Assalamualaikum guys. Nama aku dya. Kisah aku ni mungkin tak lah seram sangat berbanding cerita2 yang ada kat sini. Tapi tak kisah lah, nak cerita jugak. Macam ni ceritanya.
Masa tu aku baru nak masuk diploma kat IPTS yg agak terkenal jugak kat Shah Alam, bulan Ogos 2011. Lepas selesai pendaftaran, aku dengan umi ayah pergi cari rumah sewa. Lastly, umi ayah pilih rumah sewa (apartment) yang jaraknya jauh jugak dari uni aku tu. Sampai tempat tu, aku macam terkejut jugak la, dalam gambar lain, bila sampai, hampa. Agak kotor jugak la. Tapi sebab masa tu dah petang dan malas nak fikir rumah lain lagi, kitorang setuju je dengan rumah ni, lagipun fully furnished, nak apa lagi betul tak?
Tapi dengan syarat aku tak sebilik dengan orang lain, sebab nanti kakak akan masuk, cuma lewat sikit dari aku. Dan agent rumah tu bagi rumah baru kat kitorang kat tingkat 3. Masa tu ada lagi 3 orang yg nak masuk sekali dengan aku. Dalam rumah ni ada 3 bilik. Aku masuk bilik tengah, sebelah dapur.
Masa malam pertama aku duduk rumah ni la semuanya bermula. Masa tu dah nak masuk tidur. Housemate lain pun dah masuk bilik. Aku baring macam biasa atas katil, get ready nak tidur lah kan, dah pejam mata. Tiba2 terdengar bunyi ketukan besi bawah katil aku. Korang dapat bayangkan tak bunyi benda berlanggar dengan besi, dia akan hasilkan bunyi “ting, ting, ting”. Ha lebih kurang macam tu lah. Malam pertama ni aku ignore dulu bunyi tu. Malas nak ambik kisah sebab esok pagi nak bangun awal. Dalam hati berharap bunyi tu takde dah untuk malam2 seterusnya. Tapi tu lah, harapan je mana cukup.
Malam seterusnya aku dengar lagi. Masa tu tak fikir apa-apa pun. So aku pun tengok la bawah katil, nak tahu lah ada apa kat bawah tu sampai bunyi bising macam tu. Ganggu tidur aku je. Tapi takde apa. Aku siap try buat bunyi tu. Padahal dalam hati terasa takut jugak sebab bila tengok bawah, bunyi tu hilang. Bila baring, bunyi tu sangat dekat kat telinga aku. Mustahil orang tingkat bawah buat bunyi kuat macam tu kan. Tapi benda ni ganggu tak lama, lepas kakak masuk sebulan lepas tu, dia tak bunyi dah.
Lepas tu, baru aku berani nak cerita kat housemate aku pasal benda ni. Habis je cerita, dia cakap dia sebenarnya boleh nampak benda tu. Dan benda tu memang ada dalam rumah kitorang tapi dia diamkan je. Benda tu pulak ada depan pintu bilik aku, dah lama. Dia cuba nak masuk bilik aku tapi tak boleh sebab aku selalu solat dan mengaji kat dalam bilik. Rupanya kat bilik master pun pernah kena jugak. Dia main cakar-cakar. Kfine, ingat aku je yang kena. Haha. Nasib baik dia tak main cakar-cakar dengan aku. Dan aku tak tinggal lama pun kat rumah tu. Bukan sebab kena kacau, tapi tak tahan surrounding dia kotor plus busuk. Haha. Busuk sebab taik kucing bersepah. Lol.
Tapi sebenarnya kan, reaksi aku untuk tengok bawah katil tu spontan sangat. Contoh macam dalam movie tu kan, dia terasa macam langgar sesuatu, dan dia nak turun dari kereta untuk tengok apa yang dia langgar, tu reaksi spontan yang korang sendiri akan buat. Walaupun masa tengok movie tu korang jerit2 cakap “jangan turun, jalan je la terus, yang kau langgar tu hantu!” camtu lah kot ayat korang.
K tu je kisah aku.
- hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Follow Whatsapp FS KLIK SINI
serius la xde spe komen..cite ok la…nasib baik pindah rumah..pilihan yg terbaik
ok lah. thanks for sharing!