#Astrophile : Siapa Aku

Assalammualaikum, Selamat Pagi/Petang/Malam semua warga FS dan admin. Terima kasih admin sebab post 2 cerita aku sebelum nie Gurauan Manja, Gurauan Manja II. Maaf kalau ada kekurangan dalam cerita-cerita sebelum nie and cerita akan datang nie, hehe. Untuk pembaca baru, nama aku Ast umur 24. Okey cerita aku kali nie lebih berkisarkan tentang diri aku. Di hujung cerita nanti anda-anda semua akan faham apa yang di maksudkan oleh ustaz pada entry sebelum nie. Maaf kalau cerita nie tak capai target seram yang korang semua inginkan. Moga terhibur dengan cerita seram-seram suku nie. Enjoy the story!

Sejujurnya aku memang dah dapat tangkap apa yang Yaa tanyakan tu cuma aku memilih untuk berdiam diri. Bukan sebab aku tak nak bagitau Yaa apa yang aku rasa, tapi aku sendiri tak pasti dengan kesahihan firasat aku nie. Yela, aku tak ada sapa yang boleh bercerita tentang benda-benda nie semua sampailah aku kenal dengan sorang budak kelas aku nie yang mana aku rasa dia berbeza sikit daripada budak-budak lain. Pada awal perkenalan hingga ke akhir perkenalan nie kami sekadar kawan biasa jer. Tak lebih dan tak kurang sikit pun ngam-ngam sebagai kawan (part nie aku nak kena tekankan sikit, tak nak kang ada yang mengata aku gatai naa).haha.

Pada awal tahun 2013 semasa aku berada di sem 3, aku join class City Guide dengan jumlah keseluruhan kelas dalam 13 orang termasuk aku yang terdiri daripada 6 orang lelaki dan 7 perempuan. Aku nie memang jenis yang malu-malu kucing pada awal perkenalan tapi bila dah selesa mula lah keluar segala perangai tak semenggah aku, haha. Untuk pengetahuan korang aku dulu agak tomboi. Jangan tanya kenapa aku jadi macam tu sebab abang aku masa kecik-kecik dulu memang sopan santun perangai jauh beza dengan aku. Jadi bila dah besar panjang nie Alhamdulillah aku dah jadi gegirl sikit hehe. So masa mula-mula kenal dengan budak kelas, memang aku tak banyak cakap baik dengan perempuan atau lelaki. Aku biasanya akan tunggu sampai orang cakap dengan aku baru aku cakap balik (jangan ikut perangai aku) sebab aku punya confident level tak tinggi. Tapi semenjak aku masuk dalam industry tourism nie aku boleh kata confident tu ada la walaupun tak naik banyak (nie semua pengaruh kawan la nie).

Bila dah duduk sekelas nie automatically kau akan close dengan semua la kan? So sama la dengan aku, aku mula rapat dengan budak kelas aku especially budak laki. Ada la sorang budak kelas aku nie aku bagi nama dia Mus. Mus nie bawah umur aku dalam 2 tahun macam tu and Mus nie ada kelebihan yang Allah bagi pinjam. Kejap lagi aku cerita pasal kelebihan dia nie.

Masa aku dekat kolej dulu boleh dikatakan aku agak aktif. Tapi bila difikirkan balik sesapa yang amik kos sama dengan aku nie memang automatic jadi aktif mungkin sebab kami nie banyak keluar dan ramai kawan (pada pandangan orang luar jela. Hakikatnya bukan begitu mengkome oii.!). Boleh dikatakan dalam 1 sem tu (ada 6 bulan) lebih 10 kali kami belajar luar kampus. Jangan kata kami curi tulang ye sebabnya keluar-keluar nie memang ada dalam silibus belajar kami. Aku rasa mungkin sebab nie juga la kami jadi rapat. Aktiviti setiap kali ada assessment mesti lepak dekat kedai mamak sampai 1 2 pagi haha.

Mus nie ada bawak kereta ke kolej, kadang dia bawak moto LC dia jer tengok la mana dia rasa nak bawak dia bawak la. Budak Mus nie bagus sebab dia selalu tolong hantar budak-budak kelas aku yang duduk jauh dari kolej balik termasuk lah aku sekali. Lepas tu kadang ajak lepak siap amik dekat rumah lagi. Satu hari tu Mus nie ajak aku join budak-budak nie lepak dekat Morib (mesti dah dapat agak aku belajar dekat mana kan?) lepas isyak. Aku mulanya malas la nak gi sebab dah malam kan. Lepas tu budak-budak nie duk ajak juga (tapi aku rasa macam kena paksa jer huhu) ikut dorang malam tu sebabnya esok hari sabtu.

Mus : Ast, malam nie jom lepak Morib? Duduk rumah hari minggu buat apa.
Aku : Malam? Transport takda la. Orang tua kata, anak dara tak boleh keluar memalam.
Mus : Alah, naik dengan aku ler. Lagipun bukan keluar berdua jer budak-budak nie semua ikut sekali.
Aku : Dah kalau semua ikut mana muat bai? Kau bawak lori 1 tan tu ke yang duk ajak reramai nie?
Mus : Hahaha. Bongok la kau. Nanti ada la budak-budak nie yang naik moto gile.
Aku : Owh. Lain kali cakap bior ler terang. Cakap setengah-setengah mana nak paham. Okey la, tapi aku naik motor jer la. Qis tinggal sorang jer dekat rumah. Aku angkut dia sekali, tak per kan?
Mus : Okey. Lepas isyak gerak. Nak lepak mamak makan dulu ke macam mana Ast?
Aku : Kau tanya aku ke Mus? Sapa yang ajak sapa keluar nie? Kau pergi check dengan budak-budak nie dulu la. Lepas tu baru bagitau aku apa final plan. Aku ikut jer.
Mus : Hek eleh budak nie, aku tanya jer pun kau punya jawapan balas membelah hati kut (cakap sambil buat muka ala-ala touching gitu. Nyampah aku).
Aku : Yela, aku sampaikan hasrat hati yang duk bergurindam dari tadi jer. Kau pergi la check dengan budak-budak nie dulu. Kang dah dapat final decision bagitau aku. Aku nak kena tanya Qis pulak nie.
Mus : Yela-yela. Nanti apa-apa aku update dengan kau. Hah weyh, transport kau cemana?
Aku : Tula, aku nak kena merempat dekat mana-mana la mintak ihsan orang pinjamkan motor haha
Mus : Hahaha. Cakap macam apa jer kau nie Ast. Aku ajak naik dengan aku tak nak.
Aku : Alah cakap sikit nak marah je kau nie la Mus. Nanti aku tanya la Mat kut dia bagi. (sebelum korang pening kepala biar aku bagitau yang Mat nie pakwe aku. Tolong jangan kecam, hehe)
Mus : Okey. Apa-apa nanti aku bagitau kau la.
Aku : Cun. Aku tunggu. Jangan senyap jer pulak. Kang aku tak pergi jangan bising eh.
Mus : Yer-yer. Membebel macam mak nenek la kau nie Ast.

Nak dijadikan cerita malam tu punya plan berjalan seperti yang aku dan Mus bincangkan. Aku dah tanya Qis semua and dorang kata berkumpul dekat rumah aku sebelum bergerak. Sebenarnya aku pun tak paham dengan budak-budak nie kenapa suka benau kumpul dekat rumah aku. Dah la lorong nie rumah aku jer student yang lain semua family dengan budak-budak nie memekak lagi. Haru betul aku rasa masa nie. Last-last aku cakap dengan budak-budak yang dah sampai nie lepak dekat mamak depan tu jer, hahaha. Masa duk lepak nie aku tengok Mus elok jer duk borak-borak. Lagi sekali aku pandang, Mus dah duk usha dekat tepi kedai. Aku duk fikir dah kenapa dengan budak nie? Sudahnya aku buat tak tau jer. Bila semua dah ada, kami pun siap-siap la nak gerak. Budak-budak nie duk kata makan dekat sana sebab boleh menikmati keindahan malam pantai (katanya lah kan). Dah sampai siap makan semua kami pun sambung melepak sekitar kawasan morib tu.

Budak-budak nie ajak la bergambar dekat tulisan “PANTAI MORIB” berhadapan dengan kedai makan katanya nak buat kenangan. Dekat kawasan nie memang malap sikit lepas tu banyak pokok-pokok besar yang ada akar berjuntai bebanyak tu. Masa nie la aku duk flashback masa mula-mula aku jejak kaki dekat sini bapa aku penah cakap.

