ASRAMA BLOK SITI AISYAH

Assalamuaikum untuk kalian semua. Terima kasih kepada admin kerana sudi approved cerita aku ni. Nama aku Humaira. Cerita ni berdasarkan pengalaman aku sendiri mengalami situasi berkenaan alam ghaib ketika aku bersekolah dan tinggal di asrama di sebuah sekolah vokasional area Kedah. Aku mula bersekolah situ since form 4.

Mestilah start form 4 kan, nama pun sekolah vokasional, mana ada start dari form 1. So, sekolah aku ni berbukit bukau la. Dari asrama nak ke kelas bangunan sekolah tu naik turun bukit jugak la. Haha. Ada dua blok asrama perempuan iaitu Blok Siti Aisyah (SA) dan Blok Siti Khadijah (SK). Senior and junior tak bercampur asrama. Jadi, SA for form 4 and SK for form 5. You all get that ? Okay, good. Bangunan paling tinggi stay atas bukit ialah bangunan asrama Blok Siti Aisyah (SA).

Masa form 4 aku stay blok SA. Blok tu ada 4 tingkat. Aras bawah sekali bilik warden, bilik prep (bilik study), bilik sakit, bilik mesin basuh dan kat belakang ampaian. Aku dapat dorm satu iaitu aras kedua. Aras satu ada satu dorm sahaja, bilik iron, surau dan toilet. Aras 3 ada dorm dua dan dorm tiga. Aras 4 ada dorm lima dan dorm enam. Setiap aras ada toilet ye.

Kisahnya bermula ada satu malam tu, budak-budak dorm aku termasuk lah aku semua jenis tidur atas (katil double decker). So bawah tu tempat kami letak beg ke baju ke apa-apa la. Malam tu aku selsema sebab dah tidur atas mesti la kipas direct muka kan. Aku dah tak tahan asyik bersin je. Aku pun tidur la bawah, katil hujung tepi loker and boleh nampak pintu dorm. Tidur macam biasa, tetiba aku terjaga sebab aku bersin and sejuk, masa tu tak tahu pukul berapa sebab aku malas tengok jam. Aku tengok pintu dorm terbuka dan ada cahaya dari bilik iron. Sebab dorm aku sebelah bilik iron je. Lampu bilik iron selalu buka.

Aku pun ingat ada budak-budak dorm bangun awal kot nak iron baju sebab esok sekolah. That means aku sangkakan maybe masa tu dalam pukul 4.30 or 5 pagi gitu la, maybe dorang tak nak berebut kot nanti sbb tu iron awal. Time-time gitu selalu ada yang dah bangun sebab after that terus siap-siap untuk subuh. So, aku tarik selimut, tidur balik. Tapi aku tak berapa nak tidur sebab otak aku still berjalan dan rasa something wrong somewhere. Aku dah rasa tak best dah, rasa mcm ada yang ‘memerhati’ pun ada. Aku tak buka mata langsung, berzikir tu jangan cakap la, sampai la aku tertidur.
Esoknya, aku tanya member-member aku yang lain, siapa ada keluar pagi tadi. Seorang pun cakap tiada. Muka dorang bermati-matian cakap tiada siapa yang bangun awal-awal gitu. Aku pun just diam and buat tak tahu jela. Malas nak layan perasaan. Padahal dalam hati, ‘nasib aku tak buka mata, buatnya memang ‘benda’ tu nak usik boleh pengsan aku’. Aku pun husnuzon yang aku mamai je pagi tadi. haha

Rupanya, kejadian pagi tadi tak tahu pukul berapa tu macam satu sign la untuk aku sebab esoknya sekolah aku kena histeria berjemaah. Bermula dia asrama aku, ada sorang budak ni nama dia Awanis. Dia ni stay dorm mana entah aku lupa. Dia ni cantik, putih, kecik molek je. Dia yang kena dulu since when aku pun tak tahu. Terus mereka-mereka yang kuat semangat ni bawak dia turun pergi blok senior. Then semua penghuni blok SA kena turun berkumpul dekat blok SK. Start situ la berjangkit-jangkit. Lepas satu-satu kena sampuk. Aku ni tak la berani sgt, but kena buat berani la hadap semua tu, tangan aku dah sejuk genggam si Fara member baik aku tu.

Mulut terus baca mcm-mcm ayat al-Quran bagi kuat semangat. Aku tengok member aku si Afia kena sampuk dengan ‘benda budak’ kot. Dorang la cakap, aku dengar je. Tapi aku tengok sendiri kuku jari kaki dia biru wey. Mcm sejuk sesangat tu. Afia still lemah, dia tak meracau tapi ‘benda’ tu still dalam badan dia. Kuku dia still biru. Kesian tengok dia masa tu. Masa akak senior tengah pulihkan dia, si Awanis dengan agresifnya bangun nak kejar ustazah aku. Masa tu ustazah tu tengah sarat pregnant. Omg korang boleh bayang tak if Awanis dapat ustazah tu, tak tahu la apa jadi. Nasib kami sempat tahan Awanis. Dorang bawak Awanis pergi jumpa ustaz then I don’t know what happened. Esok pagi, kami semua pergi ke sekolah seperti biasa. Lepas waktu rehat. Awanis kena lagi. Dorang bawak Awanis pergi surau. Dia dah meracau-racau then lari nak pergi tangki air kat blok SA.

Masa tu kecoh sekolah, dia lari laju gila. Nasib budak-budak laki situ sempat tangkap dia bawak pergi surau besar. Hari tu kecoh histeria berjemaah lagi sekali dan semua pelajar perempuan diarahkan stay dekat surau besar sekolah untuk bacaan yassin. Lepas tu, semua balik asrama macam biasa.
Dekat blok SA ada satu tangki air besar. Dekat situ ada satu taman pokok orkid. Situ senior pesan senja-senja jangan pergi kat situ. Mungkin tempat ‘benda’ tu rasanya. Dekat tangki tu yang si Awanis berlari nak pergi. I don’t know why. Pernah la aku dengar cerita kat tangki air tu pernah ada pelajar dulu b***h diri. Masa kemasukkan pelajar baru kat blok SA, member aku yang boleh nampak ‘benda’ tu cerita, ‘benda’ tu berdiri depan gate masuk asrama mcm welcome kan kedatangan kami semua.

Member aku tu ckp ‘benda’ tu, perempuan, pakai baju putih elok je, rambut panjang dan ada bunga orkid kat telinga dia. Sebab dulu blok SA dah lama tak buka. Batch sebelum-sebelum ni stay blok SK je. So, masa batch kami SK penuh. Terpaksa la buka blok SA yang berkurun no penghuni. Sebab tu ‘benda’ tu ‘WELCOME’ kami kot. huhu

Then about Awanis, dia pergi berubat dalam seminggu gitu la and then dia still selalu kena sampuk. Jadi, dia pindah sekolah and dengar cerita kat sekolah baru tu pun dia still kena histeria. Sekarang aku tak tahu bagaimana keadaan dia. Semoga dia baik-baik saja. Insyaallah.
After one year later, aku masuk ke form 5. And guess what? Kami kena stay lagi blok SA untuk setahun lagi. Aku dapat dorm 5 aras 4 atas sekali. Wuish agak penat la hari-hari aku memanjat.
Sebelah dorm aku tu ada satu stor. Stor simpan kayu-kayu katil tu. Ha stor tu jarang buka. Bila ada gotong-royong baru kami buka.

Cerita nya, aras aku tu agak keras sikit la. Toilet aras tu suram je. Tak mcm toilet aras dua dan tiga. Selama setahun aku stay aras tu, tak pernah sekali pun aku dan mmber-mmber aku mandi and guna toilet aras tu. Punya la suram ok toilet tu. Tak tahu kenapa bila masuk je mcm rasa tak best tak sedap hati haa. So, aku selalu turun ke aras 3. Kalau korang perasan aku taka da pun sebut DORM EMPAT kan? Yes, dorm empat aras 3. Aku pun tahu kenapa dorm tu warden tak buka. Lepas dorm tiga terus ke dorm lima. If lalu dorm empat tu memang meremang, macam ada org perhati je. Aku tak pernah pandang if lalu dorm tu, maybe ada something yang kami tak tahu. Pernah sekali kami terpaksa buka dorm tu untuk ambil kayu katil yang elok, dorm tu tak sama mcm dorm lain, dorm lain mcm gini. Satu dorm ada dua bilik ha tu dorm biasa. Dorm empat ni lain, satu dorm panjang. Tiada 2 bilik dah. I don’t know why. Kami cepat-cepat ambil kayu tu then blah. Dorm tu berkunci okay. Misteri.

Satu malam tu penghuni blok SA kena turun ke blok SK sbb ada rocall (warden nak jumpa).
So, tiada sorang pun yang stay kat blok. Esok pagi, member kelas aku lelaki nama dia Ihsan tanya kami,

IHSAN : ‘Weyh kenapa blok hampa sunyi ja semalam, hampa semua pi mana?’,
Kami : ‘Kami ada rocall kat blok SK semalam, kenapa? Hang lalu kat blok kami ka semalam?,
Ihsan : ‘Ya lah, aku nak pi call kat public phone semalam. Pastu masa dok gayut tu, aku dengar ada orang panggil nama aku dari blok hampa la. ‘Dia’ panggil nama aku kuat gila. Aku tengok la sapa. Ingat hampa. ‘Dia’ dok kat tangga aras 4. Lepas tu ‘dia’ jalan pi masuk stor sebelah dorm tu. Tapi awat ‘dia’ pakai semua hitam? Sapa dia tu weyh? ’

Aku dgn member-member lain, semua dah muka lain masa tu. Omg stor tu sebelah dorm aku kot. Kami pun malas nak jawab, kami cakap tu ada budak dorm lain kot. Lantak la logik ke tak, pastu kami buat tak tahu je. Lepas tu tiada siapa berani buka cita. Semua senyap ja. Takut punya pasal. Then kami buat endah tak endah je dengan suma tu sebab nak fokus ke SPM. Sampai akhir tahun, then lepas tu blok SA tu kosong semula sampai la sekarang. Kami batch last yang tinggal kat blok SA tu.

MAAF JIKA TIDAK MENARIK AND SERAM.
SEKIAN,
NHS.

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 8 Average: 4.1]

27 thoughts on “ASRAMA BLOK SITI AISYAH”

    • Mcm ni..bayangkan satu dorm.yg tengah2 dia ada dinding2.untuk bezakan side a dengan side b.tp dinding tu kt hujung dia.ada satu lubang sebesar almari lebih kurang.untuk mudahkan budak ke side satu lg tanpa perlu keluar dorm..ha boleh kot explain gini.hahaha

      Reply
      • bukak google then taip image for kolej voka kulim… kt situ ade dorg tnjukkan position dorm dorg… dipisahkan oleh almari sahaja sbg pintu n dinding by dinding sbg bilik…. dinding berpapan la kiranya,…. satu bilik boleh 2@ 3@ 6 org…. try search lah…

        Reply
  1. Aku lagi risaukan warden bernasib malang yang terpaksa duduk kat rumah warden bila blok tu bertahun tahun takde pelajar duduk. Beliau sangat ohsem!!

    Reply
  2. saya senior awak. .kami adalah batch pertama yg tinggal diblok tu. . utk pngthuan adik kmi kna lagi truk dri adik. . saya pnah masuk n tinggal didorm 4 yg adik ckap tu. . kami kena lagi truk dri adik kna sbnarnya. . kawan sya kna lagi truk dri kwan awak awani. .tapi kami anggap peritiwa itu sebagai pengalaman dan kenangan pada kami

    Reply
  3. Hahahaha. Saya penghuni dorm 5 masa tahun 2013.. Macam macam la jugak jadi. Tapi dorm 5 dgn 6 xpernah la kena apa apa. Toilet aras tu pon kami guna. Tengah tengah malam ada lagi org dok mandi. Alhamdulilah la xjadi apa. Sekarang ni blok SA bukak jugak tpi smpai dorm 3 ja kod. Bila baca seram la jgakk.

