Asrama si D***h Manis – part 2

Assalamualaikum peminat setia FS! First at all, thanks admin sebab sudi siarkan kisah aku, ‘Asrama si d***h manis’ bulan Feb yang lepas. Perasan tak cerita tuh? Ala yang ada tiga kepala tergantung di atas hujung katil aku dan jelmaan dua orang akak cantik berkemban di tandas sekolah sebelah kelas aku tuh. Kalau belum baca, pi scroll balik kat page FS pi. Bagi sesiapa yang tertunggu sambungannya, maaf baru sempat hakak nak mengarang. Alkisahya ramai rupanya batch aku dok melayan FS. Keh keh keh. Dan ada rakan sekali batch aku share dengan rakan-rakan yang lain sebab nak tahu ‘confesser’nya siapa kan ? Sipi-sipi ja lagi hampa nak tangkap aku noh ? Haip ! No No No, biarlah aku jadi Sis Misteri Utagha yang berumur 25 tahun yang kekal misteri. Jadi buat coretan kali ini, maka tertunailah janji aku untuk readers FS untuk menyambung balik kisah yang menimpa diri aku yang tiada lah seseram manapun seperti kisah-kisah lain di FS (ayat cliché-menyampah!) jom mula. Bismillah.

Mukadimah: Bagi batch-batch yang baru aku tak tahu strukturnya macamana sekarang sebab form 4 aku dah pindah ke sekolah lain. Sekarang nih pun dengar kata, pokok besar yang tinggi tuh sudah ditebang. Lagi pulak, di bahagian padang sudah didirikan bangunan-bangunan yang baru. Pokok buluh sebelah kelas aku tuh pulak, tak pasti sekarang masih ada ataupun sudah dibuang. Masa form 5, aku hanya dengar cerita daripada kawan aku yang masih menetap di asrama. Katanya pernah satu asrama nampak kain putih terbang di sebelah pokok besar, dari tingkat satu sampai tingkat empat semua pelajar nampak. Warden mengarahkan semua pelajar pulang rumah masa tuh, tidak dibenarkan tinggal di asrama. Hah, nampak kritikal sangat tuh ! pernah jugak histeria berjemaah. Bila disoal kenapa suka menganggu pelajar-pelajar di sini, nak tahu apa jawapan jin tuh ? ‘best kat sini, pelajar-pelajar sini semua darahnya manis!’. Hang rasa?

Okay kembali semula untuk sambungan daripada, ‘ASRAMA SI D***H MANIS’

Masa akhir tahun, semua pelajar waktu nih kalut bergotong-royong nak cuci kelas. Di kelas (Siti Aishah), aku awal-awal dah aim langsir kuning dan pasu bunga plastik nak bawa balik. Siap lipat cantik punya ready nak bawa balik, masa nih cuti akhir tahun persekolahan dah nak bermula. Kawan sekelas aku yang lain aku tak pasti depa kutip apa untuk dibawa balik, rasanya macam aku seorang saja yang gigih bawa balik. Sayang kot, barang masih elok lagi tak baik membazir. Bukan main excited balik nak hias bilik dengan langsir ‘baru’, deko-deko sikit pasu bunga gituh confirm meriah bilik. Alahai kesian aku.

Nak disingkatkan cerita, sudah siap hias gantikan langsir lama dengan langsir ‘baru’ di bilik. Hari-hari aku jalani seperti biasa pada mulanya, tapi pada suatu malam tak ingat hari apa, aku dengar macam ada orang baling batu kecil di tingkap. Tikk.. Tik….. Tikk. Setiap balingan dalan 15 saat macam tuh. Memang dengar jelas sebab tingkap bilik betul-betul arah kepala aku berbaring. Ribut kot fikir aku. Tak mungkin sebab cuaca dari siang memang baik saja. Rumah jiran agak jauh dari rumah aku, mustahil ada orang keluar bermain malam-malam macam nih. Tidur pun sorang sebab adik aku tiga-tiga lelaki jadi nak ke taknak memang kena tidur sorang-sorang. Mataku kembali segar dek bunyian batu yang entah dari mana. ‘Sapa pulak yang dok main malam-malam nih, nak tidur lah !’ ngomel aku sendirian.

Haa kat tingkap ini la aku hiaskan langsir ‘baru’ aku tuh. Pandai tak aku ? Elok mata nak terlelap, tikk.. tik.. Eh bunyi lagi ! Aku diam cuba lelapkan kembali mata, positifkan diri mana tahu bapak lalat sesat terbang terhantuk di tingkap bilik aku. Tikkk.. !! Kuat bunyinya tak seperti sebelumnya. Tak boleh jadi ! Pantas aku bangun menyelak langsir ingin meninjau ‘masalah’ dan siapa yang sibuk dok baling-baling, tak cukup siang ke nak main. Sekali tuh juga badan aku seperti terkena kejutan elektrik zappp apabila mataku terpandang susuk tubuh berbaju putih lusuh dalam keadaan menunduk dan berambut panjang yang berada lebih kurang lima jengkal menghadap aku (luar tingkap laa, nampak samar-samar dengan cahaya lampu luar rumah). Akak ponti ka cik lang?? Terus aku ambil bantal dan selimut bergelut keluar bilik menuju ke bilik adik aku. Hentam pi laa tidur sekali dengan depa pun. Nak nganga lagi tidur situ, memang tak lah!

