Banglo Murah

Tahun ni ayahku telah menjadi seorang pesara (pencen) , so kami sekeluarga akan berpindah ke negeri kelahirannya. Kebetulan ayah dapat membeli sebuah banglo dengan harga yang sangat murah dengan wang pesaraan nya. Nama aku dinie , keluarga kami hanya mempunyai empat ahli keluarga je, ayah aku, ibuku dan adik ku rafa berumur 4 tahun. Sesiapa pun “happy” kan kalau dapat tinggal di banglo yang sangat besar dan mempunyai kolam renang yang luas.

Hari yang ditunggu tunggu pun tiba, setelah kami selesai mengemas barangan rumah kami, kami sekeluarga berangkat ke rumah banglo impian ku. Perjalanan mengambil masa kira kira 6 jam untuk tiba ke destinasi banglo kami. Setelah tiba di destinasi banglo kami, jam menunjukkan pukul 5.30 petang, kami bergegas menyusun barang barang kami sedikit demi sedikit. Masing masing berasa penat dan hanya mampu melabuhkan badan diatas sofa yang terdapat pada ruang tamu kami.

Sedang mata ku berat dibuai lena, tiba tiba ku terdengar “heeehi” ketawa kecil kanak kanak, aku terus menoleh ke arah rafa, tapi rafa sedang lena di pangkuan ibu ku. Barangkali halusinasi ku kerana sedang “lali” mengantok yang teramat. Aku pun abaikan perasaan curiga ku, lalu ku terlelap sehingga ibu ku kejutkan ku dari tidur lena ku.

Jam menunjukkan pukul 10.00 malam, aku masih sibuk mengemas bilik baru ku. Bilik aku terletak di tingkat satu, manakala bilik ibu dan ayahku di tingkat dua. Bilik aku luas dan telah tersedia tandas di dalam bilik ku. So aku tak perlu “susah-susah” nak keluar bilik kalau nak ke tandas. Dari jendela ku , terpanpang pemandangan pokok-pokok kehijauan dan keindahan bukit-bukit.

Sedang asyik aku mengemas bilik ,tiba-tiba pintu bilik ku di ketuk. Barangkali ibu ingin melihat bilik ku yang cantik ni. Aku terus mencapai tombol pintu dan membukanya, tetapi yang menghairankan tiada siapa pun di luar bilik ku. Perasaan curiga ku kembali menganggu ku. Aku beranggapan mungkin rafa yang sedang bermain main “ah lantak lah,rafa ni memang suka main ketuk ketuk, nak kena budak ni!!” Ujar hati ku.

Aku terus mengabaikan kejadian tadi, “biasalah rafa ni nakal tak padan dengan kecil” . Setelah lama ku mengemas bilik ku, tekak pun mula rasa kehausan. Aku terus menuruni tangga untuk kedapur. Tangga di rumah ku diperbuat dari kayu jati. Apabila menuruni tangga, pastinya langkah kaki kita boleh kedengaran kerana permukaan kayu yang berbunyi. Semasa aku sedang melangkah menuruni anak tangga satu persatu, tiba tiba “prap prap” aku mendengar langkah kaki yang mengikuti ku dari belakang, dah la lampu semua sudah terpadam kerana semua sudah tidur maklum lah jam pun sudah menunjukkan 12.30 tengahmalam.

Aku memberanikan diri untuk menoleh ke belakang. Disaat aku cuba menoleh ke belakang, aku berasa seperti ada seseorang di balakang ku,sehingga aku dapat merasakan haba badan nya yang panas “Ya Allah apa benda la belakang aku ni, mengeletar lutut aku” bisikan dalam hati ku.

Setelah aku menoleh, aku ternampak susuk tubuh yang tinggi bermata merah yang sedang menenung tepat le arah ku dengan wajah bengisnya. Sekelip mata lembaga berbada sasa itu terus melompat menerkam ke arah ku,sehingga aku tergelincir dan terjatuh dari tangga . Kepala ku terhantuk pada anak tangga sehinggakan aku hilang kawalan dan pengsan tidak sedarkan diri.

Mata ku kabur saat ku tersedar dari dunia gelap ku. Perlahan lahan aku cuba bukakan mata ku. Seluruh tubuh ku terasa sakit dan berat. Jam sudah menunjukkan jam 3 pagi, hampir 3 jam aku pengsan dan tidak sedarkan diri. Aku kuatkan diri perlahan lahan aku bangun dan melangkah ke kamar ku . Kaki ku berat sehingga memaksaku untuk mengheret tubuh ku perlahan lahan sehingga ke pintu bilik ku. Terasa sangat jauh perjalanan dari anak tangga hingga ke bilik, sesampai sahaja aku dibilik , aku terus merebahkan tubuh ku ke atas tilam ku yang empuk.

Sekelip mata aku tertidur dan kembali ke dunia gelap ku. Kejadian menyeramkan tadi terus kabur dari ingatan ku setelah ku terlena . Tanpa ku sedari matahari sudah terpacak diatas kepala, aku tertidur sehingga ke tengahari. Terjaga dari tidur, seluruh badan ku terasa sengal dan sakit serta dipenuhi lebam. Aku fikir kejadian semalam hanya mimpi tapi lebam ini mengingatkan kejadian semalam.

Suasana yang semakin suram dirumahku, pintu bilik ku diketuk oleh ibu ku, ibu ku menyuruhku mengemas pakaian ku dengan segera untuk pulang ke kampung. Aku terus mencapai tuala untuk membersihkan diri, setelah selesai “pack” baju di dalam bagasi ku, kami sekeluarga terus berangkat pulang ke kampung halaman dalam keadaan yang tergesa gesa dan menghairankan. Didalam perjalan ibu dan ayah ku memceritakan kejadian yang mereka alami pada malam kemarin.

Rupa rupanya bukan aku seorang je mengalami kejadian seram ini. Ayah ku diterkam oleh makhluk yang sama, manakala ibu ku diganggu teruk oleh lembaga kemarin. Ayah ku telah menjual rumah banglo tersebut setelah kami mengetahui sejarah rumah tersebut. Di khabarkan pada awal 90an rumah tersebut di diami oleh sebuah keluarga berbangsa bugis. Keluarga tersebut telah m******h diri beramai ramai akibat bebanan hutang.

Setelah kematian keluarga bugis tersebut. Beberapa pawang telah mendiami rumah tersebut untuk membuat pelbagai upacara ilmu hitam. Selepas itu terdapat juga kisah kematian ngeri pasangan suami isteri yang tinggal disitu ketika itu. Dikhabarkan juga makhluk belaan pawang-pawang terdahulu masih berkeliaran di banglo kami. Selepas beberapa kejadian aneh dan ngeri berlaku di situ, sebuah pemaju perumahan telah mengambil alih banglo tersebut dan dijual dengan harga yang murah. Aku dan keluarga ku telah bernekad untuk tinggal dikampung halaman kami.

Karya Penulisan dan Idea Mr.zear

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 43 Average: 3.9]

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.