitaorang berkawan rapat.
Start dari sini macam-macam dugaan aku terima. Tiap-tiap malam aku akan terjaga dengan tangan kaki menggigil kesejukan. Time nih pikir macam nak m**i je. Badan ni sejuk panas je. Sampai berpeluh-peluh. Perasaan takut sepanjang masa. Aku anggap perkara ni biase. Satu malam aku terjaga, telinga rasa panas berdesing. Tiba-tiba pintu bilik terbuka sendiri. Aku tidur kaki mengadap tingkap. Pintu bilik belah kiri badan aku. Dari ekor mata aku, aku nampak lembaga berdiri dekat tepi pintu sambil pandang tepat ke arah aku.

Aku nampak muka dia hitam, mata merah ade kain ikat bunjut dikepala. ABANG POCONG!! Menggigil satu badan. Nak bergerak memang tak boleh. Aku try kejut kakak aku yang tidur sebelah aku tapi haram dia nak bangun. Tidur m**i. Last-last aku pejam mata sampai terlena. Gangguan kian kerap tak kire masa. Akhirnya aku cerita pada En. Jo. Satu malam, dia minta izin mak aku untuk bawak aku berubat dengan orang kampung dia. Aku ikut tanpa membantah, tapi aku senyap je. Kami pergi berempat. Kakak aku pun ikut dengan kawan dia.

Sampai je dengan rumah perawat tu aku jadi tak keruan. Kami dijemput masuk. Aku masuk sambil tunduk kepala. Rase takut nak pandang muka pakcik tu. Ini perbualan kami.

Pakcik : kenape duduk jauh ke belakang tu? (aku duduk belakang kakak aku) mari duduk dekat sini sikit.
Aku : ….. (sambil tunduk aku engsot ke depan sikit)
Pakcik : ok. Julurkan kaki mngadap pakcik ye. Pakcik tekan sikit ibu jari kaki ni, kalau sakit bagitahu.

Bermulalah adegan meronta-ronta. Aku rase sakit yang amat sangat. Rasa panas. Aku menjerit. Aku nampak orang sekeliling aku, tapi aku tak dapat nk control pergerakan aku. Macam ada benda lain yang control. Kiri kanan orang pegang aku. Tapi aku hanya tepis sebelah tangan je orang tu melambung jauh ke belakang. Aku tak tahu berapa lame proses tu. Sedar-sedar je pakcik tu kejut aku suruh bangun dan minum air yang dia dah baca-baca tu. Badan aku rasa letih & sakit. Sampaikan aku senyap je tak bercakap ape pn. Pakcik tu cakap, ada orang hantar benda pada aku. Dia nak aku terseksa & tak tenang hidup. Tapi pakcik tu tak mention siapa orangnya. Dia cuma nasihatkan aku banyak-banyak berzikir & dekat diri dengan Allah.

Sampai je rumah aku terus masuk bilik & terlena keletihan. Esoknya aku demam seminggu. Pernah jugak aku bertanya pada ustaz di sekolah aku, ustaz scan. Ustaz bagitahu memang aku kena buatan orang. Orang tu nak aku jadi gila. Dia hantar benda tapi tak berterusan. Bila aku berubat, badan dah ok sikit dia akan hantar lagi. Tahun tu tahun aku ambik SPM. Disebabkan ganguan ni, aku memang tak boleh fokus belajar langsung. Jadi result SPM aku memang kelaut. Sadis.

3 tahun berlalu selepas SPM. Aku berharap dah takde gangguan. Sampailah hari aku berkahwin dengan En. Jo. (ye, kami masih setia hingga ke jinjang pelamin). Habis kenduri siang nye, malam tu kami berdua tidur keletihan (lagipun time tu aku bendera merah. Takde maknanye malam pertama).
Tiba-tiba aku terjaga sebab telinga rasa panas berdesing. Aku tahu mesti ada yang tak kena. Aku cuba bukak mata. Guess what? Aku nampak lembaga hitam berdiri hujung kaki aku, means hujung katil kitorang. Kaki tangan aku jadi kejung tak boleh bergerak. Aku tutup mata and try kejut suami aku kat sebelah. Aku baca ape yang boleh akhirnya tangan aku boleh bergerak terus aku kejut suami aku.

Terpisat-pisat dia bangun. Aku dah nangis-nangis takut. Suami aku baca-baca sikit then aku terlena.
Sampailah hari ni, aku dah ade dua orang anak. Alhamdulillah. Sampai sekarang jugaklah aku tak tahu siape yang perdajal aku dulu. Tapi sekarang pun aku still lagi kerap mimpi yang pelik-pelik. Mimpi ular hitam. Kena kejar ular. Mimpi aku mengandung (padahal tak mengandung pun). Kadang-kadang masuk waktu maghrib aku jadi berdebar-debar tak tentu pasal. Susah nak tidur malam. Pergi klinik buat checkup, kot ade d***h tinggi ke, jantung ke, tapi doktor cakap semua ok. Ramai nasihat suruh pergi berubat tapi aku buat endah tak endah.

Adakah benda lama datang kembali? Or benda lama tak dibuang habis? Untuk pengetahuan korang bahu aku dah lama sakit, lenguh berdenyut-denyut (dah bertahun macam ni). Sape yang boleh scan apa yang tak kena dengan aku dari jauh? Mungkin aku akan lebih percaya untuk pergi berubat.

Sekian.
#cikma

#cikma

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]

26 thoughts on “Apa Salah Aku Disihir??”

  1. ” Kitorang still couple, tapi dia bekerja jauh dari aku. Dan En. Jo la yang selalu mengambil berat pasal aku. Tentang pelajaran aku. Sampailah suatu ketika aku berhasrat untuk putus dengan En. Im. Alasannya dia sering curiga & tidak percaya pada aku. Dia sanggup menipu. Memburukkan aku pada keluarga aku sendiri. Dia tuduh aku ni tak setia dengan dia. Padahal time tu memang aku setia m**i dengan dia. ”

    setia kepala bana engko….

    Reply
  2. apa salah aku disihir? emmmmmmmmmmmmmmmmmmmm betul ke awak nak tau dik?? hakak harap awak baca tajuk awak. IA dapat jawapannya

    Reply
  3. Dik, pegi jelah berubat.xyh tggu2 nk prcya.. sblom berubat ko taubag dulu dik.. dosa2 kapel tu dulu.. allah uji sbb nk hapus dosa kte..

    Reply
    • sebelum2 ni pernah baca dlm ni jgk.. biasanya kalau ada benda tu, mmg dia akan buat kita rasa malas and taknak pegi berubat.. atau akan buat mcm2 utk halang dr pegi.. ye lah kang dia kena halau plak kan..

      Reply
  4. Kata setia m**i tapi dok bekenalan dgn laki lain part mana yg setia tu cikma oiii???

    Xfaham xfaham malas nak faham. Ni mcm kes cari pasal sendiri.

    Reply
  5. Mungkin bukan kena balik. Awak dah pernah kena jadi badan awak diibarat ‘bertanda’ dan benda2 halus suka mendekati. Mungkin ada benda baru pulak menempel ke apa. Best pergi berubat. Cuba dah usaha. Kekadang benda ni yg buat diri kita rasa was2 atau rasa tak perlu (macam liat gitu). Tabahkan diri. InshaAllah ada penyelesaian.

    Reply
  6. Apa salah aku disihir konon…ko yg cari pasal ko tnya apa salah ko…ko ingat ko pasang sparepart sana sini, lelaki tu semua xde perasaan? Ko dumb lelaki yg syg ko..ko ingat diaorg tu x sedih? Mmg sesuai la tajuk tu utk ko

    Reply
  7. Kesimpulannya salah penulis sendiri…tak kira lelaki wanita..jgn sesekali mainkan perasaan dan hati orang….pasang dua tiga empat sekaligus….cuba penulis bayangkan suami penulis ramai awek keliling pinggang sekarang ni? marah tak? tentu marahkan? ke suka? mcm tu jugaklah orang2 yang pernah awak mainkan dulu…tak semua orang leh MOVE ON…tak semua orang leh redho mcm tu aje…ramai jenis psiko juga…tak kira la masa tu masih sekolah atau kerja…nak bercinta bukan pasang ramai2 sekali gus…tu bukan bercinta..tp lebih pd test market aje…pastu bila jumpa yg betul2 suka main buang aje yg lama mcm pampers…ingt orang leh lupakan mcm tu aje? takkan berdendam? come on…think wisely apa awak dah buat dulu ya dik…pergilah berubat sebelum terlambat…dibuatnya awak lari tengah malam (akibat disihir) cari bekas pakwe lama tak ke haru? jgn tanya apa salah awak….SEBAB TERANG LAGI BERSULUH…AWAK YG CARI MASALAH in a first place…ni nasihat…moga awak sembuh…minta maaf pada semua ex ex bf awak tu cara baik…baru awak akan hidup tenang tanpa gangguan…

    Reply
  8. Susah klu rasa baget hot…. Nie tinggal A nanti B plak rasa x secaring A…. Jadi sapu jer smua….. Tp sebenar nyer x baik mcm nie klu ko rasa mcm….. Smua org yg suka kt ko nie ada perasaan…. Perasaan tu anugerah…. Ada org smpi tua pun x de org suka….. Jodoh x lekat…. Jd bla ada org suka kt tp rasa x mampu jd setia baik lps kan jer lah org tu baik jd kawan jer…… Sampai la ko rasa btl2 suka ko admit la kt org….. Klu masa tu dia single maksud mmg jodoh ko klu dia dah ada awek bkn rezeki dia utk ko……nie la yg aku amalkn….. Walaupun ramai yg aku reject alhamdulillah x de yg dendam sbb aku ckp baik2 ….dan bla aku couple aku gi tau smua kwn lelaki aku status aku dan aku hadkan dr jump dan call depa sbb aku setia….
    Bla putus pun…… Biasa ex aku yg putuskn alasannya aku tlalu baik utk depa…… Dan skrg aku dah kawin pun ada ank 3 ……..pengajarannyer walau mcm ner pun kt x suka tolak cara baik dan hormati perasaan org lain…… Bla kita baik tuhan akan beri yg terbaik utk kita…..

    Reply
  9. Sebagai manusia yg mempunyai srdikit ilmu dlm bidang msitik ni..lenguh blkng tu tanda ad bende yg berdamping dlm badan.mmpi tu pn petanda yang cukup jelas ad gangguan segera berubat.dan nasihat ak jadikan ikhtibar jgn mainkan perasaan org dalam krs ni kamu malang silap org yg kamu mainkan..manusia berdendam mmg guna ptolongan syaitan..kenapa?..kalo buat balas senditi dah tentu kamu dibunuhnya..jdikan pengajaran bnyakkan amalan solat taubat mohon ampun.dan segeralah berubat.jangan lambat nanti dah bersarang lagi susah.

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.