Bahana jahil

**saya tak tahu mana satu sebab yg artikel saya kena reject. So saya cuba edit mana yang patut n hantar semula 🙂

Hai dan assalamualaikum. Saya ni pembaca baru kat fiksyen shasha ni. Rasa macam nak share jugak pengalaman family saya. Kalau admin siarkan artikel ni, saya ucapkan terima kasih. Saya kenalkan diri saya Nes. Kenapa Nes? Sebab saya suka minum nescafe. Err… awkward. Takpe la, saya teruskan cerita.

Saya dibesarkan oleh nenek dan atok saya, iaitu parent kepada emak saya. Sebab mak ayah busy kerja. Masa kecik-kecik macam banyak cerita mistik jadi kat family saya. Tapi saya macam. Tak tahu macam mana nak explain, kira macam saya tak cakna apa yang jadi. Lagi satu fakta yang boring pasal diri saya tapi bagi saya satu kesyukuran adalah saya ni jenis yang tak pernah nampak ‘kelibat’ (pernah sekali tapi nampak dari ekor mata) dan saya tak boleh rasa kalau ‘benda tu’ ada. So cerita saya takde berbaur terkejut tahap opocottt mak ko hijo.

Kita mulakan cerita saya dengan masa saya sekolah rendah. Pernah dalam masa setahun tu kitorang sekeluarga duduk rumah nenek sebab emak saya tak boleh tinggal kat rumah kitorang. Rumah nenek dekat je dengan rumah kitorang. Kira kalau jalan kaki tak semput la. Kalau mak saya duduk rumah kitorang mesti dia sakit.

Yang saya ingat macam sampai orang jampi-jampi kat rumah kitorang. Sebenarnya ada orang nak bomohkan ayah saya tapi terkena kat mak saya sebab mak saya ni lemah semangat sikit. Dia tanam benda tu kat jamban rumah kitorang. Jamban dulu-dulu jauh dari rumah. Bila saya cakap jauh ni korang jangan bayangkan kena bawak motor dulu ke situ. Jauh dia ada la dalam 10 ke 11 langkah camtu dari pintu belakang rumah.

Lepas semuanya dah ok tu kitorang duduk kat rumah kitorang semula. Tapi masa ni saya tak tahu lagi yang famili saya kena buatan orang. Saya tahu pun bila dah habes belajar kat universiti. Saya ni sorang je perempuan dalam adik beradik, so saya ada bilik sendiri dan tidur sorang-sorang. Tapi lepas tu mak saya teman saya tidur kat bilik saya dalam beberapa bulan camtu. Punca mak saya start teman saya sebab ada la satu malam tu, tetiba saya tak nak tidur tutup lampu.

Saya cakap kat ayah saya, tak nak tidur tutup lampu. Tapi ayah nak jugak tutup lampu. Disebabkan ayah saya tegas, saya diam je la. Pastu saya buat drama. Saya buat-buat nangis. “sroott.. Sroott.. Lekoihh.. Lekoiiihh”, kononnya time tu saya ni menangis teresak-esak sangat, tak nak tidur tutup lampu. Padahal tipu je. Hahaha.. ayah kesian, dia buka balik lampu.

Pastu malam esoknya ayah saya tak tutup lampu bilik saya. Mak dengan ayah saya ni borak kat dapur. Oh ya, bilik saya ni dekat dengan dapur, kira macam orang borak kat dapur saya dengar la jugak. Dorang ingat saya dah tidur agaknya. Saya susah nak tidur pulak sebab tak biasa tidur lampu terbukak. Dorang borak pasal saya. Ayah saya cerita la malam semalam saya nangis tak nak tidur tutup lampu.

“kena kacau ke anak kita tu?” tanya mak saya dengan keries kat ayah saya. “Dia dengar bunyi apa-apa ke?” ayah saya pulak keries. Lepas tu saya rasa dah terlelap kot sebab dah tak ingat dorang borak apa lagi. Maybe dorang risau saya pulak kena kacau, dorang ingat ‘benda tu’ ada lagi, tu pasal dorang taknak saya tidur sorang. Masa tu saya macam… macam saya mention kat awal cerita tadi, saya tak cakna hal-hal mistik. So saya agak yang dorang cakap ‘kena kacau’ tu ada kucing ke, burung ke, b**i ke yang buat onar kat bilik saya.

