AYU

Salam semua. Mesti di antara kita semua ini pernah rasa apa itu cinta dan dicintai. Orang kata cinta pertama itu, cinta yang paling payah dilupakan. Aku seorang lelaki, hujung tahun ni genap umur aku 27 tahun. Bermula dari umur aku kecil sampai lah 20 tahun, aku belum pernah lagi berhubungan dan berkongsi kekasih sayang dengan gadis pilihan. Hinggalah aku mencapai Usia 24 Tahun. Waktu itu kali pertama aku rasa yang aku jatuh cinta dengan gadis ini, dan ingin lebih dari sekadar kawan (walhal kami tak pernah berbual pun). Sebenarnya wanita tersebut pernah berkahwin dan bercerai. Umurnya pun mencapai 30 tahun. Ini pun disebabkan gossip2 liar sekitar ofis. Kami tak pernah bertegur sapa di sebabkan berlainan department. Takkan lah aku nak redah masuk department dia dan cakap hai gitu. Hari demi hari kalau berjumpa pun dekat lif atau waktu balik.

Sampai lah satu hari, Hujan lebat. Aku ni naik motor jadi nak balik aku kena tunggu lah hujan slow. Haritu pulak aku tak bawa baju hujan. Down jugalah aku waktu tu sebab aku ada hal malam tu. Jam aku check dah nak dekat pukul 7. Datang lah wanita idaman ni keluar dari ofis. Aku tunduk kepala dan senyum pandang dia. Dia pun balas senyum.

“Lebat hujan harini”, Ujar wanita tadi atau nama dia Ayu.

“Hujan macam ni biasa sampai malam”, Balas aku dengan tenang.

“Betul juga tu. Nak kongsi payung ke kereta tak?”, Soal Ayu.

Aku gembira dan excited sekejap tapi aku masih tenang.

“Eh saya naik motor, takpelah Cik Ayu balik lah dulu”. Dalam 5 minit lepastu Ayu ni pun balik. Waktu dia lalu depan aku ni aku tercium satu haruman. Mungkin perfume dia yang wangi betul.

Bau tersebut kuat, tajam dan menenangkan. Aku pandanglah Ayu di sebalik hujan lebat di bawah lindungan payung. Tiba-tiba aku jadi pelik.

“Eh apasal lain pula, bukan sepatutnya tadi cik Ayu pakai baju warna purple ke”, aku bermonolog.

Hairan aku, yang tadinya purple tiba tiba jadi berwarna hitam. Dan rambut Ayu yang tadinya pendek tiba-tiba kelihatan panjang. Tiba-tiba Ayu ni dia berhenti tengah hujan. Dari gerak badan aku teka yang dia hendak tolek ke arah aku. Hati aku memang dah rasa tak sedap. Tapi belum sempat menoleh azan dari masjid berdekatan berkumadang. Aku pun hilang fokus ke cik Ayu dan menoleh ke arah kubah masjid. Bila aku alih pandangan aku lihat cik Ayu dah di dalam kereta dan keluar dari kawasan parking.

Dalam pukul 8 baru aku bergerak balik. Hujan masih tak berhenti cuma dah sedikit rintik. Sampai rumah aku mandi. Dan pukul 9 aku keluar jumpa kawan aku yang datang dari jauh. Tengah syok sembang. Yang kawan aku ni dia dah kahwin. Dia tanya aku bila nak kahwin, aku jawab yang aku ni masih muda. Sebelum tu, kawan aku ni ada kelebihan. Dia ni boleh scan tubuh badan orang dan tahu sama ada dihuni makhluk halus atau kena ganggu. Ayah dia ni pula seorang Ustadz yang selalu rukyah orang. Kawan aku ni nama dia Mustafa. Dulu dia pernah rukiahkan housemate kami waktu belajar dulu. Jadi tengah sembang pasal kahwin ni tanya aku.

“Ayu tu siapa?”, ujar mus secara spontan.

“Eh, Ayu? macam mana kau tahu nama dia?”, Tanya aku agak kehairanan.

“Tiba-tiba aku tersebut. Kekasih kau ke tu?”, Soal mus lagi.

Aku dah seram pula macam mana dia tahu si Ayu ni. Jadi aku explain lah dekat mus ni yang aku ni suka Ayu tapi kami jarang berbual. Mus hanya jawab oh sahaja. Dia tanya aku kenapa aku suka dekat Ayu ni. Lawa? Ye Ayu memang lawa. Menarik? Ye menarik, tak cukup hanya setakat pandang sekali. Dalam pukul 10 tu Mus pun gerak. Dia kasitahu aku kalau ada apa apa hal call lah dia. Dia ada seminggu dekat sini. Aku iyakan je lah. Waktu otw balik tengah berhenti dekat traffic light ni aku pelik juga kawasan tu sunyi. Biasanya banyak kereta. Baru pukul 10.