Flashback.
Dalam tengah jalan nak ke kereta, tiba-tiba bapa aku cakap dengan mak aku.
Bapa : Uihhhh. (dia cakap nie sambil ketawa sinis jer aku rasa). Yang, cuba kau tengok dekat pokok tu apa yang kau nampak? (family aku nie memang bahasa macam nie. Tolong jangan kecam.)
Mak : Kenapa bang? Tak nampak apa pun.
Bapa : Tak nampak ke? Cuba panggil adik suruh tengok dekat pokok tu.
Mak : Adik, sini kejap. (masa nie aku dekat depan dah.)
Aku : Yer. Kenapa?
Bapa : Cuba kau tengok dekat pokok tu. Apa yang kau nampak?
Aku : Huh? Pokok mana? Yang depan nie ke?
Bapa : Ha ah. Apa yang kau nampak?
Aku : Tak nampak apa-apa pun. (padahal aku nampak ada akar yang bergoyang time tu sedangkan angin tak kuat mana pun)
Bapa : Cuba tengok betul-betul. Dekat dahan no 3 tu ada kak ponti duk main akar kayu yang bejuntai tu la.
Mak : Eiiiii.! Jom la balik. Apa abang nie?
Aku : Yang tu ke? (sambil tunjuk dekat dahan yang dimaksudkan oleh bapa aku tadi)
Bapa : Hah yela. Yang tu. Kau nampak ke dik?
Aku : Tak nampak, hahaha
Bapa : Menipu la kau.
Aku : Betul la. Mana nampak kak ponti pun. Nampak akar bergoyang jer ada la.huhu
Bapa : Yang bergoyang tu la dia. Tak kan kau tak nampak?
Aku : Tak nampak la.

Masa aku duk jawab last tu kami dah sampai dekat kereta dah pun. Memasing dah masuk kereta. Aku still lagi tengok dekat pokok tu. Saja nak cari pasal, haha

Eh sorry, terpanjang pulak flashback aku nie. Jom sambung cerita pasal Mus tadi. Hah masa nak bergambar nie Mus duduk paling hujung dekat dengan pokok tu tau. Masa nie aku perasan yang Mus dok senggih jer dekat pokok tu sambil geleng-geleng sikit kepala dia. Ada la lagi 2 3 orang yang perasan juga. Tapi semua tak nak tanya.haha
Sampai dekat aku selamber jer aku tanya Mus.

Aku : Weyh, kau tengok apa tu?
Mus : Huh? (dalam keadaan terpinga-pinga pandang aku)
Aku : Kau tengok apa? (sambil aku pandang arah yang sama)
Mus : (masa nie muka Mus macam terkejut sikit tengok aku). Tak ada apa-apa. Cepat lah weyh amik gambar. Lepak pekan pula lepas nie.
Mail : Hah okey. Weyh cepat sikit, nak gerak dah nie.

Sambil yang lain-lain duk kelam kabut amik gambar then blah dekat kenderaan masing-masing. Keesokan hari tu masa dekat kelas Mus lepak dekat meja aku. Kelas pagi tu lecture aku tunda sejam lambat sebab ada hal katanya. So kami yang dah sampai nie lepak-lepak jela dalam bilik kuliah tu. Malas nak merayap memana.haha
Masa lepak nie Mus tanya aku pasal semalam.

Mus : Semalam kau nampak apa-apa ke Ast?
Aku : Nampak apa? Patut aku yang tanya kau apa yang kau nampak semalam sampai orang panggil pun kau buat tak tau.
Mus : Kau tipu aku eh? Aku rasa macam kau nampak jer semalam kan?
Aku : Kejadah apa kau citer nie gile? Aku tak nampak apa-apa la. Kau dah kenapa?
Mus : Tak ada apa la. Aku rasa macam kau nampak apa yang aku nampak. Tapi kalau kau kata macam tu tak apa la.

Okey masa nie aku dah start pelik dengan budak sorang nie. Pehal tetiba tanya aku soalan macam tu tah. Tak ada masa aku nak menipu dia kut. Lepas class petang tu aku balik macam biasa. 2 minggu lepas tu kolej aku ada buat event pasal kemerdekaan macam tu and obiviously budak-budak kelas aku semua kena amik bahagian sekali.haha. Kami semua berkampung dekat kolej sampai pukul 1 pagi (lebih kurang). Balik tu Mus yang tolong hantar budak-budak perempuan sebab dah malam kan. Lepas tu semua tak ada transport jalan kaki jer. Mus pinjam kereta lecturer hantar kami balik. And of course la aku yang dia hantar last sekali sebab rumah aku yang hujung sekali berbanding dengan budak lain.
Lepas dia hantar aku depan pintu pagar rumah and aku pun dah pusing nak masuk dalam tiba-tiba Mus panggil aku tapi bila aku pandang dia kata tak ada apa. Hah nie lagi satu yang buat aku pelik dengan perangai budak sorang nie. Suka benau panggil lepas tu kata tak ada apa. Pening kepala aku fikir pasal budak nie tau.hishhh
Aku naik bilik lepas tu Mus masej.

