‘Balik Pulau’

Assalamualaikum warga FS. First skali aku nak ucapkan terima kasih sekiranya cerita aku dipublishkan. Maaf sekiranya jalan cerita aku tak seram. Sudah lah tak seram, panjang pulak tu. Hahaha.Tapi kesah apa aku. Aku nak cerita jugak. Hahaha

Aku nak cerita pasal satu tempat yang unik iaitu “BALIK PULAU”. Mungkin ada warga Balik Pulau yang sedang membaca. Mungkin.Mungkin juga ada peminat durian Balik Pulau sedang membaca. Mungkin. Tapi maaf. Ni bukan masa nak bercerita pasal kelazatan durian Balik Pulau. Aku nak cerita pasal kisah mistik di tempat ni.

Untuk pengetahuan korang, Balik Pulau ni satu daerah yang sedang membangun dan laluan untuk ke Balik Pulau ni semuanya berbukit. Korang tak boleh lari dari bukit-bukit ni melainkan korang naik bot.haaaaa….. Ada tiga bukit kesemuanya dari arah yang berbeza. Corner maut ketiga tiga bukit ni dah makan banyak nyawa. Ya, banyak.

1. Bukit Lama (dari bayan lepas)
Aku rasa bukit ni lah yang paling banyak makan orang. Aku rasa. Statistik betol aku tak tahu. Pengalaman ni dari ayah kawan aku sendiri. Kejadian ni sebelom jalan baru dinaik taraf lagi. Sekitar tahun 90an. Malam tu dia naik motor nak balik ke Balik Pulau.Jalan tu sekali sekala baru ada lampu jalan.Gelap. Tapi bagi penduduk, mahu tak mahu, perlu beranikan diri juga.

Sampai saja satu selekoh tajam U, dia nampak ada kelibat putih tepi jalan tengah melambai lambai.Gaya macam orang tengah tahan kenderaan nak tumpang. Time tu tak ada sebijik kenderaan pon selisih mahu pon follow dari belakang. Sunyi. Mana tidaknya. Hutan kiri kanan.Time tu ayah kawan aku dah tawakal gila dah. Time selisih tu, ayah kawan aku nampak tangan ‘dia’ lagi sebelah tu nampak macam tengah pegang sesuatu. Tak pasti benda apa. Ayah kawan aku sempat sekilas pandang.Katanya, muka makhluk tu punya la buruk. Rambut kusut. muka hitam. Mata putih. Baju lusuh. Selepas ja selisih tu, terus motor jadi berat. Time tu, dia terus tundukkan side mirror Tak berani nak pandang belakang.Tiba2 kereta yang entah datang dari mana follow belakang bagi highbeam. Nak lajukan motor dah tak boleh. Time kereta tu memotong, pemandu tu tunjuk dekat seat pembonceng.Maka tahulah dia bahawa ada “pembonceng” di balakangnya. Kereta tu tak tunggu lama. Dia pecut terus. Tinggalah ayah kawan aku keseorangan lagi. Lepas tu dia rasa bahu dia makin lama makin berat. Terasa macam memikul benda berat atas bahu tu. Sampai ja selekoh terakhir bukit tu, semua kembali pada normal. Mungkin dah sampai tempat “dia”. Lagi satu tempat dekat dengan PuspakomBanyak dah kemalangan melibatkan nyawa kat tempat tu. Hati hati memandu kalau ada yang nak datang sini. Sekarang bukit tu dah dinaik taraf dan jalan lama tu dah tak di gunakan lagi. 5 ke 10 minit ja masa perjalanan. Tu pun masih rasa seram kalau naik malam malam. Tambah tambah bila keseorangan.

2. Bukit Baru (dari Relau)
Bukit ni pon tak kurang hebatnya.
Kemalangan melibatkan nyawa juga banyak. Pernah satu hari tu, dekat area tokong cina atas bukit tu, ada benda tumpang aku. Time jalan mendaki pulak tu. Dengan moto yang tak seberapa laju, ditambah pulak dengan beban time naik bukit. Perrghhh semputt. Time tu pkol 11. Kereta yang turun bukit tu semua bagi highbeam dekat aku.Ada jugak yang hon. Aku tengok sidemirror tak ada apa pon. Dengan gigihnya aku teruskan perjalanan.

Kawan abang aku pulak, time turun dari kawasan pemandangan indah tu, corner pertama, dia nampak benda tu berdiri tengah jalan dengan badan menghadap ke gaung tepi jalan tu.Nasib baik tak terbabas motor dia tu. Bila tengok side mirror, tak ada apa pon.

