Aras Kosong

Assalamualaikum. Terima kasih admin sebab post kan kisah aku. . Aku Ila , merupakan seorang pelajar perubatan (pada masa itu) di ibu Negara. Kisah ini berdasarkan kisah benar dan pengalaman aku sendiri masa mengendalikan program kesihatan pada tahun 2014.

Pertengahan tahun 2014 macam itu, kami mengendalikan program saringan kesihatan di satu daerah yang agak pendalaman di Pahang selama 3 hari 2 malam. Penginapan di sana disediakan oleh pihak penganjur dan kami diberitahu yang kami akan menumpang menginap di hostel salah satu IPTA tempatan yang terdekat di sana nanti.

Pada awalnya aku super excited la sebab itu pertama kali aku menjejakkan kaki ke Pahang. Dalam hati aku, “best jugak dapat tengok U orang lain. Mana tahu jumpa jodoh abam engineer ke”. Sempat la jugak berangan beberapa minit. Dalam fikiran membayangkan macam mana hostel itu nanti. Mungkin boleh la kenal dengan kawan-kawan perempuan baru yang sama aras ke.

Kami bertolak pagi dan sampai sana tengahari. Setibanya di sana kami ambil kunci dan kami semua diberi bilik di aras 4. Gigih juga nak angkat barang ke aras 4. Bangunannya cantik tapi aras 4 itu kosong dan agak berhabuk. Aku pun tak pasti kenapa aras itu kosong. Satu bilik ada 2 buah katil double decker. Aku dapat bilik hujung dan perlu berkongsi 3 orang. Maksudnya ada satu katil kosong sebab tak cukup orang. Malam yang pertama semuanya berjalan lancar, nyenyak je dapat tidur.

Malam yang kedua kami balik hostel lebih kurang pukul 12 malam sebab malam itu kami dibawa berjalan-jalan ke Teluk Cempedak. Lepas siap mandi semua, lebih kurang pukul 1 malam,kami padam lampu dan aku dah berbaring kat katil aku dan cuba nak lelapkan mata. 2 orang kawan aku, Haya dan Yan tidur di double decker yang jauhnya lebih kurang 3 meter dari katil aku. Aku tidur katil yang bawah dan katil atas aku kosong.

Dalam seminit aku pejam mata cuba nak tidur, aku rasa tiba-tiba badan aku macam kena hempap sesuatu. Berat sangat. Aku tak mampu nak gerakkan diri aku masa tu. Dalam hati dah cuba baca ayat kursi. Dan serius aku katakan, aku bukan terkena ‘sleep paralysis”. Ini benda yang betul-betul menghempap dan aku masih dalam keadaan sedar.

Makin cuba baca makin rasa seram sejuk dan makin kuat kena hempap. Suasana sunyi sepi macam aku dalam dunia lain. Aku cuba buka mata walaupun masa tu nak buka mata pun susah macam tak boleh nak gerak apepun. Aku mula rasa cuak, pernafasan aku pun jadi tak keruan waktu itu.

Bila dapat buka mata sikit, Allahuakbar! aku nampak dengan jelas satu susuk tubuh berbalut kain putih dan mata merah tengah pandang aku betul-betul di hujung katil aku. Terpacak kat situ sambil renung aku. Wajahnya tak nampak jelas sebab gelap. Cuma matanya memang merah sangat, serupa macam pocong yang ikatan atasnya belum dibuka.

Secepat mungkin aku cuba pejamkan mata semula dan dalam hati melaungkan azan dan ayat kursi sekuat mungkin. Masa tu mulut memang tak boleh nak buka langsung, hanya mampu baca dalam hati. Selepas itu aku dapat rasa ‘benda’ tu melompat-lompat keliling katil aku.

Memang aku dapat rasa jelas sebab masa tu sunyi sepi dan aku memang dengar bunyi lompatan itu mengelilingi katil aku. Makin aku baca ayat suci, makin kuat pula aku dengar ‘benda’ tu. Lebih kurang dua kali ‘benda’ tu keliling katil aku, perlahan-lahan badan aku dah boleh gerak dan aku dapat rasa macam dah balik semula ke dunia biasa. Berpeluh-peluh badan aku masa tu. Terus aku capai henset sebelah bantal dan call kawan aku si Haya yang tidur di katil sebelah. Nak turun katil memang tak berani dah.

“weyh, bangun weyh! datang kat aku sini cepat! Tolong aku takut ni.” Kata aku dalam call.

Haya terus bangun hidupkan lampu dan kejutkan Yan juga. Haya tanya aku , “kau kenapa Ila?” Nampak cemas pada riak muka mereka berdua.

Aku tak nak takutkan dorang so aku cakap “ tak ada apa-apa la weyh. Malam ni kita tidur bawah bertiga boleh tak? Tolong teman aku carik siapa bawa Quran”

Lepas dah dapat pinjam quran, kami bertiga bawa tilam masing-masing ke tengah-tengah bilik dan aku tidur di bahagian tengah sambil peluk Quran. Aku pejam mata sambil baca ayat Qursi. Tak sampai 5 minit pun aku terus tertidur sampai lah keesokan pagi.

Esoknya masing-masing tanya apa jadi kat aku semalam sampai cari Quran malam-malam buta tapi aku cakap tak ada apa-apa je sebab aku cuba tak nak ingat apa yang jadi malam tadi.

Moral of the story, kalau masuk tempat orang especially bilik atau aras kosong tak kira lah bangunan tu baru atau cantik mana sekalipun pun, lebih baik kita ambil masa sekejap baca Yassin ke azan ke sebab kita tak tahu ‘siapa’ yang ‘menumpang’ kat situ dulu sebelum kita menumpang situ.

The end.

hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]

11 thoughts on “Aras Kosong”

  1. ni mesti duk kt UMP nih. budak2 UMP lah yang tiap2 ujung sem kalut nk angkut barang balik umah sebab hostel ade orang nak sewa bagai.

    Reply
  2. UMP ni.. Amboi dik, berkenan dengan abam engineer ye.. Mana2 tempat pun ada je dik. Da terkena kt adik lak. Belum lg adik lalu kt bhgn fakulti tu.. Ada je mata memandang, selamat tak munculkan diri je tu. Dan selamat hakak tamat bljr 5 tahun lepas 😂😂

    Reply
  3. tak beberapa nak faham .katanya ” Aku dapat bilik hujung dan perlu berkongsi 3 orang. Maksudnya ada satu katil kosong sebab tak cukup orang. “.

    Reply
    • apa yang saya faham, ada dua katil double decker. so dapat muatkan 4 org (2 og di katil atas dan 2 org di katil bawah)

      Ila (penulis) di katil bawah. katil atas Ila takde org (kosong).

      katil satu lg si Haya dan Yan (sorang atas sorang bawah).

      Reply
  4. apa yang saya faham, ada dua katil double decker. so katil dapat muatkan 4 org (2 org di katil atas dan 2 org di katil bawah)

    Ila (penulis) di katil bawah. katil atas Ila takde org (kosong).

    katil satu lg si Haya dan Yan (sorang atas sorang bawah).

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.