Mus : Salam. Aku ingat tadi nak ajak kau lepak Mcd.
Aku : Wasalam. Lepas tu asal tak cakap tadi?
Mus : Aku tengok kau macam penat jer. Malas la aku nak ajak.
Aku : Dah tu sekarang nie kau nak pergi ke tak? Tapi tak boleh la lelama, dah malam sangat.
Mus : Aku nak ajak kau lepak makan jer. Tadi dekat kolej aku tak makan. Lagi pun ada benda aku nak cerita dekat kau nie.
Aku : Okey. Amik aku dekat rumah la. Aku tunggu dekat bawah.(rumah sewa aku teres 2 tingkat)
Mus : Okey. Kejap aku pusing balik.

Kali nie kami keluar berdua jer sebab Mus kata ada benda dia nak ceritakan. Aku dah bagitau Mat awal-awal yang aku nak keluar nie tak nak nanti ada mulut-mulut kata aku main kayu 4 5 pula. Lepas order makanan and duduk, Mus pun mula buka cerita tentang dirinya dan juga tentang apa yang terjadi semasa kami melepak di Pantai morib 2 minggu lepas.

Mus : Kau tak pelik kenapa aku tanya kau nampak ke tak masa kita dekat Morib tu Ast?
Aku : Aku pelik juga. Tak nak busybody jer. Tapi kalau nak di ikutkan aku pelik mula dari kita dekat kedai mamak lagi kut.
Mus : Kenapa dengan kedai mamak? Kedai mamak mana nie?
Aku : Kedai mamak yang kita lepak sambil tunggu budak-budak nie sampai ler.
Mus : Owh. Hah apa yang peliknya?
Aku : Aku perasan kau tengok padang sebelah kedai tu macam ada benda jer. Ada apa-apa ke dekat situ?
Mus : Hahaha. Kau perasan ke? Tak ada apa pun dekat sana. Saja aku pandang.

Masa nie aku dah buat muka toya jer sebab aku tau dia tipu aku kut. Aku tau dia nampak benda dekat situ. Mungkin dia tak nak bagitau sebab dia takut aku cuak nak balik nanti kut. Aku fikir positive jer. Malas nak buruk sangka dekat orang. Jum sambung lagi.

Aku : Hah, apa benda yang kau nak cerita nya?
Mus : Sebelum tu aku nak tanya sikit. Kau takut hantu tak Ast?
Aku : (sambil buat muka ala-ala takut + teruja, haha). Kenapa? Ada story ke?
Mus : Aku tanya kau tak jawab lagi dol. Kau takut hantu ke tak?
Aku : Hahaha. Cakap sikit nak marah. Apa la. Nak kata berani sangat tu tak ada la. Tapi kadang aku macam mencari juga. Kenapa?
Mus : Kau mencari kenapa? Tak payah cari pasal Ast. Sebenarnya aku boleh nampak benda yang orang lain tak boleh nampak. Lagi satu aku boleh baca orang.
Aku : Serius kau? Maksudnya kau boleh baca tu macam mana Mus?
Mus : Tah la. Susah aku nak terangkan. Tapi yang pasti bila aku nak baca orang aku boleh nampak tulisan keluar dekat sebelah orang tu.
Aku : Owh. Dah macam PC pula aku tengok kau baca orang nie Mus. (itu imaginasi aku jer.haha)
Mus : Hahahaha. Bongok la kau nie Ast. Boleh pulak memain. Yang kau perasan aku macam duk termenung masa dekat kedai mamak dengan dekat Morib tu sebenarnya aku nampak benda.
Aku : Apa yang kau nampak?
Mus : Dekat Morib tu aku nampak kak Ponti duduk santai dekat pokok sebelah tempat budak-budak nie bergambar. Lepas tu masa dekat mamak tu aku nampak pelaris dorang.
Aku : “Kawan” kau? Kawan mana weyh? Lepas tu aku nak tanya sikit, kau memang boleh nampak ke kau buka. (buka dekat sini bermaksud buka hijab)
Mus : Asalnya aku tak percaya benda-benda tak nyata nie. Sampai kawan aku cabar aku untuk buka hijab. End up aku buka juga hijab. Tapi tak lama pun dia buka. Katanya takut ada yang ikut balik.
Aku : Tula kau, tak ada penyakit cari penyakit. Lepastu bila masanya kau dapat anugerah baca orang pula nie?

