Basirah Berjubah Emas

#seramRamadhan – Salam admin dan pembaca semua. Saya Ariff Budiman sekali lagi menulis. Kali ini tentang mimpi yang di alami dalam bulan Ramadhan tahun lepas

……………………………………………………………………………………………………………………
Selepas berbuka puasa aku menelan pil untuk meredakan kesakitan pada tanganku. Kata doktor pil ini mengantuk sedikit. Ia untuk merihatkan tanganku. Selepas solat tarawih terasa berat sekali mata ini. Aku masih sempat berdoa. Entah kenapa kali ini mengalir airmataku tatkala aku bermunajat kepada Allah yang aku terlalu rindukan Siti Aishah. Aku telah berjanji kepada Allah di depan kaabah dahulu yang aku tidak akan meminta berjumpa Siti Aishah lagi. Kali ini aku merayu kepada Allah dengan linangan airmata agar diringankan kerinduan ini.

Terlalu berat aku menanggung tambahan di bulan puasa dan hampir menjelangnya syawal. Akhirnya aku terus terlelap dan bila aku membuka mata aku berada di satu kawasan lapang. Yang memisahkan kawasan seberang ialah jambatan. Seorang lelaki berjubah menyapa aku apa yang aku sedang mencari. kataku, aku sedang mencari isteriku Siti Aishah. Kata lelaki berjubah untuk berjumpa dengan Siti Aishah perlu meminta izin penjaganya iaitu Basirah. Siapakah dia Basirah. Setelah lelaki berjubah tadi menghubungi penjaga Siti aishah aku hanya menanti dengan penuh debaran

Tiba-tiba aku melihat seorang wanita berjubah emas datang dari arah jambatan. Sungguh ayu, cantik dan harum baunya. Lalu dia memperkenalkan dirinya
” Saya Basirah. Penjaga Siti Aishah “. Katanya dengan penuh senyuman. Terpegun aku dengan kecantikkan Basirah.
” Saya Ariff Budiman suami Siti Aishah “. Aku pula memperkenalkan diriku
” Tahu “. Kata Basirah juga dengan senyuman yang membuat jantung aku berdebar-debar.
” Boleh saya berjuma dengan Siti Aishah “. Aku meminta izin dari Basirah.

Sebentar kemudian seorang wanita berjubah hijau emas pula melalui jambatan tersebut. Aku memerhati dari jauh. Rupanya dia ialah isteriku Siti Aishah. Kami terus meluru sambil memeluk dan menangis.
” Siti… abang terlalu rindukan Siti “. Aku berkata kepada Siti Aishah
” Siti pun begitu bang. Abang nampak kurus “. Kata Siti Aishah kepadaku
” Siti pun nampak muda seperti baru berkahwin dahulu “. Kata-kataku membuatkan Siti Aishah tersenyum. Sungguh indah senyumannya. Sudah lama aku tidak melihat senyuman ini.
” Siapa dia Basirah, Siti “. Aku bertanya Siti Aishah.
” Basirah ialah penjaga rumah kita bang “. Siti Aishah berkata dan Basirah hanya tersenyum memandang kami.

Aku meminta agar Siti Aishah menunjukkan rumahnya namun dia berkata belum tiba masanya.
” Abang pulanglah. Insyaallah Siti akan tunggu abang. Pulanglah bang “. Akhirnya Siti Aishah dan Basirah hilang dari pandanganku.
” Abang-abang bangun…”. Rupanya isteriku mengejutkan aku untuk bersahur.
” Abang buat Nah risau. Setengah jam Nah kejutkan abang dan badan abang terus kaku “. Kata isteriku yang nampak begitu risau. Jam sudah pukul 5.30 pagi. Sahur tadi aku hanya menjamah begitu sedikit saja dan memikirkan tentang mimpiku. Siapakah dia Basirah. Cantik sekali. Adakah dia bidadari syurga atau hanya khayalanku sahaja.

” Kenapa Nah tengok pagi ni abang asyik termenung saja. Apa yang di fikirkan “. Tegur isteriku. Aku hanya memerhatikan isteriku tanpa berkata-kata apa dan akhirnya aku melupakan tentang mimpiku. Itu semua khayalan ketika badan dan mata sudah letih.
” Nah pagi ni abang nak ke pasar. Abang nak cari ikan sembilang. Nak bawa bekal ke tempat kerja “.
Cepat-cepat aku mengalih topik. Aku tidak mahu terlalu memikirkan apa yang aku mimpikan. Apapun aku merasa amat syukur kepada Allah sekurang-kurang permintaanku agar Allah meringankan kerinduanku terhadap isteriku telah di makbulkan. Syukur alhamdulillah….

A

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 5]

10 thoughts on “Basirah Berjubah Emas”

  1. siti aisyah tu arwah isteri ko ke? Innalillahiwainnailaihirojiun.
    Nah tu bini baru ke?

