BAYANG LPT 2

Assalamualaikum para pembaca Fiksyen Shasha. Terima kasih kerana menyiarkan cerita aku ini. Ramadhan yang makin menghampiri mengingatkan kembali kisah yang berlaku sewaktu kami sekeluarga pulang berhari raya. Aku orang pantai timur. Selalunya kami sekeluarga akan rancang bercuti raya paling lama 1 minggu, sambil beraya sambil kami sekeluarga bercuti. Selalu destinasi percutian kami mesti satu jalan penjalanan pulang ke KL. Namun kejadian yang berlaku ini terjadi selepas raya ke-6 ketika itu penjalanan pulang dari Kelantan ke Kuantan, kami balik dua buah kereta, kereta yang dipandu oleh abah dan satu lagi kereta aku.

Dari pasir puteh kami melalui jalan kampung tembus terengganu lalu masuk ke hingway LPT (maaf sbb aku ni kurang arif sikit jalan sana). Aku masih ingat ketika itu, kami memasuki highway LPT waktu petang sebelum asar, dan ini pengalaman aku kali pertama melalui higway LPT. Kami singgah sebentar di rnr ajil. Seperti yang sedia maklum sepanjang hingway LPT ni satu stesen minyak pun xda, dengan rnr yang suram tapi waktu kami lalu jalan tu banyak kereta al maklum lah raya.
Masa tu aku sempat borak dengan abah, aku kata kat abah..

“ abah, kereta adik ni minyak dah xda ni tinggal separuh je… tapi inshaALLAH LA sempat kot.

“,… abah aku kata kat sini stesen minyak xda taw.. tapi xpela kalu rasa sempat okaylah, nanti follow dekatlah”. aku pn okaylah..

Oh sebelum tu dalam kereta aku, ada abang sulong aku, kakak ipar dengan anak buah aku perempuan masa tu umur 2 tahun lebih. Manakala dalam kereta abah, ada ibu, adik perempuan aku dan anak buah aku lelaki umur 8 tahun. Memandangkan aku rasa masih sempat jadi kami meneruskan penjalanan kami seperti biasa hinggalah satu saat tetiba aku tengok meter minyak aku menyala dah E hokay. Aku pelik tadi ada setengah ni dah kosong, tapi masih positif lagi. Aku cakap dengan abang long aku, “kita kena cari stesen minyak ni dah menyala, kau call la ibu bagitahu”. Jadi abang aku pun telefon ibu kami bagitahu yang minyak x sempat sampai ke kuantan kena cari jugak stesen minyak.

Ibu suruh kami berhenti di tepi sebab nak tukar penumpang, jadi kakak ipar dan anak dia ke kereta abah manakala adik perempuan aku naik kereta aku. Jadi kami bertiga la dalam kereta. Aku masih ingat masa berhenti di tepi jalan, masa buat pertukaran waktu tu senja berdekatan persimpangan bukit besi. Selepas segala pertukaran aku masuk ke simpang bukit besi dan bermula dari situ segalanya terjadi. Selesai mengisi minyak kami meneruskan penjalanan, dan ketika itu ibu telefon abang aku, tanya di mana lokasi kami waktu tu, abang along aku bilang yang kami dah pun isi minyak dan otw menuju ke kuantan.

Selang 10 minit kemudian ibu telefon lagi, menanyakan lokasi kami. Dengan spontan abang aku menjawab, “ kami semua sedang menuju ke jannah ibu”.. sambil gelak. Aku mula rasa pelik, dan memandang abang aku sambil marah bergurau macam tu. Waktu ni aku mula sedar yang , aku x jumpa pn kereta abah, dan xjumpa sebiji kereta pun. Bayangkan dalam keadaan yang gelap kami meneruskan penjalanan yang sepatutnya mengambil masa selama 3-4 jam . Bila aku nak guna telefon, baru kami bertiga mula sedar telefon kami 3 beradik m**i. Sedangkan sebelum tu penuh, power bank juga kosong.

Tanpa aku sedari, berjam2 lamanya aku di atas highway tiada sebijik kereta dan tiada laluan keluar. Adik aku mula menangis, dia sempat bagitahu yang laluan aku lalui seperti dejavu (jalan yang sama berulang kali dia lalu). Sehingga la sampai di satu laluan keluar, kami jumpa sebuah masjid. Ketika masuk ke dalam azan isyak berkumandang. Masa tu kami adik beradik cuba bertenang. Kami xkeluar pun dari kereta sehingga azan habis baru kami memulakan kembali perjalanan kami. Aku suruh abang aku tanya orang kot2 la memang kami dah sesat kan . Jadi, jumpalah satu kedai tepi jalan bagi salam namun tiada yang menjawab, sampailah abang aku masuk ke dalam kedai dan tetiba ada seorang perempuan nak kata muda x muda, nak kata tua x tua.. pakai tudung baju kurung cotton dengan kain batik. Dia bagitahu kalu nak ke kuantan Cuma jalan terus, waktu tu aku pandang jalan yang dia bagitahu tu Ya ALLAH gelap segelapnya.

Namun ada satu persimpangan sebelum lalu jalan yang gelap tu, tapi melalui tol, aku xpasti tol tu kat mana. Aku berbincang dengan adik dan abang aku, kita orang tawakkal dan putuskan melalui tol. Xsanggup nak lalu jalan gelap (waktu tu aku perasan duit baki dalam touch n go aku x berkurangan ), huhuhuh. Dengan adik aku yang semakin takut kami masing2 mendiamkan diri.. dalam waktu tu aku bagitahu dekat abang dan adik aku baca lah apa yang korang tahu, mudah2an ada jalan. Aku memecut laju , sambil aku baca yasin segala apa yang aku tahu tiba-tiba kami jumpa signboard menuju ke kuantan, dan waktu itu juga la baru ada beberapa buah kereta tapi kereta aku masih memecut laju.

Sehinggalah aku di tegur oleh adik dan abang aku, mengatakan kereta macam nak melayang mana taknya aku tekan sampai 170km gila, baru aku sedar dan kereta2 yang ada di depan aku masing2 ke tepi dengan tiba2 aku sedar akan satu `BAYANG’ betul2 berada di atas kereta aku. Jam waktu itu menunjukkan pukul 12:30 malam. Bayang tu sangat jelas, seorang lelaki tua pakaiannya seperti orang asli atau tok batin sambil memegang tombok tidak berbaju kain separas peha dan memakai tanjak di atas kepala. Masa tu hanya ALLAH SWT sahaja yang tahu perasaan aku, lama kelamaan bayangan tu hilang dan selepas 20 min kami akhirnya sampai ke kuantan.

Terus menuju ke tempat sepatutnya aku dan keluarga yang lain tuju, aku tengok ibu dan abah aku menunggu dengan penuh gelisah, waktu tu aku memang menangis , aku takut xdpt jumpa kedua orang tua aku lagi Alhamdulillah ALLAH SWT Melindungi kami adik beradik. Waktu dalam bilik hotel , ibu ada beritahu waktu kami menukar penumpang ibu dah mula rasa tak sedap hati dan berberapa saat selepas aku gerak ada kereta peronda berhenti dan tak bagi abah aku berhenti lama disitu. Aku siap cakap kat abah , yang aku xnak lalu LPT lagi. Aku demam selama 3 hari selepas kejadian.

Sekarang ni aku kalau boleh nak mengelak sangat kalau kena lalu higway LPT tu, biar lalu jalan kampung tepi laut pun xpa, namun ajal maut ditangan ALLAH SWT. Kalau dah terpaksa lalu apa dayanya, cuma kena beringat sebab dalam dunia ni bukan kita saja yang ada, ada juga makhluk2 lain yang hidup bersama kita. Mudah2an kita semua sentiasa dalam lindungan ALLAH SWT.

Maaf kalau tak seram dan menakutkan tapi THIS IS A TRUE STORY ‘…

Anggun

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 3]

3 thoughts on “BAYANG LPT 2”

  1. LPT2 Gambang-KT mmg takde stesen minyak. Aku kalau g KT, selalu isi full kat gambang..tiba KT mmg ngam2 je..
    Kalau tangki kete kecik baik ikut lalu dalam tepi laut je..lagi selamat.

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.