Assalamualaikum w.b.t buat pembaca yang beragama islam sekalian dan selamat sejahtera kepada pembaca yang bukan beragama islam. Di sini sana ingin menceritakan sebuah kisah yang menimpa diri saya semasa saya berumur 15 tahun ( sekarang sudah berumur 22 tahun).
Kisah ini terjadi di sebuah sekolah berasrama agama di johor. Pengalaman ini terjadi selepas saya dan kawan-kawan selesai menjawab peperiksaan penilaian menengah rendah (pmr). Seperti biasa, apabila tamat sahaja pmr, ramai di antara pelajar yang mula menunjukkan belang masing2 seperti keluar asrama tanpa kebenaran (fly) atau perbuatan yang lain. Kami melakukan pelbagai aktiviti yang tidak berfaedah.
Okay nak dijadikan cerita di sini pada suatu malam, saya bersama 5 orang rakan yang lain bercadang untuk fly demi mencari makanan dan beberapa kotak rokok. Sebelum berangkatnya kami ke kedai berhampiran, seperti biasa ada diantara kawan2 kami yang akan cover line pak gad. Kami biasanya sudah biasa dengan jadual pak gad kunci jam. Selepas line clear, kami pon berangkat.
Jalan yang akan kami lalui ini agak gelap gelita dan kami perlu melalui belakang rumah warden yang sudah lama ditinggalkan disebabkan keusangan yang melanda. Rumah yang tiada penghuni itu amatlah usang dan menyeramkan. Pelbagai kisah yang telah saya dengar daripada senior senior berkenaan jalan fly yang kami lalui. Ada yang terserempak dengan sesuatu yang bukan daripada alam ini.
Apabila saya dan kawan saya melalui kawasan itu, kawan saya yang bernama ali telah jauh kehadapan. Saya menjadi orang yang paling belakang. Apabila ali berjaya keluar melalui lubang yang telah dibuat di pagar, ali terus berlari melalui tepi jalan raya dan bersembunyi di belakang pokok dikhuatiri kantoi oleh orang yang lalu lalang di jalan.
Saya yang menjadi orang yang paling belakang agak lambat dan tiba tiba. Sewaktu saya melalui belakang rumah yang usang tu, saya ternampak satu kelibat yang berwarna sangat hitan sedang memandang saya. Saya terus berlalu tanpa menolehnya lagi. Apabila saya sampai di checkpoint yang dibincang, kawan-kawan saya bertanya mengapa saya lambat. Saya memberitahu mereka nanti balik aku cerita.
Dan apabila pulang sahaja, kami berjalan secara berkumpulan kerana dikhuatiri sesuatu itu akan terjadi kepada saya lagi. Sesampai sahaja kami di dorm, saya pon buka cerita kepada mereka dan mereka percaya kepada saya. Sedang kami membahagikan kotak rokok dan makanan yang dibeli, kami bermain kad sampai jam menunjukkan pukul 3 pagi.
Dan semua kawan2 saya mahu tidur. Dalam pada itu, saya masih tidak dapat menidurkan diri lagi. Lampu dorm sudah dimatikan ketika itu. Tiba tiba. Saya terdengar suatu bunyi cakaran di locker salah seorang pelajar. Saya sekuat hati dan membaca pelbagai ayat suci alquran. Tetapi dalam pada masa yang sama bulu roma saya meremang satu badan. Saya merasakan seperti benda tu dekat dengan saya.
Bunyi cakaran itu tidak beransur hilang. Semakin lama semakin menjadi jadi. Saya teringatkan sebuah kisah yang di mana dorm yang saya dan kawan2 tidur itu merupakan tempat pintu kepada alam ghaib. Pelbagai perkara bermain difikiran saya ketika itu. saya berkata dalam hati. Janganlah kacau aku.
Aku nak tidur. Bunyi cakaran itu berterusan sehinggalah azan subuh. Keesokan harinya saya bercerita kepada kawan2 saya dan ada diantara mereka berkata itu mungkin bunyi tikus. Tetapi bagi saya kalau bunyi tikus kenapa sewaktu azan subuh bunyi itu hilang. Sampai sekarang perkara itu masih menjadi tanda tanya kepada diri saya. Adakah itu bunyi tikus atas bunyi benda itu. Sekian..
submit kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Follow Whatsapp FS KLIK SINI
Nice..
ringkas nye citenye..adeh
doh mu tulis ah cite sendiri, support ah sket kalau ye pun, ni dok, asal orang tulis cerita je ad je mu judge, dh ce mu tulis sekali nk tgk best ke dok cite mu, sedap ngat jadi juri ke cite orang, beci ku
not bad. tq:)
aihhhh bru nk feel
Hmmmm… baru nk seram tros x jdi
Bole laaa
Hmmm so far I no komen because so brief and nothing to freaky except that sound..btw kipidap yo
Celaru aku nak baca. Kemaskan gaya penulisan. 5/10 maaf👌
tau pun takut tp buat perangai haha
Benda tu marah tuu cerita pasal kewujudan dia…pulak tuu cerita pada malam kejadian pulak…kalau blh cerita pada hari selepas berlaku…
Ok tu..mama pun.pernah berpengalaman fly dari asrama..tp bukn pagar..longkang besar bwh pagar..sebb nya nk beli mknn maggie kat 7e..:-)
so far tak pernah kantoi… tp hampir2 jgk nk kantoi..sbb nya kena kejar hantu kat dewan tepi padang sekolah…laluan tikus utk fly…padan muka aku…hahah
‘die’ ikot balik lah tue…huhuhuhu
seram.
Nah bintang. 😆👮🎉🔰💫. Skng msti mrokok lg.