Permohonan Insentif Tabung Bencana Pertanian Kelantan

Kepada rakyat Kelantan yang terkesan akibat bencana yang menimpa anda, kerajaan Kelantan ada menyediakan insentif bantuan tabung bencana untuk anda. Ianya dikenali sebagai insentif tabung bencana .

Permohonaan dibuat dengan cara mengisi borang permohonan kemudian menghantar ke pejabat pertanian.

Cara Permohonan

Cara permohonan insentif tabung bencana pertanian Kelantan adalah seperti berikut:

https://cdn.me-qr.com/pdf/11615026.pdf untuk memuat turun borang permohonan.
  • Cetak borang berkenaan, kemudian isi semua bahagian yang diperlukan.
  • Borang yang diisi perlulah mendapat pengesahan daripada Ketua Kampung ataupun penghulu.
  • Laporan polis juga diperlukan untuk menyokong borang permohonan ini. Buat laporan polis di IPD berdekatan anda.
  • Sertakan dan lampirkan gambar yang jelas menunjukkan keroskan tanaman akibat bencana yang menimpa. Pastikan ianya mudah dilihat tanpa sebarang kekaburan. Sertakan juga lokasi, daerah, negeri dan tarikh gambar di ambil.
  • Borang yang lengkap diisi perlulah dihantar ke Pejabat pertanian berserta salinan kad pengenalan pemohon dan juga salinan geran tanah. Jika menyewa tanah, sertakan surat perjanjian sewa tanah.
  • Untuk dihubungi

    Nombor untuk dihubungi adalah seperti berikut:

    • Bachok 09-7788267
    • Gua Muasang : 09-9121230
    • Jeli : 09-944 0227
    • Kota Bharu : 09 746 2932
    • Kuala Krai : 09-966 6192
    • Machang: 09-975 1381
    • Pasir Mas: 09- 790 9137
    • Pasir Puteh: 09-7866097
    • Tanah Merah : 09-955 6337
    • Tumpat: 09-725 7343
    • Lojing: 09-922 1963

    Artikel lain: Aplikasi Pangkalan Data Murid

    Follow Whatsapp FS KLIK SINI

    Rating Pembaca
    [Total: 0 Average: 0]

    Leave a Comment

    This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.