    Reply
  4. Cerita ni sama dgn pristiwa kami batch tahun 11/12 di vokasional di situ.. Tp kmi histeria paling besar di dewan sekolah waktu perhimpunan…

    Reply
  5. hai. ni kak eira. senior korang 2010/2011. memang tak dinafikan. dorm 4 mmg seram. dengan satu bilik sebelah dorm 6, dorm kami. ada kala mmg ada yang memerhati. mata merah baju hitam.

    Reply
  6. Aku penghuni blok sk ketika junior, blok sa ketika senior, dorm 1. Paling xboleh lupa bila jd senior kt blok sa masa prep malam tiba2 anak b**i berkejar2 kt tempat prep hahahha. Bnyk benor kenangan dgn junior2 hahaha… Aku batch ’09-’10 . Kanak2 ribena ni igt lg ke x aku.

    Reply
  7. Cerita benar ke cuma reka cerita untuk sumua pelajar yang pandai and raji bagi diorang takut untuk duduk asrama mana of malaysia ke.the lagi seram cuma stu je yang seram hisan seram giler sat do hantu minyak ke apa do.

    Reply
  8. Sama la mcm crita dkat asrama sya..
    Setiap tahun akan ad budk2 asrama yg kena.. And yaa mnde tu kembali lagi.. Ad yg bg tau . Dia dah pasang ngaji tp still diganggu.. . Tahun ni lebih teruk dr tahun lpas.. Klu masa tahun2 pun ada yg kena dgn mnde tu. Tp x la trlalu ramai. Semalam pkul 12.. Dengar mnde tu mengila .. Balas antara die dan die punya tu la. Syukur la sya da hbis dkat kv tu. . Sya pun lemah jugk bab tu. Mmg takut la bila dgr junior cerita

    Reply
  9. akak masuk tahun berapa.. sbb start tahun kami 2016 blok SA kena buka tapi cuma satu aras and batch kami paling ramai.. sampai sekarang blok SA still digunakan and warden tak pernah pun tutup blok tu even dan ramai yang histeria sampai ke blok SK.. tapi ad juga penghuni SA kata dia x kan kacau kita selagi kita x kacau dy.. kes histeria akan terjadi bila tempat dy kena kacau jaa.. ad juga sampai melarat sampai ke blok asrama lelaki

    Reply
  10. Sis batch 05/06..pngalaman histeria blok SK.masa tu sis junior..senior dok blok SA..masih segar di ingatan masa kejadian tu..mmg ada kaitan ngan tangki air tu..masa tu xpgil sekolah vokasional. Kitaorg pgil smtk.xpon tekkul..☺️

    Reply
  11. Salam..hai sis ni batch 05/06..senior la kot kan..hihi…
    Masyaa Allah..Tekkul kulim☺️. kenangan betul situ.. Jgn ingt block SA je ada gangguan..block SK pun da..mcm2 pengalaman dah rasa situ. histeria,kena kacau,kena tindih,bunyi budak main guli tgh2 mlm,Allah…xpa lah biar semua tu jd pengajaran dan kenangan pahit manis…pesan sya pda junior lain,mana pun kita berada sentiasa dktkan diri dgn Allah dan mulut kena zip utk ckp benda2 xsepatutnya..waallahualam….apapun rindunya dkt smtk

    Reply
  12. batch 2016. nasib baik dr first masuk smpai hbis dduk block SK ja!😆 tp laluan nk naik block SA mmg tk dinafikan seram tmbah² lg area tangga dkt dgn taman orkid tu🫥

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.