Cerita sebenarnya yang saya tak nak tidur tutup lampu tu sebab takde kaitan kena kacau pun. Sebab belakang rumah saya tu hutan, bilik saya pulak part belakang sekali so saya macam seram sendiri walaupun bilik adik beradik laki sebelah bilik saya. Nak gambarkan perasaan seram time tu lebih kurang macam kan jamban saya tu jauh, kira kalau rasa nak terberak tu sanggup la tahan sampai ke pagi. Sebab tu dah besar sembelit, nyesal tahan berak masa kecik. Haishh.. Masa kita kecik kan kita selalu dimomokkan ada hantu tu la, hantu ni la, so tetiba rasa seram sendiri. Korang paham kan maksud saya.

Berapa tahun tu mak saya pregnant plak, dan saya masih lagi bersekolah rendah masa tu. So kitorang balik kampung, iaitu tempat asal ayah saya. Nak bagitau berita gembira kat atuk nenek. Auww.. So sweet ma daddy. Hikss.

Dulu kitorang tak ada telefon. Parent ayah saya pun tak ada telefon, so kena balik kampung la kalau nak bagitahu pape berita. Parent mak saya je ada telefon. Tapi berita tak diduga pulak baru tahu. Atuk saya orangnya alim tapi bukan jenis mengubat orang. Tapi dia macam ada sixth sense. Dia dapat rasa yang dalam badan mak saya tu ada ‘benda’. Macam saya dah bagitau jugak tadi, saya tak cakna, saya pun tak ingat ayah saya bawak berubat ke apa kat mak saya.

Beberapa bulan kemudian, mak saya ada la tinggal beberapa minggu nak beranakkan adik saya. Malam tu saya tidur dengan mak saya, time ni kat rumah nenek yang besarkan saya, tetiba badan mak saya kejang, mata dia ke atas macam nak hilang biji mata hitam, sekali dengan kancing gigi. Itulah kali pertama saya tengok mak saya macam tu.

Dan keadaan tu kadang-kadang jadi sampai sekarang. Lepas tu ayah dengan nenek bawak mak saya pergi hospital. Adik saya keluar operate, mungkin keadaan memaksa. Yang saya tahu mak saya ada trauma apa yang jadi masa tu, so sampai sekarang saya tak pernah tanya kat mak saya apa yang jadi kat sana. Ayah saya pulak perahsia orangnya, orang laki, biasalahkan.

So saya tak tahu apa yang terjadi masa hari tu. Berapa hari lepas tu baby je balik rumah, mak saya pulak dorang cakap kena pergi hospital Kuala Lumpur sebab dorang cakap mak saya sakit saraf. Ayah saya la ke sana, nenek jaga adik.

Lama jugak mak saya kat sana. Sebab lepas tu dorang pergi rawatan alternatif (saya salah eja ke? Kalau salah abaikan, malas nak check. Haha) kat rumah mak sedara kat sana. Macam saya mention dah beberapa kali, saya macam tak cakna pasal sebenarnya ada ‘cerita lain’ dengan mak saya. Masa tu saya pikir yang ‘lamanya mak kat hospital’.

Masa berlalu, saya dah besar, saya masuk universiti. Time ni baru saya cakna pasal ‘cerita lain’ family saya. Masa tu awal sem, saya ada dengar ceramah yang universiti anjurkan. Pasal jin dan syaitan. Camtu la lebih kurang. Tak berapa ingat dah. Time ni penceramah femes bagi talk, tu yang semangat pergi. Dia cakap la pasal kalau ada mimpi pasal susukan baby, mimpi ular, mimpi banjir, mimpi seram, mimpi kucing maknanya tu ada gangguan. Time tu saya kerap sangat mimpi macam tu, tapi saya ingat tu mimpi biasa.

Lepas tu saya call mak saya. Saya bagitau pasal mimpi saya, saya cerita pasal talk tu. Mulanya mak saya tak nak bagitau. Saya paksa baru mak saya cerita. Korang jangan pelik kenapa mak saya tak pernah cerita pasal hal ni. Sebenarnya saya tak rapat sangat dengan mak, sebab saya kan dibesarkan oleh nenek. So kitorang tak pernah borak-borak standard macam mak dan anak perempuan selalu buat. Korang paham kan?

Mak saya cakap yang sebenarnya dulu dia ada gangguan. Nenek saya yang besarkan saya tu macam ada amalkan something dan ada saka. Lepas tu saya korek cerita tu kat mak sedara saya pulak. Menurut cerita mak sedara saya, nenek saya amalkan semua tu ikut buku. Ada orang yang pandai dalam bab ni cakap boleh tawarkan (bahasa moden nuetralkan. Kang korang ingat macam tawar menawar macam kat pasor malam pulak) semua amalan tu. Kena cari buku tu. Tapi sampai sekarang buku tu dorang tak jumpa.

Puas dah cari. Nenek saya tu dia dah meninggal dunia masa saya sekolah menengah. Disebabkan mak saya ni lemah semangat, benda amalan arwah nenek saya tu pergi dekat mak saya. Bila diingatkan semula, dalam waktu sebelum saya tahu cerita sebenar tu, sebenarnya saya banyak kali dengar cerita dari pak mak sedara iaitu selaku adik beradik mak saya pasal dorang kena ganggu. Bilik dorang kena cakar, ada bau pelik, kena usik, nampak kelibat.

Sampai satu tahap atuk saya terpaksa tebang pokok bunga sundal malam sebab bunga dia kan bau wangi malam-malam, mak sedara saya takut jugak. (Ermm.. Kesian pokok tu tak bersalah.) Tapi saya macam abaikan, saya tak pernah tanya balik pasal ada cerita di sebaliknya ke apa jadi tu? Asbabnya saya abaikan tu sebab saya selalu tidur rumah arwah nenek, even nenek dah meninggal pun saya selalu tidur situ dan saya tak pernah kena ganggu macam tu. Tu yang saya anggap macam tak penting untuk saya tahu apa-apa.

Berbalik pada mimpi saya tu, saya pun buat research sendiri. Saya kenal sorang ustaz ni kat uni saya. Saya namakan dia ustaz kopi la ye. Malas nak pikir nama lain, kita letak nama air je. Saya cerita la semuanya pasal family saya kat ustaz kopi, ustaz kopi cakap benda tu memang ada, dia memang cari saya. Sebab tu la saya mimpi macam tu.

Tapi dalam mimpi tu saya macam sentiasa elak. Macam ular nak patuk tak dapat, pasal nak susukan baby saya tak bagi. So benda tu macam tak dapat pergi kat diri saya. Pastu dia ajar saya baca satu ayat ni. Tak silap saya camni ayat dia ‘la ila ha illa anta, subhanaka inni kuntu minazzolimin’. Dia cakap baca 11 kali lepas solat fardhu. Saya cakap la, “tak sempat ustaz kalau nak baca time zohor, sebab kelas saya banyak start betul-betul lepas zohor.

Time maghrib badan dah penat pulak” macam tu la saya dengan seribu alasan, time muda remaja, biasalah. Awak pun sama je kan. Haha. Pastu ustaz kopi pun dengan muka fep up cakap “awak baca la sebelum tidor”. So saya pun amalkan, tak lama tu mimpi tu pun dah kurang. Nak cakap tak ada tu tak jugak. Ada la, Cuma tak selalu dah macam sebelumnya.

Tambahan lagi, best fren saya pulak ajar, saya letak nama dia sirap pulak. Sirap ni pulak ajar saya, baca bismillah sampai saya terlelap. Tapi cerita sirap lagi best dalam bab-bab mistik. Sebab dia jenis ada sixth sense. Sirap la yang kenalkan saya dengan fiksyen shasha ni. Tapi sekarang kita bukan cerita pasal sirap kan. Ok, nexttt..

Mak saya ada jugak bawak saya jumpa ustaz. Ustaz kat darusyifa kalau saya tak silap yang saya jumpa tu. Ustaz tu macam pesan, saya kena kuat semangat. Ada jugak la saya kena mandi air limau nipis. Benda tu ada, cari anak cucu. Kuat semangat, jangan terima, solat jangan tinggal. Tapi ada yang benda tu buat. Ustaz tu cakap yang saya ni bila bercinta dengan orang macam tak kekal lama. Tapi memang tak kekal pun kalau bercinta. Tapi tak tahu la ye, kebetulan ke. Sebab ustaz tu cakap bukan nada serious, macam cakap berbasa basi camtu. Wallahua’lam.

Dalam dua tahun lepas, family saya jumpa ustaz lain pulak, rekemen dari member dorang. Kitorang panggil ustaz teh obeng yang semestinya tu bukan nama sebenar. Ustaz teh obeng scan saya. Sebab masa tu mak saya macam ada gangguan.

Kitorang jumpa dia untuk sembuhkan mak saya, then, family saya suruh tengokkan saya sekali. Ustaz teh obeng cakap saya tak ada apa-apa. Dia berubatkan mak saya guna telor, lepas tu buang telur tu kat sungai. Tapi lepas buang dia pesan jangan pandang belakang. Tu la last pasal mak saya buang gangguan dalam badan dia.

Sebelum saya habiskan cerita, saya cerita perabih pasal mak saya. Sakit mak saya tu sampai sekarang ada. Banyak tempat dah pergi. Siap pernah kena tipu, pasal kena bayar sampai dekat ribu-ribu. Ustaz kopi cakap kalau namanya perubatan islam dia tapi caj jumlah tertentu, tu tak betul tu.

Lainlah kalau kita ambik limau dia, air botol dia, kena la bayar sebab barang tu pun dia beli. Pernah je kitorang refer mak ke hospital, sampai berapa kali kena warded. Tapi macam tak ada apa-apa positif. So kitorang dah give up dengan rawatan hospital. Bukan saya tak percaya hospital, jangan salah sangka. Cuma bagi saya rawatan hospital tak sesuai dengan mak saya. Kadang kitorang pergi darussyifa.

Ustaz tu cakap kadang ada gangguan, kadang tak ada, kadang cuma tekanan d***h rendah je, kalau rendah sangat ustaz tu suruh pergi hospital. Pada yang belum tahu, kat tempat darusyifa tu ada benda alah untuk cek tekanan d***h. Apa nama orang panggil, stetoskop ke apa kop ntah. Malas nak google. Gangguan mak saya tu macam datang dan pergi. Belum sembuh sepenuhnya mak saya ni.

Harap korang doakan mak saya pulih sepenuhnya. Dulu tak sempat spend time masa mak saya tengah sihat. Teringin nak tengok mak saya sembuh macam orang lain. Hehe..

Oh ya, pasal arwah nenek saya pulak. Saya sebenarnya macam tak sangka dia ada amalan camtu, ada saka. Sebabkan, saya kan dibesarkan oleh arwah nenek saya tu, saya tengok nenek saya tak pernah tinggal solat fardhu, solat awal waktu, selalu buat solat dhuha. Mulut dia asyik berselawat je. Macam. Sedih sangat dapat berita macam tu. Mungkin dia dah insaf kot, tapi benda tu tak completely hilang. Moga arwah nenek dicucuri rahmat. Aminn…

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]

37 thoughts on “Bahana jahil”

  1. hahaha lawak la nama samaran guna nama air. Aku suka cara cerita kau, walaupun tak seram mana tapi layan gak la.
    Apa apa pun, semoga mak kau disembuhkan, and nenek dirahmati.

