ATUK DAH BANGUN

Assalamualaikum. Terima kasih admin kerana sudi menyiarkan cerita aku. Nama aku Liya dan ni kali pertama aku rasa terjebak nak share walaupun aku rasa tak la seram mana pun. Cerita ni dah agak lama sebab masa tu aku baru masuk form 1 dan sekarang, aku adalah mak anak dua. Hehe.

2001

Tahun ni adalah di mana tahun arwah atuk aku meninggal. Disebabkan aku ni duk asrama, jadi aku tak berada di samping keluarga aku waktu tu. Aku hanya dijemput oleh ayah waktu arwah sudah pergi.

Alhamdulillah segala urusan pengebumian berjalan lancar walaupun aku tak sempat menatap wajah arwah buat kali terakhir. Aku nak kata rapat sangat dengan atuk nenek aku ni tak jugak, tapi aku selalu dimanjakan sebab aku ni cucu sulong dalam family belah ayah aku. Cucu sulong kan, nak apa sume dapat, x pernah kene marah pulak tu, huhu.

Rumah atuk aku ni adalah rumah kayu dua tingkat di mana sambungan dapur kat belakang adalah batu. Sebelum atuk aku meninggal, sempat la dia renovate sikit besarkan dapur dan tambah satu bilik yang agak luas. Dalam bilik tu, siap ada toilet dan ruang tuk amik wudhuk pakej sekali dengan saluran air ke tandas. Arwah atuk aku pernah cakap, bilik ni bilik atuk dan juga bilik khas tuk mandikan jenazah. Jadi, takdelah susah2 nak halang dengan langsir apa bagai.

Nak dijadikan cerita, family ayah aku buat kenduri tuk arwah 3 malam berturut-turut. 3 hari jugak la aku ponteng sekolah haha. Dan sambung lagi buat bacaan tahlil pada hari yang ketujuh. Pernah dengar tak orang tua2 dulu selalu cakap, roh yang pergi akan datang melawat anak2 cucu dia pada hari ketujuh? Pernah tak? Aku masa memula tak percaya. Tapi, kejadian malam yang akan aku share ni buat aku rasa nak percaya. Haaa.

Selesai je bacaan tahlil malam ketujuh, ramai jugak la mak2 sedara n sepupu sepapat yang tido kat rumah tu. Sepupu yang besar2 taraf umur aku ni x ramai pun, yang ramai yang kecik2 je. Yang besar hanyalah aku, adik aku, sepupu aku yang dipanggil Along dan Mira. Dalam kalangan sepupu, aku dipanggil kakak.. Yela, yang sulong kan. Waktu kecik2 dulu, kitorang kalau lama xjumpa, kitorang akan bantai tido depan tv ramai2 xkiralah perempuan ke laki ke. Masa kecik2 jela, sekarang ni takla.

Masa terus berlalu, dan aku tak berapa ingat dah waktu tu dah pukul berapa. Yang penting, sume dah tido waktu tu. Tetiba, sepupu aku yang kecik sorang ni tiba2 bangun cakap nk kencing. Sarah, kalau xsilap aku dia baru 3 tahun tapi mulut becak kalah orang tua. Ahh sudah, dia minta aku temankan dia pergi tandas sebab nak kencing. Dalam malas2 aku temankan la juga, karang buatnya dia kencing atas toto tak pasal2 aku yang kene marah nanti sebab tak temankan dia. Nak ke tandas dapur, terpaksa buka kunci yang pisahkan dapur basah tu dan lagi satu, aku tak tau kunci tu kat mana. Nak tak nak, aku ajak je dia pergi tandas yang kat dalam bilik atuk aku tu. Nenek aku pulak, selepas arwah dah pergi, dia tak nak tido dalam bilik.

Ntah kenapa, memang aku masa mula2 tak da fikir takut ke apa hanya nak temankan si Sarah ni je. Buka je pintu bilik, aku rasa macam hembusan angin yang sangat sejuk macam kat Cameron. Aku tak fikir apa lagi, tapi…

Sarah tiba-tiba cakap, “Kakak, atuk dah bangun!”. Aku ni terus jerkah dia.

“Mana ada atuk la”.

“Tu. Atuk. Atuk kat tingkap tu”.

Aku terus pandang tingkap tapi nasib baik aku ni jenis hijab tertutup. Tak ada apa pun kt situ. Aku cuba tuk jadi cool, tapi Sarah pergi tanya pulak…

“Atuk nak pergi mana?”.

Lantak ko la Sarah, aku tinggal kan je dia tercengang2 depan pintu. Aku lari, terus kejut Mira dan adik aku. Minta diaorang temankan sekali pergi tandas. Mengantuk tak mengantuk, 2 orang tu aku heret tuk temankan Sarah. Selesai je urusan tandas, aku suruh Sarah tido jangan nak merepek macam2. Aku siap warning lagi, kalau dia nak merepek, jangan tido kat tempat kitaorang, pergi tido kat mak dia. Tapi dia tak nak. Budak Sarah ni memang kecik2 jenis banyak mulut dan tak takut dengan orang. Dah besar anak dara ni, pendiam la plak. Hahah.

Bila balik rumah kami selepas itu, aku cerita kat mak apa yang berlaku. Mak aku cool je, cakap “Budak2 kecik kan boleh nampak. Atuk datang tengok la tu”. Aku masa tu nak marah pun ada dekat mak. Tapi, kenapa pula aku nak marahkan? Mungkin waktu tu aku xpuas hati sebab xnampak ke apa. Ntahla….

Sekian, dari aku.
Terima kasih kerana sudi baca walaupun tak seram mana.

Liya

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 2]

12 thoughts on “ATUK DAH BANGUN”

  1. Mungkin jin karin atuk kau yg dtg tgk,. Sbb aku prnah dgr ustaz ckp, roh org mningal x kan dtg mlawat dh. Msa tu, rohnya hanya brurusan dgn Allah. Stiap kita smua ada qarin. Qarin la yg slalu mnjelma jd kita. Aku prnah tgk satu vdeo. Di mana ada jin jtuh cinta dgn qarin org tu. Jd jin tu nk bnuh org tu spya dia blh brsama dgn qarin org tu bila mnusia tu m**i.

    Reply
    • Betul, saya setuju… Sebab setahu saya roh org yang meninggal dah diangkat ke langit, x turun2 lagi merayau2… Jadi mungkin tu adalah qareen dia sebenarnya… Tapi orang kita suka confuse bab2 ni.

      Reply
  2. bukan buat tahlil 3 hari je ke??
    7 tu langkah dari kubur malaikat akan solat si m**i

    aku rase ko salah ni…
    rajin2 la baca sesungguhnya membaca itu tiang ilmu…

    takde la ko cakap merepek sampai tahlil 7 hari =) hahaha

    Reply
    • Tahlil ni bukan dimestikan berapa2 hari pun..suka hati ko lah nak buat berapa hari pun..3 hari..7 hari 100 hari..ikut kemampuan keluarga arwah la mcm mana.tu cuma bacaan zikir..niat nak sedekah pahala kpd simati..nak bersedekah dgn menjamu jiran tetangga n sdra mara..xbuat pun tak dosa..ko tu yg patut banyak baca…jgn ikut2 yg ‘adat’ sahaja. Org buat kita pun buat..tapi diri sendiri tak pasti apa tujuan sebenar tahlil..

      Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.