Bebaskan Aku!

Aku karang khas cerpen ini buat tatapan para pembaca. Kejadian mistik yang sering membelenggu ku hingga ke hari ini. Bermacam- macam cara dan usaha yang telah aku lakukan untuk bebas tetapi tidak berhasil. Bantulah aku……

Disember 2011 aku berkenalan dengan seorang lelaki yang lima tahun lebih berusia daripada aku. Perkenalan di sebuah majlis perkahwinan sepupu menghasilkan bibit cinta antara kami. Hubungan yang direstui oleh keluarga ini menyebabkan kami mengikat tali pertunangan pada Mei 2012. Seminggu kemudian duniaku gelap. Dia rupanya sudah beristeri dan mempunyai tiga orang anak. Rombongan keluargaku telah pergi ke kampung halamannya untuk memutuskan pertunangan.

Julai 2012. Bermulalah kejadian pelik dan mistik berdamping dengan ku setiap hari, siang dan malam. Aku terasa seperti diperhatikan dan diekori. Setiap pagi bangun dari tidur aku dapati terdapat kesan lebam di badan aku. Setiap tompokan lebam mempunyai “dua mata” seperti patukan ular. Mulanya aku sangka itu perkara biasa sehinggalah keadaan menjadi teruk dan aku ke hospital. Namun, aku disahkan sihat.

Aku mencuba perubatan tradisional islam jauh nun di utara tanah air. Alhamdulillah tompokan lebam itu hilang dan tidak mengganggu aku. Tetapi ia tidak berhenti di situ. Pada sebelah malam ketika hendak melelap kan mata, aku dengan jelas ternampak sepasang mata merah memandang ku tepat dari sebelah almari pakaian. Sejak itu aku takut untuk tidur tanpa cahaya lampu. Sepasang mata merah itu mengekori kemana saja aku pergi hingga ke hari ini. Malangnya hanya aku seorang yang dapat melihat mata itu.

Oktober 2012. Aku diserang penyakit misteri sehingga menyebabkan aku hilang selera makan dan berat badan bertambah susut. Pada ketika itu aku gagal mengenal ibu aku sendiri. Aku juga gagal mengenal ahli keluarga aku sendiri. Aku hanya berkurung di dalam bilik. Pada ketika itu aku hanya inginkan bekas tunang aku sahaja. Aku hanya mahu dia dan dia sahaja yang ada dalam fikiran aku ketika itu. Aku meracau memanggil namanya. Ibu sangat sedih dengan perkara yang menimpa aku. Empat bulan ibu dan keluarga beriktiar mencari penawar untuk sembuhkan aku. Empat bulan ibu menangis mengenangkan nasib anak bongsunya ini.

Akhirnya keluarga putuskan untuk mencuba perubatan islam di Medan, Indonesia. Aku dimandikan dengan air yang terisi di dalam tempayan. Aku diberi minum air rebusan daun dengan selawat dan memuji tuhan. 10 minit kemudian aku memuntahkan segala benda kotor berserta d***h yang berada dalam badan. Antaranya ialah gumpalan rambut, kuku, dan pasir. Kata pengamal perubatan tersebut aku telah disihir dengan ilmu pengasih. Ilmu yang digunakan untuk menundukkan aku dan mendapatkan aku dengan cara yang salah. Katanya lagi, “dia” mengantar sejenis makhluk agar berdampingan dengan ku. Pengamal perubatan tersebut gagal memulangkan balik sihir tersebut kepada “dia”. Katanya ilmu “dia” sangat tinggi.

“Dia” yang di maksudkan adalah bekas tunang aku. Aku pulang ke tanah air dalam keadaan sihat, bertenaga, ceria dan selamat. Keluarga tidak mahu menuduh perbuatan ini berpunca daripada bekas tunang tanpa bukti. Namun, Mac 2013 rumahku seakan- akan dihuni oleh makhluk lain. Aku sering diganggu pada malam hari ketika tidur. Sepasang mata merah yang sering mengekori ku itu sudah bertindak di luar jangkaan ku. Dahulunya dia hanya memerhatiku di sudut almari pakaian, tapi dia sudah menakut- nakutkan aku dengan menarik selimutku ketika tidur, menunjukkan dirinya ketika aku berada di hadapan cermin di siang hari dan menyerupai ahli keluargaku di siang hari.

Keadaan menjadi tidak terkawal apabila jiran- jiran melihat kelibat menyerupai aku sedang duduk berjuntai kaki di atas tembok pagar rumahku. Mereka juga melihat dua ekor lembaga hitam besar bertenggek di atas bumbung rumahku sekitar jam 2 pagi. Malah telingaku juga makin peka apabila sering terdengar seperti sesuatu sedang mengesot di atas siling rumahku. Bacaan yassin, doa selamat dan solat hajat di buat dirumahku pada setiap minggu namun kejadian mistik tersebut tidak reda. Sudah bermacam pengamal perubatan dipanggil ke rumah, tapi segalanya tidak berhasil.

Aku nekad bertemu dengan bekas tunangku. Aku bertanya kepadanya adakah ini semua perbuatan nya. Dengan megah dan mendabik dada dia mengakui ini semua adalah perbuatannya akibat dendam terhadap aku kerana memutuskan pertunangan dengannya. Aku merayu kepadanya untuk menghentikan sihir ini namun dia ingkar. Pertengahan 2014, keluargaku telah ke kampung halamannya untuk meminta bantuan keluarga bekas tunangku supaya menghentikan perbuatan syirik anak mereka. Namun jawapan yang kami terima daripada mereka sangat mengecewakan. Kata mereka, dukun yang menghantar sihir itu kepada aku telah meninggal dunia dan anak mereka tidak dapat berbuat apa-apa. Mendengar jawapan itu, aku dan keluarga berserah kepada Allah.

Hari ini, 21 Oktober 2016 kejadian mistik di dalam rumahku tidak berkurangan. Sepasang mata merah masih mengekori ku dan memunculkan dirinya pada bila- bila masa. Hingga ke Fulham, London mata itu mengekori aku. Aku masih mencari pengamal perubatan islam yang sudi dan mampu membuang sihir ini daripada aku.

Buat bekas tunangku, jika engkau membaca coretan ini ku harap engkau kembali taat kepada Allah dan bertaubat kepada-Nya. Jika engkau berniat menjadikan wanita lain sebagai isteri keduamu, jujurlah kepada mereka dan keluarga mereka. Janganlah kau menganiaya mereka sama seperti kau menganiaya hidupku. Aku ingin bebas….

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 4 Average: 5]

12 thoughts on “Bebaskan Aku!”

  1. Nasib akak sama dgn kisah sblum.. Kerana putus pertunangan sanggup jantan tu menyihir akak, begini dasar manusia berhati syaitan semoga dia akan mendapat balasan yg setimpal atas segala kejahatannya..

    Reply
  2. ade selang dua cerita ni ada yang sama nasib dgn kamu..cuba baca cerita die kalo dapt berhubung dengan die ade ustaz boleh buang di utara tu..ni keje bomoh siam

    Reply
  3. Ayah saya seorang pengamal perubatan Islam..kalau awak nak tnya apa2 boleh follow says dkt insta says bagi no. Ayah says @shazwani_zailan

    Reply
  4. kepada penulis, bersabarlah kerana ujian ini memerlukan kesabaran yang tinggi, jangan tinggal solat, sentiasalah berwuduk, jika boleh setiap masa dlm keadaan suci, sentiasalah berwudhuk, juga bacalah al quran selalu, amalkan surah kursi, amalkan zikir setiap masa, cubalah zikir ini “la ila haillallah wah dahu la syarikalah, lahul mulku walahulhamdu yuhyi wa yumitu wahuwa ala kuli syai in kadir” amalkan 100x pagi selepas subuh dan 100x petang selepas asar kerana kalimah ini boleh mengelakkan gangguan syaitan, ini semua ujian dr Allah utk kita dekat dengan Nya, cubalah pergi ke Darul Syifa (cadangan).

    Reply
  5. amalkan ayat² manzil. ayat penghalang gangguan. Yang paling penting kita kena yakin Allah yang Maha Menyembuhkan. ini cuma ikhtiar kita. Amalkan kak. keluarga besar saya pernah juga mengalami bbrapa gangguan, setelah berubat dan amalkan ayat2 manzil ni.. alhamdulillah . dah tak ada. diri pun jadi lebih kuat. ustaz yg ubat kami pun ada kata. pokok pangkalnya hati. yakin Allah sentiasa bantu.

    ingatlah kak, bhawasanya tiap2 yg berlaku atad kehendak Allah. ini ujian untuk akak sekeluarga. lain orang lain ujiannya. bersabrlah dan yakinlah, Allah Maha Menyembuhkan.

    Reply
  6. Ubah suasana rumah. Buat taklim yakni tetapkan masa yg tertentu dengan istiqamah di sudut khas dlm rumah (ruang solat dlm rumah) baca kitab hadis. Niatkan ikhlas kerana Allah untuk amal dan sampaikan apa yg dibaca itu.

    Apabila rumah ada dibacakan firman Allah dan sabda Nabi s.a.w, ia akan menjadi tumpuan para malaikat yg mmg ada khusus mencari-cari majlis sebegitu yg ada membesarkan Allah s.w.t.

    Apabila rumah kita jadi tumpuan makhluk ghaib malaikat (yg sememang makhluk yg hampir dgn Allah) automatik makhluk ghaib yg lain seperti jin dan syaitan akan lari dari rumah tersebut.

    Pastikan rumah kita rumah yg menepati sunnah nabi s.a.w. Elakkan ada patung, gambar-gambar makhluk bernyawa di dinding, kotor, gersang dgn amalan agama (bacaan al quran, solat-solat sunat, zikir, taklim rumah dan seumpamanya).

    Wallahu ‘alam.

    Reply
  7. Saya ada seorang kenalan ayah saya sungkai , perak , die seorang ustaz , Kisah akak sama dgn makcik saya . bomoh siam yg buatkan . tapi allhamdulillah die beransur pulih . Kalau akak nak num die boleh pm saya di fb . Amiratul natasya . insyaallah die boleh tolong 🙂

    Reply
  8. salam, kepada penulis cerita. hati saya kuat mengatakan bahawa lelaki tersebut adalah lelaki yg sama yg buat mak saya. boleh tak saya berhubung dgn penulis?

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.