    Reply
  2. “kena kacau ke anak kita tu?” tanya mak saya dengan keries kat ayah saya. “Dia dengar bunyi apa-apa ke?” ayah saya pulak keries.

    keries tu menatang apa gilerr? kalau kepala pengaruh gam,jangan hantar cerita..update jer kat wechat

    Reply
  3. pada asalnya aku memang nak baca…tp bila makin jauh…makin serabut aku baca ayat dia…maaf ye dik..kalau betul bljr universiti…perbaiki tulisan sbb aku dah baca suku cerita dan mcm menarik…tp ayat ko dik lintang pukang

    Reply
  4. terlalu panjang tak pe. tapi banyak sgt bnd yang tak perlu pon nk cerita,

    so stop baca tgh2 jalan, plus penulisan agak kelam kabut. Tak nak cakna?? mende tu? keries? ko btul blja universiti ke dik?

    Reply
    • Maybe mksd die TAK CAKNA tu macam tak hadam/tak amik tau/tak amik berat…
      Dengar masok tinge kanan, kuor tinge kiri…

      Keries tu klu ikot ayat rasenye CURIOUS…
      Heheheheheheh…

      Reply
  5. Baca sikit je sbb Xde hujung, Xde pangkal, takde intro, Pastu benda yg ko tak Pastu. Dan banyak yg tak perlu. Ko tulis sebijik mcm ko ckp. Mmg tak faham la dik. Klu ko ckp, kita boleh faham sbb nada perckpn tu bantu orang untuk faham mesage kau. Tapi kalau penulisan, knalah karang sikit. Intro nya, body nya, klimaks nya, penutup nya.. maaf maaf da terbebel pnjng plak. Sorry ea dik. But good try.

    Reply
  6. “Jamban dulu-dulu jauh dari rumah. Bila saya cakap jauh ni korang jangan bayangkan kena bawak motor dulu ke situ.” …dik, ko ingat kitaorg pembaca ni lalok ketum mcm ko ke dik…smpi x bole nk pikir jamban tu jauh mcm mana….akak x rasa ko ni pelajar u…cara imaginasi, tahap lawak, pengolahan semuanya semuanya ke laut…but anyway, thanks berusaha mengarang cerita wpon x smpi tahap piawaian…good job sis..nice trying…!

    Reply
  7. dari awal aku baca ok lagi..tapi bila start masuk part tido x ttup lampu tu aku dah pening..2 3 kali dok cerita pasai tido x ttup lampu,,adehh. nak cerita seram ka nak cerita tidur x ttup lampu ni..

    Reply
  8. Tolong lah jangan hantar cerita lagi.. Aku berjaya habiskan cerita kau.. Tapi satu apa pun tak faham… Apa yang kau cuba sampaikan sebenarnya.. Tak nak tutup lampu lah.. Jamban jauh lah.. Takde point langsung cite kau.. Berterabur.. Story line kau tak sampai langsung.. Lagi satu nak karang cerita guna lah bahasa elok sikit.. Ini keries lah.. Bercerita dengan kawan kau boleh lah guna ayat camtu..

    Reply
  9. Ni bahasa wechat ke ko guna dik..? Main point utk cerita ni apa sbnrnya? Kalau nk cerita psl mak kena ganggu saka, fokus la part tu je cnth apa gangguan yg mak kena, sjk bila kena ganggu..

    Pastu ko ni dik suma malas..malas nk check ejaan perkataan..malas nk google..MALAS la akak nk komen lg dik..

    Reply
  10. universiti apa ko masuk nih?curious jadi keries..ayat pon tunggang langgang macam kena langgar dengan kapal terbang

    Reply
  11. Kahkahkah
    Korg ni pon kasi la can kat beliau,,baca tajuk pon da tau awal2 bdk ni jahil,,mmg teruk penulisan tp ok la,,perbaiki lg ek dik all the best?

    Reply
  12. Tak silap saya camni ayat dia ‘la ila ha illa anta, subhanaka inni kuntu minazzolimin’. Dia cakap baca 11 kali lepas solat fardhu. Saya cakap la, “tak sempat ustaz kalau nak baca time zohor, sebab kelas saya banyak start betul-betul lepas zohor.

    ni yg aku KERIES ni. 11 kali tak sampai seminit pun. hahahaha

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.