Atuk

Assalammualaiku admin dan pembaca FS. Aku nak citer pengalaman seram aku masa aku darjah 6, Sorry kalau citer aku ni tak berape seram or panjang bagi pembaca FS. Just nak share pengalaman aku.

12 April 2015. Masa tu aku baru balik dari sekolah, aku telfon ayah aku gune public phone then ayah kate “ Ayah amik along lambat sikit, tengah otw nk amik atuk.” Kira-kira 1 jam gak aku tunggu, akhirnya ayah aku sampai gak. Ayah aku hantar atuk kat rumah sebelum amik aku. Masa perjalanan balik rumah tu ayah aku sempat pesan “ Jangan dekat sangat ngan atuk along tu, bulan lepas orang sekitar rumah atuk kata ada orang buang saka kat rumah atuk walaupun atuk tak terima, kalau ada bau macam sampah pon abaikan.” Aku feeling like Why?!! Time dah sampai rumah tu aku salam la atuk .

Tetibe atuk aku pandang aku lain macam ,atuk ni nak bagi aku saka ke apa? Desis hati aku, tah kenape tah mulut aku ni masin sangat. Biasanya atuk aku akan tidor dalam bilik adik aku, maklum la adik aku tu penakut, hias bilik dia cantik-cantik tapi tak pernah tidor dalam bilik tu so bilik tu dijadikan sebagai tempat untuk tetamu ,biasanya atuk yang slalu datang haha.

Malam tu kira-kira pukul 1 pagi, aku gi dapur nak amik air. Tekak rasa haus lak. Aku slalu tidor lambat,chat ngan member-member (esok bangun lambat haha) Time nak amik air tu tetibe ada bau tengik giler, Ya Allah,busuk sangat. Aku pon cepat-cepat masuk bilik. Dalam 10 minit cam tu tetibe aku dengar atuk cakap-cakap,tak tau ngan sape. Kalau ikut kan tadi masa aku amik air,sume family aku dah tidor (kecuali aku) .

Aku pon pasang ear phone aku kuat-kuat ,tapi makin aku kuat kan volume ear phone makin jelas suara atuk, aku pon selubung diri aku dengan selimut, lantak la berpeluh-peluh, asalkan aku tak dengar apa yang atuk aku cakap. Bau tengik tu tetibe datang lagi, aku rasa setiap minit bau tu makin kuat. Dalam 2 minit lepas bau tengik tu, suara atuk berhenti ,aku pikir atuk dah tidor. Tetibe ada bunyi orang berjalan ke bilik aku “ tap tap tap” hati aku dah berdebar-debar time tu, sape lak jalan kat luar tengah-tengah malam ni, takkan atuk kot? Atuk mana boleh jalan,ngesot boleh la, desis hati aku. Bunyi tapak kaki tu makin lama makin dekat dengan bilik aku, dalam berberapa minit bunyi tapak kaki tu berhenti..

“Haiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii” ada suara berbisik kat telinga aku. Aku terus bukak ayat al quran kat ear phone aku kuat-kuat,sampai volume paling tinggi pon aku tak kisah asalkan takde orang bisik kat telinga aku. Mulut aku terkumat kamit dengan zikir, time tu hanya Allah yang tahu perasaan aku. Dalam 5 minit cam tu, aku memberanikan diri untuk buka mata, tengok sekeliling bilik, syukur takde apa apa sampai la aku tengok kat pintu bilik aku. Tak berkunci.

Tak silap aku, aku dah kunci awal-awal lepas dah amik air kat dapur. Aku pon pejam la mata aku rapat-rapat ,tah bile aku terlena aku pon tak tau. Hari esoknya aku demam, tak jadi datang sekolah. Semua sebab ada hantu gi sebut hai kat telinga aku. Time tu harapan aku supaya tak kene ganggu lagi lepas ni.

Malam tu aku still tidor lambat, sebab tak leh tidor.. Masa aku cuba nak lelap mata tetibe atuk jerit. Macam nak tercabut jantung aku, terkejut punya pasal. Aku pun cuba la berdiri nak ke bilik atuk walaupun kepala aku sakit sangat (demam tak baik lagi), bila aku gi bilik atuk aku, aku Tanya la “asal jerit malam-malam pekak ni tuk?” atuk langsung takda respon, tapi mata terbeliak tengok syiling macam nampak hantu. Tak sangka family aku tak perasan atuk jerit, lena sangat la kot. Aku pun masuk balik bilik then cuba tidor balik. Dah lena sampai pukul 4 pagi tetibe atuk jerit lagi ,nasib masa tu ibu terbangun.

Bila aku gi bilik atuk, aku nampak ibu tengah baca ayat-ayat al quran kat atuk. Ibu suruh aku tutup tingkap yang terbuka kat bilik atuk. Pelik, sejak bila atuk pandai bukak tingkap bilik ? Bila aku nak tutup, aku nampak satu kelibat tengah duduk atas tembok depan rumah. Dah la aku demam patu nampak bende bukan-bukan. Berderau d***h aku tengok kelibat tu, dah la bole senyum kat aku. Aku jerit dan terus peluk ibu, menggigil lutut aku tengok kelibat tu. Ibu kata esok ibu nak panggil ustaz, bantu atuk dengan saka yang orang bawa ni.

Esok nya seorang ustaz yang menggelarkan dirinya ustaz Faizal datang rumah aku. (Demam aku makin teruk), ustaz tu pun kandangkan rumah dengan ayat kursi, ustaz kata kena mandikan atuk dengan air limau ,baju-baju atuk yang dah pakai sume kene balut then buang dalam laut. Ustaz letak garam keliling rumah,termasuk dekat atuk. Ustaz juga bagi aku air yassin. Ustaz tu kata “ saka tu takkan ganggu dah kalau letak garam dan kandangkan keliling rumah ” satu family aku seram dengar perkataan ‘ganggu’ .Lepas ustaz tu ubatkan atuk, alhamdullillah atuk dah makin sihat, aku pun pulih sepenuhnya selepas 2 hari, gangguan pon dah tak da.

Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]
Nurul Syuhadah

2 thoughts on “Atuk”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.