Jadi tengah aku tunggu ni, tiba-tiba bibir aku tersebut nama “AYU”. Terus hujan lebat dengan tidak semena-mena. Terkejut aku. Habis basah. Malam tu pula aku bawa helmet yang tak ada visor. Menangis aku kena cucukan air hujan. Aku berhenti dekat satu bus stop ni. Dekat situ kosong tak de orang. Jadi aku perhatilah kereta lalu lalang. Sampai lah tiba tiba aku nampak macam ada wanita pakai payung duduk dekat sebelah aku. Tapi aku nampak guna hujung mata aku. Tak berani nak toleh habis. Aku tenangkan diri dulu dalam 10 minit baru aku toleh. Tengok tak de orang. Dalam masa yang sama ada satu motor ni datang berhenti dekat bus stop situ juga.

“Lebat pula hujan tiba-tiba ni bang, Habis lecun”, Ramah brother tersebut.

“Itulah, saya dari traffic light sana, tiba tiba hujan lebat”, balasku kembali.

Dia pun duduk dekat besi yang melengkung yang biasa ada dekat bus stop depan tempat duduk.

“Isteri abang tu tak sejuk ke kena hujan ni, Saya ni pun baru sekejap dah sejuk juga”, soal pemuda tadi.

Waktu tu juga petir berdentum dengan kuat. Tapi hujan terus renyai-renyai. Isteri mana pula getus hati aku. selepas 10 minit kami berdua gerak. Sebelum pemuda tadi gerak. Dia sempat kasi aku satu lagi soalan seram.

“Isteri abang tak pakai helmet ke, hujan rintik-rintik ni kena dekat muka pun sakit juga”. Aku gelak sikit je “hahaha”.

Pemuda tadi dah gerak, tapi aku belum lagi. Entah kenapa aku asyik nak sebut nama “AYu, AYU, AYU” dan AYU! Tiba tiba aku keluar soalan, “Ayu ke tu?” Aku tak tahu kenapa soalan macam tu terpacul dari mulut aku. Lepas aku tanya soalan tersebut, Aku terus rasa ada tangan yang sentuh leher aku, rambut aku dan ke telinga. Aku tengok side mirror dekat belakang tak ada orang. Aku baca doa, gerak dari situ dengan keadaan agak takut. Balik rumah aku mandi dan terus tidur. Dekat ofis esok, semua kecoh katanya semalam ada orang nampak hantu waktu maghrib dekat kawasan parking.

Teka aku cik Ayu lah yang nampak, sebab semalam hanya kami berdua je dekat parkir. Tapi silap, rupanya ada lagi 2 orang tak balik waktu diorang hisap rokok dalam kereta. Nampak ada kelibat berbaju putih rambut panjang menangis tengah hujan. Entah macam mana dia boleh tahu menangis aku pun hairan. Tapi aku biarkan sahaja. Waktu nak balik aku keluar awal usha-usha Ayu. Tapi tak keluar juga. Sampai lah aku terpaksa masuk ofis balik sebab tertinggal barang.

Waktu nak turun balik dari lif. Aku terserempak dengan Ayu depan pintu keluar. Dia senyum dekat aku. Tapi bukan senyum manis yang semalam. Tapi lebih kepada senyum, Semalam bau wangi yang kuat. Tapi harini, bau hamis dan meloyakan. Aku cuba catchup Ayu tapi Ayu hilang. Waktu nak ke motor. Aku perasan yang pergelangan tangan aku sakit. Rasa panas macam ada orang genggam. Mula-mula aku hanya biarkan. Sampai lah aku rasa sakit sangat. Dan aku toleh belakang rupanya Ayu tengah pegang tangan aku.

“Nak balik ke?”, Soal ayu sambil senyum sinis. aku jawab ye, dan tanya dia nak apa. Baru dia lepaskan tangan aku. Kuat nak mampos tenaga Ayu ni. Tiba-tiba dia tanya aku. “Awak suka saya?”. Aku tanpa lengah masa. Terus jawab ya, tapi dia berlalu pergi macam tu saja. AKu hairan kenapa dia tanya. Aku nak kejar Ayu, tapi baru aku rasa yang tangan aku sakit sangat. Sekali aku tengok lebam dan ada kesan calar – calar. Aku start motor dan pergi dekat Klinik paling dekat.

Sampai klinik. Lepas jumpa doktor aku terus balik. Aku singgah kedai makan dulu sebab nak makan. Waktu tu lah, ada nombor yang tak kenal telefon aku. Aku ni jenis yang tak rajin angkat nombor yang tak dikenali. Jadi aku biarkan, sampai 3 kali no tersebut call dan aku masih tak angkat. Tiba-tiba mesej pula masuk.

“Kenapa tak angkat panggilan Ayu.”

Aku terus terkejut bila masa pula aku kasi nombor aku dekat Ayu. Aku pun terus call dia balik. Ayu terus angkat belum sempat cakap apa-apa Ayu terus cakap, “Ayu nak jumpa dekat tempat X” dan terus matikan telefon. Aku pun tanpa lengahkan masa. Bayar dan terus pergi dekat destinasi tersebut. Sampai dekat kawasan tersebut, Ayu keluar dari kereta. Dia pakai seksi betul malam tu, aku pun mampu telan air liur. Dia suruh aku tinggalkan motor dan ikut dia. Aku ikut je, Kereta Ayu bau sama dengan perfume Ayu. Dia bawa aku pergi satu kawasan bangunan lama. Aku dah pelik waktu tu.
“Eh kita nak buat apa dekat sini gelap semacam bahaya orang nampak”, aku tanya Ayu. Tapi Ayu diam. Sampailah dia berhenti dekat satu kawasan bangunan rumah flat yang terbakar lama. “Awak suka Ayu kan?”, tanya Ayu. Aku angguk je. “Jadi kalau awak suka saya, awak kena tolong saya”. Tolong apa aku tanya dia.

Dia suruh aku ikut. Dia kata ini dulu tempat tinggal lama dia. Waktu flat ni terbakar suami dia meninggal sekali dengan beberapa penduduk lain. Dia cakap dia sayang suami dia. Jadi dia jumpa pelbagai bomoh nak cuba hidupkan suami dia. Aku berhenti terus. Aku cakap benda tu salah Ayu. Ayu ni jadi marah dia maki aku. “Engkau kata suka aku, tapi kau tak mahu berkorban untuk aku?”. Hujan lebat turun. Aku apa lagi keluar dari situ. Tapi Ayu tak kejar aku. Aku jalan jauh juga sampai jumpa teksi. Aku pergi dekat motor aku dan balik. Malam tu aku takut. Tak boleh tidur. Aku teringat ayat Ayu nak hidupkan suami dia. Malam tu juga aku call, Mustafa. Aku nak jumpa dia. Aku ceritakan dekat dia.

Mustafa terus cakap suruh aku bawa jumpa Ayu. Aku call Ayu, tapi tak dapat. Telefon dia dimatikan. Aku pergi balik tempat tadi dengan Mustafa dan 2 orang kawan dia. Terkejut kami bila sampai tingkat dua ada susun bangkai ayam dan binatang lain. Lepas tu ada lilin dengan kelapa tersusun rapi. Ada rambut dan macam macam lagi seperti ada upacara. Bila disuluh dekat rantai, ada tulisan dalam bahasa yang kami tak faham berwarna merah. Dalam 20 minit explore. Kami pun keluar. Waktu nak keluar ni Masing – masing rasa mengantuk sangat. Yang sorang kawan Mus tu dah terduduk. Aku dengar suara perempuan mengilai. Mus dia terkumat kamit mulut dia baca doa. Aku pun dah terduduk dekat lantai. Mus dengan kawan dia lagi sorang angkat papah kami berdua keluar. 10minit juga baru kami mampu keluar. Badan aku menggigil, yang kawan dia lagi sorang tu meracau.

Mus pun jalankan tanggungjawab dia tolong sembuhkan kawan dia. Tapi kawan dia ni membebel dalam bahasa Jawa, Aku orang Batu Pahat jadi aku faham lah sikit. 15 minit juga baru kawan dia tenang. Kami balik rumah Mus. Jumpa ayah Mus, dah diskusi semua. Ayah Mus suruh aku bawa jumpa Ayu. Esoknya sampai office bila cari Ayu dah tak ada. Tanya dekat staff situ katanya Ayu dah lama berhenti sebulan juga. Aku cakap dengan diorang semalam aku baru jumpa dia. Tapi semua pandang sesama sendiri. Jadi aku call Mus dan cerita dekat dia. Mus pun cuma istighfar panjang. Esoknya aku kembali ke ofis macam biasa. Tapi masih tak boleh lupakan Ayu. Kalau macam aku tengah termenung mesti tiba-tiba aku tersebut nama Ayu.

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 3]

13 thoughts on “AYU”

  1. Kesimpulan nya, akan ada sambungan ke ni, mcm tergantung kat pokok tauge jaa.
    Hmmm, ok lahhh, cepat sambung .
    Akhir kata, Majulah Sukan Untuk Negara.

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.