    Abang konfius la. Lain kali bagi la intro sikit. tak semua follow cerita kau budiman oi

    Reply
  2. ***saya kongsikan di sini..yg telah disharedkan pd 9 jan lepas. ….***

    ‘Saya ingin kongsi cerita saya tentang umrah saya pada tahun 2010. Saya bermula dengan kisah kematian isteri saya pada tahun 2008 akibat dengki kianat manusia. Dipendekkan cerita dengan berkat pertolongan rakan2 arwah isteri saya, saya telah dijodohkan dengan salah seorang rakan mereka pada tahun 2009. Pada tahun 2010 seorang sahabat telah menaja kami untuk menunaikan ibadah umrah. Saya begitu gembira sekali. Kadang2 saya terbayang arwah Siti Aishah menangis ketika melihat kaabah di kaca televisyen.
    ” Bang…Siti rindu nak pergi Mekah “. Katanya. Saya katakan padanya insyaallah kalau duit cukup insyaallah Allah pasti menjemput kita. Tapi Allah lebih sayangkan isteri saya. Pada tanggal 18 Disember 2008 dia di jemput Allah. Tinggal segala keinginannya ke Mekah.
    Mendengar kami akan menunaikan ibadah umrah maka jiran tetangga serta rakan taulan datang menziarahi kami. Banyak dikongsi juga pengalaman mereka sewaktu di Mekah dan Madinah. Saya cukup teruja bila mendengar kisah berdoa agar dapat melihat orang yang tersayang di sana. Teringat saja kaum keluarga maka wajah mereka dapat di lihat di sana. Sedikit demi sedikit niat saya sudah mula berubah. Dari demi kerana Allah telah berubah agar saya dapat melihat isteri saya yang tercinta. Saya terlalu rindukan isteri ketika itu. Batin saya amat tersiksa. Hanya Allah saja yang tahu betapa tertekannya perasaan bila tiba2 saja dia sudah tiada di depan saya.
    Tiba tarikhnya kami berangkat menuju ke Madinah. Pijak saja bumi Madinah saya sudah mengalir airmata. Saya sendiri tidak percaya yang saya telah berada di Madinah. Ketika memasuki Raudah saya tidak putus2 berdoa agar Allah memperlihatkan wajah Siti Aishah yang saya rindui namun hampa. Saya terus berdoa di tempat yang mustajab doanya. Juga tidak kelihatan wajah isteri saya. Saya terus gelisah sebab keesokkan harinya kami akan ke Mekah. Wajah isteri saya masih tidak kelihatan.
    Keesokkan harinya kami menuju ke Mekah. Bergema di dalam bas….
    ” Labbai Kallah Hum Malabbaik. Labbai kala syari kalakalabbai. Innal hamda. Wanniaqmata. Lakawal mulk. La syari kalaq “. Menangis kami semua di dalam bas. Isteri saya bersebelahan saya sudah beberapa kali mengusap airmatanya. Saya berdoa agar Allah dapat menerima kami ketika berada di tanah haram. Bila memasukki Mekah dan melihat sendiri Kaabah terbentang indah, airmata terus jatuh berderai. Saya terus berdoa
    ” Ya Allah izinkan aku melihat Siti Aishah. Aku terlalu merinduinya “. Itulah ayat pertama yang keluar dari mulut saya. Selesai umrah saya masih berdoa dengan doa yang sama. Tapi wajah Siti Aishah masih juga tidak kelihatan. Saya memandang di sekeliling kaabah. Hampa perasaan saya.
    Keesokkan harinya saya melakukan ibadah umrah untuk Siti Aishah. Badan saya sudah terasa kepanasan. Selesai tawaf dan solat saya terus berdoa…
    ” Ya Allah. Izinkan aku melihat Siti Aishah. Aku terlalu rindukannya “. Tiba2 saya terasa badan saya menjadi lemah. Badan saya seperti melayang keatas dan dapat melihat isteri saya sedang berdoa. Saya dapat melihat ramai orang sedang melakukan tawaf. Suara mereka begitu bergema. Saya menjadi takut. Adakah ajal saya sudah sampai. Saya berdoa lagi kepada Allah…
    ” Ya Allah…Aku berdosa padamu Ya Allah. Niat aku telah lari dari asal. Aku datang bukan keranamu tapi kerana ingin melihat wajah isteriku. Ampunkan dosaku Ya Allah. Aku masih mempunyai anak yang memerlukan kasih sayang seorang ayah. Aku buat semua ini sebab terlalu rindukan Siti Aishah. Tolonglah hambamu ya Allah. Ampunkan dosaku. Aku tak akan meminta lagi Ya Allah “.
    Tiba2 saya terasa seperti di tarik ke badan saya kembali. Isteri saya memegang saya. Risau dia kerana saya kelihatan begitu pucat dan tidak bermaya. Dia menyarankan agar saya menggunakan khidmat kerusi roda ketika melakukan saie. Ketika berada di atas kerusi roda saya menangis mengenangkan dosa saya terhadap Allah. Namun masih terdetik di hati agar Allah izinkan saya melihat Siti Aishah walaupun seketika. Selesai buat umrah untuk isteri saya kami pulang ke bilik. Akibat demam dan keletihan saya pun tertidur. Saya bermimpi Siti Aishah datang kepada saya dengan pakaian ihram. Tersenyum dia melihat saya. Manis sungguh dan inilah wajah yang saya rindukan selama ini.
    ” Terima kasih bang. Siti sihat. Abang jagalah kesihatan abang “. Terus dia hilang. Saya terkejut dari tidur. Saya terus menangis walaupun suara tidak kedengaran. Saya bersyukur Allah telah makbulkan lintasan hati saya. Bermula saat itu saya tidak lagi berdoa untuk melihat wajah isteri saya. Cukuplah pengajaran yang Allah berikan kepada saya. jangan lari daripada niat asal iaitu beribadah kerana Allah. Moga pembaca semua mendapat pengajaran dari cerita saya ini. Terima kasih kerana sudi membaca.’

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.