Hai para pembaca FS. Nama gelaran ku Bakal Jenazah, lelaki dan berumur 32 tahun, membesar dan berasal dari Selangor. Izinkan aku berkongsi satu kisah benar turun temurun yang pernah ku dengar sewaktu kecil, apabila aku teringat tentang kisah ini bulu roma ku pasti meremang.
Kejadian ini berlaku pada 1970an. Awang berumur 35 tahun, belum berkahwin. Awang seorang yang rajin dan bekerja sebagai tukang kayu. Awang seorang anak tunggal, tinggal bersama ibunya yang berumur 65 tahun. Sebagai seorang tukang kayu, pendapatan Awang ibarat kais pagi, makan pagi. Kais petang, makan petang. Ibu Awang bernama Markonah dan dipanggil sebagai Nek Nah oleh orang kampung.
Nek Nah mempunyai banyak harta seperti tanah yang banyak dan dusun buah-buahan dan kebun sayur namun Nek Nah tidak mahu memberi kesenangan kepada anaknya Awang kerana mahu anaknya berdikari dan hidup secara sederhana, kerana tidak mahu anaknya hidup dalam keadaan lupa diri dan bongkak.
Awang sangat menyayangi ibunya namun dia berasa berkecil hati kerana ibunya tidak mahu memberi tanah untuknya bercucuk tanam dan menjual hasil tanaman. Dia sudah bosan menjadi tukang kayu kerana hasilnya tidak seberapa.
“Mak tidak kasihan ke melihat Awang hari-hari masuk ke hutan, menebang pokok?” soal Awang kepada ibunya. Nek Nak tersenyum sambil menyuap nasi beserta ikan masin kedalam mulut. “Bukan mak tak kasihan dengan kamu Awang, tapi dalam hidup ni kita hendaklah rajin berusaha, dan hidup secara bersederhana sahaja. Tidak perlu menjadi kaya kerana jika kita terlalu kaya, kita akan mudah lupa diri” balas ibuya dengan penuh kasih sayang kepada anaknya, Awang. “Argh, balik-balik itu sahaja jawapan mak. Bagus mak jual je tanah dengan kebun buah tu, boleh la kita hidup senang dengan hasil jualan tanah-tanah tu !!!” bentak Awang. Ibunya hanya menggeleng-geleng kepala setelah mendengar kata-kata Awang.
Keesokan harinya, Nek Nah tidak sihat kerana terjatuh di bilik air. Sewaktu dimandikan oleh Awang, Nek Nah menegah Awang dari membuka cincin emas dari jari hantu Nek Nah. “Awang, kalau mak meninggal dunia nanti, jangan kau buka cincin mak ni… ni cincin pemberian arwah bapak kau. Kebumikan mak dengan cincin ini sekali”. Pesan Nek Nah pada anaknya Awang. Awang berasa pelik dengan amanat ibunya namun hanya menganggukkan kepalanya.
Tidak berapa lama kemudian akibat sakit tua, Nek Nah pun menghembuskan nafas terakhir. Sewaktu dimandikan jenazah ibunya, Awang terlupa pesan ibunya agar tidak membuka cincin emas di jari ibunya. Awang cuba membuka cincin emas tersebut namun tidak berjaya. Semasa ibunya dikafankan, Awang berusaha sekali lagi untuk membuka cincin emas di jari ibunya kerana berhasrat hendak menjual cincin tersebut dengan kedai emas, namun tidak berjaya. Dia meminta orang yang membantu mengafankan ibunya supaya keluar dengan alasan mahu menatap wajah ibunya secara bersendirian buat kali terakhir.
Rupa-rupanya Awang mahu mengapak jari ibunya supaya dapat membuka cincin di jari ibunya. Dia pun berasa puas kerana dapat menyimpan cincin emas itu dan akan menjualnya kelak. Setelah ibunya dikebumikan, baru Awang teringat jari ibunya yang telah d******g dengan kapak belum dikafankan sekali dengan jenazah ibunya. Oleh itu Awang hanya menanam jari ibunya di bawah rumah kerana tidak mahu menyusahkan penggali kubur untuk menggali semula kubur ibunya kerana sudah lewat malam.
Awang berasa gembira kerana telah menjual cincin emas dan beberapa hektar tanah ibunya dan kini hidup tenang kerana tidak perlu lagi masuk ke hutan menebang pokok dan hanya mengutip hasil jualan buah-buahan dan sayur-sayuran sahaja setiap bulan.
Selang beberapa tahun, Awang telah berkahwin namun malang sekali isterinya telah meninggal dunia semasa melahirkan anaknya yang pertama dan anaknya juga tidak dapat diselamatkan. Kemudian hidup Awang kembali susah kerana telah menjual kesemua tanah dan kebun buah dan sayur dan Awang kembali menjadi tukang kayu dan menebang pokok.
Pada satu malam yang sepi, pintu rumah Awang diketuk. Tok, Tok, Tok. “Assalamualaikum… Nak..”. Awang pun membuka pintu dan melihat seorang nenek tua yang bongkok dan memakai tongkat di hadapannya. Awang tidak kenal dan tidak pernah melihat nenek itu. “Nak, makcik haus. Boleh berikan makcik segelas air?”. Soal nenek tersebut sambil duduk di lantai. “Sebentar ya makcik,”balas Awang. Awang pun mengambil air di dapur dan memberikan air tersebut kepada makcik itu. Sewaktu makcik itu meneguk air, Awang melihat jari makcik tersebut tiada (kudung). Awang pun berasa pelik lalu bertanya, “Maafkan saya makcik, kenapa satu jari makcik tiada?”soal Awang dengan penuh tanda tanya. Makcik itu pun tersenyum kemudian menjegilkan matanya sambil berkata, “Kau yang buat!!! Mana jari aku???”.
Keesokan harinya Awang ditemui oleh orang kampung, tertidur di atas kubur ibunya sambil memegang tulang berbentuk jari. Awang menangis sekuat hatinya kerana mengenangkan kesilapan dan dosa yang telah dilakukan. Kerana tamakkan harta, Awang sanggup memotong jari ibunya dengan kapak.
Kesimpulan: Orang yang tamak selalu rugi. Sayangi dan hargai ibu-bapa sewaktu mereka masih ada dan setelah mereka meninggal dunia.
#kauyangbuat
#bakaljenazah
- hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Follow Whatsapp FS KLIK SINI
Alah you ni cerita ni memang dah selalu dengar masa I kanak kanak dulu
ye kan
xbes
Dah basi
Ok la tu..citer ni kat Selangor..org Selangor je tau..
Lagi pun kan dia bagi hastag tu..maknanya ni baru intro dia heheh..
haha cite ni mase aku skolah dulu daa
xyah post cita da
KOPIPES
Ok jer
Sbb baru 1st time aku baca citer mcm nie
Teruskan
Cite mase kecik2 dulu,duduk berkumpul ramai2 last tu si pencerita akan buat2 sayu sore die …jari nek ni kudung sbb org buat …so kite tanye la sape buat .die jeritkan kuat2 “KAU YG BUAT !! Terperanjat semua …hehe
Cite ni mase akk dok cheras ,lani dok melake ?
1st time bca ceta ne.. so dipersilakan sambung?