Bangunan R***A Kedah

Assalamualaikum admin dan semua pembaca FS. Petama sekali Kak Hawa nak ucap terima kasih kat admin sebab siar cerita tak berapa nak seram Kak Hawa ni.

Sebenarnya dah lama sangat dah duk ikut stories yang FS siar. Ni baru teringin nak share stories. Harap pembaca seronok dan takut la dengan stories Kak Hawa ni. Tapi sila pastikan korang tak keseorangan tau masa baca stories ni.

Bagi sesiapa yang duk di Kedah rasanya hampa tau kot bangunan yang Kak Hawa nak cerita ni. Kak Hawa baru ja lapor diri kat sini. Masa benda ni jadi Kak Hawa nak p solat zuhur. Surau ada kat tingkat 1. Tingkat ni hanya ada bilik driver, dewan dengan surau ja. Jadi agak sunyi la tingkat ni.

Kak Hawa sorang ja solat masa ni. Masa Kak Hawa solat (saf depan sekali) Kak Hawa terdengaq ada paip ayaq bunyi. Kak Hawa solat jala smbil dalam hati bagus la ada orang teman (hilang fokus solat sat). Dah sudah bagi salam Kak Hawa toleh kiri kanan takdak orang pun. Hurm takkan la orang tu saja masuk nak cuci tangan ja kot. Kak Hawa malas fikir banyak.

Sudah ja pakai tudung semua, Kak Hawa naik atas tempat Kak Hawa dan cerita apa yang jadi kat kawan Akak Hawa, Kak Mona. Kak Mona ni dah lama keja sana, dekat 20 tahun lebih dah rasanya. Salah sorang kak senior lah keja kat situ. Lepas tu Kak Mona ni kata ‘alaa besa lah benda tu. Jangan pikiaq (fikir) sangat aih, takdak apa’. Dah tu dia pulak buka cerita.
………………………

Cerita Kak Mona

Keja ofis ni besa la kalau kena stay back tu kan. Balik lewat petang/malam tu perkara biasa. Tambahan kalau ada bantuan nak bagi kat pe*****.

Cerita Kak Mona ni dah lama, dalam tahun 2005 macam tu rasanya. Depa (mereka) termasuk Kak Mona dalam 6 orang kena stay back sebab nama dalam senarai kena siapkan keja. Tengah depa seronok sembang buat keja tiba tiba depa terdengaq macam speaker ofis kat bangunan tu bunyi. Krrikkkk sshhhtttt. Dah tu ada orang menyanyi, tapi slow ja. Depa ni masing2 pandang masing2. Sapa pulak nak nyanyi malam2 ni. Masalahnya semua orang ada dekat situ (yang stay back).

Lepas tu En.Chua dengan En.Han naik atas tempat bilik kontrol mic tu kat tingkat atas sekali, tingkat 7. Tingkat ni ada dewan besaq, bilik jamming dengan bilik kontrol mic ja. Jadi memang jarang orang naik tingkat ni. Depa tutup suis mic lepas tu depa turun tingkat 3 sambung buat kerja yang tergendala.

Jeng jeng jeng. Macam yang hampa boleh tau, si ‘dia’ nyanyi lagi. Depa tengok sesama depa lagi. Tapi kalini depa biaq ja buat macam takdak apa jadi. Lega ‘dia’ behenti menyanyi. Tau gamaknya sora tak sedap dan takdak sambutan. Kesian..

Abeh cerita Kak Mona, Abang Zahari pulak sambung.

………………

Cerita Abang Zahari

Masa ni Abang Zahari pi toilet. Dia dengaq ada orang masuk kat bilik sebelah. Tapi dia kata orang tu macam tak keluaq sebab Abang Zahari tengah melabuq lama dalam toilet tu.hehe. Abang Zahari buat taktau ja.

Bila Abang Zahari keluaq dia toleh kat bilik sebelah takdak orang pun. Abang Zahari ni jenis berani sangat. Dia p ngendap bilik tu tapi syukur takdak apa yang jengoi (muncul). Dia keluaq toilet dengan suka hati sebab dah melaboq. Hehe..

Abang Zahari sambung cerita dia tapi yang ni kawan dia yang cerita kat dia. Haa gitu.

………………..

Cerita Abang Nazri

Abang Nazri tertinggal barang penting kat ofis. Masa ni dekat maghrib dah jadi waktu ni memang ofis lengang. Sebab benda penting mau takmau dia kena ambik jugak. Tempat Abang Nazri kat tingkat 4. Abang Nazri p kat tempat dia. Dia perasan ada Abang Soleh tengah baring (letak tangan atas dahi) atas sofa depan meja Abang Nazri tu. Abang Nazri tak panggil pun Abang Soleh sebab dia fikir mungkin Abang Soleh letih buat keja jadi nak lelap sat sebelum balik rumah.

Dalam hati Abang Nazri lega lah kan sebab ada teman. Abang Nazri buat keja sikit n ambik barang yang tertinggal dan terus balik.

Hari esuk tu Abang Nazri tanya Abang Soleh pasaipa (kenapa) dia sampai tertidoq kat sofa tu. Kak Hawa rasa hampa tau jawapan Abang Soleh. Haa betul lah tu. Abang Soleh kata ‘bila masa pulak haih aku mai ofis malam buta. Tidoq kat sofa tu pulak. Takdak keja aku aih’.

Abang Nazri pucat. Habis sapa yang ‘teman’ dia semalam? Baik nau dia ‘teman’kan..Nasib jugak Abang Nazri tak rajin pi ajak ‘Abang Soleh’ sembang pulak kan..haaa..

Dah habih cerita pasai Abang Nazri tiba ja Abang Ijat jengoi (muncul) kot belakang kami. Dia kata Abang Ijat takut nak cerita kat Hawa satgi Hawa takut. Tapi Kak Hawa paksa Abang Ijat cerita.

………………..

Cerita Abang Ijat

Kak Hawa dan ramai lagi kawan Kak Hawa kena stay back sebab kena siapkan laporan. Tapi hujung minggu tu (hari Jumaat) tinggal Kak Hawa dengan Abang Ijat ja yang boleh pi ofis buat keja.

Kak Hawa pi ofis lewat sikit lepas Abang Ijat habis solat Jumaat. Sampai ja ofis Kak Hawa tengok Abang Ijat tengah sumbat lubang telinga dia dengan earphone. Abang Ijat kata ‘kena sumbat telinga ni, satgi silap2 dengaq yang bukan2’. Dah tu Kak Hawa p kat meja dan sambung buat keja.

Kami balik dalam pukul 6 petang macam tu. Kak Hawa siap ja kemas meja Kak Hawa pi kat meja Abang Ijat tapi dia suruh Kak Hawa turun dulu sebab dia nak kemas barang dia dan tutup semua pintu dan lampu. Jadi dengan bahagianya Kak Hawa pun turun.

Waktu Kak Hawa nak keluaq pagaq ofis Kak Hawa nampak Abang Ijat. Kak Hawa teguq lah tapi masa tu muka Abang Ijat pucat, tapi dia balas la Kak Hawa teguq tu.

Haa ni baru nak cerita apa Abang Ijat dengaq, tadi tu intro ja.hehe..

Masa Abang Ijat nak pi dekat lif tu dia kata dia dengaq ada bunyi ayaq dalam tandas (nak p kat lif kena lalu depan toilet perempuan dulu). Dia kata takkan nak tinggal Hawa sorang. Jadi Abang Ijat pun keloi (panggil) la Kak Hawa. ‘Hawa! Ohh Hawa! Ada kat dalam toilet ka? Ni Abang Ijat sudah dah nak balik dah ni. Hawa!’ tapi Kak Hawa tak menyut (sahut). Abang Ijat pun kata lagi ‘Abang Ijat nak masuk ni. Jangan marah na. Hawa! Hawaaaa!’. Abang Ijat kata sunyi ja dalam toilet tu. Tadi dengaq bunyi pancuq (pancur) ayaq terbuka. Okey Abang Ijat kata dia rasa something wrong. Dia terus keluaq keluaq toilet dan tekan butang lif.

Lif berhadapan dengan pintu tangga. Masa tu pintu tangga terbuka. Abang Ijat kata masa dia tengah tunggu tu dia dengaq macam ada bunyi berdehem kat ruang tangga tu. Dia ketaq lutut dah. Rasa lama sangat aih lif ni nak sampai pun. Sampai ja lif tak tunggu dah Abang Ijat terus turun.

Sebab tu masa Kak Hawa nampak Abang Ijat tu muka dia berkerut dan pucat. Hemm no wonder..

Dahh..sampai sini jala dulu cerita Kak Hawa. Penat aih taip pun. Hampa baca cerita ni sekali belajaq loghat Kedah. Baguih naa..Kalau hampa suka nanti Kak Hawa sambung cerita na..

Wasalam..

Kak Hawa

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 3 Average: 3.7]

6 thoughts on “Bangunan R***A Kedah”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.