BAWAK LORI.
KALI ni aku nak kongsi cerita kawan tempat kerja aku pulak. Ni kisah bapak dia yang merupakan seorang pemandu lori barang yang seringkali berjalan luar Ipoh.
Kisah seram kawan dengan rumah dia pun ada tapi nantilah…
Sebagai pemandu lori yang selalu kena berjalan jauh tanpa mengira masa, cuaca mahupun tempat pasti akan menghadapi pelbagai rintangan tak terkecuali lah perkara mistik.
Nak dijadikan satu cerita pada malam itu bapak kawan aku ni kena pergi ke kawasan pendalaman sekitar sempadan nak sampai ke Pahang.
Dan masa itu, bapak kepada kawan aku ini telah diganggu oleh satu makhluk bernama ‘kakak cantik@ Che Pon’.
Masa ni lori yang bapak kawan aku ni bawa berhenti sekejap. Dia mahu makan roti dan minum kopi. Laparkan berjalan jauh.
Sedang enak dia makan dan berehat sekejap sambil dengar lagu klasik fm. Tiba-tiba hidungnya terhidu bau bunga kemboja.
Tapi bapak kawan aku ni wat lek wat peace jelah sebabnya, dia memang betul-betul nak berehat. Bahayakan, jikalau memandu dalam keadaan penat apatah lagi mengantuk.
Jadi, dia berbuat endah tak endah sajalah. Roti dimakan lagi sambil mendengar lagu R. Azmi. Itu yang kawan cakaplah.
Tetapi bau bunga kemboja itu kian kuat. Menyucuk-yucuk baunya. Terlalu kuat sangat.
Sehingga hilang bau kopi. Kawan kata lagi bapak masa itu dah semakin terasa lain macam. Dia makan cepat-cepat roti dan minum air kopi berbau bunga tanjung.
“Serius kak, kuat gila bau dia. Rasa macam kat kubur.”
Masih terngiang-ngiang lagi kata-kata kawanku ini.
Aku pun masa tu memang tengah fokus. Yelah nasiblah time tu, klinik dah takde orang nak masuk. Aku pernah kerja klinik swasta saja cari pengalamankan.
“Kemudian apa jadi?” Masa tu, aku pun bertanya sebab nak tahu lagi. Memandangkan bapak kawan aku yang ini juga ada ilmu di dada. Bukan calang juga.
Bapak dia tahu masa itu ada yang hadir menyinggah. Sama ada di atas atap lori mahupun belakang lori.
Dahlah lori bapak kawan aku bawa ini berisi makanan dalam tin. Kalau tak silaplah. Aku pun kian lupa dahni.
“Dengan selambanya kak, bapak Midz ( bukn nm sbnar) sound benda yang dia tersangat dah masuk tu. Sebabnya ada bunyi tangisan mendayu…je kak. Sayup je… dengan anginnya…”
Weh, time ni kami berdua walau kat kaunter dah meremang. Nak-nak pulak pintu tandas kami dengar macam ada orang buka tapi tak ada sesiapa pun staff bilik rawatan mahupun doktor keluar!
“Aku tahu kau nak tumpang aku walau aku tak kenal kau. Aku tak tahu siapa kau. Pun kau masuk tanpa izin aku. Aku berhenti di sini bukanlah nak kacau tempat kau ni. Aku sekadar berhenti rehat saja.”
Begitulah ayat sound yang bapak kepada kawan aku ni hamburkan pada penumpang tidak dipelawa itu.
“Hiks…ehem…hmm…hmm..” Penumpang itu menjawab dengan tangisan mendayunya.
Kawan ni pulak kalau bercerita. Tangan dengan mimik muka memang tak boleh blah. Tapi serius weh, creepy gak kami berdua time.
Baik punya timing sikit lagi nak senja. Bukak cerita hantu.
Then aku pun seakan pertikaikan lah berani sungguh bapak dia sound makhluk astral a.k.a halus tu, macam itu. Di buatnya dia tunjuk muka apa macam?
Kalau you guys?
Kalau author… firstly terkencing. Kedua pengsan. Kalau muka lawa macam maya karin ke? Uqasha ke? Erra ke? Takpelah jugakkan?
Kemudian kawan aku cakap macam ni kat aku.
“Bapak kata memang kena tegur. Tapi tak bermakna bapak tunjuk hebat. Tak. Sebabnya benda-benda macam ini kita kena juga lawan…”
Aku tanya lagi berapa lama sesi temubual bapak dengan makhluk tu. Dia tunjuk muka tak?
Kawan aku kata, memang ada. Mula-mula bapak dengan bunyi cakaran atas bumbung. Kemudian bapak kawan aku cakap dekat tepi lori dia pula. Kiri dan kanan.
Krekk…
Kawan aku cakap bunyinya mengilukan gigi. Bau masih wangi. Benda tu tak mengilai cuma menangis sayu sahaja.
Kemudian kawan aku cakap masa bapak nak nak tengok muka dia yang berpeluh dan mahu mengesatnya dengan tualalah, dia nampak benda itu sudah berada di luar lori dia dan sedang merenung tajam ke arah bapak kawan ku ini.
Masa itu aku pun bertanya, bapak buat apa bila dah nampak makhluk tu? Berwujudkan apa? Lawa tak?
Kawan aku cakap perempuan tu menunduk, tapi suara tangisan itu masih lagi ada. Bau pun masih wangi. Dia dalam wujud yang masih tak menakutkan lah lagi, masa itu.
Kemudian kawan bapak aku ni lap mukanya macam biasa. Lagipun enjin pun dah dia panaskan. Usai mengelap mukanya, bapak kawan aku ni terus memandu lorinya untuk ke destinasi ingin dia tujui.
Aku tanya lagi benda itu ikut tak bapak dalam perjalanan?
Kawan aku cakap ada tapi bapak baca ayat-ayat sampailah tiba ke lorong yang agak sesak sikit dengan kereta dari lorong dia parking kejap tadi.
Itulah ceritanya. Seram atau tak terpulang pada you guys…
Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit