Asyik Kena Je

Salam fiksyen shasha. Boleh paparkan cerita saya. Terima kasih fiksyen syasya kerana siarkan cerita saya. Nama saya “S”. Saya sebenarnya ada banyak pengalaman seram. Ni adalah salah satunya.  Cerita ini berlaku di rumas sewa saya. Masa kejadian berlaku, saya tinggal seorang dirumah sewa dua tingkat. Rumah tersebut ada 4 bilik, 3 bilik air. Memang besarlah rumah tu. Pada waktu kejadian, belum ada lagi penyewa bilik yang masuk. Penyewa bilik sebelum ini telah berpindah dan tinggallah saya seorang. Di sekeliling rumah saya memang ada jiran-jiran tetapi kebanyakkan non-muslim dan banyak anjing yang dibela dan anjing liar berkeliaran di kawasan tersebut. Maafkan saya sebab introduction sedikit panjang, mungkin tiada kena mengena langsung dengan cerita ni.

 

Ceritanya begini, saya memang selalu di ‘kacau’ oleh ‘benda-benda’ halus, ada sebabnya. Tapi kalau saya cerita memang boleh buat novel seram dan skrip untuk cerita di panggung dengan sambungan part 1, 2, 3, 4. Hahahaha. Panjang la pula isi nombor 1. Okeh. Cerita begini. Waktu tu saya memang dah kena ganggu ‘benda halus’ disebabkan oleh pelaris di kedai makan. Macam mana saya tahu, nanti saya cerita di part 2 kalau ada permintaan yang tinggi dan share yang banyak. Hahaha. Seperti biasa jika kena ‘kacau’ memang saya akan tidur pasang ayat ruqyah di laptop kerana memudahkan saya tidur. Malam tu macam biasa saya pasang surah ruqyah tetapi malang sekali saya tidak on plug. Haha padam muka. Dalam mimpi. Ha, yang ini memang biasa kena. Kalau kena ‘kacau’ memang ‘benda’ tu akan masuk juga dalam mimpi. Mimpi saya masa tu ada di kawasan sekolah. Sekolah tu 3 tingkat dan ada tangga di hujung sebelah kiri dan kanan. Memang saya ingat sampai m**i mimpi tu walau dah 3 tahun menda ni berlaku. Waktu tu saya ada di tingkat bawah sekali dan di tengah-tengah antara dua tangga. Tempat tu macam kawasan lapang. Masa berada di situ, saya ternampak lembaga lelaki di tingkat dua dan lembaga perempuan di hujung tangga sebelah kanan. Kedua lembaga tu senyum lebar lain macam. Kalau kita senyum lebar pun paling kurang rupa macam kambing busuk. Tapi lembaga tu senyum dia macam mulut joker cerita batman. Bila saya cuba bergerak, yang lelaki tu lari dengan laju turun sebelah tangga kiri dan yang perempuan tu pun turut bergerak sama. Dua lembaga tu berlari ke arah saya. Saya pun apa lagi cuba melarikan diri tapi malangnya mereka amat laju macam anjing bolt. Akhirnya kena kepung. Kedua-dua lembaga tu rupa tidak menakutkan tapi yang saya benci senyumanya itu. Bila saya melangkah satu tapak kebelakang, mereka pun pegang saya. Yang lelaki pegang tangan kiri fan yang perempuan pegang tangan kanan. Kami macam main tarik-tarik dah. Saya masih ingat lagi senyuman tu masa main tarik-tarik. Bila dah agak lama main tarik-tarik, saya pun terjaga dari tidur.

 

Yang membuatkan saya seram sikit ja, saya tengok tangan saya bergerak macam main tarik-tarik dalam mimpi. Lepas tu, jeng. Jeng. Jeng. Saya perasan ada tangan yang pegang tangan kiri dan kanan. Tanpa melengahkan masa, saya tengok ke depan dan memang dua makhluk tu ada di depan dengan senyum jokernya tu. Dalam keadaan tu, saya cuba tarik tangan tapi makhluk tu tarik lagi tangan saya. Penat rasanya main tarik-tarik, saya pun apa lagi dengan sekuat tenaga tarik tangan dengan laju. Orang terengganu panggil ‘senjoh’. Nasib saya terlepas tangan dari makhluk tersebut. Tiba-tiba keduanya beransur hilang. Saya dalam keadaan macam tu macam ‘blur’ sedikit. Bila dah agak macam okeh, saya tengok laptop dah gelap. Dalah hati, padam muka sebab tidak on plug. Dan masa tu juga memang bunyi anjing rumah jiran dan anjing liar di kawasan tu menyahut ‘wuuuu wuuuu wuuuu’. Bila tengok jam menunjukkan pukul 3 pagi. Saya pun sambung balik tidur dengan iringan ayat ruqyah lepas on balik plug. Keesokan paginya, badan memang sakit-sakit dan memang saya tahu perlu cari orang untuk berubat. Apa yang berlaku memang saya akan usahakan sendiri untuk berubat. Itu sahaja cerita saya. Kalau nak tahu mengapa, bagaimana, bila, dan macam-macam lagi perkara yang seram berlaku pada saya, silalah share dan like banyak-banyak cerita saya. Terima kasih.

 

:Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Rating Pembaca
[Total: 13 Average: 4.8]

2 thoughts on “Asyik Kena Je”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.