Barang Peninggalan Lama

Assalamualaikum semua pembaca FS, terima kasih admin andai perkongsian ini disiarkan. Kisah ini tidak lah seram dan menakutkan, tapi tetap menjadi misteri dalam hidup aku.

Kisah yang aku ingin kongsikan berlaku berpuluh tahun yang lalu, tapi masih diingati oleh aku sampai sekarang. Waktu tu aku masih bersekolah rendah, sekarang umur aku sudah 32 tahun, aku anak sulung, means adik2 aku masih kecil waktu itu.

Semuanya bermula bila adik angkat kepada mak aku mahu berpindah ke negeri lain dan ingin menjualkan rumah pusaka ayah dan ibunya. Aku namakan Cik Dila. Cik Dila ni merupakan anak angkat pd pasangan kaya yang tidak dikurniakan zuriat, dan beliau satu-satunya anak angkat pasangan tersebut. Jadi semua harta diwasiatkan padanya. Disebabkan hubungan rapat beliau dengan mak aku, beliau mahu sedekahkah perabot rumah tersebut pada mak aku sebelum menjual rumah pusaka tersebut.

Rezeki jangan ditolak, jadinya parent aku datang dengan lori untuk pilih perabot yang diingini. Banyak juga perabot yang parent aku bawak balik seperti katil, almari baju, almari hiasan, buku2, tempayan lama, barang2 antik, toys dan banyak lg. Semua barang2 yang dibawa balik memang berkualiti tinggi boleh digunakan sampai sekarang. Tak mamah dek usia.

Dalam banyak-banyak barang yang dibawa balik, ada satu peti kecik siap dengan anak kuncinya. Aku panggil peti harta karun. Peti tu masih ada dan utuh sampai sekarang dan digunakan oleh adik aku. Setelah semua perabot dan barang-barang sampai dirumah kami, malam tu kami sekeluarga sibuk dok belek2 barang2 tersebut. Sehinggalah ayah aku bukak peti harta karun tersebut dengan kunci yang kecil sedia ada di peti itu.

Terkejut ayahku bila didalam peti tersebut ada rambut dan kuku. Tapi jiwa kanak2 aku tidak memikirkan benda ini secara serius. Ayah aku tanam kuku dan rambut dibelakang rumah kami. Habis setakat itu.

Beberapa hari kemudian, berlakulah benda pelik di kediaman kami. Benda ni bermula waktu magrib, waktu tu aku dan adik2 sedang bermain diruang tamu, manakala parent aku sedang menonton tv. Secara tiba2 ada buih lebih kurang sebesar bola sepak tak tahu muncul dari mana tiba2 naik tinggi dan pecah bila terkena syiling. Bunyi nya perlahan sahaja ‘pop’, tp masih boleh didengari oleh kami. Parent aku pelik, aku yg masih kecil pun pelik. Tp biasalah budak2 tidak fikir jauh. Aku tak tau apa difikiran parent aku.

Beberapa hari kemudian ada lagi kisah pelik bila jiran kami kebetulan lalu depan rumah menegur mak aku. “rajinnya kamu menyapu laman subuh hari”. Mak aku diam dan pelik. Tanya jiran aku bila dia nampak, katanya pagi td. Mak aku cakap nampak dia ke. Makcik tu cakap, dalam perjalanan nak solat subuh di surau nampak mak aku menyapu laman dalam balam2 subuh, maknanya tak nampak muka dengan jelas, tp tubuh, gaya dan rambut panjang melepasi p******g memang sebijik macam mak aku.

Kemudian di hari lain, ada seorang kenalan ayah aku tanya kenapa sorong beca masuk semak? Beca tu kepunyaan jiran kami yang menumpangkan becanya di rumah kami, memandangkan laluan masuk kerumahnya cuma batas padi, jadi tidak muat untuk beca dibawa balik. Rumah kami ditepi jalan tar, dah disebelah rumah kami ada semak(tanah orang lain). Maklumlah kawasan kampung, rumah kami juga rumah kampung tidak berpagar. Ayah aku bagitau kenalannya nampak waktu magrib sempat menegur sewaktu ‘ayahku’ menolak beca tersebut masuk semak, tp tidak dijawab. Ya guys, sudah tentu bukan ayah aku!!! Dan beca tersebut tidak terusik pun, masih dirantai dibawah pokok manggis depan rumah kami dan Xda kesan semak yang patah.

Cerita lain berlaku didalam rumah kami sendiri. Kami adik beradik memang jenis tengok tv sambil baring, lepas tu tertido depan tv. Bila dah lihat mata kami layu nak tido, mak aku pesan siap2 kalau tertido depan tv, mak xangkat, xkejut, tidolah sampai subuh. Dan memang begitulah kami, akan tertido kat luar sampai subuh. Hari tu, aku sorang je tertido depan tv, tiba2 mak aku datang kejut suruh masuk bilik, lampu sudah padam semuanya, mungkin dalam pukul 1 2 pagi. Dalam mamai aku sempat tengok mak aku dalam keadaan biasa rambut panjang yang dilepaskan melepasi p******g dan sebelah tangan dukung adik aku yang bongsu. Esoknya mak aku tanya masuk tido pukul berapa, aku cakap mak la yang kejut suruh masuk tido. Mak aku nafikan sampai ke sudah. Memang dia tak kan kejut katanya. Huhuhu..

Kes adik aku pulak ada orang kejut suruh bangun solat subuh. Dalam terkejut dia bangun sembahyang sedangkan dia memang liat nak bangun walaupun parent aku marah2. Tapi satu hari tu, dia bangun tergesa2 macam terkejut untuk bangun solat. Katanya dia takut dengar suara suruh bangun solat subuh.

Situasi lain berlaku bila tiba2 jiran kami, seorang remaja lelaki tiba2 datang mintak maaf pada ayah aku sebab mencuri makan buah rambutan madu kami. Pokok rambutan di depan rumah kami, tp disebabkan rumah kami tidak berpagar maka senanglah orang nak ambil. Ayah aku cakap makanlah kalau nak, tak apa. Kemudian dia pun cerita malam semalam dia panjat pokok rambutan terus petik dan makan buah diatas pokok. Tiba2 ada makhluk yang menampar muka dia. Ya, ditampar diatas pokok. Sebab tu dia takut dan datang mintak maaf.

Itu antara cerita yang aku ingat sampai sekarang. Mungkin ada lagi cerita yang aku tidak tahu. Wallahualam. Kesimpulannya semua yang berlaku semuanya baik2. Tiada yang berniat jahat. Mak aku cerita dia ada bertanya pada ustaz, ustaz kata benda yang berada dengan kami benda baik. Umpama penjaga, tp sebaik2 makhluk lain tidak elok untuk berkawan atau disimpan, apatah lagi kalau termakan budi. Jadi parent aku buat keputusan untuk buang. Adakah ia datang dr rambut dan kuku tersebut? Mungkin ya mungkin tidak, sebab kebetulan semua kepelikan yang terjadi pada kami berlaku selepas kuku dan rambut tersebut dijumpai dan ditanam. Wallahualam.. Tp percayalah ada makhluk lain yang berkongsi alam dengan kita.

-kak long

Kak long

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 5]

2 thoughts on “Barang Peninggalan Lama”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.