Cerita Mus.
Aku dalam cerita nie adalah Mus.
Satu petang tu aku nak keluar pusing-pusing kampung. Aku turun bawah rumah nak amik motor, masa turun nie aku nampak mak aku dekat ampaian tengah angkat baju. Aku jerit la kata nak keluar kejap pusing-pusing kampung. Sambil duk tolak motor keluar tu aku tegur-tegur la jiran yang lalu lalang dekat jalan depan rumah nie. Tiba-tiba aku hilang keseimbangan masa bawa motor. Tak pasal-pasal aku langgar tiang ampaian yang tak bersalah tu. Masa nie kau jangan tanya la punya berpeluh aku sebab gabra langgar tiang kan.

Elok aku tengah gelabah tu aku dengar bapak aku panggil nama aku and sedar-sedar jer aku still atas motor tak gerak-gerak lagi dari tempat asal. Aku pun pelik, rasa tadi macam dah berjalan motor nie asal dekat sini lagi? Lepas aku tak sambut bapak aku tanya mak aku pulak panggil. Hah masa nie la aku nampak tulisan keluar dekat tepi mak aku. Malam tu masa aku nak tidur aku duk fikir apa benda yang aku nampak tadi sebenarnya? Asal aku nampak and yang penting masa nie aku rasa kepala aku macam nak pecah sebab nampak segala tulisan nie. Dalam aku tengah pening nie tiba-tiba aku dengar suara bertanya.

Suara : Kau pening ke?
Aku : Ha ah. Sakit kepala tengok tulisan banyak-banyak.
Suara : Nak aku tutup tulisan yang kau nampak tu?
Aku : Boleh juga.

Dan-dan lepas habis cakap nie baru aku perasan yang aku tengah bercakap dengan siapa sebenarnya? Bukan aku sorang jer ke dalam bilik nie?

Suara : Kau jangan takut. Aku cuma nak tolong kau jer.(dia boleh baca fikiran orang la kut na)
Aku : Kau siapa? Macam mana aku boleh dengar suara kau?
Suara : Aku bukan sesiapa. Aku nak berkawan dengan kau. Aku akan tolong kau tutupkan tulisan nie.
Aku : Hah tolong la tutupkan. Aku dah tak tahan pening kepala.

Lepas jer aku bagitau macam tu terus aku tak nampak dah tulisan tu semua. Disebabkan kepala aku sakit sangat aku terus tidur tanpa mempersoalkan dengan lebih lanjut tentang siapa atau apa yang bercakap dengan aku malam tu.

Itulah apa yang diberitahu kepada aku tentang dirinya. Kami pun sambung perbualan tadi. Aku dalam nie adalah diri aku (Ast).

Aku : Betul ke apa yang kau bagitau aku nie Mus?
Mus : Terpulang nak percaya atau tidak. Aku tak paksa.
Aku : (sambil tengok jam tangan) Eh, jom la balik. Dah lambat sangat nie. Kang ada yang tidur luar rumah.
Mus : Jom la. Aku pun dah mengantuk nie. Kau drive la Ast?
Aku : Hah?! Kau jangan buat hal. Aku mana ada lesen. Kereta manual pula tu. Nak tidur hospital sama-sama ke macam mana kau nie?
Mus : Hahaha. Yela-yela. Gurau jer. Kereta orang nie kut, takkan aku nak bagi kau bawa pula kan.

Selepas segala event bulan 8 dan awal bulan 9 selesai kami melalui hari mendatang seperti biasa. Dan waktu nie aku semakin faham akan keadaan Mus yang kadang kala melihat ke satu arah dengan lama sambil berdiam diri tanpa sepatah ayat atau kadang-kadang terdengar ketawa halus dari dia. Ketawa halus yang aku maksudkan nie lebih kepada senyum sinis macam tu. Masa nie juga aku dah boleh agak bila masanya Mus sedang berkomunikasi dengan hantu. Macam mana aku boleh tahu? Meh sini aku ceritakan dekat korang eh.

Satu malam nie, tiba-tiba Mus masej aku kata nak ajak lepak. Aku masa nie malas la nak keluar. So Mus kata dia nak datang rumah aku lepak depan rumah. Aku pun okey jela. Jujur aku kata tiap kali aku melepak dengan Mus topik hot mesti pasal hantu. Aku pun tak tau la nak kata macam mana. Aku suka dengar cerita pasal benda nie. Bukan apa, aku dengar untuk amik iktibar dan merangka segala macam plan andai kata apa yang diceritakan nie berlaku pada aku suatu hari nanti.

Lepak punya lepak tak sedar jam dah pukul 1 pagi. Mus cakap dekat aku dah lambat nie, dia suruh la aku masuk dalam rumah. Tapi aku punya degil nak jugak lepak lagi.haha. Tak ada la weyh, korang bayangkan kejap eh tengah sedap-sedap borak dah masuk kemuncak cerita boleh pula dia suruh aku berhenti. Tak ke mengundang angin satu badan dibuatnya? Orang kalau nak cerita biar la perabih, duk cerita setengah-setengah mana tak hangin. Betul tak? Ke aku sorang jer yang rasa macam tu?
Masa lepak malam tu aku perasan 2 benda. Pertama aku perasna yang malam tu langsung tak ada angin tapi sejuk jer. Yang kedua aku perasan Mus nie macam mencari sesuatu. Dalam waktu yang sama aku asyik tengok 2 ke 3 tempat jer sampaikan Mus pelik and tanya aku.

Mus : Kau tengok apa tu Ast?
Aku : Tak ada apa la.
Mus : Kau jangan tipu aku. Kau nampak eh?
Aku : Nampak apa? Tak ada la. Aku rasa macam ada benda jer dekat atas tangki air besar tu and dekat pokok pisang tepi simpang nie.
Mus : Hahaha. Aku dah agak dah. Aku rasa kau special la Ast.
Aku : Kenapa kau cakap macam tu?
Mus : Aku cakap macam tu sebab tempat-tempat yang kau tengok tu memang ada benda pun. Tu yang dekat atas tangki tu ada perempuan duduk betul-betul dekat hujung tangki tu. Yang dekat pokok pisang tu pulak ada benda duk tengok kita dari tadi. (boleh dia bantai gelakkan aku lepas habis cakap. Haru betul member macam nie tau). Tapi kau kata kau tak nampak kan? Special la tu.hehe
Aku : No wonder la kau cakap macam tu pun. Tapi serius aku tak nampak pun apa yang kau cakap tu. Cuma aku rasa macam ada benda jer tapi aku tak nampak.
Mus : Kau perasan tak malam nie tak ada angin?
Aku : Perasan juga. Tapi biar la. Nak hujan kut.
Mus : (sambil sengeh kerang busuk tu dia cakap) Mana ada nak hujan la.
Aku : Lepas tu kenapa?
Mus : Tah. (sambil mata dia melilau pandang kiri kanan)
Aku : Mus, kau cari apa?
Mus : Kawan aku. Tah mana dia pergi. Tadi ada dekat tangki tu.
Aku : Mana pula dia nak pergi nya? Dah tu dekat tangki tu tak ada ke?
Mus : Tadi aku suruh dia gi main jauh-jauh. Tak yah kacau aku dengan kau nak lepak dekat sini. Tapi dia tak nak pergi.
Aku : Hah, dah kau halau dia. Merajuk la tu.
Mus : Tak ada la. Ada la tu dia main dekat mana-mana. Biar la, nanti pandai la dia cari aku.
Masa dia tengah cakap-cakap dengan aku tu aku asyik duk pandang dekat bumbung rumah jiran depan nie jer. Masa nie kedudukan aku dengan Mus dah terbalik. Aku duduk atas moto Mus dan Mus duduk dekat lantai rumah sebelah. Kiranya Mus menghadap rumah depan la. Aku jer yang duk tertoleh-toleh kebelakang nak tengok bumbung rumah depan tu.
Mus : Asal kau?
Aku : Tah la. Macam ada benda. Tapi obviously aku memang tak nampak la kan.haha
Mus : Tak ada apa la tu. Mainan perasaan kau jer tu.
Aku : Mus, kau kata kau boleh baca orang kan? Jujur dengan aku, kau ada baca aku ke?
Mus : Tak ada. Aku nak menang hati kau tanpa menipu.
Aku : Hah sudah. Apa benda yang kau cakap nie?
Mus : Eh, tak ada apa-apa la.

