Bagan Lalang

Assalamualaikum. Nama aku, syieda. Ni kisah yang berlaku di Bagan Lalang. Sebenarnya masa kejadian, aku tak berapa perasan. Tapi baru-baru ni, bila aku duduk mengimbau memori, baru aku perasan yang sebenarnya ada sesuatu telah berlaku.

Ceritanye macam ni…

Sebelum kemarau teruk lebih kurang 2 tahun lepas, hampir tiap minggu aku bawak anak aku gi mandi kat situ. Masa ni umur dia dalam setahun lebih.

Dalam salah 1 minggu tu, tandas yang selalu aku guna untuk mandikan anak (bilas lepas mandi air laut), nak ditutup. Sebab ada group gunakan tempat tu untuk camping & air dalam tangki tandas dah tinggal sikit. Diorang nak sparekan air tangki untuk geng yang camping ni.

Aku & husband request untuk bilaskan anak je. Nak ke tandas luar, orang beratur panjang & masa tu dah nak maghrib. So budak yang jaga tu, bagi kebenaran. Tu pun dia siap remind “bilas sekejap je ye” & minta aku masuk cepat sebelum bos dia nampak.

Bila aku masuk, keadaan dalam tandas tu agak malap. Banyak lampu yang tak nyala. Aku mandikan anak aku kat sinki je. Dekat dengan pintu masuk. Macam creepy lak nak mandikan kat bilik air or kat shower. Huhu..

Masa tengah mandikan, tiba-tiba aku nampak ada seorang budak perempuan yang dah lencun (macam baru lepas mandi laut) lalu kat belakang aku menghala ke toilet. Aku nampak daripada cermin kat sinki tu je. Dia bawak towel sangkut kat bahu. Tinggi macam budak 10 tahun, rambut lurus paras bahu. Baju warna cream, seluar paras lutut warna pink kot. Tak berapa nampak sangat seluar dia. Dalam hati “kata tak bagi orang masuk lagi. Ni boleh lak budak ni masuk”. Aku dengar budak tu masuk toilet yang last sekali. Paling hujung. Aku dengar bunyi pintu toilet ditutup & dikunci.

Beberapa minit lepas tu, budak yang jaga kaunter datang kat pintu tanya lambat lagi ke. Aku cakap dah nak siap. Pastu aku bgth dia “budak kat dalam tu lambat lagi kot”.

Mamat ni buat muka blur. Dia tanya aku balik “ada org lagi ke kat dalam tu?” Aku jawab la “ada sorang budak perempuan. Baru masuk”

Dia minta izin nak masuk check. Dengar dia tolak pintu-pintu toilet kat dalam tu. Pastu dia keluar. Aku perasan dia tengok kat aku. Aku diam je la. Aku tengah pakaikan anak aku baju masa tu.

Tak lama tu, sorang lagi minta nak masuk nak check. Aku biarkan je.

Masa aku dah siap & keluar, budak tu pun datang jumpa aku “kak, betul ke ada orang lagi kat dalam tu?” Aku jawab la dengan yakin sebab aku memang nampak dia lalu.

Budak tu diam je. Aku pun jumpa suami aku yang tunggu kat depan toilet ni dan balik.

Hari ini, selepas 2 tahun lebih, baru aku terfikir balik :

Siapa atau apa yang aku nampak tu???

Korang fikir la sendiri. Bye..!

::Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Syieda

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 3 Average: 3.3]

11 thoughts on “Bagan Lalang”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.