Asap rokok pengasih

Assalamualaikum wahai semua pembaca..sebenarnya aku tidak pandai untuk bercerita tapi #siscuba.agar kisah aku ni sedikit sebanyak dapat mbuka mata anda semua agar berjaga jaga dengan setiap orang luar.

Sebelum itu aku nak kenalkan diri aku sebagai iman seorang pelajar di sebuah ipta.kisah aku ni bermula semasa menjadi pelajar stpm.mesti ramai yang tahu pasal pengasih atau ayat guna guna atau minyak guna guna..banyak sangat guna guna..hahaha..

Ok.aku mulakan cerita selepas putus cinta pertama aku tidak fikir untuk bercinta lagi.namun masa umur 19 aku mula rapat dengan seorangan lelaki yang jauh lebih berusia dari aku..rasa rasa masa itu umur dia dalam 27 tahun..dan aku gelarkan dia sebagai H. H ni sebanarnye jurulatih aku masa aku aktif dalam koko masa kat sekolah..masa tu aku dalam form 2 dan kami lost contact sampai lah aku jumpa dia balik pada umur aku 19 tahun. Bagi aku umur 19 tahun masih tak matang lagi2 bab cinta.

Pada satu hari aku dapat satu chat dari H ni melalui fb. Then aku layan dia macam biasa sebab aku kenal dia dan aku hormat dia sebab pernah memberi ilmu pada aku. Di pendekkan cerita kami bertukar no sebab aku tak selalu on fb dan dia pon bekerja dan sampai lah hari hari kami call dan chat si H ajak aku jumpa. Masa jumpa tu macam biasa kami borak macam abang adik dan si H mula menyalakan rokok depan aku.

Sebenarnya aku tak tau dia perokok dan aku memang tak suka lelaki merokok. Tengah borak borak dia mula cakap pasal perasaan dan menyatakan dia suka aku sejak dari dulu..dulu?means masa aku budak budak. Tak tau masok akal ke tak. Aku cuma senyum dan aku tukar topik dan masa tu jugak lah asap rokok dia terkena muka aku.

Selepas balik aku fikir fikir apa yang si H tu luahan aku ambik keputusan tak nak terima dia tapi dalam masa yang masa aku tiba tiba sayang dia sangat..entah kenapa..bile dah mula sayang aku batalkan niat untk menolak dia dan terima dia dengan harapan hubugan kami sampai ke peringkat yang halal.

Satu hari kami keluar si H kantoi dengan aku yang dalam masej telifon dia banyak mesaj perempuan..bukan sorang tapi lebih. Aku rasa dalam 6 orang. Aku tanya dia dengan baik walau air mata dah nak gugur ni. Dia cakap hanya kawan. Kawan apa kalau mesaj berunsur lucah dan dia mengaku dia juga janji tak kan ulang dah. Mungkin aku bodoh sebab bagi peluangkan tapi hati aku sayang dia sangat sangat masa tu. Macam kalau dia m**i aku pon akan m**i.

Berbulan bulan dia masih tak ubah sikap dia yang player tu.aku kuatkan hati untuk tinggalkan dia tapi tak boleh. Bila gaduh aku termenung aku berangan pasal dia. Macam macam yang aku fikir. Alah swt maha berkuasa maha melihat satu hari keadaan aku makin lemah tak semangat tak arah hidup dan aku juga pernah bermimpi bersetubuh dengan si H di tempat yang kotor dan dalam mimpi tu aku tengok si H ada dua satu di depan aku dan satu di belakang aku dengan muka yang bengis selepas si H tinggalkan aku dengan alasan aku kongkong hidup dia untuk berkawan dengan perampuan lain.

Aku ada kawan bernama ita..hari minggu kami keluar sebab ita tak sanggup tengok keadaan aku yang tak bermaya dan aku mengaku solat aku masa tu tak atau ke mana hidup aku hilang punca. Bila ita dan aku keluar kami singgah ke rumah dia sebab dia cakap nak ambik barang,bila smapai di rumah ita ayah ita tegur aku. Ayah ita aku dah anggap macam ayah aku.ayah ita tengok aku macam aku ni b***h orang dan ayah ita tanya keadaan aku jawapan aku hanya cakap yang aku tak berapa sihat.

Ayah ita mula cakap ada sesuatu yang pelik dalam diri aku dan ajak aku untuk scan tubuh aku di sini lah akau tahu segalanya. Aku bukan percaya sangat dengan bomoh bomoh ni tapi untuk jaga hati ayah ita yang risau dengan keadaan aku yang dia anggap macam anak dia aku turutkan juga..dan bomoh yang aku temui tu aku panggil dia cha.

Masa tengah cha scan aku dia tanya aku ada kekasih ke tak. Aku cakap ada tapi dah putus. Cha mula cakap yang aku terkena asap pengasih iaitu asap rokok. Aku tak ada kawan yang hisap rokok sebab aku sendiri tak suka rokok nak dekat dengan perokok lagi la aku tak nak. Cha mula bagitau ciri ciri fizikal orang yang buat aku dan aku terkejut sebab ciri ciri yang cha sebut 100% ciri ciri si H.

Macam mana cha tahu ciri si H sedangkan cha tak pernah tengok si H. Kalau fikir tak masok logik akal..cha terangkan yang aku terkena dari awal lagi tapi aku tak sedar dan asap itu untuk lemahkan aku dan tundukkan aku sebab si H tahu aku bukan jenis yang akan suka orang dan untuk terima orang.setelah berubat aku macam sedar apa yang jadi semangat aku dah mula ok.hidup aku mula macam biasa.alhamdulillah. Aku tidak simpan sebarang demdam dengan si H dan aku maafkan dia walaupon dia dah hilang entah ke mana masa tu..

Sekarang aku dengar yang si H dah berkahwin dan bakal dapat cahaya mata..aku cuma mampu doa agar dia berubah dan bertaubat.

Samapai sini kisah aku..aku nasihatkan pada anda di luar sana sila berhati hati dengan setiap orang terutama kepada gadis gadis. Mungkin kisah aku biasa biasa dan tidak seram tapi kita perlu tahu bahawa bahaya dan bande bande syirik ini bila2 je akan sampai pada kita tanpa kita sedar.kalau boleh elakkan benda benda macam dan aku mohon maaf sebab kisah aku banyak yang love love ni tapi dari sini lah aku belajar dari pegalaman dan membuat aku lebih hati hati untuk kenal orang..sekian

#asap
#siscuba

Iman

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 3]

14 thoughts on “Asap rokok pengasih”

  1. Errmmm…tak taw pulak asap rokok boleh jadi pengasih. Apa2 pun kisah ini menarik dan untuk pengajaran untuk semua perempuan di luar sana

    Reply
  2. dulu kakak sy pon kena dengan asap rokok..huru hara kami sekeluarga bila kakak 24 jam pk pasal jantan tu..siap lari uma dengan jantan tu..

    Reply
  3. ak faham ape yg ko rase sbb ak pun pernah kene. masa tu ak dh brtunang dan ak trmakan pujuk rayu lelaki lain smpai ak sggup baling cincin tunang aku. apela yg ak buat mse tu….ak pn x sedar. walaupun kite dh brubat, tp nk pulih sgala emosi tu amik mse jugakla…prasaan brsalah pd mak ayh n tunang ak pn ad, mcam malu nk tnjuk muka pd dunia pn ada…apapun, ak da slmat da kawin ng tunang ak. alhamdulillah…da 3 taun pn kawin.

    Reply
  4. Org kg aku lak terkena asap pengasih..masa tu umur dia 15 tahun..lps kena asap tu dia hilang seminggu dan polis jumpa dia dibukit belacan,ampang..selama seminggu dia dirogol oleh 6 lelaki seberang..kesian dia sampai tak ambik SRP akibat malu..kejadian ni berlaku tahun 1983.
    Moga penulis kisah ni tak sampai tahap dirogol..sedih baca kisah spt ini..

    Reply
  5. hampir terkena tapi rasanya tak menjadi…masa tu baru umur 16 thn..tggu di tepi jalan sbb nak ke KL menaiki bas..tetiba ada seorang lelaki ni berhentikan motor dan terus menyalakan rokok..sambil-sambil tu pi hembus ke arah aku….aku pun tempikla ckp.. “kenapa ko hembus pada aku….”

    sebelum dia blah, dia cakap..” ilmu aku x menjadi lagi la ni..”

    tetiba rasa bersyukur sgt-sgt..kut-kut kalau menjadi, manalah tahu aku bonceng dia naik motor kene rogol ke..iskkkkkkk minta dijauhkan…..

    Reply
  6. dekat tempat aku pon ade kes jugak…org tua umo dlm 70/80 mcm tu…rogol anak dara umo 18…..punca drpd rokok tu laa org tua tu hmbus dkat dia …habis depan blakang org tua tu sebat…haram jadah sgguh…kesian bdk tu..tapi dh lama laa kes tu …org tua tu mlingkup kat dlm

    Reply
  7. Memang asap rokok boleh buat pengasih pun.. sy buat kajian pasal mantera melayu, ada mantera pengasih menggunakan asap rokok. Pelaku boleh amalkan mantera tu, walaupun tak pernah menuntut dengan mana2 guru.. kira sape2 try pun boleh.. soo,, sentiasa jaga diri, berzikir dan jgn tinggal quran. inshaaAllah Allah lindung dari semua gangguan..

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.