Ada jugak orang cerita, dekat corner paling last sebelum turun ke Balik Pulau, ada lelaki berpakaian lusuh, muka penuh darah, bertenggek atas divider jalan tu. Siapa yang beruntung, nampaklah dia

3. Bukit Telok Bahang
Bagi aku, antara ketiga tiga bukit ni, bukit Teluk Bahang lah yang paling seram. Yang paling jauh.Yang paling sunyi. Yang mana bila kau naik malam malam, mata kau meliar ja nak tengok kiri kanan. Tapi bukit ni best weyh kalau drift. corner dia layannnn….Hahaha

Nak dijadikan cerita, tiga orang kawan kolej aku datang dari Pahang, nak bercuti dekat Penang. Semua tido rumah aku. Malam tu kami tak ada aktiviti. So bagi mengelak dari bosan bertandang, aku pon ajak lah diorang kluar round island. Ambil angin malam katanya. So, aku decide,start dari naik bukit teluk bahang dan balik ikut bukit baru.Dalam kereta tu, kami banyak sangat bersembang. Banyak juga ketawanya.

Dah tak kesah keadaan sekeliling. Time tu pukol 10 malam. Jalan tu dah sunyi. Susah nak jumpa kenderaan lain yang selisih. Bila dah di penghujung bukit, sebelom naik ke Dam Teluk Bahang, kami semua dah senyap. Aku memang dah tak sedap hati. First, aku nampak warung orang jual durian dekat situ. Cerah berlampu. Mungkin owner dia sengaja biarkan macam tu.Tapi tak ada orang dekat warung tu.

Lepas dari warung tu, ada selekoh, yang mana lepas selekoh tu, ada jalan mendaki ke Dam tersebut. Ya aku pasti. Sangat pasti. Tapi lepas aku lalu selekoh tu, aku tak jumpa jalan mendaki tu weyh. Kau tahu apa yang aku jumpa? Ya, warung orang jual durian tu tadi. Time tu aku dah tak sedap hati gila. Lepas tu, kami lalu selekoh tu lagi sekali, dengan harapan kami jumpa lah jalan mendaki tu.Dan kau tahu???kami jumpa warung tu lagi sekali….Dan…. kami lalu selekoh tu lagi sekali…dan… kami jumpa warung tu lagi sekali. Tiga kali weyh lalu tempat yang sama.Last skali baru jumpa balik jalan kebenaran.Time tu aku rasa semua dalam keta dah perasan.Sepatah pon kami tak cakap sepanjang perjalanan. Semua diam. Sampailah kami lepak dekat Padang Kota. Semua bukak cerita

Kau tahu, kawan aku cakap, dia nampak ada orang dekat warung tu tengah perhatikan kami. Tapi aku tak nampak apa-apa time tu. So malam tu, kami decide tak nak lepak lama lama. Terus balik. Kejadian ni dah lama. 10 tahun yang lalu.

Mungkin orang lain juga pernah kena. Mungkin juga ada yang tak pernah kena. Bagi aku, semua tu pengalaman. Ada yang bertuah. Ada yang tidak.Maaf lah kalau terlalu panjang, typo bersepah. Maklumlah, orang tengah excited nak bercerita. Ok jom tido. Takut ada yang memerhati. Assalamualaikum.

::Hantar kisah anda di fiksyenshasha.com/submit

5 comments

  1. Perjalanan kalau melalui Bukit Teluk Bahang nak balik semula ke Bayan lepas, lama tak? Bukan apa…….last year, cuti Hari Buruh, aku ke sana. Duduk kat Pangsapuri Saujana Damai. Mmg kami pusing satu pulau. Dan of course ke Balik Pulau. Rasanya, mlm kedua, pusing punya pusing, jumpa jalan mmg tmpt drift baik punya. Kawasan berbukit, kona baring, sunyi, ala2 jln nak ke Fraser Hill, tapi ni lagi scary. Kalau bwk superbike mmg layan lap maut. Tapi rasanya pusing mcm byk kali kat tmpt sama. Drpd Batu Feringghi nak balik ke Bayan Lepas, pukul 6 ptg, sampai kat area Bayan Lepas pukul 11.00mlm. Pelik bin ajaib.

  2. Syahila A. sebenarnya tak da la pula memakan masa sampai 5 jam. itu memang dah lebih sangat dah. naik moto pon tak sampai 5 jam. hehe.. naik kereta lagi la tak sampai.

    1. Haaaaa tau takpe!!! Maknanya kami dah kena “game”!! Gila meremang tayah citer…. pusing pusing kona lipat, nampak gak gerai yang sama. Pakkal la malam. Tak ler mabok. Pengalaman yang memang tak logik dek akal.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *