Bawa Balik

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Aku Sarah. Kisah yang bakal aku ceritakan ni adalah kisah benar dari pengalaman aku sendiri. Aku nak minta maaf awal2 kalau ada yang tergores hati, tersalah taip, terkasar bahasa ke dan sewaktu dengannya. Dan aku maafkan korang sebab aku tahu korang akan kecam aku berjemaah nanti. Kalau tak nak baca kisah aku ni aku say bye2 awal2 lah sila ke next page untuk cerita yang lain dan terima kasih kepada korang yang niat nak teruskan membaca (pastikan lampu terpasang kalau korang baca malam2 ye). So selama membaca : )

Pertengahan bulan Februari lepas aku bawa anak aku Amani pergi beriadah di kawasan kaki gunung. Dekat je dengan rumah Atok aku. Jalan kaki je pun. Anak aku si Amani baru je 14 bulan, dah pandai berjalan tapi paham2 je la budak baru dapat kaki ni excited dia lain macam. Berjalan pun macam berlari, punyalah penat nak kejar. Nasib baik sepupu aku Liza pun join masa tu tapi dia sorang je tak bawa pun anak2nya. Kami bertiga je.

Aku bawa anak aku main air dekat kawasan cetek tapi agak berbatu2 juga la nama pun kawasan kaki gunungkan.. lain la kalau pantai mendatar je pasir kecuali di bahagian teluk ada berbatu sikit. Ok dah melalut pula. Ok dah penat main air, aku bersihkan anak aku dan pakaikan baju bersih. Tapi si Amani ni punya lah aktif. Tak nak balik lagi so kitorang bertiga jalan2 jelah dekat jalan trek kt sana. Dah cantik2 wangi lagi tu memang taklah nak biar si Amani ni main air lagi kan..

Entah macam mane la si Amani ni terlepas dari pegangan tangan aku dia turun masuk dalam air lagi. Nak menangis aku tengok dia masuk dalam air dengan kasut dan baju lawanya. Apa lagi si Amani seronok kemain lagi siap gelak2 tengok aku cekak pinggang. Tengah dok gelak2 tu tetiba Amani tergelincir dan tenggelam dalam air padahal tadi air cetek je paras buku lali.

Masa Amani tenggelam tu dia macam kena tarik ke dalam lubang (macam gaung pun ada tapi kecik je muat2 badan si Amani tu ). Serius aku cakap tadi memang tak ada lubang ke apa kat situ. Terperanjat, menggelabah Amani tergelincir tadi tetiba ada lubang kat situ. Dengan pantas sepupu aku yang kebetulan dah masuk dalam air juga sempat tarik tangan Amani. Ya Allah! Bergegar seluruh badan tak mampu nak buat apa. Menetes juga air mata sebab dah bayang yang bukan2 jadi kat Amani.

Aku terus ambik Amani dari Liza. Peluk, cium Amani, “mama mintak maaf sayang. Mama cuai. Mama sayang Amani” sampai naik rimas anak aku tu aku peluk kuat2. Sapa tak sayang anak oi..tapi tak pulak budak ni menangis ke apa dia diam je, tolak2 aku sebab aku peluk kuat sangat kot. Si Liza pun tanya aku, “sarah, kau ada dengar bunyi pelik tak tadi masa aku tarik Amani. Macam bunyi anjing menyalak tapi pelik betul bunyi”. “Entah takde pun, abaikan je lah. Jum balik..”, padahal aku pun dengar bunyi tu cuma aku tetiba meremang jadi aku buat2 tak dengar. Lagi pun masih terperanjat dengan kejadian tadi. Kami bertiga pun jalan balik rumah. Rumah kampung jenis tinggi boleh lalu bawah rumah itu pun masih tinggi dari kepala.

Kami lalu bawah rumah nak nait ikut tangga belakang rumah.” Auuu….” Astaghfirullah… makin dekat pulak bunyi anjing tu mengiringi kami bertiga. Liza dah berlari naik tangga. Aku pun berlari anak naik tangga sambil dukung si Amani ni. Tengkok rasa panas tapi badan rasa seram sejuk. Bulu roma tak payah cakap memang tegak meremang. Dada terasa sempit, megah juga nak bernafas. Boleh pulak suara anjing tu ekot sampai ke rumah.

Aku cepat2 tutup pintu tapi belum sempat tutup anjing yang tadi dok menyalak ngekot balik rumah dah ada depan mata. Anjing tu sambar tangan aku dan tarik tapi tak pula dia gigit. Aku tarik tangan aku balik. Langsung takde calar ke luka ke takde. ‘Grrrr…” garau garang bunyi anjing tadi. Masih menyalak. Liza dah tak nampak bayang. Hilang bersembunyi. Aku tutup pintu rapat2 dan kunci. Aku meluru masuk ke ruang depan. Ada maksu dengan kawannya tengah berborak macam takde apa2 yang pelik terjadi. Aku masuk dalam bilik yang kedua di ruang tamu. Aku tutup pintu bilik rapat2. Jantung berdegup degap, lalakan anjing masih kedengaran tapi sayup2 kejauhan.

Aku terdengar suara atok berleter. Sedikit lega bila terdengar suara atok. Aku buka pintu bilik yang sememangnya dari tadi tak berganjak di sebalik pintu. Kelihatan atok dengan muka yang serius dan merah mungkin marah dan nenek dibelakang mengiringi langkah atok. “Apa yang korang dah bawa balik ni sampai anjing tak berhenti menyalak kat luar tu?” (aku masih rasa meremang masa aku menaip kisah ni dan teringat ayat atok ni). Aku tutup pintu balik. Terngiang2 suara atok, “bawa balik?” Belum sempat aku nak toleh Amani yang aku dukung dari tadi yang langsung takde respond sejak tergelincir tadi. Aku terjaga dari tidur..

Aku mintak maaf ok. Ye memang aku bermimpi. Tapi mimpi yang membuatkan aku meremang, berpeluh walaupun aircond bilik terpasang (rumah aku sendiri) dan juga kipas terpasang paling kuat no. 3. Dalam hati aku tertanya2, “what the hell is that!?” dengan jantung berdegup pantas dada rasa sesak sempit aku toleh kiri di mana aku dukung anak aku dalam mimpi tadi. Alhamdulillah takde apa2. Cuma ada bantal peluk, dinding dan tingkap yang dilidungi langsir tebal. Aku toleh kanan, anak aku Amani dan suami tengah nyenyak tidur.

3 hari selepas bermimpi tu, suami buka cerita dia mimpi aneh (tapi takde kaitan dengan kisah seram ni) habis je dia cerita pasal mimpi tu aku pun cerita la dekat dia balik apa yang dah aku alami dalam mimpi aku. Bila sampai part atok tanya bawa balik apa tu dan aku cakap yang aku baru nak tengok apa yang aku dukung dalam mimpi tu sama ada Amani anak aku atau hantu?? Suami masa tu tengah driving aku duduk sebelah sambil pangku Amani. Suami pun cakap, “kenapa abang yang pula naik meremang ni” sambil tunjuk lengan kiri dia. Korang rasa??

Kata orang (tak tahu la betul ke tidak) kalau kita baca atau dengar orang bercerita kisah2 mistik macam ni dan kita pun ikut naik meremang. Kemungkinan apa yang disampaikan orang tu adalah benar2 terjadi. Dan kalau korang dah naik meremang tu coba toleh kiri, kanan dan belakang. Mana tahu ada yang neman membaca tu hehehe…

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]

14 thoughts on “Bawa Balik”

  1. ”Kalau tak nak baca kisah aku ni aku say bye2 awal2 lah sila ke next page untuk cerita yang lain dan terima kasih kepada korang yang niat nak teruskan membaca”
    aku xptot teruskan mmbaca tadi..

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.