AYIE DAN ASNAF

4 Disember 2022

Ayie masih bujang. Adik beradik lain semua dah kahwin. Tinggal dia je kat rumah jaga mak. Bila-bila ada masa free Ayie suka scroll tengok promosi tiket flight murah sebab dia suka travel. Biasanya memang dia akan travel seorang. Kadang-kadang jelah secara group. Faham-faham jelah kalau plan dalam group biasanya hujung-hujung tinggal seorang dua je yang jadi turut serta.

Hari tu Ayie dapat tiket murah ke Langkawi, sekitar RM50 je pergi balik. Flightnya dalam pukul 1 tengahari. Awal-awal lagi dia dah terpacak kat KLIA2. Waktu tu ramai budak kecik yang travel dengan ibubapa masing-masing. Ada yang masih bayi, tapi ramai yang umur sekitar 2 ke 6 tahun. Mungkin sebab harga promosi dan tak nak clash dengan orang cuti sekolah nanti.

Kat airport, sampai masanya Ayie keluar dari balai berlepas, berjalan naik ke kapal terbang. Waktu ramai-ramai berjalan ke kapal terbang tu ada sorang budak dok melalak… menangis sungguh-sungguh. Ayie fikir, biasa la budak-budak kan.

Ayie tak perasan pulak budak yang mana satu, sebab ramai kan, takkan nak tengok satu-satu kot… tapi dari suaranya Ayie rasa budak yang menangis tu mungkin dalam umur 2 ke 3 tahun.

Lepas Ayie dah masuk kapal terbang sampailah semua penumpang dah duduk di seat masing-masing, budak tadi masih dok menangis. Bunyi menangis tu selang banyak baris jugak di belakang seat Ayie.

Dari balai berlepas hingga semua penumpang dah duduk kat seat masing-masing tu ada la sekitar 20 hingga 30 minit. Sepanjang masa tu jugak lah budak tu masih menangis dan tak ada tanda-tanda akan reda.

Masa tu Ayie dah agak, mesti ada ‘mek’ yang kacau budak tu. ‘Mek’ tu adalah gelaran yang saya bagi pada cetan-cetan yang mengganggu sebab boleh dikatakan hampir 98.3% yang saya tarik adalah dari spesis kak limah. Dalam beratus kes cetan tak bertuan, setakat ni hanya sekor dari spesis bantal peluk yang saya jumpa.

Kesian dengan mak ayah budak tu, di samping tangisan tu agak mengganggu penumpang-penumpang lain, Ayie cuba praktikkan ilmu yang saya ajar. Dia bantai dan halau mek tu. Dalam beberapa detik lepas tu budak tu dah berhenti menangis. Alhamdulillah.

Bila flight dah berlepas, waktu tengah melayan perasaan sambil tengok awan gemawan dan keindahan alam ciptaan Yang Maha Kuasa, mata Ayie rasa berat. Hari tu kan bangun awal sebab nak bersiap pergi ke airport.

Waktu tengah lalai nak terlelap tu, datang satu lembaga hitam menerjah ke arahnya. Masa tu jugak Ayie terkejut dan buka matanya kembali, terbantut dia nak tidur.

Flight KL ke Langkawi tak ada la lama sangat, jadi tak ada masalah untuk Ayie tahan mata sekejap. Sampai ke Langkawi, Ayie check in di area Pantai Cenang. Lepas dah sudah round pantai dia wasap dan lepas tu berbual via phone call dengan saya dan ceritakan semua kejadian atas flight tadi.

Lepas dua malam berikitnya baru saya ada masa untuk cuba tengok kot-kot mek tu masih ikut Ayie. Kebiasaannya jarang ada cetan yang tahan bila kena tibai, tapi jarang-jarang ada jugak yang jenis ketegaq sanggup tahan sakit sebab marah atau sayang nak tinggalkan orang yang dia kacau.

Dia dah datang saya tanya dia;

“Kau kacau budak tu kan?”

“Aah aku yang kacau… aku geram kat dia”

“Mesti sebab budak tu shomel kan?”

“Aah.. macam aku shomel”

Mmm.. dah mai dah perasan dia tu.

“Kau kacau Ayie lepas tu kan.. sebab tibai kau?”

“Mana kau tau?”

“Ayie la bagitau. Kau tak ikut Ayie balik umah pulak?”

“Tak naklah.. nanti kena lagi”

“Tau pun takut. Pastu kau jadi gelandangan la ye?”

“Aah.. kau kena derma kat aku sebab jadi gelandangan. Aku dah jadi asnaf”

“Asnaf kunun.. 😅

Tak terpikir pulak dia nak sebut perkataan asnaf tu… boleh tahan loyar buruk dia ni.

“Kejap lagi kau dapat la rumah. Takde cetan ke ikut Ayie balik dari Langkawi?”

“Takde”

Lepas syahadahkan saya lepaskan dia pergi. Saya tanya mek tu pasal ada ke tak cetan yang ikut Ayie balik dari Langkawi sebab sebelum ni tiap kali travel, mesti ada ‘awek’ yang Ayie bawak balik. Masa pergi ke Semporna, lepas tu Ipoh dan entah mana lagi saya tak ingat selalunya pegi sorang balik berdua.. 😊

Kalau tak dibuang, mula la lepas tu Ayie akan mimpi momok atau ada kejadian pelik-pelik kat rumah dia. Sejarah keluarga Ayie memang ada gangguan yang tahap teruk sebab melibatkan saka belaan keturunan terdahulu dan cetan hantaran orang, sebab tu lah cetan tempat-tempat yang dia pergi suka menempel kat Ayie.

Sekarang ni pun kadang-kadang masih ada gangguan pada Ayie, tapi tak ada la teruk macam dulu. Atas sebab yang sama saya ajar Ayie cara tibai cetan tu supaya kalau ada apa-apa jadi dia boleh handle sendiri.

Saya cuma backup yang mana perlu je. Harap makin kuranglah gangguan pada Ayie selepas ni.

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 47 Average: 4.6]

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.