Asrama Budak Sabak Bernam Part 2

Assalamualaikum admin n semua.. minta maaf banyak-banyak sebab hari tu aku terpaksa buat sambungan sebab waktu tu aku ada keja. minta maaaff. heheh… aku sambung sampai habis.

lepas kami dengar suara mendayu-dayu mintak masuk tu.. “assalamualaikum… nak masukk.. buka laa pintuu….” suara tu lembut ja. sopan sangat.. memang bukan budak bilik aku la. budak bilik aku kalau keluar pegi toilet malam-malam macam nak roboh pintu diorang ketuk. aku tau tu bukan budak bilik aku, “iza ko dengar tak apa aku dengar..” iza terus rapat dengan aku “aku dengar laa.. aku tak tido lagi..” aku dan iza pun sedaya upaya pejam mataa dengan harapan kami boleh lena sampai subuh. malangnyaaa nasib kami tak lama lepas tu kami dengar bunyi gelang kaki “benda” tu diluar.. klingg.. klingg.. aduhhhaiii. sakit jiwa rasanyaa waktu tu. nak jerit xberani.. buatnyaa dia muncul depan mukaa..?? kami hanya mampu berpegangan tangan dan berdoa supaya benda tu berhenti.

seolah-olah doa kami makbul bila bunyi tu tak lagi kedengaran tapi lagi teruk bila bunyi tu berhampiran dengan kepala kami!! katil kami mengadap tingkap dan locker berada ditengah-tengah so ad ruang jalan diantara katil kami dan locker. tapi benda tu ada kat dengan locker. sebab apa? dia tengah makan! dia gigit roti koperasi yang iza bawak balik.. ya allah benda apa la nih.. tau x bunyi orang koyak plastik camna?? haa camtu laa.. siapa nak koyak plastik malam-malam?? budak bilik aku majoriti form1. takkan berani nak buat bising malam-malam dan makan roti kakak senior pulak tu.. kami tak berani jenguk. kami biarkan sampai benda tu selesai dan kami pun tak sedar bila masa kami terlena sampai bunyi loceng kedengaran…

iza terus tengok roti tepi locker yang diletak dalam bakul. tu roti koperasi dan iza ni join kelab usahawan. sebab tu dia boleh ada sebakul roti kat tepi locker dia. “nura! tengok ni!” alahaii terkejutnya kami bila tengok kesan koyak dan gigitan pada roti tu.. seolah-olah benda tu memang nak makan roti tu tapi tak tau nak bukak plastik tu macam mana.. lubang sana sini. bukan satu bukan dua tapi semua!

balik dari sekolah, kelas tambahan, makan, prep dah tiba waktu nak tido.. aku dan iza ni dah lemah sangat dah rasanya badan kami sebab tak cukup tido. sebelum tido malam tu, nik budak form 2 tiba-tiba tanya aku dan iza, “kenapa kak nura n kak iza makan roti semalam.. lapa sangat ke??” ehhh.. bila masa pulak aku makan roti. “kenapa nik? nik nampak ke akak makan malam semalam??” “yelaaa.. siapa lagi kalau bukan akak berdua… dua-dua orang pulak tu makan. tu laaa suruh pegi dewan makan taknak..” nik terus tarik selimut dan tido. aku dan iza terpinga-pinga siapa macam kami semalam? “siapa pulak makan roti aku ni?” iza dah mula naik angin sebab roti tu semua koperasi punya. “tak payah la fikir. kita tido laa” macam laa kami boleh tido.

malam tu iza lena awal. boleh pulak dia ni tido.. sabar je la. sekarang aku pulak kena hadap sorang-sorang. aku pun entah kenapa rasa ngantuk tu datang.. aku nampak budak bilik aku anne dan adik junior nama yam. dalam keadaan mamai, aku nampak diorang jalan menghala ke pintu “korang nak pergi mana??” rajin pulak aku menegur. yam dan anne berlalu macam tu je.. aku nampak diorang dengan mata kepala aku diorang keluar bilik, pintu dibiarkan terbukak macam tu je.. tapi aku tak hairan sangat sebab bagi aku mungkin diorang pergi toilet. tunggu punya tunggu aku pun tertido.. esoknya aku tanya anne, “korang pergi mana? lamanyaa keluar malam tadi” anne pandang aku semacam “keluar apa? mana ada. keluar dengan siapa?” “ko keluar dengan yam kann” aku bersungguh-sungguh cuba ingatkan anne. “wehhh yamm kan bilik ko. aku bilik sebelah.. kenapa pulak aku ada kat bilik ko? kalau ye pun aku nak pegi toilet baik aku ajak budak bilik aku..” waktu tu baru aku sedar aku tegur siapa.

ayah datang minggu tu. ayah bawak air 3botol lalu suruh aku campur dengan air baldi masa nak mandi nanti. ayah tanya aku kena kacau lagi ke? “akak tahan ye. Allah tu ada.. jangan lemah semangat.. lagi kita lemah lagi dia kacau. “aku hanya angguk lemah. apa lagi aku mampu buat. “kenapa akak kena ayah? akak solat tak betul ke? tak kusyuk ke? akak tak cakap besar. tak tinggal solat jemaah” aku menangis depan ayah sebab sumpah aku tak tahan. tekanan jadinya. “akak takot ke?” aku angguk.. ayah kata asalnya benda tu cuba menyakat aku dan iza dan nak tengok sejauh mana keberanian kami. dia rasa kami cabar dia. tapi lama kelamaan dia rasa seronok sebab kami seolah-plah takot. uztaz pesan pada ayah “anak kamu ni kuat..cuma dia tak yakin… bila tidak yakin benda tu makin seronok. yakinkan diri sendiri bahawa itu makhluk Allah… in sha allah. dia berhenti”.

aku cuba walaupun dasar dia Allah sahaja tau perasaan aku. setiap malam kami diganggu, sampaikan kami lali. ada satu malam baru sahaja nak melelapkan mata tiba-tiba pangg!!! pintu terbukak seluas-luasnya. “ahh sudahhh dia mainn kasar la wehhh” aku cuit iza. iza mula menunjukkan riak kemarahann “iza pergi la tutup..” tak sedap hati pulak biarkan pintu ternganga. “biar je laa.. taknak aku tutup..” betul juga. entah apa di depan tu kami tak tau. buat nya benda tu muncul.. mau berbuih mulut kena sawan terkejut. kami pun biarkan sampai subuh dan esoknya kami ceritakan hal ini pada siti.

siti memang mati-mati tolak cerita kami ni. “kalau tak percaya malam ni tido dengan aku dan iza. boleh?” siti setuju. dan malam tu tempat pukul3 bunyi pertama gelang kaki.. aku dan iza kejut siti supaya dia dengar apa yang kami dengar. apa lagi. siti terus menangis peluk aku.. takot! takot! dan benda tu ketawakan siti.. aku dengar dia ketawa dari luar “hiiiii..hiiiiiiii.hiiiiiiii..!!” esok nyaa siti demam dan tak nak tido dibilik kami lagi.

lama kelamaan kami makin lali dan makin berani. aku pernah nampak budak kecik.. hitam.. baring bawah katil winaa.. bila aku tengok dia terus lari.. aku tanya wina ada hilang barang ke? sebab sangka tu toyol. tapi wina kata takda hilang apa-apa dan aku cerita aku nampak budak perempuan hitam baring bawak katil winaa dan wina pun jdi takot. aku tau bila aku sidai kain dia ikut. aku pergi prep pun dia ikut.. aku buat tak peduli dan lama-lama aku dah lali dan benda tu sampai tak ganggu aku lagi.

tapi yang pasti bunyi gelang kaki tu masih ada setiap malam. yang itu aku tak tau kenapa dan apa.. wallahualam.

hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *