bayangan di cermin gelap library.

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang…
Assalamualaikum, aku ucapkan pada semua warga Fiksyen Fasha. Cerita ni, cerita biasa-biasa yang selalu pelajar-pelajar universiti alami…

Pada waktu ini, hampir semua pelajar pulang ke rumah. Time study week, kan? Mestilah nak balik kampung. Minta restu mak ayah. Namun, masih ada pelajar-pelajar yang tak pulang. Hmm, akulah tu…

Jadi, aku ni seorang yang penakut. Sangat penakut. Nak dijadikan cerita, time ni semua roomate aku pulang ke kampung halaman. Tinggal aku seorang diri. Nasib ada classmate aku yang tak balik.

Makanya, aku pun pergilah tidur dekat bilik diorang. Malam tu, aku dengan clasmate aku ni borak-boraklah sesuka suki. Sambil-sambil tengok drama korea. Inilah yang biasa terjadi time study week. Jangan kepelikan pula ye.

Lalu, esoknya, dalam jam 6.00 pagi aku pun terjaga. Aku tengok jam, “Ok, subuh dah ni” kata aku dan berniat untuk turun ke bawah, pulang ke bilik aku. Time ni aku rajin solat subuh. (Fahamilah, aku manusia biasa yang ada pasang surutnya iman ini…)

Time aku terjaga tu, adalah roomate’s classmate aku ni. Dia baru balik dari bilik kawan dia. (Dia study wei. Kami je berzumba dengan drama korea.)

Aku tengok dia letak barang-barang dia atas meja. Lepas tu dia keluar balik sambil bawa tuala. Nak mandilah tu…
Aku yang tengah mamai-mamai ni pun decide untuk bangun jugalah. Aku keluar bilik sambil bawa barang-barang aku. kemudian, berjalan perlahan menuju ke tangga. Tangga ni dekat je dengan bilik air.
So, aku terserempak dengan dia kat bilik air. Dia pun tegur aku.

“Nak balik dah?”
“Hmm…” jawab aku dengan muka ngantuk.
“Hati-hati ye…” cakap dia tiba-tiba.
Lepas aku dengar tu, aku senyum jelah. Takde nak rasa apa-apa. Cumanya, aku ada jugaklah terdetik. Kenapa pula dia nak cakap macam tu. Bukan ada apa-apa pun. Lagipun dah subuh. Hati aku berkata-kata sambil turun tangga.

Bilik aku tingkat 2, bilik classmate aku tadi tingkat 3. So, sampai je tingkat bawah. Aku pun berjalanlah terhuyung-hayang, dengan mata nak celik tak nak tu, menuju ke bilik. Untuk sampai ke bilik, aku akan melalui library dulu.(Bilik dekat dengan library. Senang nak belajar wei…malas je lebih…)

Dan, pada waktu inilah. Aku tak tahu apa yang aku nampak. Serius dia depan mata aku. Waktu pagi library mestilah kosong. Gelap gelita. Aku ni jalan jelah macam biasa. Tiba-tiba, aku nampak bayangan gelap, (bayangan sahaja) berbentuk cik pon berdiri dekat cermin gelap library tu. Saiz bayangan cik pon tu pula besar dan lebih tinggi dari aku.

Aku dah tak ingat, tapi aku rasa jarak aku dengan cermin gelap tu adalah dalam dua tiga langkah je. Yang aku ni pula, dalam mamai-mamai, terus terbeliak mata aku. Then, secara spontan, aku tak tahu kenapa. Tapi aku pergi menoleh ke belakang.

Ianya diibaratkan, seperti kau sedang tengok cermin. Then tiba-tiba ada bayangan yang lagi besar dari badan kau muncul dalam cermin tu. Macam benda tu ada kat belakang kau. Maybe sebab tulah kut, aku secara spontan terus menoleh. Sebab aku ingat benda tu berdiri belakang aku.

Bila aku toleh je belakang….alhamdulillah, takde apa-apa. Takde sesiapa/han** pun kat belakang aku. Tapi pada waktu aku dah macam peliklah. Aku ni berimaginasi ke? Aku pun tengok balik cermin gelap tu. Takde bayangan apa-apa pun.

Aku boleh jadi blur sedikit kat situ. Selepas beberapa saat nak ke seminit kut, barulah aku terus berjalan laju menuju ke bilik. Namun, masalahnya sekarang, bilik aku pun takde orang.

Terfikir nak naik atas semula. Tapi, entah kenapa aku yang penakut ni still straight juga balik bilik aku. Then, tunggu sampai ada orang keluar untuk pergi bilik air. Lalu solat subuh.

Alhamdulillah, takde apa-apa yang berlaku selepas kejadian di library tu. Kalau betul apa aku nampak cik pon, alhamdulillah aku just nampak bayangan bukannya wajah sebenar. Kalau tidak….entahlah.

Sekian…
#thankssebabpublishkanceritaaku
#thankssebabsudibaca
#sorymemangtakserampun

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]

3 thoughts on “bayangan di cermin gelap library.”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.