Okey lagi sekali aku nak mintak jasa baik korang bayangkan situasi nie sekejap. Tengah kami berborak nie, tiba-tiba Mus duk pandang belakang aku lepas tu dia senyap je. Aku panggil dia 3 ke 4 kali jugak la kut, boleh dia buat tak tahu je. Elok jer aku panggil kali ke 5 macam tu terus Mus suruh aku masuk dalam rumah. Katanya dah lewat sangat, tak elok pula kalau orang nampak nanti (padahal aku tau ada benda dia tak cerita lagi tu). Sebelum nak tutup pintu, aku ada dengar Mus cakap sesuatu tapi tak jelas. Jadi aku bukak la pintu balik aku tanya apa benda yang dia tanya tadi. Boleh dia gelak-gelak lepas tu cakap tak ada apa. Uihh budak sorang nie memang suka menguji aku tau. Haihhh.

Malam kejadian nie memang aku tidur bilik Qis sebab Qis tidur sorang. Aku tidur katil kosong sebelah pintu tandas. Berhadapan dengan aku suiz lampu tandas tau and aku sure gila memang tak ada apa dekat suiz lampu tu. Bila aku dah mamai gila masa nak pusing menghadap dinding masa tu la aku nampak mata merah tengah pandang aku. Terkejut kejap terus aku pandang balik sambil buka mata besar-besar. WHAAATTTTTT.!!!! Dah tak ada weyh? Lepas tu aku buat apa? Aku tidur balik la. Mata dah tak larat lagi nak buka dengan kelas pagi esoknya tu.haha

Esok tu dekat kelas macam biasa la, Mus datang bertepek dekat sebelah aku. Duk borak pasal assignment yang nak kena hantar minggu nie. Tengah duk syok borak tu Mus tanya aku pasal semalam.

Mus : Weyh, semalam tidur lena tak?
Aku : Huh? Boleh la, sejuk kut. Hujan ke malam tadi?
Mus : Mana datangnya hujan kau. Tak ada kena kacau ke semalam?
Aku : Hurmmm kau dah sebut nie aku teringat pulak masa nak tidur semalam aku nampak macam mata warna merah menyala.
Mus : Hahaha (tiba-tiba jer gelak. Aku rasa budak nie ada masalah otak kut.haha). Padan muka kau, semalam aku suruh tutup pintu kau bukak balik kenapa?
Aku : Kau gelak kenapa? Dah aku dengar kau cakap sesuatu aku bukak la balik pintunya. Mana kau tau aku kena kacau semalam?
Mus : Kau tak rasa ada angin ke masa kau bukak balik pintu?
Aku : Hmmmm. Rasa. Bukan angin biasa ke tu?
Mus : Malam tadi kan tak ada angin? Semalam kau perasan tak masa aku pandang belakang kau tu? Sebenarnya aku nampak gula-gula.
Aku : Aku tau kau nampak benda malam tu sebab tu jugak aku panggil kau banyak kali nak alihkan perhatian kau. Cuba cerita sikit pasal malam tadi.

Cerita Mus.
Aku dalam cerita nie adalah Mus.
Masa kau duk tengok bumbung rumah depan tu memang tengah kebetulan masa tu ada gula-gula tengah berdiri tegak dekat situ. Dia perasan kau duk pandang dia tu yang dia datang dekat dengan kita. Tengah kau bercakap dengan aku tu dia berdiri betul-betul separas kepala kau. Aku perhati nampak macam dia nak kacau kau, so aku dengan budimannya cakap dengan dia.

Aku : Jangan la kacau budak nie. Kalau kau nak kacau, kacau aku jer.
Gula-gula : Kenapa aku tak boleh kacau dia? Aku nak kacau dia.
Aku : Tak payah lah. Kau kacau aku jer. Budak nie tak nampak kau pun.
Gula-gula : Tak nak aku nak kacau dia jugak. (dia cakap nie sambil gelak mengekek)
Aku : Ikut kau la. Jangan duk sakat dia sangat. (sambil senyum sinis)

Tamat……

Mus : Sebab tu aku suruh kau masuk semalam.haha
Aku : Hahaha. Lepastu yang semalam aku nampak tu dia la?
Mus : Ha ah. Dia la tu.
Aku : Cis.! Selamat aku nampak mata dia jer. Kalau tak maunya aku pengsan tak bangun pergi kelas pagi nie. Aku nak tanya kau sikit, aku penah dengar cerita benda nie ada dua warna. Betul ke?
Mus : Ha ah. Warna hitam dengan putih. Biasanya warna putih nie yang biasa-biasa jer. Kalau warna hitam nie kalau tak silap bertuan (tolong betulkan kalau aku salah). Tapi yang kau kena tahu hitam ke putih ke semua tu mainan iblis jer. Tak payah nak pening kepala fikir.
Aku : Owh. Faham-faham.
Mus : Aku ada lagi satu benda nak tanya kau. Kau ada penjaga ke?
Aku : Huh? Tak ada. Kenapa?
Mus : Kau ada keturunan bugis kan?
Aku : Mana kau tahu? (Untuk pengetahuan aku memang ada keturunan bugis sebelah ayah. Tapi aku tak cerita dengan sesiapa. Lagipun dah jauh gila d***h bugisnya.haha)
Mus : Hehe (sinis gila aku dengar masa nie. Rasa nak cepuk jer budak sorang nie tau). Aku rasa kau ada penjaga. Kau tak kan tak tahu kut?
Aku : Hmmm. Sebenarnya aku dah lama nak tanya benda nie tapi aku tak tahu nak tanya dekat siapa. Memandangkan kau dah tanya nie, apa kata kalau kau jer yang bagitahu aku.
Mus : Okey, sebelum tu aku ada beberapa soalan. Yang pertama, sebenarnya kau nampak ke tak benda-benda ghaib nie? Yang kedua, selama kau hidup nie kau tak ada rasa apa-apa yang lain daripada yang lain ke?
Aku : Yang pertama, aku memang tak nampak langsung benda-benda berkaitan dengan alam ghaib nie. Yang kedua, so far tak ada apa. Cuma kadang-kadang kalau aku ada masalah dengan somebody tapi bila balik rumah jer aku terus cool down. Esok tu kalau jumpa mesti dah okay macam tak ada apa yang berlaku semalam.
Mus : Hurmm. Aku dah agak dah. Kau nie sebenarnya ada yang jaga.
Aku : Tah la. Siapa yang punya?
Mus : Aku tak boleh cakap. Dia marah kalau aku bagitahu kau. Mata kau nie pun aku rasa sampai masa nanti kau boleh nampak.
Aku : Hah nie la sebabnya. Apasal pula tak boleh cakap? Elok jer aku tengok kau bercakap sekarang nie?
Mus : Kau nie kan, benda macam nie pun nak buat main kan? Dia kata nanti sampai masa kau akan tahu juga.
Aku : Kau tak cakap pun aku rasa aku tau dah. Tak apa la, aku pun malas nak fikir sangat benda nie. Tak mendatangkan faedah pape pun.huhu

Begitu la apa yang Mus bagitahu aku pasal diri aku. Aku sebenarnya dah lama rasa cuma aku buat tak reti jer. Lagi pun aku tak ada sesiapa yang boleh tolong terangkan pasal benda nie semua. Kalau diikutkan bapa aku ada juga cerita pasal benda nie, tapi lebih kepada diri dia la. Dan of course ada kejadian-kejadian pelik yang berlaku dengan mereka yang boleh melihat, mendengar dan bercakap dengan benda nie.huhu

Nanti ada masa lapang lagi aku cerita sikit pasal bapa aku nie. Maaf cerita lambat, tak seram dan berbelit-belit. Aku menaip nie pun dekat office. Buat benda tak elokkan memang banyak halangannya.hehe. Terima kasih bebanyak dekat admin FS sebab layan karenah aku yang bukan-bukan nie dan terima kasih juga dekat pembaca sebab luangkan masa baca cerita aku nie. Semua komen aku terima dengan hati terbuka. Hak masing-masing nak kata, apa yang penting korang semua bahagia dunia akhirat hendaknya. Aminnnn.
Hingga bertemu lagi.
Akhirulsalam dari Astrophile.
Assalammualaikum.

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 2 Average: 5]

9 thoughts on “#Astrophile : Siapa Aku”

  1. Cerita menarik tapi kene betul2 fahamkan sebab (korang baca la sendiri)gigih aku baca balik dr mula(gurauan manja 1&2) nak betul2 phm punya pasal.(kategori cerita Berat dan berbelit tapi bersesuaian dengan tajuk who r u) Diharap sambungan kisah ini atau pun endingnya memuaskan.(ingat cerita movie melayu ka)hahahah .apapepun tahniah & Teruskan penulisan anda”

    Reply
  2. Sma mcm sy. Ada susur galur bugis dan minang. N sy boleh merasa benda yg org xleh rasa. Sma mcm awk. Tp sy mmg xboleh nmpk bnda2 tu la. Alhamdulillah huhu

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.