APAKAH MAKNANYA

Assalamualaikum semua, terlebih dahulu aku ucapkan terima kasih kepada admin sekiranya cerita aku ini dipublishkan untuk bacaan dan pendapat warga-warga FS. Serba sedikit tentang aku, Jue (bukan nama sebenar) berumur 27 tahun, sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak. Cerita di bawah adalah mengenai mimpi-mimpi dan kejadian yang aku alami sebelum berkahwin, yang buat aku musykil dan sedikit paranoid dengan keadaan sekeliling aku. Jom aku ceritakan.

APAKAH MAKNANYA

Ini adalah sebahagian mimpi-mimpi aneh yang aku alami, di mana memang rutin tidur aku untuk membaca ayat kursi, 3 Qul dan doa tidur. Kalau korang tahu makna, atau maksud disebalik mimpi-mimpi neh, tolong ler terangkan kat aku yang dalam kegelapan nih.

Mimpi Pertama

Aku berada di pasar yang lengang tak da orang atau barang apa pun, tiba-tiba kat depan aku ada seekor kerbau yang sangat sado, boleh ke guna sado untuk kerbau? Sebab badan dia memang sado, berketul-ketul hitam berkilat, ke seladang? Entah la, tapi haiwan tu memang besar, hitam dan berkilat. Tengah naik minyak atas sebab apa aku tak tau, yang peliknya aku boleh pulak ikut kerbau tu, dia belok ke 1 tempat, aku sampai ke tempat tu kerbau tu hilang dari pandangan, aku pusing keliling kawasan tu kerbau tu dah tak da.

Yang ada 1 orang budak lelaki dalam lingkungan 9-10 tahun, tersangkut di gegelung kawat yang berduri, badan dia luka-luka. Terkejut gak, cam mana budak ni boleh sangkut situ. Perlahan-lahan aku hampiri budak tu, budak tu pandang aku dengan muka mintak simpati, sambil hulur tangan dia. Aku, dah macam pelakon citer sinetron, masih dalam momen terkejut hampir 5 minit sebelum aku fokus balik kat budak tu, sekali lagi budak tu hulurkan tangan dia. Aku nak sambut tangan dia tu, dalam tangan nak bersentuhan, budak tu pandang aku dan cakap, “tolong ajar aku mengucap”. Belum sempat aku nak bereaksi apa-apa, aku tersedar, azan subuh berkumandang…..

Mimpi Kedua

Malam tu aku tak boleh tidur, entah kenapa, rasa rimas dan panas, bila selimut kaki rasa panas, bila buka selimut, rasa tak selamat, entah, kira serba tak kena la suasana malam tu. Korang pernah tak rasa macam tu? Dalam resah gelisah tu, aku terlelap. Dalam lelap aku, aku rasa aku turun ke bawah dan keluar rumah, aku berdiri di pintu pagar yang terbuka luas, suasana macam kelam kabut, tapi tak ada apa pun yang dikabutkan. Dalam blur-blur bengong aku, tetiba dari kiri aku datang 1 lembaga rupa dia seperti bara api, tubuhnya merekah, matanya berlubang dan bercahaya oren merah seakan ada api yang menyala dari dalam.

Dia menadah sesuatu di dalam tangannya, sambil berjalan tergesa-gesa seolah melarikan diri dari sesuatu. Tetiba dia nampak aku yang sedang berdiri di depan rumah. Lembaga tu hampiri aku perlahan-lahan. Bila sampai ja dia depan aku, di hulurkan tangannya yang berisi ketulan bara api untuk diberikan pada aku, herannya aku boleh pulak tadah tangan untuk sambut bara api dari tangan lembaga tu. Dalam momen saspen nak sambut bara api dari tangan lembaga tu, tetiba lembaga tu pandang aku, dia geleng-gelengkan kepala dan… aku tersedar, azan subuh. Aku bingung..

Kedua-dua mimpi di atas bermula bila 1 malam tu tengah golek-golek amik feel nak tidur, aku pusing kiri, pusing kanan, pun rasa tak sedap. Aku tidur terlentang tetiba dari kanan aku, ada kepulan asap putih, nipis ja melayang-layang hampiri aku, sehingga asap tu betul-betul bertentangan dengan muka aku. Perlahan-lahan asap tu turun menghampiri aku. Aku cuak terus pusing ke kiri, sekali ada 1 lembaga putih berserban dan berjanggut berdiri memandang aku. Aku terkejut sampai terlompat bangun dari katil. Nasib baik, adik aku yang tidur kat sebelah tak kena pijak dengan aku. Aku cari-cari, lembaga tu dah tak ada. Malam tu la aku dapat mimpi pertama aku. Selang 3 hari lepas mimpi pertama, aku dapat mimpi kedua.

Rentetan dari mimpi pertama dan mimpi kedua, berlaku kejadian yang aku kira pelik dan musykil.

Kejadian Pertama

Dalam rumah waktu tu ada aku, adik lelaki aku gelarkan Jep (sebab aku minat Jep si paus berbulu) mak & ayah, adik perempuan aku dah balik asrama. Malam tu masing-masing dah siap nak tidur, lebih kurang pukul 12.30 malam. Mak & ayah tidur bilik bawah, aku dengan Jep dah naik tangga menuju ke bilik masing-masing. Tiba-tiba bunyi benda jatuh dari bilik mak & ayah, aku dan Jep cepat-cepat lari ke bilik diorang. Masuk ja bilik, tengok mak & ayah aku masing-masing muka bingung dok berpandangan sesama mereka. Aku tanya mak, apa jadi, mak tunjukkan cermin ukiran kayu (yang jenis berat tu) yang digantung di tepi katil jatuh, tapi jatuhnya jauh dari tempat gantung, macam di tepis. Sebab bila ayah tengok, skru di dinding tu masih teguh, klip tempat gantung cermin tu pun tak patah. Sunyi sepi, kami saling berpandangan, mak bagi isyarat suruh naik tidur, kami akur.

Kejadian Kedua

Malam yang sama, sedang sedap tidur, sekali lagi aku terkejut dan terlompat bangun, bunyi dentuman yang sangat kuat, aku agak ada orang dah pecahkan sliding door rumah aku. Cepat-cepat aku keluar bilik, Jep pun dah ada kat depan bilik dia, tanpa berlengah kami turun ke bawah. Alangkah terkejutnya, bukan pintu yang pecah, tapi oven mak aku yang di simpan atas peti sejuk jatuh menghempas meja tempered glass, masing-masing bertambah pelik, cuak pun ada. Si Jep dah pandang aku buat muka pelik, mak tak cakap banyak terus ambil penyapu dan bersihkan kaca. Ayah bagi isyarat suruh pegi tidur, ni tikus punya kerja katanya. Aku & Jep tak puas hati. Tapi, masing-masing pun dah takut. Kami akur, terus masuk tidur. Selang 3 hari oven yang sama jatuh lagi. Dia main-main oven pulak dahhhhh. Lepas kejadian kedua ni, aku dapat mimpi ketiga, bertambah pelik dan.. pelik la.

Mimpi Ketiga

Aku dengan kawan baik aku, ke 1 tempat yang aku tak pernah pergi. Sesampainya kami ke rumah tu kawan aku tunggu di luar, aku ja yang masuk. Rumah tu pelik, di depan ada busut besar separas pinggang. Rumah tu tangganya ke bawah, maksudnya rumah tu di dalam tanah. Bila masuk rumah tu, luas sangat, berlantaikan tanah tapi licin berkilat, dinding dan bumbung juga tanah. Luas dan bercahaya. Aku tak tau aku ke sini nak jumpa siapa dan untuk apa. Jadi, aku tunggu ja sambil mengamati dinding dan bumbung tanah rumah tersebut.

Lepas tu, datang 1 nenek tua. Mukanya aku tak dapat ingat, tapi sanggul tinggi kemas berkilat, berkain batik berbaju kedah, tipikal nenek-nenek la orang kata. Kemas orangnya, nenek tu datang kat aku. Dia senyum, terus ditanya ada bawa pen dan kertas. Aku blur, pen dengan kertas nak watpa pulak. “Takda tok”, kataku. Habis ja cakap, tetiba ada pen dan kertas di hadapan ku. Nenek tu cakap, “ha, tulis ni. Ingat. Hafal. Lain kali datang tok nak tanya”. Aku blur, dan seperti biasa sebelum sempat aku bereaksi apa-apa, aku tersedar.. azan subuh berkumandang dengan jelas. Aku bertambah pelik..

Aku ceritakan mimpi ketiga aku ni dengan mak. Aku baru bagi mukadimah cakap rumah nenek tu tangga dia ke dalam tanah, mak senyum lepas tu dia sambung cerita detail yang aku ceritakan kat korang. Termasuk nenek tu pun mak aku tau. Aku tanya mak, macam mana dia tau? Selamba mak aku jawab, “dulu masa mak mengandungkan kau, mak pernah mimpi yang sama, nenek tu arwah moyang kau”. Aku, macam orang tercekik biji rambutan, terkedu, tak terkata apa. Hal-hal begini yang buat aku musykil, dan beberapa rentetan kejadian, dan mimpi-mimpi pelik yang aku kira terlalu panjang untuk diceritakan dalam 1 coretan.

Aku cuma ceritakan mimpi dan kejadian signifikan bagi aku, walaupun terdapat beberapa lagi kejadian seram ya ampun, tapi cukup la sekadar mimpi dan kejadian ni untuk bacaan korang, kalau korang boleh bantu aku leraikan kemusykilan ni pun bagus jugak, takda la aku tertanya-tanya apesal aku mimpi gitu.

Terima kasih kawan.

Kak Cik

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]

9 thoughts on “APAKAH MAKNANYA”

  1. Ala mimpi je pon. Makan mentos dgn pepsi sebelum tido setiap malam. Baca ayat “rahim makrof hamid gurkha///” sebelum makan. Niat kene yakin baru xde mimpi buruk2 camni

    Slm /// Abg Long Black Story

    Reply
  2. Saka. G la bubat.sb bnda tu dah mula buat hal.dia nk pkenalkn diri dia pd kau dik.akak pun mcm2 dah kne.nenek bsanggul siap suap nasik dlm mulut akak lg.ckup 3 kli suap akak tsedar..byk g.mls nk mnulus j kt fs ni..huhuu
    Nasihat akak..g la cr ust2..bubat..

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.