Sambil aku bergegas keluar dari bilik, sempat pula dia mengilai kecil seronok permainkan aku mungkin. Di bilik adik, Alhamdulillah tiada gangguan malam tuh padahal bilik adik sebelah ja dengan bilik aku. Gangguan tidak berakhir di situ, itu hanya mukadimah salam perkenalan buat aku. Aku kerap ditindih selepas tuh. Waktu malam sering dengar ada orang basuh pinggan di dapur padahal sudah jam 2-3 pagi, kong kang kong kang bunyi pinggan cawan. Pernah sekali tuh, kawan aku Nad (nama hentam saja lah labu) datang tidur rumah aku. Kami kalau berjumpa memang cerita tak pernah nak habis, ada sahaja benda yang menjadi kelakar. Menyembang sampai lewat malam diselangi dengan ketawa tak henti-henti. Sekali dengar suara perempuan ketawa sebijik macam rentak kami ketawa cumanya dia punya lagi halus, memang jelas sangat. ‘Nad, dengaq dak?’ aku bisik di telinga Nad. Nad hanya mengangguk. Cuak habis masa nih, terus tidur rapat-rapat. Pisang berbuah dua kali nampaknya, dulu masa tinggal di asrama pernah jadi sekali bila bising lewat-lewat malam. Itu lah manusia sering terlupa, padan muka haha.

Mama aku pun turut kena gangguan. Bilik mama nih ada bilik air cumanya dinding bilik air ada ruang di bahagian atas, kiranya kalau kita buka lampu bilik air memang nampak dari atas cahaya lampu. Boleh bayangkan macam mana? Katil bilik mama nih pulak menghadap bilik air. Masa tuh ayah kerja shift malam, tidur sengsorang la mama malam tuh. Mama tersedar daripada tidur apabila tersedar badannya terasa dihimpit oleh sesuatu yang sangat berat. Dalam bergelut untuk melepaskan diri dari dihimpit, hanya mata sahaja sempat dibuka. Masa nih lah mama nampak satu bayang kepala di sebalik dinding bilik air sebelah atas seolah-olah sedang mengintai mama, pastuh hilang pastuh ada balik. Main cak cak tengah-tengah malam tak cukup siang yang ini pun. Lepas tuh apa yang jadi, mama aku tak cerita. Tertidur mungkin.

Akhirnya ayah aku mengambil keputusan mencari ikhtiar berjumpa dengan seorang ustaz yang mahir dalam pengubatan secara islam di Kuala Perlis. Yelah kan, sebelum benda menjadi semakin parah. Cumanya masa nih aku tak ikut (tak ingat pi mana). Ustaz tuh scan dari jauh nak tengok keadaan rumah aku, power benor ilmu dia. Ustaz tuh bagitahu yang kat rumah kami ada tiga ekor jin. Yang pertama besar tinggi, yang ini lah rajin dok buat acara tindih menindih. Yang kedua kurus, yang nih tak kacau cumanya dia suka memerhati sahaja. Yang ketiga, yang nih cik lang ! hat nih laa suka dok mengilai dekat dengan bilik aku. Puncanya nak tau sebab apa ustaz tuh bagitahu?

Sudah pastinya benda yang aku bawa balik dari sekolah. Langsir ! elok lah nama cik lang pun hmm. Ayah aku balik campak-campak garam dan lada hitam yang sudah diruqyahkan di dalam rumah dan sekitar luar rumah untuk pagarkan rumah. Last sekali, Kami sekeluarga angkut langsir dan pasu bunga tuh bawa pi buang di KL sebab masa tuh memang plan nak jenjalan sana. . Dekat kawasan mana aku tak ingat. Yang pasti tong sampah depan bengkel kereta. Harap tempat tuh okay-okay saja lah hihi.. maaafff terbuang situ. Alhamdulillah, lepas dari tuh sudah tiada gangguan lagi.

Eh tak habis lagi! Tiga tahun kemudian, kami sekeluarga pindah ke Kedah. Di sini dulunya hutan kiri kanan, tetapi kawasan ini telah dibangunkan untuk kawasan perumahan yang dikelilingi kawasan perindustrian. Di rumah yang baru nih pun ada ceritanya juga. Setelah lama tidak diganggu, akhirnya ia muncul kembali. Kawasan rumah aku dekat sahaja dengan highway, mungkin benda-benda yang dibuang tuh tumpang lori nak balik duduk sekali lagi kot haha. Ok, tak logik! Kat tempat baru nih, aku sering nampak penampakan tak seperti di rumah lama. In sha Allah aku sambung lagi. Maaf ya, aku mengarang nih pun masa di office bila mana kerja tak berapa nak banyak. Kang orang tunggu sambungannya lama sangat ( macam yeye ja ada orang tunggu).

P/S : hai Azrina, Sayyidah, Anis, Piran, Farah Yasmin, Qurratul Aini (ok yang ini ja ingat) RINDU hampa semua!!

Sis UtaghaKedah

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]

4 thoughts on “Asrama si D***h Manis – part 2”

  1. okey… aku nak tanya lah. kepada umum lah. yang tahu tolong jawab.
    Penulis yang cerita kisah2 ni. macam mana nak tau die org yang sama yg tulis kisah sebelum ni. maksudnye macam buku 1, buku 2, buku3 dan blablabla…….

    Reply
    • selalu penulis tu, buat tajuk cth cerita2 dr penulis yg sama mcm #siCelupar:…. , Maya:…. atau pun ada part2..dia ada la kt tajuk tu..err paham kn?haha

      Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.