Assalamualaikum pembaca FS. Terima kasih admin sudi siarkan perkongsian aku. Ok, nama aku Maisarah (bukan nama sebenar) 24 tahun & aku dah kahwin tau. Alhamdulillah ada seorang anak perempuan yang comel sangat. Mungkin ikut baka mak dia kot. lalalalala~
Ni nak kongsi, sejak dari kecik lagi aku ni memang senang kena kacau dengan “benda” tu. Nak kata lemah tak ada lah lemah sangat. Kalau kucing bergaduh dekat luar pukul 2 pagi pon aku boleh keluar pergi halau. Hm, mungkin aku comel kot, sebab tu “dia” berkenan.
Nak dijadikan cerita, pertama kali dalam sejarah hidup aku nampak “benda” ni masa aku tadika. Sampai sekarang aku peram cerita ni, bukan apa, takut orang kabor aku gila. Masa tu moyang aku meninggal. Umur aku pulak baru 6 tahun, mana faham sangat nak sedih ke nak syahdu ke time tu. Masa arwah meninggal tu aku siap bentang dapur mainan aku depan pintu dok main masak-masak sorang-sorang. Arwah moyang aku ni memang duduk dekat rumah aku. Kiranya arwah ni nenek kepada abah aku. Arwah request nak duduk dengan abah aku masa dia dah terlantar sakit sebab abah aku ni kira cucu kesayangan dia & dia percaya lah yang abah aku mampu jaga dia dengan baik.
Malam selepas urusan jenazah & kenduri arwah tu selesai aku pon golek-golek lah atas tilam. Tilam tu pulak mak aku bentang dekat depan bilik tengah tu. Bilik tengah tu kira bilik yang penuh dengan nostalgia lah. Bilik tu dulu ada satu lukisan yang memang penuh misteri & tanda tanya. Gambar budak kecik perempuan bertocang dua. Umur kira-kira lingkungan 2 ke 3 tahun. Comel betul budak tu. Tapi lukisan tu jadi seram sebab ia seolah-olah hidup. Alhamdulillah abah dah bakar lukisan tu lepas aku dengan kakak selalu cerita yang lukisan tu macam hidup dan akan pandang tepat dekat sesiapa je yang masuk bilik tu.
Sampai sekarang aku tak pasti kenapa masih ada beberapa lukisan gambar hidup yang masih tergantung dekat rumah tu & ada satu lagi lukisan hidup seorang ibu tengah menyusukan anak yang elok tergantung dekat dinding berhadapan dengan bilik tengah tu. Lukisan yang penuh dengan mesej. Lukisan satu lagi pulak gambar makcik aku. Yang tu ada dalam almari dekat bilik tengah tu, makcik aku pon dah meninggal ok. Tiap kali aku bukak almari tu terkejut beruk jugaklah sebab mata makcik aku tu memang memandang tepat ke mata aku. Pernah jugak sekali dua aku senyum dekat lukisan tu, betul-betul cari pasal ni, kalau mak cik aku tu senyum balik dekat aku mahu lintang-pukang aku lari agaknya. Naya ! TAPI….. siapa agaknya budak perempuan yang bertocang dua tu. Comel betul!
Ok, berbalik pada cerita aku baring depan bilik tengah tu tadi. Malam tu kira malam pertama kenduri arwah. Selesai je kenduri tu aku pun baring dekat tilam yang mak aku bentang depan bilik tengah tu sambil isap botol. Masa tu aku isap botol lagi, aku berhenti isap botol darjah satu. Tengah leka golek-golek tiba-tiba mata aku terpandang ada satu kelibat yang wajahnya serupa arwah moyang aku & dia tengah duduk antara dua sujud dekat bilik tengah tu siap dengan bertelekung putih & bersejadah tapi !!!!!!!! TAPI kiblat bertentangan. Aku menangis kuat-kuat panggil mak aku. Tapi malangnya tak ada siapa nampak apa yang aku nampak.
Abah siap marah-marah dekat aku sebab aku melalak tak henti-henti. Sejak dari tu aku memang senang sangat nak kena kacau dengan “benda-benda” tu. Paling tragis aku kena kacau masa mula-mula kahwin & masa pregnant tahun lepas. Allahu, time tu memang aku surrender & minta suami aku bawa pergi berubat dekat ustaz darul syifa’. Alhamdulillah semenjak tu benda tu tak ganggu aku dah. Mungkin juga dia frust sebab aku dah kahwin. InsyaAllah ada peluang & panjang umur nanti aku sambung lagi tulis pengalaman aku kena “kacau” masa mula-mula kahwin & pregnant tu ok. Ingat, nama aku Maisarah…..
Akhir sekali, marilah sama-sama kita sedekahkan Al-fatihah kepada mereka yang telah kembali pada Illahi. Moga mereka di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. InsyaAllah. Amin.
Al-fatihah…..
- hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Follow Whatsapp FS KLIK SINI
Comel sangat cerita ni